Wednesday, September 02, 2015
Menjadi Yang Terbaik UntukNya
Bismillah..
Betapa dalam kehidupan setiap insan, kita sangat memginginkan untuk menjadi yang terbaik.
Pelajar terbaik.
Pekerja terbaik.
Anak yang terbaik.
..segalanya yang terbaik..
Dan semuanya yang terbaik itu sememangnya sangat mengasyikkan.
Dan kita sangat sedar, bahawa menjadi yang terbaik itu bukan mudah.
Perlu pengorbanan. Perlu jiwa yang besar. Perlu ketabahan. Dan juga perlukan usaha yang bukan sedikit untuk menggapainya.
Cuma, dalam kita mengejar yang terbaik dalam urusan dunia kita, berapa ramai antara kita yang menjadikan tema utama kehidupannya adalah untuk menjadi yang terbaik di hadapan Allah?
Di saat suatu hari nanti bilamana yang ada hanyalah diri kita sendiri berhadapan dengan Sang Khaleeq, sudahkah kita mempersiapkan diri kita sebaiknya agar nilai kita dihadapan Allah itu adalah nilai yang paling baik kita pernah ada?
Sudahkah kita memikirkannya?
Saturday, August 15, 2015
Saat futur melanda..
Bismillah..
"Kita ini jika bukan kerna rahmat dari Allah, kita tak berdaya apa-apa"
Saya suka sangat ayat ini.
Ringkas tapi nilainya sama dengan nilaian kehidupan jika disandarkan dengan makna dan pemahaman yang benar.
Betapa kita ini, hanyalah manusia kerdil tidak punya apa-apa, hanya untuk menggerakkan satu jari ini pun perlu dengan rahmat dan izin dari Allah Yang Maha Esa.
Sunnah kehidupan manusia,
Hari ini iman seakan naik menjulang ke langit, esok pula tiba-tiba iman terasa menurun.
Manusia. insan. Pelupa. Kadang-kadang bahkan mungkin sering terlupa bahawa dia ini hanya hamba.
Hati ini, serapuh atau sekuat apapun ia, ia tetap dalam genggaman Allah Rabbul Jaleel.
Cuma yang saya nak kongsikan, apa yang boleh kita buat jika kita rasa iman kita menurun.
Nak mengaji rasa malas, nak pergi halaqah usrah rasa berat, bila solat tahajud pula rasa macam robot yang hanya bergerak-gerak tanpa rasa. Semuanya serba tak kena. Dalam hati menangis sendiri, walaupun orang lain tak nampak, tapi kita tak mampu nak tipu diri kita yang kita benci dengan perasaan futur yang menyesakkan jiwa tu.
Mulakan Dengan Iqra'
Ya, baca Al-Quran itu memang nombor satu. Tapi itu tak termasuk dalam perkongsian saya dalam tulisan ni, sebab saya yakin semua orang tahu, memang tak ada ubat lain yang lebih mujarab untuk menggemburkan semula iman di hati selain mengingati Allah.
Jadi, silakanlah tilawah dan tadabbur Al-Quran ya. Walaupun dengan paksaan?
Ya, walaupun dengan paksaan!
Berbalik kepada cerita utama, apa yang nak dibaca?
Jawapan saya, bacalah kisah mereka yang sudah menepati janji mereka kepada Allah.
Mereka yang hidup untuk membenarkan aqad dan janji sebagai seorang khalifah dan hamba.
Mereka yang hidup sebagai pejuang.
Mereka yang namanya harum dalam lipatan sejarah dan peradaban kemanusian.
Dan percayalah, saat kita menghayati satu demi satu kisah mereka, yang akan kita temukan itu adalah sebuah kekuatan dan jalan cerita yang luar biasa.
Kita tidak memerlukan kisah Elsa, Alice, Cinderella dan berbagai lagi kisah dongeng untuk menghiburkan hati, yang kita perlu adalah mempelajari sejarah dan kisah setiap pahlawan yang tercatat di dalam lembaran sejarah.
Jikalaulah kisah kehidupan sahabat di zaman Rasulullah itu seakan tidak tergapai dek akal kita,
Itu sebenarnya bukanlah alasan kerana nama-nama pejuang itu sebenarnya terlalu banyak dan hanya menanti untuk kita gali kisahnya..
Kita sudah terlalu jauh melupakan pahlawan seperti Musa bin Nushair, Abdurrahman Al-Ghafiqi, Abdurrahman Ad-Dakhil dan Abdurrahman An-Nashir..
Membaca dan menghayati kisah mereka umpama terapi pada jiwa yang kekeringan ini..
Bahkan dengan itu juga kita berdoa,
moga Allah hapuskan segala keresahan pada jiwa kita,
Allah angkat kesedihan pada ujian kita yang tidak seberapa,
dan akhirnya moga Allah kembalikan kekuatan pada ruh kita untuk terus melangkah menjadi pejuang sama seperti mereka..
