Pages

Tuesday, July 05, 2016

Impian Ramadhan Diri


Bismillah..



Malam 30 Ramadhan 1437H @ 5 Julai 2016

Sayu rasa hati
Bila mengenang Ramadhan kali ini
Ya tuhan, semoga diterimalah segala amalan
Semoga diampunkan segala kesilapan
Semoga bertambahlah kemanisan iman dan ketaatan..

Entah Ramadhan akan datang masih ada atau tidak buat diri
Allah Maha Tahu semuanya
Moga yang sedikit ini kan menjadi bekal buat hari mendatang
Yang tidak tahu entah di mana penghujungnya..

Mungkin esok
Mungkin bulan hadapan
Mungkin tahun seterusnya
Tiada siapa tahu akhir garis masanya bagaimana

Yang diri tahu
Bersungguh-sungguhlah dalam perjalanan mengejar syurga
Paksa-paksakanlah diri beramal dengan sebaiknya
Dan ingat-ingatkanlah hari perhitungan yang pasti akan tiba

Dunia ini singkat, maka bersabarlah untuk terus taat
Dunia ini penuh tipu daya, maka bermujahadahlah menolak segala maksiat
Dunia ini sebentar, sungguh sebentar sahaja
Maka benarkanlah niat perjalanan ini, luruskanlah hati yang mudah berbolak ini

Aku selalu berharap, benar-benar berharap
Moga Allah jadikan hari yang terbaik dalam kehidupanku adalah hari kematianku
Dan hari terindah dalam hidupku adalah hari pertemuan dengan Allah Rabbul Jaleel
Perkenankanlah Ya Rabb. 
Sampaikanlah cita-citaku ini..
Ameen. Ameen. Ameen!

Saturday, March 12, 2016

7 Soalan Biasa Orang Tanya Tentang Psychology


Bismillah..



 1) PERLUKAN APA UNTUK AMBIL COURSE PSYCHOLOGY?

Jawapan yang pertama, MINAT.
Yes! yang pertama itu minat. sebab percayalah kalau tak minat macam mana nak hadap segala macam teori yang perlu kita baca, kaji, teliti semua.

Rugi sangat kalau belajar empat lima tahun di universiti, cita-citanya setakat mahu dapat segulung ijazah. Yang bernilai itu bukan pada ijazah sahaja ya, tetapi pada nilai ilmu yang mengangkat seseorang manusia itu ke tahap yang lebih tinggi.

Bukan pada course psychology je, apa sahaja course di universiti yang anda belajar, tetapi jika tujuannya hanya untuk 'boleh jawab' di dewan exam dan dapat pakai baju konvo hari graduasi maka itu adalah satu kegagalan buat anda sebenarnya.


2) YANG ADA BASIC SAINS JE KE YANG BOLEH AMBIL JURUSAN NI?

Taklah. Kawan-kawan saya dulu ramai je dari STPM aliran sastera, akaun atau matrik aliran vokasional. Mungkin nanti ada subjek macam Biological Psychology yang kononnya perlu ada basic biology yg power supaya boleh score paper tu, tetapi pengalaman akhirnya membuktikan sebaliknya. Siapa rajin belajar dialah yang akan score. Itu prinsipnya!



3) UNIVERSITI MANA YANG TAWARKAN COURSE PSYCHOLOGY?

Setakat yang saya tahu, untuk diploma masih tidak ada lagi IPTA yang menawarkan course ni. Yang ada cuma IPTS sahaja.

Untuk degree pula, pilihan lebih banyak yang ditawarkan di IPTA seperti UKM, UM, UIA dan UMS. dan setiap universiti yang saya sebutkan di atas ni ada berbeza bidang pengkhususan psychologynya ya. Cuma kalau di UTM yang ada cuma Psychology (Human Resources), jadi siapa masuk UTM tak adalah pilihan tu.

