Pages

Monday, May 30, 2011

Bila Allah hadirkan sedar..

bismillah..

bilamana menangisi kelemahan diri..




"..dan jika kamu melahirkan apa yang ada dihatimu, atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan mu itu.. " 
[Al-baqarah:24]


Dipukul dengan lebih keras. apa bezanya engkau dengan orang lain? tatkala engkau berkata yang engkau orang yang punya tarbiyyah? namun, engkau masih berkira-kira saat di suruh memilih antara dua jalan yang pengakhirannya pasti berbeza.


Terasa hati semakin dikotori, pada rasa yang bukan selayaknya. pada fitrah yang seakan bertukar fitnah. pada gembira yang tampak bahagia pada luaran. sedangkan hakikatnya hati sedang menangis lantaran tercalarnya iman..


Saat di uji dengan apa yang pernah kita dakwahkan. 
sungguh,.tak semudah tatkala kita memilih untuk berkata-kata. 
Malunya..pada DIA yang mengetahui segala apa yang tersembunyi walau tak terlihat pada pandangan manusia. Malunya..pada dia yang menganggap diri ini serba sempurna sedang hakikatnya saya pengkhianat yang mendustai setiap bicara pada tuhannya. Malunya, saat diri tidak pernah meninggalkan sujud kepadaNya tetapi masih tidak mampu tunduk dengan sebenar-benar rasa bahawa diri ini hanyalah seorang hamba.. 
Allahu Allah..


"Mintalah kepadaKu, akan Aku perkenankan.."


Apabila diri ditepuk lembut dengan bicaraNya, terasa kerdilnya diri berbanding rahmat kasih sayang DIA yang tidak pernah bertepi..





"Wahai anak adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan mengharapkanKu, 
maka Aku akan mengampuni atas semua dosa yang kamu lakukan dan Aku tidak peduli,

Wahai anak adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit dan kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli,

Wahai anak adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan dosa yang besarnya seisi bumi dan seluruhnya, kemudian engkau datang menemuiKu dan tidak menyekutukanKu dengan yang lain,
nescaya aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besarnya seisi bumi dan seluruhnya.."


hari ini yang masih tersisa.tanda Allah masih memberi kesempatan. untuk diri bangun semula. 
mengubat kembali iman yang sedang terluka. merawat kembali hati yang tercalar. 
mendaki semula tangga-tangga menuju  redhaNya kerana matlamat hidup ini agar kelak saya mampu bertemu denganMu. 
dan impian itu hanya akan terlaksana bilamana Engkau redha padaku, walaupun diri ini sebenarnya hanyalah insan kerdil yang hina yang seringkali tersungkur disebalik kehidupan yang penuh tipu daya ini..


Maaf..




Buat mereka yang terkena tempias kelemahan diri ini
mohon maaf atas segalanya kerana saya seorang manusia yang penuh dengan cacat cela
ketahuilah, saya masih sedang bertatih dan kerapkali terjatuh dalam menempuhi perjalanan hidup ini
doakan saya..diberi kekuatan untuk bermujahadah pada jalan ini
pada dakwah yang menagih perhatian yang bukan sedikit
moga saya tidak alpa, moga diri tidak terleka..


Sedarkan saya dengan amaranNya..


"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang berdosa"
[As-Sajdah : 21]



Friday, May 27, 2011

Jawapan ada pada hati..


.: ELAIKA :.



kupersembahkan kepadaMu tuhan sekalian makhluk harapanku
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Pemurah

tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
sedang keampunanMu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

[Imam Asy-Syafie]



tampak bahagia pada luaran belum tentu menjanjikan syurga
apatah lagi jika yang dipuja itu bukanlah milik kita..

bila diri diuji dengan apa yang pernah kita dakwahkan
tanda Allah sedang berbicara
adakah kamu benar ikhlas atau hanya berdusta..


jangan sesekali berkata engkau sanggup berjuang untuk redhaNya
jika masih tak sanggup memilih antara DIA atau dia..

muhasabah..