Dan tidak sama orang yang buta dengan orang yang melihat.
Dan tidak sama yang gelap dengan yang bercahaya.
Dan tidak sama yang teduh dengan yang panas.
Dan tidak sama orang yang hidup dan orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah), dan engkau tidak mampu menjadikan mendengar orang yang dalam kubur.
(Al-Fatir: 19-22)
Thursday, June 25, 2015
Rezeki
Bismillah..
Mengimani hadis keempat dari Hadis 40 Imam Nawawi, ada empat perkara yang sudah tertulis bagi setiap kita. Dan tidak mungkin berubah selama-lamanya.
Amal.
Rezeki.
Ajal.
Bahagia atau Derita.
tetapi, hadis ini sangat perlu difahami dan dipelajari dengan sebaik-baiknya agar tidak timbul kesalahfahaman yang akhirnya menggugah aqidah kita sebagai seorang muslim.
Memahami hadis ini dengan benar seharusnya menjadikan kita orang yang lebih kuat berusaha dan bukannya hanya duduk menanti rezeki yang difahami akan datang seperti magis kepada kita.
Saya tidak ingin menghurai lebih lanjut tentang kesemuanya, cuma hanya mahu berbagi rasa tentang salah satu ketetapan dari empat ketetapan tersebut.
Bahawa rezekimu sama sekali sudah ditetapkan dan tidak akan pernah tertukar!
Harta itu rezeki.
Cemerlang akademik itu rezeki.
Kerjaya itu rezeki.
Jodoh itu rezeki.
Anak itu rezeki.
Kesihatan itu rezeki.
..
...
.....
Dan semua itu sudah siap dituliskan oleh Allah Azzawajalla tanpa terkurang dan cacat cela sedikitpun.
Seperti kata Ustaz Aa Gym dalam satu kuliahnya baru-baru ini, kita tidak tahu di mana rezeki kita berada, tetapi rezeki kita tahu di mana untuk mencari kita!
Bukankah hakikat itu menenangkan?
Mendamaikan setiap kegundahan dan persoalan rezeki?
Dan mungkin kita harus lebih belajar meneladani dari seorang Hasan Al-Basri, katanya, "Aku tahu rezekiku tidak akan di ambil orang, kerana itulah hatiku tenang, dan ku tahu amal tidak akan di kerjakan orang, kerana itu aku sibuk berjuang"
Tenanglah pada urusan Rabbmu..
Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering
[HR. at-Tirmidzi]
Saturday, June 20, 2015
Ramadhan: Antara Dua Kegembiraan
Hari itu saya berpuasa sunat. Dan entah kenapa hari itu kelaparan saya luar biasa sekali.
Beberapa kali juga saya menjenguk dapur, hanya sekadar mahu melihat makanan yang sedang dimasak. ahh..dan itu sudah memadai untuk menenangkan perut yang kelaparan.
Saat untuk berbuka, awal-awal lagi saya sudah duduk tersengih di hadapan makanan. Tak sabar-sabar mahu menunggu azan berkumandang.
"Gembiranya tasyaa nak berbuka", kata seorang ukhti yang rupanya dari tadi melihat gelagat saya. "Mesti nanti waktu berjumpa Allah tasya gembira macam ni", sambungnya lagi.
Saya terpana mendengarnya.
Antara Dua Kegembiraan
Hari ini sudah masuk 3 Ramadhan.
Alangkah beruntungnya masih diberi kesempatan untuk melalui madrasah Ramadhan ini sekali lagi.
Ada orang kegembiraannya pada Ramadhan seputar menghitung hari semakin dekat dengan Aidilfitri.
Ada yang lain, kegembiraannya kerana bisa menikmati juadah-juadah enak yang tidak mudah diperolehi pada hari-hari biasa
Ada juga orang, kegembiraannya kerana bisa solat tarawih dan melihat meriahnya masjid dipenuhi orang yang tidak pernah kelihatan sebelumnya..
Dan sungguh kita tidak bisa menafikan, antara kebahagiaan bagi orang yang berpuasa itu adalah saat ketika dia mahu berbuka.
Tetapi hati ini, saya tiba-tiba teringat kata-kata seorang ukhti tersebut. Betapa bagi mereka yang benar-benar memaknai puasa mereka bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga, maka bagi mereka akan ada satu kegembiraan yang lain, yakni saat bertemu dengan Allah Azzawajalla suatu hari nanti.
للصائم فرحتان، فرحة عند فطره، وفرحة عند لقاء ربه
“Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya.” (Muttafaqun Alaih)
Ya Allah..
Bantu kami untuk menempuhi Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya agar Ramadhan kali ini bisa lebih baik dari sebelumnya..
