Sunday, January 04, 2015
Merancang seni kematian
Bismillah..
Petang tadi dikejutkan dengan satu berita dari group wasap keluarga. Tok Alang telah kembali ke rahmatullah setelah baru semalam je asu bagitahu tentang tok alang yang disahkan mengidap kanser.
Innalillahi wainna ilahi roji'un, benar-benar dari Allah kita datang dan dari Dia jugalah kita akan dikembalikan.
Arwah Tok Alang mungkin sudah mencapai apa yang dia idamkan di dalam kehidupan dia, sementelah dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dua hari lepas. Subhanallah, moga tok alang beroleh umrah yang terbaik dan mendapat apa yang disabdakan baginda nabi bahwa dari satu umrah ke umrah yang lain, tidak ada balasan yang lebih baik melainkan akan diampunkan dosanya.
Itu kisah Tok Alang.
Dan tadi juga, saat membelek cerita yang ada di dinding facebook. Kisah dua anak muda yang kemalangan ketika membonceng motosikal untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan juga hampir saja menitiskan air mata. MasyaAllah. masih muda sekali usianya. Dan yang membuat sebak itu bukan hanya kerana membayangkan mereka itu dalam perjalanan untuk bertemu keluarga yang dilanda ujian banjir dengan menunggang motosikal yang dari Kuala Lumpur, tetapi kerana niat suci mereka, melihat adanya penyapu dan barangan untuk mencuci rumah itu benar-benar mengundang hiba. ya Allah.. terimalah niat suci mereka dan himpunkan dia di dalam kalangan hambaMu yang mukhlis!
dan itu kisah dia.
Kisah yang tak jauh. dekat. dekat sekali.
Melihatkan dunia hari ini, sungguh terasa kematian itu sangat hampir dengan kita. Allah mudah saja menenggelamkan seluruh kampung dengan sekelip mata, Allah mampu saja menjatuhkan kapal terbang dengan hanya saat menjadi bezanya, segalanya mudah bagi Allah. dan kematian itu tidak akan mampu dilewatkan atau dicepatkan bila ia sudah tiba masanya.
Ahhh.. bulan ni juga bulan yang menuntut saya untuk naik turun kapal terbang lebih kerap dari biasa. andai kematian itu yang ditakuti, maka adakah benar diri ini sudah benar-benar mencintai Sang Khaliq yang mana menuntut kematian itu sebagai syarat bertemuNya?
ya Allahhh.. :'(
Sungguh kematian itu adalah kepastian. yang beza adalah adakah setiap kita sudah merancang bagaimana kita mahu pengakhiran hidup kita nanti saat ditarik nafas yang terakhir.
itu adalah pilihan.
dan setiap orang bisa memilih, dia mahu mati seperti apa. tak sukar untuk melihat apakah pilihan setiap orang, kerana lihat sahaja bagaimana cara dia hidup. jika hidupnya sekadar menjadi robot dan memuaskan al-hawa', maka tidak mustahil seperti itu jugalah nanti di akhir hayatnya. tetapi jika dia hidup kerana apa yang diperintahkan tuhanNya, maka Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hamba yang benar-benar mahu dijemput pulang di dalam keadaan yang diredhai..
terserah. itu adalah sebuah pilihan..
“Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (al-Jumu’ah: 8)