Monday, May 23, 2011

bile nak balik ni ha?? ^_____^"

bismillah..


assalamualaikum..^^
rase nak menconteng kejap..lame pulak rase tak melalut kat sini..X)
ni baru lepas membuat kek batik bersama cik senah..hee
kek pertama dan terakhir di buat di rumah akhawat sebelum meninggalkan johor esok..
(jap, kek terakhir??)
(ye la..kita tak tahu umur kita sampai bila. so, mungkin boleh kita cakap siap-siap)
(erk?? =__=")


oh..Alhamdulillah sangat..
walaupun cuti dah lame start n kawan-kawan pun majoriti nya dah ade kat rumah
saya dan beberapa orang sahabat yang lain masih memilih untuk tinggal kat bumi johor ni
takut sebenarnya nak balik..huhu
risau sangat bila fikir nanti dah takde sape-sape yang nak peringatkan diri ni
risau sangat nanti bila fikir iman akan bergolek-golek turun bila duduk sengsorang kat rumah..huhu


seminggu lebih berada bersama akak-akak akhawat
banyak sangat benda yang dibuat bersama
antaranya, sempat lagi kami pergi jaulah bersama..


lawa sangat tempat ni..ce teka kat mana?X)


weeee...^^






jaulah..^^ 


insyaAllah kenangan yang indah!
sepanjang perjalanan penuh dengan pesanan, nasihat, cerita sahabat..
Allahu Allah..
"maka nikmat tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?"


insyaAllah..
esok malam nak balik ke kelantan
kak long dan dua orang kanak-kanak ribena itu sudah memanggil-manggil
huhu..ni pun lambat dah nak balik ni
kesian kak long sampai kena ponteng keje sebab nak jage kanak-kanak riang tu..


sabar eh kanak-kanak comey berdua..
lusa pagi insyaAllah makcik yang penyayang ni akan sampai sana untuk menjaga korang berdua..wewewe


erm..nak balik umah?
entah bile lah..
hari tu tepon mak..
mak cakap " ko balik lambat-lambat sikit pun takpeee"


=_____________="
iyo lah omak..
*terase macam dah takde sape yang sayang..sob sob





Thursday, May 19, 2011

M.E.R.E.K.A..

bismillah..



“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang 
dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh... 
Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, 
maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya”

usrati..uhubbuki fillah..:)

Syukur Alhamdulillah..


Slalu kusakiti Engkau dengan dosaku
ku balas semua kebaikan-Mu dengan kecurangan
tiada pernah ku menyadari semuanya
bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

Alhamdulillah ku syukuri semua
terima kasih ku Ya Allah
atas indahnya hidup..

 Alhamdulillah ku syukuri semua
terima kasih ku Ya Robbi
atas rahmat dalam hidupku..

 Slalu ku tinggalkan Engkau dengan khilafku
kubalas semua kemurahan-Mu dengan keburukan
tiada pernah ku menyadari semuanya
bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu..
::terima kasih Ya Allah::



Sunday, May 15, 2011

Wahai Allah..


Thursday, May 12, 2011

maceh sume! :)


habislah sudah sem dua di utm..
cepat sangat aih rasenye..

so,
entry ni special to..

my kawan-kawan yang sangat 'psycho'! ngee~

nice moments wif u guys..have 3 years more! ngee~

sebelum semua pulang ke rumah masing-masing, kami sempatlah buat 'family day' (suke hati bagi name) dulu..
walaupun banyak bende yang terjadi hari tu, tapi bile kenang balik..
masyaAllah..sumenye tu pengalaman kan?kan?kan?



haa...games & bbq!!



*sedap sangat tepung tu, rase cekodok*
=_____________="


pict: credit to pelajar contoh kelas kami..^^


sangat seronok mengenali mereka semua..
terutama sekali kepada..


my usratiey & sume akhawat yang sangat baikkk! 


hurm..betul la..



terima kasih sume..:)
moga Allah mempertemukan kita lagi di sem depan, insyaAllah..^^




Monday, May 09, 2011

tiga tahun lagi dik..

" kak lang, kak lang berapa lama lagi nak habis belajar?" soal adik bongsu saya
" tiga tahun lagi dik," balas saya perlahan
" lamanya..kak lang, boleh tak bila kak lang dah kerja dengan ada rumah sendiri nanti, adik nak duduk dengan kak lang?" soalnya lagi
" boleh dik..boleh.." hati saya dihambat sayu.
 saya pantas bangun menuju ke bilik sebelah meninggalkan adik sendiri. mengesat air mata yang tak mampu ditahan-tahan.



Hati Seorang Anak


saya kira adik masih kecil dan tak mampu memahami
tapi kata-katanya hari itu benar-benar meruntun hati saya
hati seorang kakak
juga hati seorang anak..

janji saya
tiga tahun lagi ye dik
bahagia saya ada pada bahagia mereka
sedih mereka maka deritanya kembali pada saya juga..

hati seorang anak
mana mungkin mahu menipu
walau nampak keras pada kata-kata
namun hatinya masih hati seorang anak
saat melihat orang lain
saya juga mahu mengucapkannya..