Allahumma Ameen! :')
Friday, June 19, 2015
Menjadi Diri Sendiri Di Jalan Dakwah
Selalu sangat orang sebut, 'jadilah diri sendiri', 'just be yourself' dan macam-macam lagi lah yang sama erti dengannya.
Selalu, yang menggunakan kata-kata ini biasanya untuk memenangkan diri sendiri atau memberitahu orang lain bahawa 'aku dengan cara aku, engkau dengan cara engkau'. Tetapi, buat mereka yang menapaki jalan dakwah dan tarbiyah, adakah kata-kata ini wajar di jadikan alasan untuk memenangkan prinsip diri?
Saya teringat kisah Wahsyi, saat dia berjaya membunuh Saidina Hamzah r.a di medan Uhud, dia di bebaskan oleh Hindun sebagai balasan atas kejayaannya membunuh Hamzah. Wahsyi gembira bukan kepalang, impiannya selama ini menjadi kenyataan. Dia sudah bebas. Dia bukanlah seorang Hamba lagi. Lantas hari pertama itu dia menukar pakaiannya, supaya kelihatan sama seperti penduduk Mekah yang lain, dia bergegas ke tempat perkumpulan ketua-ketua musyrikin Mekah saat itu untuk menampakkan dirinya sebagai seorang pahlawan yang sudah berjaya membunuh Saidina Hamzah. Wahsyi mengimpikan dirinya diangkat seperti wira, namun apa yang dia temukan? Nyata ketua-ketua Quraisy itu masih menganggapnya seperti seorang budak, kata-katanya tidak langsung di dengari. Dia tidak mampu menjadi dirinya sendiri sebagai seorang yang merdeka. Dia masih dipandang sebagai seorang hamba.
Di sisi yang lain, kita menemukan Bilal bin Rabah r.a. Dahulu dia juga seorang hamba seperti Wahsyi, namun cerita keduanya jauh berbeza. Bilal 'merdeka' dengan mahar keislaman, dan dengan itu dia diangkat mulia sebaris dengan nama-nama besar kota Mekah seperti Abu Bakar r.a, Musab bin Umair r.a, Uthman bin Affan r.a dan ramai lagi. Kesemua mereka mencintai Bilal, tanpa ada sedikitpun perasaan merasa lebih baik dari dia yang dahulunya seorang hamba.
Jika tidak, masakan kita bertemu kisah Abu Dzar yang sanggup meminta Bilal memijak kepalanya hanya kerana gurauannya yang memanggil Bilal dengan nama anak si budak hitam?
Allah Redha Kepada Mereka..
Di jalan dakwah dan tarbiyah ini,
Kita menemukan para sahabat terdahulu yang tidak memilih untuk menjadi diri mereka sendiri,
Jikalau lah Abu Bakar, Umar, Utsman, itu semua memilih untuk menjadi diri mereka, nescaya mereka tidak akan mahu berdiri bersebelahan dengan si budak hitam seperti Bilal. Kerana apalah yang ada pada seorang hamba jika di bandingkan dengan status mereka sebagai orang kenamaan di kota Mekah saat itu.
Tetapi para sahabat ketika itu semua tahu, bahawa cahaya islam yang datang mahu membersihkan diri mereka daripada jahiliyah selama ini, lantas mereka merendahkan diri mereka serendah-rendahkan untuk dibasuh dengan limpahan iman dan tarbiyah. Mereka tidak memilih untuk menjadi apa yang mereka suka, tetapi mereka memilih untuk menjadi seperti apa yang Allah mahu dari mereka. Dan kerna itulah kita mengenang mereka hari ini sebagai generasi Al-Quran yang unik, generasi terbaik yang tidak akan kita temukan lagi di perjalanan sejarah kehidupan dunia.
Betapa saya takjub dengan kisah antara Khalid Al-Walid r.a dan Umar Al-Khattab r.a, ketika Umar melucutkan jawatan panglima perang yang dipangku Khalid untuk diganti dengan Abu Ubaidah r.a, Khalid Al-Walid menerima berita itu dengan lapang dada bahkan tetap bersemangat dan melaju di medan perang dengan mengatakan bahawa apa yang dilakukannya hanyalah untuk Allah semata-mata. Dan Umar sendiri jauh di sudut hati memberitahu bahawa beliau sama sekali tidak ragu-ragu akan kehebatan Khalid tetapi membuat keputusan itu untuk kebaikan kaum muslimin seluruhnya.
Keduanya membuktikan bahawa cahaya Allah itu benar-benar sudah meresap ke dalam ruh dan jiwa mereka. Mereka adalah antara sahabat yang paling tegas dengan prinsip dan keputusan mereka, namun mereka berjaya menunjukkan teladan yang jauh lebih hebat dengan menunjukkan bahawa celupan Allah itulah yang akhirnya membentuk peribadi dan prinsip mereka selama ini.