Maklumat details syarat kemasukan boleh dilihat di website fakulti universiti di atas. Dalam website tu kita boleh tengok senarai subjek yang ditawarkan bagi setiap semester lagi tau (mungkin hanya bagi sesetengah universiti, yang pasti kalau UTM ada disenaraikan), so boleh la start google dahulu macam mana rupanya course yang kita nak ambil tu.

Mungkin boleh rujuk link brother ni sebab dia rajin lebih sikit dari saya nak tulis kat blog dia. Apa-apapun, yang paling digalakkan tetaplah pergi masuk ke website faculty university tersebut untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan pointer, syarat kemasukan dan sebagainya.


4) MAK SAYA TANYA, NANTI HABIS BELAJAR NI NAK KERJA APA?

Hehe. Yang ni payah sikit nak jawab sebab rezeki tu kan dari Allah. Saya bukan ahli nujum. 

Hakikatnya, ramai je graduate dari pelbagai bidang yang lain mungkin lebih popular di mata mak kita yang struggle untuk dapatkan kerja. Apatah lagi kalau memang expect akan dapat kerja di bidang yang sama dengan apa yang kita belajar di universiti dulu. 

Saya ada seorang kawan yang berkelulusan degree di sebuah IPTS yang boleh dikatakan sangat beruntung sebab dia berjaya menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta juga tak lama lepas dia graduate, tapi katanya yang tak best tu sebab gaji rendah dan rasa diri dia tak berkembang. Nak jadikan ceritanya,  dia pun berhenti kerja untuk sambung master dan sekarang dalam perjalanan sebagai PhD student pula.

Pendapat peribadi saya dan pengalaman yang sedikit ni, jika anda memang bercita-cita nak jadi seorang psychologist yang sejati, pilihan untuk sambung pengajian sehingga ke peringkat PhD adalah yang terbaik. Ketika belajar degree tu boleh dikatakan hanya basic sahaja dan utk pengkhususan bidang yang anda minat dan mahu pengfokusan yang lebih maka sangat wajarlah untuk anda menyambung pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Apatah lagi kalau bercita-cita nak jadi pensyarah psychology di mana-mana IPTA, memang hampir semuanya memerlukan anda untuk ada kelayakan PhD.

Dan hasil pemerhatian terhadap teman sekelas dahulu, ramai je yang dah bekerja, ada yang alhamdulillah bekerja di bidang berkaitan macam human resourse dan alhamdulillah ada juga yang lari jauh dari bidang psychology.

Prinsip saya pulak, instead of waiting for a job, why not we 'create' the job?

Siapa yang belajar psychology, mesti kena berani fikir macam ni --> Can’t Find a Dream Job? Create Your Own

5) NANTI SAYA BOLEH JADI PAKAR PSIKIATRI KAT HOSPITAL KE?

Ini pun antara salah faham yang besar jugak.Hehe.Tapi tak mengapa, dulu pun saya termasuk golongan yang confius jugak,

Pendek cerita,

Psychologist adalah seseorang yang berada di dalam bidang psychology,
Manakal, pychiastrist pula adalah seorang DOKTOR PERUBATAN yang berada di bidang medical.

Jangan tertukar ye.


Untuk explaination yang lebih baik, sekali lagi terima kasih kepada brother ni sebab dah explain dalam blog dia ni. So jimat masa tak payah saya tulis lagi, boleh refer tulisan brother tu ya.


6) BETUL KE BELAJAR PSYCHOLOGY NI NANTI SAYA BOLEH 'BACA' ORANG?

Betul.

Betul sangat.

Jadi berhati-hatilah jika anda ada kawan yang ambil jurusan ni, nanti dia boleh tahu anda solat subuh ke tak pagi tu, ataupun dia boleh tahu sama ada anda buka Al-Quran lagi banyak atau buka Facebook lagi banyak :P
Saya suka sangat sakat orang bila ditanya soalan ni, pernah ada seorang junior course berbeza yang datang berjumpa saya, kami lunch sekali hari tu, saya nampak dia gelisah sangat duduk depan saya.