"Selamat Hari Ibu, emak.."



last paper..:)

bismillah..

insyaAllah..esok last paper subjek creativiti untuk sem ni..^_^
pejam celik..pejam celik..
exam pun dah nak habis..
Alhamdulillah..rasanya menjawab kali ni dengan lebih tenang berbanding exam lepas..
dan lebih baik juga insyaAllah..

masyaAllah..segala puji-pujian hanya milikNya..
terima kasih Ya Allah..:)

moga dipermudahkan juga menjawab exam esok..
do pray for me..:)
faiza azamta fatawakkal a'lallah! 

perjalanan masih jauh ye sayang..:)



Thursday, May 05, 2011

catatan seorang pelajar psikologi..

bismillah..


pertama,ini bukan entry tidak berpuas hati
cuma luahan perasaan.maybe.


kedua,saya masih berada dalam mood exam sekarang
tapi malam ni rasa macam pening + serabut sikit
so, mood study tu macam tak berape sebab terpengaruh dengan kawan yang cakap "tak pe, besok ade gap sehari lagi untuk kita baca buku," =_="


ketiga, mahu menulis dari hati..




hmm..saya pilih cos psychology bersama dengan tentangan yang tak kurang hebatnya terutama sekali daripada family terdekat
bila ramai orang mempertikaikan itu dan ini
kenapa mahu ambil cos ini dan bukan itu
yang mana saya simpulkan yang semua sebab tentangan itu adalah kebanyakkan dari sudut materialistik semata-mata
tapi dek kerana kedegilan saya, maka saya buat pekak aje la
walaupun dalam hati ni hanya tuhan je yang tahu
tipu la tak stress sedih bila rasa macam tiada siapa yang nak sokong minat kita
nasib baik la kita ada tuhan dalam hidup ni kan?
sekurang-kurangnya ada tempat kita mengadu itu dan ini..


dan..pastinya takdir tuhan tu takkan mengecewakan hamba-hambaNya..:)
hari ni, saya dah ada kat sini. utm yang tercinta..weeee
tempat yang tak pernah saya pernah pun terfikir yang saya akan sambung belajar kat sini
utm? kat situ bukan cos engineering ke? kat celah mana pulak ada psychology?
ya..itu juga dugaan bila dah dapat keputusan upu tu
sabar je la menahan kerenah orang dengan macam-macam soalan
at the end, saya jawab macam ni je
"ni dah dapat ni, ade lah tu. tak kesah lah kat celah mana pun" =.='


honestly, saya pun tak tahu kat utm ni ade cos psychology
hanya tahu bile dok ada sorang kawan yang bagitahu dan kawan saya tuh dah jadi cosmate saya pun sekarang ni..^_^
saya punyalah mengimpikan ukm sampai dah buat perjanjian dengan kawan kat matrik untuk jumpa balik kat ukm
tapi, sumenye hanya angan-angan je la..haha
kawan saya tu pun dapat sambung kat ukm macam yang dia impikan, dan saya tercampak di sini..
campak? oh..tidak..tidak..
saya DIPILIH tuhan untuk berada di sini. sikit pun saya tak kecewa dengan takdir yang tuhan dah tetapkan ni bahkan kesyukuran yang tak terhingga untuk berada di sini
kalau orang offer pegi ukm nak tak?
dengan pantasnya saya akan jawab.."tak mau!"


Belajar Tentang Kehidupan..




salah satu faktor yang membolehkan anda mengambil jurusan psychology ni
anda harus berminat dengan manusia
bukan setakat berminat tapi kene ade rasa excited untuk tahu kenapa manusia berperangai begitu atau begini
it's really interesting act..but..
SEKULERISME macam merubah segalanya menjadi tak seindah yang diimpikan..=_='




kami pun kena belajar banyak teori yang sumenye di ambil dari barat
bukan kata kita tak perlu belajar semua ni, tapi bagi saya biarlah ia hanya sekadar kita ambil tahu.hanya tahu.
apatah lagi bila memikirkan adakah saya akan gunakan balik teori-teori ini kat dunia luar bila dah gred nanti
kalaulah saya ditakdirkan untuk jadi seorang psychologist satu hari nanti, ofkos la saya tidak akan guide dengan client saya based on theori sigmund freud yang sangat annoying tu..=_="


belajar tentang manusia..
berkait rapat dengan belajar tentang kehidupan.
belajar tentang kehidupan mesti akan berkaitan dengan apa hakikat sebenar penciptaan manusia tu
sekadar nak berseronakkah? sekadar mencapai self-actualization (based on Abraham Maslow's theory) je ke dan kemudian manusia tu merasakan bahawa dia sudah benar-benar mencapai 'kejayaan' dalam hidup dia..


