Pages

Friday, July 25, 2014

tuhan, daku mahu hadiah TAQWA!




Bismillah..

27 Ramadhan 1435H.

"..dan aku wahai Tuhanku, tidak pernah merasa kecewa dalam berdoa kepadaMu.." (Maryam:4)

Ketika ini saya di sini, tempat yang satu ketika dahulu benar-benar pernah membuatkan saya berasa terhina. sehingga ketika itu saya berjanji bahawa saya tidak akan jejakkan kaki lagi di sini.

Namun hari ini, yang saya sangkakan penghinaan itu hakikatnya teguran langsung dari tuhan buat diri saya waktu itu. teguran dari tuhan tanda Dia masih sayang, tanda tuhan masih meletakkan saya dalam pandanganNya. dan hari ini setelah beberapa tahun, peristiwa lalu itu tetap masih terbekas dalam ingatan saya, tetapi hari ini saya datang kembali ke tempat ini dengan perasaan yang jauh berbeza. 

terima kasih ya Allah.
atas segala kebaikan buat hambaMu ini.
sungguh, nikmat perasaan ini jauh lebih besar dari seluruh dunia dan seisinya.. :')








Wednesday, July 23, 2014

malam 25 Ramadhan..





Bismillah..

Teman,
malam ini adalah malam-malam terakhir Ramadhan
dan aku mahu berpesan pada diriku dan dirimu
bahawa Ramadhan ini bakal meninggalkan kita sebentar saja lagi..

entah esok masih adakah Ramadhan buat kita lagi
entah nanti masih adakah peluang untuk mengutip limpahan pahala dari langit ini
oleh itu wahai teman
aku benar-benar mahu berpesan buat diriku dan dirimu
betapa jangan disia-siakan setiap detik yang berlalu tanpa menyebut dan mengingati tuhan yang esa..
segalanya adalah limpahan pahala, maka jangan disia-siakan teman!

teman..
mari kita berlumba mengejar taqwa
kerna aku selalu berharap bahawa kita akan bisa bersama-sama di syurga nanti..

ayuhlah teman,
tinggalkan keseronakanmu
jauhkan dirimu dari segala yang melambatkan larianmu itu
masanya untuk memecut laju di dalam perlumbaan ini
yang mungkin ini adalah larian kita yang terakhir kali
melajulah teman!


Monday, July 21, 2014

Bertahanlah Palestine!


Hibanya hati melihat Gaza.

patutlah bukan aku yang ditempat itu
yang melihat hancurnya jasad berserakan
darah-darah yang berhamburan
runtuhan demi runtuhan
letupan demi letupan
setiap saat adalah seakan menunggu sahaja detik kematian..

sungguh aku tidak tahan melihat Gaza
melihat mangsanya kanak-kanak yang tidak berdosa 
melihat ibu dan ayah yang juga bermandi darah dan air mata
melihat barisan pemuda yang bercita-cita syuhada
semuanya mengingatkan aku tentang mahalnya harga sebuah syurga..

aku masih dirundung hiba melihat Gaza
melihat kalian benar-benar teguran dari tuhan
untuk menyedarkan manusia seperti aku ini
betapa sebenarnya kehidupan dunia ini sungguh tidak layak untuk dikagumi apatah lagi untuk dicintai.. 

Ya Allah..
bantulah.
selamatkanlah.. :'(


Sunday, July 06, 2014

asyaddu hubban lillah :')


Bismillah..



kata kakak
siapa yang lebih mencintai, maka dia akan lebih berkorban
walau perkara itu sebenarnya dia sukai..

kata kakak lagi
orang yang mencintai itu kan selalu mencari-cari peluang untuk bertemu
yang sukar terasa mudah
yang jauh terasa dekat
segalanya adalah kebahagiaan
walau orang mungkin kata dia itu gila..

kata kakak
tak sukar mengenali orang yang sedang mencintai
kerana raut wajahnya pasti kan berbeda
rasa kebahagiaan yang membuak-buak kan terlihat pada senyumannya
pada perilakunya
dan pada setiap tutur katanya..

ulang kakak
yang mencintai tak akan pernah sanggup mengingkari kata yang dicintai
walaupun hakikatnya dia payah
tapi dia akan tetap berusaha untuk kemahuan yang dia cinta
dan tak mungkin dia mahu yang dia cinta itu terluka kerana perilaku dia..

ya, mencintai itu memang payah
tambah lagi di saat kita harus mencintai tanpa kita terlebih dahulu melihatnya
namun, kata kakak..
ketika itulah datangnya kebahagiaan
ketika yang mahu kita cintai itu, sebenarnya sudah lebih dahulu mencintai kita

dia mencintai kita
dengan segala keterbatasan kita
dalam segala kelemahan kita
dengan setiap perilaku dan tutur kita yang seringkali membuat dia murka
dan.. dia masih cinta pada kita..

cuma kita
yang perlu membalas cinta dia
dengan semampu kita
sehingga kita ini..
asyaddu hubban lillah..

****

Ramadhan ini
aku mahu lebih cinta
pada Dia..

:')





Tuesday, July 01, 2014

Ramadhan Kareem




Bismillah..

Jujur.
Kehidupan dunia memang mengasyikkan.
Tetapi hakikatnya, ini bukan tempatmu selamanya.

susah memang susah
payah, memang tak mudah.
mendepani kehidupan benar-benar seperti hambaNya yang sejati.
untuk membuang al-hawa' yang merantai diri sudah cukup memeritkan, apatah lagi mahu terus istiqamah di dalam langkah.

mungkin kerana itu.
Allah dengan rahmat kasih sayangNya yang tidak berpenghujung
menghadiahkan kita madrasah Ramadhan
Bulan yang mana turunnya Al-Quran, yang mana menjadi huda buat mereka yang mahu mencapai darjat taqwa.

A002

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (2:2)


Ramadhan yang mensucikan semula hati

Ramadhan yang membina semula diri

Ramadhan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka..


maka sungguh rugilah mereka yang mensia-siakan setiap detik yang sangat berharga ini untuk terus terpedaya dengan kehidupan dunia.


jom.

saya dan anda.


mari kita berlumba untuk mendapatkan piala taqwa ini.


dan saya sendiri secara peribadi, melihat semula hafalan quran membuatkan saya sangat berdukacita. jangankan 30 juzuk, juzuk 30 pun kelihatan masih terkial-kial dek kerana tidak mengulang bacaan dengan konsisten pada beberapa surah. dan bagi seorang yang mengaku mencintai dakwah dan tarbiyah, itu adalah satu kebinasaan yang cukup menghinakan bagi seorang penyeru manusia kepada Al-Quran.


so, saya tuliskan target utama saya di laman ini, biar nanti senang saya mahu menampar diri jika masih tak mampu (bukan tak mampu, beralasan sebenarnya) untuk menghafal juzuk 30 dengan lancar. 


Irdhina ya Allah! 

mari fastabiqul khairat!!