Dan kita,
Di jalan dakwah dan tarbiyah ini,
Kita juga mengimpikan perkara yang sama,
Agar celupan iman dan tarbiyah ini akhirnya mampu menjadikan kita manusia yang sama seperti mereka, mereka yang di akhir namanya kita sebutkan dengan 'radhiallahu anhu' yang bermaksud 'Semoga Allah redha padanya'..
Allah redha kepada mereka,
Kerna mereka hidup dengan sibghah Allah..
Sehingga akhirnya walau siapa dan apa sahaja latar belakang para sahabat itu, kita akhirnya tetap akan menemukan suatu persamaan yang didasari oleh aqidah yang mantap kepada Allah swt..
Buat diri sendiri dan sesiapa saja yang membaca,
Ingatlah, biar siapapun kita di saat jahiliyah,
Marilah kita buktikan bahawa kita bukan lagi mahu menjadi diri kita sendiri, bahkan yang kita mahu itu adalah agar Allah redha kepada kita dengan menjadi apa yang Allah mahu kita jadi!
صبغة الله ۖ ومن أحسن من الله صبغة ۖ ونحن له عابدون
"Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah."
[Quran 2:138]
Friday, May 29, 2015
#28052015
Bismillah..
Malam ini kami bicara tentang kehidupan
Tentang memperbaharui akad dan janji dengan Sang Pencipta
Dan selalu saja, setiap kata-kata itu meluruhkan apa yang ada di dalam jiwa..
Tentang lesu dan pudarnya warna di jalan dakwah ini adalah kerana keimanan yang masih compang-camping
Keyakinan yang sebenarnya juga masih malap
Sedang diri mengetahui bahawa kejayaan islam adalah satu kenyataan yang pasti..
Allah pasti akan menguji
Kita mahu tarbiyah? Nahh.. Allah akan hadirkan ujian sejauh apa kita akan tegar bersama halangannya
Kita mahu orang yang mahu bersama-sama? Nahh.. Allah akan hadirkan ujian sehingga akhirnya yang tinggal hanya mereka yang benar-benar mahu
Dan fasa kehidupan yang berubah.. Itu juga pasti akan di uji Allah. Sejauh apa kita berpegang kepada janji yang pernah dilafazkan dahulu..
Ramai..
Cintanya pada dakwah hanya seputar kehidupan di universiti
Ramai juga, seluruh hatinya hanya pada ketika dia masih seorang diri
Tak kurang juga, perjalanan terhenti pada saat Allah menghadirkan kesibukan luar biasa kepada dunia saat bekerja atau punya keluarga..
Semua itu pasti akan diuji, siapa antara kita yang paling ahsanu a'mala!
Dan yang menulis ini juga jauh dari kepastian tentang apa yang akan terjadi pada masa hadapan
Yang ada cuma keazaman untuk terus berbuat
Dan memperbaharui akad yang telah lama dahulu dilafazkan kepada tuhan sekalian alam..
Formulanya hanya satu
Biar sekering apa
Dan di mana saja dikau berada
Teruslah bermujahadah dengan apa yang telah diyakini ini
Sehingga akhirnya biar Allah sahaja yang memberikan rasa dan mengakhiri kehidupan ini dengan taqdirnya yang terbaik.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
Terima kasih ya Allah untuk malam ini! :')
Friday, May 15, 2015
#15052015
Hening.
"Moga segala-galanya baik sahaja.."
"Ya, insyaAllah. Doakanlah.." balasku dengan senyuman
"Kuatkan hati. Dan teruslah berlari laju menuju apa yang di cita-citakan. Banyak perkara, orang lain tak akan mampu memahaminya. Tapi yakinlah, Allah akan selalu ada dan tidak pernah meninggalkan kita.." Ujarnya perlahan.
Benar. Bisikku sendiri.
Allah akan selalu ada. Tak akan pernah meninggalkan hambaNya.
Hidup ini perjuangan. Perjuangan tentang siapa yang paling baik amalnya. Yang paling Ahsanu 'amala. Hidup kita hari ini adalah tentang kematian yang bagaimana yang kita mahukan. Dan satu hari nanti kita semua akan menghadap Allah sendiri-sendiri.
"Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)"
(76:29)
Sunday, April 05, 2015
Kan best..
Kan best kalau setiap kali nak tulis kat blog ni,
boleh pejam mata dan karang ayat dalam kepala je,
bukak mata.. tup tup
yeay dah siap bertulis =.='
Banyak benda nak cerita, nak kongsi
ye, medan bercakap tak sama dengan medan beramal. apatah lagi medan menulis ini..
tapi kalau yang semudah menulis inipun susah nak istiqamah, rasa-rasa yang lain tu macam mana?
Fikir sendiri la..
Friday, March 13, 2015
Omar Series: Bayangan Sahabat Yang Tak Terlupakan
Bismillah..
"Sungguh, Allah telah ridha kepada orang-orang yang beriman yaitu ketika mereka bersumpah setia kepadamu (Muhammad) di bawah pohon itu.” (QS. al-Fath: 18).