Jadi, saya tanyalah kenapa, katanya.. "saya takut duduk depan akak sebab akak asyik nak pandang mata saya, mesti akak boleh 'baca' saya macam mana kan" ujarnya penuh suci

Sambil tahan gelak saya cakap dengan nada serius, " Ha ah, akak tahu.." saya tenung dia lagi, terus dia tunduk macam nak cium meja makan tu, ".. akak tahu, pagi tadi awak baca mathurat sambil ngantuk-ngantuk kan?" balas saya selamba. Sampai sekarang saya ingat lagi muka suci dia yang blur masa tu. Hehe
.
..
Adakah anda yang membaca ni termasuk dalam golongan yang suci seperti junior saya di atas?


7) AKAK ADE APA-APA PESAN TAK UNTUK KUATKAN HATI SAYA AMBIL COURSE INI?

Ok soalan ni saya suka nak jawab. Disebabkan saya rasa mostly yang rajin hantar email ataupun tanya soalan kat saya adalah adik-adik yang masih di sekolah menengah ataupun yang mahu menyambung pelajaran degree in psychology.


1) Tetapkan niat belajar kerana Allah dan untuk Allah

Ilmu adalah cahaya. Dan cahaya itu dari Allah. Orang yang jauh dari Allah maka cahaya tersebut akan sukar menembusi hatinya. Niatkanlah belajar untuk menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling dan memberi manfaat kepada agama dan masyarakat. Sungguh saya cakap, orang yang cita-citanya hanya untuk mengejar sekeping kertas bernama ijazah maka sebenarnya dia adalah orang yang telah gagal dari awal.

Sebab itulah bukan sedikit cerita yang kita dengar hari ini yang mana ada orang belajar sampai PhD tetapi hidupnya penuh dengan kesombongan, rasuah sini sana dan menjadi kebencian orang lain.
Adik-adik yang masih muda, mulalah betulkan niat dari awal dan Bismillah, mulakanlah langkah!

2) Jangan putus asa

Kita adalah orang yang paling perlu memotivasikan diri kita sendiri. Jika kita jatuh maka diri kita sendirilah yang pertama kali perlu memberitahu diri kita untuk bangkit kembali.
Dalam perjalanan mencari ilmu, pastilah nanti akan ada banyak ujian dan halangan yang akan kita dapat. Maka, ketika itu, ingatkanlah diri kita dengan niat yang pertama tadi. Tidak ada jalan pintas untuk sebuah kejayaan dan ingtlah janji Allah, setiap kesulitan itu pasti akan datang bersamanya kemudahan yang tidak disangka-sangka.

3) Kenal diri. maka, kenal pencipta.

Ini sama macam apa yang tuliskan dalam catatan seorang pelajar psychology yang pertama. Masa tu saya baru tahu satu course ni di UTM. Cepat betul masa berlalu. Dan Alhamdulillah saya hari ini adalah cita-cita saya masa lalu.

Bila belajar psychology, kita diberitahu tentang hebatnya perkembangan seorang manusia dalam Developmental Psychology, menyebabkan kita rasa alangkah kerdilnya diri kita jika nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Bila kita belajar Learning Theories, maka kita tahu yang sesuatu yang kita fahami dalam hidup ini adalah terbentuk dari environment, emotional dan cognitive diri kita. maka, orang yang emosinya kuat, maka jiwanya akan besar, cara dia memandnag kehidupan juga akan lebih luas. Dia tidak akan tergugat dengan perkara yang remeh-temeh. Seperti itu jugalah Sahabat Rasulullah satu masa dahulu, jiwa mereka jiwa syurga, maka kerana itulah kita menemukan kisah-kisah mereka sangat hebat dan sangat jauh jika mahu dibanding dengan kisah kita.

Dan semua yang saya belajar itu sebenarnya disimpul kemas dalam satu matapelajaran yang paling menakjubkan bernama Tarbiyah.