menjadi seorang pelajar psikologi
saya nampak segala-galanya berada di situ
tapi bila kita mengambil segalanya dari barat yang ternyata memandang semuanya dari kaca mata dunia
maka, ia setakat itu sahajalah..
jadi, salah siapa?
salah sistem pendidikan laaa..
ok.kalau macam tu tunggu saya jadi menteri pendidikan dulu dan saya akan ubah balik sistem pendidikan negara kita..=.='


kat sini la saya sedar tentang peranan besar yang boleh dimainkan oleh pensyarah
walaupun buku-buku tu semua datang dari barat yang kita kata sangat hebat tu
tapi bagi saya, tak semestinya semua yang berada di dalam buku yang tebal itu perlu diajar
sukatan pelajaran hanya sekadar sukatan pelajaran yang diusaha untuk dihabiskan
mampu menghabiskan sukatan pelajaran dalam tu bukan juga bermakna setiap pelajar memahami apa yang sudah diajari
yang paling penting adalah adakah pelajar itu mampu mengaplikasikan apa yang sudah diajari ke dunia luar sana
dan sebagai seorang pelajar psikologi, mana mungkin anda mampu nak guide orang lain jika anda sendiri masih tak mampu memahami diri anda sendiri


saya nampak betapa mulianya tugas seorang pendidik
kalau mereka mempu mendidik pelajarnya mengenal makna kehidupan ni yang sebenarnya
dan lagi sekali, saya nampak semua itu berada dalam jurusan psychology
sebab apa? sebab kami belajar tentang manusia..tentang kehidupan..
saya sangat respek la dengan seorang lecturer kami ni yang memang tak mengajar kami based on western psychology.
belajar tentang hidup yang sebenarnya
bukan sekadar kat dunia je tapi melepasi ke dimensi kehidupan selepas dunia ni jugak
oh, saya sangat suka kelas tu!


Lecturer to be! insyaAllah..:)




dek kerana itulah..
saya telah menukar cita-cita saya..
mahu jadi seorang lecturer..X)
dan ia juga mampu menjadi satu platform dakwah yang sangat berkesan jika sekiranya ia disandarkan pada tempat yang betul
ye la..jadi lecturer, student kena dengar cakap.. sebab nanti carry mark boleh rendah kalau lecturer tak suka..hoho
time nak exam pun, bukan lembaga peperiksaan yang buat soalan, semuanya lecturer.. so, ikut suka lecturer lah nak ajar apa sebab dia boleh buat soalan dia sendiri


nak mengubah sistem pendidikan, rasanya ia memang takkan semudah menulis ini
jadi, pendidik tu lah yang akan memainkan peranan bagaimana dia nak ajar sesuatu benda tu
oh, ni bukan tanda protes sebab kena hafal banyak teori barat ye
cuma mungkin satu pembakar semangat buat saya
untuk berusaha gigih agar dapat mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah, insyaAllah




hari ni mahu atau tidak saya kena lah belajar semua yang datang dari barat ni
tapi adakah generasi akan datang pun kena pelajari benda yang sama jugak?


ya..mungkin anda akan dapat semua A
tapi, menjadi seorang pelajar psikologi
ia sepatutnya bukan hanya mendapat A semata-mata
sebab kita belajar tentang diri kita..tentang manusia
dan saya dipesan.. "orang yang menganali dirinya, pasti akan mengenali tuhannya"


seorang pelajar psikologi
perlu lebih mengerti apa erti sebuah kehidupan yang sebenarnya..










*terima kasih setia membaca bebelan yang panjang ni*


**Artikel terbaru 2016 berkaitan course psychology : 7 soalan orang biasa tanya tentang psychology



Wednesday, May 04, 2011

Indahnya Kisah Saidina Ali & Saidatina Fatimah..:)


 Bismillah..
meneladani kisah cinta mereka..:)
gambar ni kelihatan sangat membahagiakan kan?


Saidina Ali & Saidatina Fatimah
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.

 Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.

Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
Namun, sinar masih ada buatnya.

Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah.

 Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.
Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya.
 Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a.
 Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
 “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu.

Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:
 “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:
 “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula.
 Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w.
 Ia dipersilakan duduk di depan beliau.
 Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata:
 “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
 “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga.
 Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah.
 Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri.
 Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah.
 Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
 Inilah jalan cinta para pejuang.
 Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
 Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu.
 Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”

::komen diri::
+ terima kasih buat yang menulis cerita ini. saya copy paste aje..^_^
+ contohi kisah mereka.bukannya mengikut artis yang ntah hape-hape..
+ jika belum masanya sila duduk diam-diam & tingkatkan ketakwaan diri kepada Allah..
+ Kalau nak bercinta, biarlah ia sampai ke syurga..kalau tak, sila jangan membuang masa..