Saidina Abu Bakar
sahabat yang paling setia
Yang paling membenarkan
yang paling hebat imannya bahkan tidak akan sama walau dibanding dengan iman seluruh manusia..
Saidina Umar Al-Khattab
yang paling jelas antara yang mungkar dengan yang benar
dihadapan kuffar maka dialah yang paling berani menempik suara
tetapi dia jugalah yang paling rendah hati kepada tuhannya..
Saidina Ali
Dia yang paling cepat menyahut seruan kebenaran
Di saat memilih siapakah yang sanggup untuk bertarung sendirian dengan pihak musyrikin
maka di situ kita menemukan saidina Ali ada membuktikan kepahlawanan..
Abdullah bin Suhail
mungkin ramai tak mengenalinya
tapi dialah antara yang terawal-awal menyahut dakwah islam di Mekah
lalu dikurung bapanya kerana tidak mahu membenarkannya berhijrah
hatinya memberontak, lantas dia berhelah
melarikan diri untuk bersatu dengan pasukan Badar, musuhnya bukan calang-calang
Suhail bin Amru, bapanya sendiri yang masih kufur ketika itu..
Salim dan Abu Huzaifah
cinta sesama mereka ternyata mengagumkan
walaupun Salim itu hakikatnya seorang budak kepada Abu Huzaifah
tetapi islam datang untuk mengikat persaudaraan dengan tali dari langit
menyambung kasih mereka di dunia sehingga Allah kurniakan mereka syahid di medan perang yang sama..
Dan banyak lagi kisah sebenarnya..
cerita setiap generasi Al-Quran yang unik ini ternyata mengagumkan
dan kisah mereka bukan calang-calang..
itulah juga yang membuatkan saya selalu kalah menahan air mata saat menonton Omar Series, cerita terbaik mungkin di zaman ini. sudah dua tahun sebenarnya saya mengetahui adanya cerita seerah ini, tapi kerana banyaknya alasan maka selalu saja saya menangguh-nangguh untuk menghabiskannya.
tapi akhirnya Allah membuka pintu hati, istiqamah dan mengambil ibrah dalam setiap episod yang saya lalui. mungkin Allah tahu, jika saya menontonnya setahun lepas, perasaannya mungkin tidak akan sama seperti hari ini. dan saya habiskan 30 episod dalam masa dua minggu. saya menangis lagi, Maha Suci Allah, benar sabda Nabi bahawa inilah zaman terbaik dan generasi terbaik yang tidak akan kita temukan lagi di dalam peradaban manusia. Keimanan mereka bersambung dengan tali dari langit, jasad mereka berperang di dunia, tetapi jiwa setiap mereka seakan-akan sudah di syurga..
mungkin ini hanya sebuah 'lakonan', tetapi kisah-kisah di dalam itu sangat wajar untuk kita ambil pengajaran kerna memang itulah kisah setiap para sahabat tersebut,
buat cerminan diri, alangkah jauhnya beza keimanan kita dengan keimanan mereka..
Salam untuk para sahabat sekaliannya
Kaum Muhajirin dan Ansar yang memang tiada gantinya..
Kisah kalian sungguh mengagumkan
dan hati ini terlalu melonjak-lonjak untuk bersua muka berkongsi cerita..
Alangkah indah saat itu, bisa duduk dan bertanya langsung kepada sang syahid, 'bagaimana ya perasaan ketika Badar?', 'tidak takutkah kali pertama berjalan keluar untuk solat di hadapan Kaabah?', 'apa perasaaanmu Abu Jandal ketika diserahkan balik ke Mekah sedangkan ketika itu engkau sudah berada di hadapan kaum muslimin?'
Dan orang-orang yang terdahulu dan pertama-tama yaitu kaum Muhajirin dan Anshar, serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya.” (QS. at-Taubah: 100).
Subhanallah, Allahu Akbar..
Bantu kami ya Rabbi, agar bisa menjadi orang yang mengikuti mereka dengan baik!
Sunday, March 01, 2015
Rindu
Bismillah..
Teringat zaman sekolah menengah dulu
Sekolah nun jauh di atas bukit
Pelik. Masuk ke situ sebab takut tengok gelagat 'abang' 'kakak' sekolah harian yang bersebelahan dengan sekolah rendah..
Jadi, sementelah habis darjah 6 sudah fikir nanti mahu bersekolah macam sekolah atas bukit tu.
Ahh.. tak kisah sekolah apa, janji nama depan sekolah tu tak macam sebelah sekolah rendah ni..
Sebenarnya, ada satu benda yang sangat dirindu pada sekolah atas bukit tu
yang mungkin dah lama hilang, bahkan hari ni teraba-raba mahu mencarinya kembali..
motivasi. ya, motivasi saat itu yang luar biasa sekali.
bahkan ketika itu masih belum kenal lagi apa itu dakwah. apa itu tarbiyah.
tetapi yang menolak itu bahkan hanya apa yang ada di dalam diri. yang terkesan di dalam jiwa.