Maaf, subjek tarbiyah ni tak ada dalam silibus ye, Kena cari sendiri di universiti masing-masing, insyaAllah pasti ada.

Jadi, buat adik-adik, nanti di universiti jangan kehidupan seputar 3K saja ya, Kuliah, Kantin dan Katil. Aduhai ruginyalah kehidupan. Ada banyak lagi perkara indah di luar bilik anda tu. Ingat, cari 'subjek' bernama TARBIYAH ye.

All the best!

Selamat maju jaya buat semua.

Yang tengan mengambil course ni, yang tengah berkira-kira nak ambil ataupun yang tengah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Oh ya, saya juga masih dalam perjuangan seorang tholibul ilmi. Mohon doakan saya! :)



























Wednesday, November 25, 2015

Usrah & Ukhuwah




**nota buat yang mengenal usrah sahaja**

Bismillah..

Semenjak kebelakangan ni, banyak pula saya dengar kisah akhawat yang 'berpatah arang' dengan tarbiyah ni..

Bahasa mudahnya, meninggalkan tarbiyah dan dakwah
Atau praktikal mudah nampaknya, meninggalkan usrah..

Yang saya maksudkan di sini orang yang meninggalkan usrah kerana tidak mahu lagi bersama dengan orang-orang yang ke sana ke mari buat DnT

Dan yang menyedihkan saya, alasan kebanyakan darinya adalah kerana masalah ukhuwah, tak mampu nak deal dengan kerja atau study yang sibuk dan lepas tu rasa usrahmate tak memahami ataupun masalah emosi sesama anggota usrah yang dilayan2

Tambah mendukacitakan saya bilamana yang buat keputusan ni bukanlah orang yang baru setahun dua tarbiyah, tetapi dah masuk empat lima enam tujuh tahun usia tarbiyahnya. Yang jika di andaikan seperti sebuah pokok, pastilah sudah semakin kukuh akarnya, lebat buahnya dan memberi manfaat yang banyak kepada orang disekitarnya.

Teringat murabbi saya pernah pesan, katanya hampir tidak pernah dia melihat orang yang meninggalkan jalan dnt ni menjadi semakin baik kehidupannya, end up sama ada dia akan hanyut menjadi manusia robot ataupun hanya menjadi manusia muslim yang biasa-biasa sahaja

Saya tak cakap hanya dengan usrah sahaja kita akan masuk syurga ye, tapi bagi saya usrahlah tempat adanya support system yang paling baik tu, which is semua anggota usrah adalah manusia biasa yang bercita-cita mahu menjadi luar biasa, yang memang tidak lari daripada khilaf dan kekurangan sebagai seorang manusia, tetapi yang bezanya mereka saling memperingatkan dan bantu membantu untuk setiap orang menjadi lebih baik..

Dalam dunia yang menakutkan hari ni, sistem pendidikan di universiti dan sekolah langsung tak menjanjikan tarbiyah yang mengubah seorang manusia itu menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Yang ada hanyalah hamba dunia, hamba kerja.. Jauh sekali makna daripada tujuan penciptaan seorang manusia itu sendiri.

Mungkin jika seorang akhawat atau ikhwah itu meninggalkan dnt kerana mahu beramal di tempat dan dengan cara yang lebih baik, maka silakan.. tetapi yang sedihnya, mereka yang membuat keputusan itu hanya kerana kalah dengan perasaan mereka. Melayani kefuturan hari demi hari sehingga akhirnya mereka tewas dengan alhawa' yang mereka ciptakan sendiri.

Ya Allah..

Saya juga takut menulis tentang ini, kerana saya juga tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup saya nanti, tetapi apa yang saya tulis hakikatnya lebih untuk memperingati diri sendiri. Bahawa nikmat mengenal dan mahu istiqamah mempelajari islam adalah nikmat yang paling besar yang Allah hadiahkan dalam kehidupan saya, dan saya tidak akan mampu mengenal islam jika saya memilih untuk sendiri melainkan saya harus terus bersama dengan orang-orang yang juga mahu memperbaiki diri mereka..

