Pages

Tuesday, December 25, 2012

Tuhan..Izinkan daku..



                                                                     Tuhanku… 
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
 Lembar demi lembar kitab kupelajari 
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi 
Tentang cinta para nabi 
Tentang kasih para sahabat 
Tentang mahabbah para sufi 
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan..

Tapi Rabbi…
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai 
Dalam cita yang mengawang 
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi 
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan 

Wahai Ilahi… 
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu 
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi 
Dan menegakkan jiwaku kembali 
Menatap, memohon dan menghibaMu: “Allahu Rahim, Ilahi Rabbi, Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”. 

 Ilahi Rabbi… 
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku 
Dengan segala kelemahanku ini… 
Aku tak sanggup mencintaiMu 
Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa 
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu 
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu Atas derita batin dan jasadku 
Atas sakit dan ketakutanku 

Rabbi… Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar, 
Yang menyedekahkan seluruh hartanya 
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. 
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad 
Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu 
Atau seperti Ali yg hebat semangat kepahlawanannya. 

Ilahi… Aku tak mampu mencintaiMu 
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu 
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya 
Kerana itu Ya Allah… 
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu 
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak 
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia 

Rabbi.. Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib 
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu 
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku 
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu. 
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Rahman… 
Aku tak mampu mencintaiMu 
Bagai para al hafiz dan hafizah 
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam 
Dari itu.. Perkenankanlah aku mencintaiMu 
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku 
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku 

Ya Rahim… 
Izinkan aku mencintaiMu 
Dengan mencintai keluargaku 
Dengan mencintai sahabat-sahabatku 
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya 

Ilahi Rabbi… 
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.. 
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa 
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya..

.:no name:.

Monday, December 17, 2012

Ku hidup untuk ini..




"Aku mahu menjadi daie, sentiasa, dan selamanya.. Kerana hanya dengan itu sahajalah, aku merasakan diriku mampu hidup dan bernyawa..."


Rasa sebak tiba-tiba bila baca ayat ni
Entahlah..
Mungkin sebab rasa diri masih belum bertajarud dengan dakwah ini lagi

Rasa diri masih banyak bermain-main
Terasa diri masih belum all out dengan dakwah sepenuhnya..
Sedar yang tiada lagi cerita 'gila' yang mampu aku persembahkan kepada Dia untuk melayakkan aku beroleh syurga


Sungguh ku tidak tahu nilaianku di sisiMu berada di mana
Yang ku tahu..


Aku mahu menjadi daie.. sentiasa, dan selamanya..
Kerana hanya dengan itu sahajalah, aku merasakan diriku mampu hidup dan bernyawa...


*crying* 




Saturday, December 15, 2012

May we all meet there one day..



Bismillah..

Jannatul Firdausi..

Aku suka sekali bicara tentang syurga
Tentang keindahan di dalamnya
Tentang kebahagiaan yang tidak pernah telihat dek mata
Tentang kenikmatan yang tidak pernah terlintas di jiwa..

Dan aku sedar..
Syurga tertinggi bukan milik calang-calang orang
Mendambanya bukan sekadar cukup dengan angan semata
Syurga tertinggi menuntut pengorbananmu yang tertinggi
Melebihi harta bahkan seluruh jiwa..

Dan aku kembali teringatkan pesan seorang ulama
Bahkan sesorang itu tidak akan bisa menggapai syurga di akhirat sana jika dia tidak mampu memperoleh syurga dunia..

Syurga dunia itu..
pada mengenal Allah..
mencintaiNya, merinduiNya..
Merasai kenikmatan bermunajat padaNya..

Dan aku terus bermuhasabah
Memandang diriku yang masih bertatih pada jalan yang panjang ini..
Entah bagaimana harus aku mengharap syurga di sana, jika aku tidak bisa mengenal syurga dunia?

:'(


Janji Allah ini pasti..

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh 
(Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya"

[Al-Ankabut: 58-59]


 Bersabarlah.

Dan istiqamahlah dalam menempuhi jalan ini.

Carilah kenikmatan syurga dunia ini, pada mengenalNya. mencintaiNya. dan merindui saat-saat indah bermunajat padaNya..


Surga itu sungguh bukan sekadar angan-anganDan bukan juga sekadar cerita dongeng semata..
Seluas kerahmatan dan kasih sayangNya buat kita
makanya, aku dan kamu jangan pernah berhenti berlari mengharapkan redhaNya..

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)"

[Ali-Imran: 142]

  
Bersabar dan bersungguh-sungguhlah..
Sehingga tiba hari yang Allah janji..

*************************************************************************  



Ya Rabbi..
Sampaikan salamku pada mereka yang aku cinta
Moga kelak kami kembali bertemu di syurgaMu.. 

Friday, December 07, 2012

Luluh




Di dalam hati ada sebuah kesedihan yg tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yg tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya.

Pun di dalam hati terdapat sebuah kegelisahan yg tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Ada gejolak api yg tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yg diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya..

"Ibadah Sepenuh Hati - Amru Khalid"


Saturday, December 01, 2012

Ana abdullahi, walan yudhi a'ni


Aku punya sisi gelap,
separuhnya yang aku sirr kan dari pandangan dunia.
Dan aku tidak temukan kekasih selain Allah,
yang mahu mencintai aku apa adanya.

Terang gelap aku,
cuma Dia mahu..