Rindu.
Saat tidur malam tak pernah lena jika tidak menghabiskan surah Al-Mulk
Saat duduk di tepi-tepi tangga asrama mencari cahaya lampu buat menyuluh bacaan Al-Quran
Saat hati benar-benar memaknai hadis bahawa membaca Al-waqiah itu tidak akan menjerumuskan diri kepada kepapaan
Dan saat ketika berseorangan berjalan ke tandas wudhu agar bisa tahajud itu adalah benar-benar sebuah kebahagiaan..
Saya benar-benar merindukan perasaan itu.
yang suci sekali rasanya.
sedang ketika itu saya masih tidak mengenal apa itu usrah. masih tercari-cari makna kehidupan yang sebenarnya.
tetapi perasaan selama 2 tahun itu sangat berharga untuk dirindui sehingga ke hari ini..
Dan saya masih teringat akan sebuah Quran besar yang sudah usang di dalam kelas
ya, itu kali pertama saya mengenali sebuah quran yang mempunyai terjemahan kata..
dan saya benar-benar menyayangi quran itu, melihatnya terbiar sahaja di meja guru menyebabkan saya mengambilnya untuk di simpan di bawah meja
lalu semenjak itu quran itu pasti akan saya baca jika tiada guru yang masuk ke kelas
sungguh, ia tanpa jemu. bahkan selalu saja ayat demi ayat itu menumpahkan air mata saya saat mentadabburinya..
tiada yang memberikan taujihat kepada saya.
tiada yang menerangkan ayat demi ayat kepada saya.
yang ada hanya sebuah jiwa yang sangat memaknai apa yang dibaca. yang ada cuma sebuah perasaan yang polos mahu mengenal tuhannya.
teringat juga di hari terakhir kelas, saya mahuu sangat membawa quran itu pulang ke rumah, kerana saya tidak tahu mahu membelinya di mana nanti.
tapi saya batalkan hasrat, quran tersebut bukan milik saya. akhirnya saya cuma berdoa, moga orang yang menjumpai quran tersebut akan menyayanginya juga, seperti mana saya menyayanginya..
Wednesday, February 04, 2015
Aku di sini ya Allah..
Aku di sini ya Allah..
Dalam perjalanan mencari redhaMu
Ku mohon tetapkan aku sabar dan lurus dalam bolak baiknya niat
Agar yakinlah aku dalam melangkah, membangun diri demi ummah..
Aku di sini ya Allah..
mengharap maghfirah dalam setiap hembusan nafas
Yang kalaulah bukan kerana rahmat dan huda dariMu
pastinya aku tidak betah tinggal di sini berlama-lama..
Aku di sini ya Allah..
menyoroti baris demi baris dari kalamMu
menyusuri seerah nubuwwah sebagai teladan
menyingkap al-hadis sebagai kekuatan
agar nanti aku bisa menjadi 'seseorang' untuk agama..
dan Kau maha tahu ya Allah, bahwa segalanya ini tidak mudah
bahwa sunnah perjuangan pastinya payah
maka kuatkan sabarku ya Allah, dengan kesabaran yang cantik
kesabaran yang menolakku agar aku harus bisa menjadi lebih baik..
keranaMu aku di sini ya Allah..
dan aku yakini bahwa segala apa yang sudah dan akan terjadi adalah taqdir yang terbaik dalam kehidupanku
bahwa sesungguhnya Engkau tidak pernah mensia-siakan walau seorang pun hambaMu,
dan jika kehidupan seorang manusia itu celaka, itu adalah kerana dirinya yang memilih untuk itu..
hanya keranaMu aku di sini ya Allah..
moga jika aku hidup, hidupku itu baik untuk agama
dan jika diriku mati, kematianku sebagai syahid yang mulia..
Allahumma Ameen! Ameen! Ameen!
Sunday, January 04, 2015
Merancang seni kematian
Bismillah..
Petang tadi dikejutkan dengan satu berita dari group wasap keluarga. Tok Alang telah kembali ke rahmatullah setelah baru semalam je asu bagitahu tentang tok alang yang disahkan mengidap kanser.
Innalillahi wainna ilahi roji'un, benar-benar dari Allah kita datang dan dari Dia jugalah kita akan dikembalikan.
Arwah Tok Alang mungkin sudah mencapai apa yang dia idamkan di dalam kehidupan dia, sementelah dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dua hari lepas. Subhanallah, moga tok alang beroleh umrah yang terbaik dan mendapat apa yang disabdakan baginda nabi bahwa dari satu umrah ke umrah yang lain, tidak ada balasan yang lebih baik melainkan akan diampunkan dosanya.
Itu kisah Tok Alang.
Dan tadi juga, saat membelek cerita yang ada di dinding facebook. Kisah dua anak muda yang kemalangan ketika membonceng motosikal untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan juga hampir saja menitiskan air mata. MasyaAllah. masih muda sekali usianya. Dan yang membuat sebak itu bukan hanya kerana membayangkan mereka itu dalam perjalanan untuk bertemu keluarga yang dilanda ujian banjir dengan menunggang motosikal yang dari Kuala Lumpur, tetapi kerana niat suci mereka, melihat adanya penyapu dan barangan untuk mencuci rumah itu benar-benar mengundang hiba. ya Allah.. terimalah niat suci mereka dan himpunkan dia di dalam kalangan hambaMu yang mukhlis!
dan itu kisah dia.
Kisah yang tak jauh. dekat. dekat sekali.
Melihatkan dunia hari ini, sungguh terasa kematian itu sangat hampir dengan kita. Allah mudah saja menenggelamkan seluruh kampung dengan sekelip mata, Allah mampu saja menjatuhkan kapal terbang dengan hanya saat menjadi bezanya, segalanya mudah bagi Allah. dan kematian itu tidak akan mampu dilewatkan atau dicepatkan bila ia sudah tiba masanya.
Ahhh.. bulan ni juga bulan yang menuntut saya untuk naik turun kapal terbang lebih kerap dari biasa. andai kematian itu yang ditakuti, maka adakah benar diri ini sudah benar-benar mencintai Sang Khaliq yang mana menuntut kematian itu sebagai syarat bertemuNya?
ya Allahhh.. :'(
Sungguh kematian itu adalah kepastian. yang beza adalah adakah setiap kita sudah merancang bagaimana kita mahu pengakhiran hidup kita nanti saat ditarik nafas yang terakhir.
itu adalah pilihan.
dan setiap orang bisa memilih, dia mahu mati seperti apa. tak sukar untuk melihat apakah pilihan setiap orang, kerana lihat sahaja bagaimana cara dia hidup. jika hidupnya sekadar menjadi robot dan memuaskan al-hawa', maka tidak mustahil seperti itu jugalah nanti di akhir hayatnya. tetapi jika dia hidup kerana apa yang diperintahkan tuhanNya, maka Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hamba yang benar-benar mahu dijemput pulang di dalam keadaan yang diredhai..
terserah. itu adalah sebuah pilihan..
“Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (al-Jumu’ah: 8)
Thursday, November 13, 2014
Nota
Dan hari ini aku belajar
mengorbankan apa yang diriku suka untuk apa yang lebih baik (semoga)
kerna aku sungguh-sungguh tidak tahu
apa yang sudah Allah aturkan di hadapan sana..
Dan hari ini juga aku mengerti
perbezaan pemikiran tidak mungkin akan menjadi titik pertemuan
apatah lagi yang akan menjadi synergi antara kita..
jadi, sudah...
mari 'berpisah' sahaja..
diriku tak akan sama seperti kamu :)
Bismillah..
aku punya cita-cita
besaaaaaarrrr
besar sekali..
namun hakikatnya
perjalanan sebuah kehidupan ini tak akan mudah
dan tak mungkin akan mudah
kerna ini adalah sunnah perjuangan..
berlari
jangan berhenti
belajar
jangan merasa cukup
berharap
jangan berputus asa
tak mudah
tapi jangan mengalah!
Friday, October 31, 2014
Aku, Dia dan Al-Quran
Aku selalu terpana
pada setiap kata-katanya
yang seakan air sejuk yang menghilangkan dahaga
seperti hembusan kedamaian yang menteramkan jiwa..
Aku selalu memikirkannya
mengapa kata-katanya selalu membuatku termenung lama
sedang ku kira ramai lagi orang yang pernah mengatakan perkara yang sama..
Namun kini sudah ku tahu
rahsia apa yang sebenarnya
rupanya lidahnya selalu basah dengan ayat Al-Quran
tiada masa senggang yang terbiar tanpa Al-Quran
sehingga yang keluar dari bibirnya adalah hikmah dari Al-Quran
segalanya penuh dengan barakah Al-Quran
dan itulah yang membuatkan orang selalu terpana mendengar setiap baris kata dari dia..
Ya Allah..
sungguh aku cemburu
pada dekatnya Al-Quran dengan dirinya
pada hikmahnya bahasa buah dari bibir yang tidak kering dari lantunan ayat suciMu
dan kerana itu
aku bertekad bahwa aku perlu lebih berusaha memahami Al-Quran
sehingga Al-Quran itu kan menjadi sumber nadiku
dan akhirnya aku juga bisa merasa seperti Asy-Syahid Syed Qutb, alangkah indahnya hidup di bawah bayangan Al-Quran!
***********
Moga Allah permudahkan perjalanan selepas ini
ya, semuanya baru bermula :)
Tuesday, October 21, 2014
kenapa itu why?
Bismillah..
Murabbi selalu berpesan
Kokohkan 'why' dalam dirimu
barulah nanti saat datang ujian
akan terpamer adakah benar 'why' mu selama ini..
penatnya berada dlm jalan dakwah dan tarbiyah
penat lagi jika bukan kerana Allah..
kerana satu hari nanti
diri sendiri juga yang akan menyoalkan balik
tentang apa yang sedang engkau lelahkan pada hari ini
Thursday, October 16, 2014
Princess Akhawat
Bismillah..
Beberapa hari lalu, emak bertanya lagi tentang baju baru
Aha. Baju konvo buat diri
Al-maklumlah, anak pertama yang akan bergraduasi
Mak pun sibuk nak tempah baju juga, katanya elok lah kalau pakai baju baru masa tu nanti
Tapi entah, sehingga ke hari ini pun sebenarnya kain tu masih tersimpan di laci
Kali pertama dulu memang waaa la tengok kainnya, tepi sekarang.. haha
entah. perasaan memang tak ada. sementelah pula rasa memang tak ada masa nak pegi jumpa tukang jahit sehingga ke hari ini.
Cuma bila kenang-kenang balik,rasa kelakar juga perasaan ni
Jauh berbeza dengan perasaan dulu,
dah lama tak ada baju baru, dah tak teruja tengok barang2 yang menggiurkan orang perempuan, semuanya dah lama jadi kenangan
setiap kali nak beli barang, mengiranya bukan main, end up memang tak beli pun. kain baju konvo ini pun ada orang hadiahkan, tapi fikir upah tailor, haha terus rasa nak ubah fikiran.
pakai je la apa yang ada, nak berhias-hias pun nak tunjuk kat siapa..
tapi itulah,
bila berborak dengan akhawat
rupanya bila ditanya apa benda yang awak nak buat kalau awak masuk syurga nanti yang mana benda tu awak tak boleh buat benda tu di dunia, terkejut juga waktu dengar jawapan mereka, katanya mahu berhias-hias bak puteri raja dan mengagumkan semua orang yang mana mereka tak boleh nak lakukan perkara itu di dunia.
haa.. time tu memang rasa nak tergelak, sebab diri sendiri tak pernah la pula fikir sampai macam tu sekali, tapi nak katanya, jiwa perempuan seorang akhawat tu masih sama sebenarnya dengan perempuan yang lain, cuma yang beda, saat mereka memahami bahawa itu adalah batasan Allah, maka dia menerima dengan redha dan berbaik sangka :)
wait. kenapa sebenarnya saya tulis entry ni
mungkin sebab melihat yang semakin banyaknya hijab di luar sana yang semakin hilang makna yang sebenarnya
dan betapa definisi cantik bagi orang perempuan itu sebenarnya adalah sama tetapi taqwa lah yang akan membezakan nilaian cantik setiap dari kita. terutama bagi orang perempuan. ahh.. faham saja kan maksud cantik bagi perempuan?
dan akhawat itu, tetaplah seorang perempuan juga.. :)
pstt.. tapi sebenarnya jauh kat dalam hati
mahu juga pakai baju cantik-cantik
yang boleh memukau mata orang yang memandang :P
cumanya
tempatnya bukan di sini
insyaAllah di syurga nanti
yang mana sudah tiada lagi istilah tabarruj dan lelaki ajnabi..
Selamat bergraduasi wahai diri..
moga yang lebih bermakna itu bukan sehelai kertas yang tak mungkin boleh di bawa mati!
Tuesday, October 14, 2014
No One Knows But Me - Raef
Meaningful lyrics, Subhanallah! :')
Waterfall, water down,
Wash away that guilty frown
Falling rain, rising sun,
So many things to get done
I am done, it’s your turn
I’m getting old, no time to burn
Wash away that guilty frown
Falling rain, rising sun,
So many things to get done
I am done, it’s your turn
I’m getting old, no time to burn
Chorus:
And no one knows but me, the power that I see
And everybody thinks that I’ve gone crazy
And no one knows but me, just thinking of what could be
And everybody thinks they’re the one…but me
Rise up strong! What you’ll see
And no one knows but me, the power that I see
And everybody thinks that I’ve gone crazy
And no one knows but me, just thinking of what could be
And everybody thinks they’re the one…but me
Rise up strong! What you’ll see
Oh, is this real or imaginary?
Shining bright, the night has come
The better life has not yet begun
Here we are, lessons learned
I am done, now it’s your turn
Shining bright, the night has come
The better life has not yet begun
Here we are, lessons learned
I am done, now it’s your turn
People think that I’m alone, but I feel close to YouThey don’t see that I can love, but I know You doNo one knows just how I feel, only You see through to my heart
Hands raised high, only You can see
For no one knows…but You and me
For no one knows…but You and me