Ya, mereka yang namanya akhawat, yang bertudung labuh berjubah itu juga juga manusia yang penuh kekurangan, sama seperti kita juga, banyak kekurangan kita yang mereka sabarkan, maka saling bersabarlah antum dan sama-samalah setiap dari kita mentarbiyah diri kita menjadi manusia yang lebih baik di pandangan Allah..

Ilal jannati zumaro itu tidak mudah, tetapi percayalah, memilih untuk sendiri itu lebih payah dan menyakitkan.. 

Dan selalulah berdoa moga-moga Allah tidak menggantikan kita dengan mereka yang lain, seperti yang Allah firmankan di dalam Al-Quran bahawa jika kamu tidak mahu berada di atas jalan dnt ni, pastilah Allah akan menggantikan kamu dengan kaum lain yang lebih baik dan tidak seperti kamu. 

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."

( Al-Kahfi: 28)

Sunday, November 15, 2015

Here.. In Jannah :')



Bismillah..

Imagine..
Sitting with your spouse in Jannah.
And then deciding what the plans would be for that day..

Should we go outsite, sit on our thrones,
With waterfalls of milk and honey flowing beneath us?
And enjoy a cup of Jannah wine, while smelling the sweet scent of Jannah musk?

Should we go to the souq, the market place,
And mert all of our old friend that we used to kick it off with the dunya was like,
And how we all made it here, and how Allah swt bestowed His favor upon us?

And then your spouse says, you know what, how about we go visit the Prophet saw today.
And so you and spouse, go hands in hand, 
Walking towards the house of the Prophet saw

You pass by the homes of Talhah and Zubair ra,
And you say Salam to them,
And then you go and knock on the door of the Prophet saw in Jannah..
And now, Rasulullah saw open the door,
With the big smile on his face,
And say Ahlan wa Marhaban, welcome and embraces you..

And invites you to sit inside his home, in his noble living room,
And sits right across from you and asks you if would like a cup of Jannah tea..

And you sit in the home of Prophet saw and Rasulullah saw gives you a cup of tea.
And he sits in front of you and gives you his undivided attention..

Imagine what that discussion would be like..
What would you tell him?
What would you ask him?

Would you tell him about your favourite moment in the Seerah?
Or would you ask him what Taif was really like?
And how he still managed to remember us, as the blood spilled from his noble face?

But in Jannah, no more tears and no more fears..
Just the sweetness of success and sacrifices..

Imagine him saw telling you an inside joke between him and Aisha ra?
Or the time he saw caught Anas ra playing with kids, instead of running errands?

What if Rasulullah saw told you how he remembered YOU, or how he knew YOUR name, 
And longed for the moment he would meet YOU?

What if Rasulullah told u, that I remember when your salam reached me, and I answered Waalaikumsalam so and so..

What if, at the end of the conversation,
The Prophet saw extended his hand and offered you a sip of water,
After which again you would never feel thirst,
Not physically nor spiritually..

For the only sight more noble and beautiful than the face of Muhammad saw,
Is the face of the Lord of Muhammad saw, 
And the Lord of You!

And for that, all you have to do is look up..
And you will see Allah swt..

Because in Al Firdaus, you will never be left to imagine again..

(Imam Omar Suleman)

Thursday, October 29, 2015

Anak-Anak Kita


Bismillah..



Cita-cita kita
Bukan cita-cita sebarangan
Cita-cita kita merentas benua
Yang..
Harganya adalah seluruh kehidupan
Maharnya adalah harta dan pengorbanan

Cita-cita kita
Bukan impian sekadar anganan
Yang hanya kita sulam dengan kata-kata indah yang megah
Tetapi..
Ia sesuatu yang akan kita buktikan
Dan kita akan terus menyalakan api semangat yang tak pernah padam..

Cita-cita kita
Adalah cita-cita mulia
Yang diserahkan oleh orang-orang terdahulu dari kita
Dengan jerih dan lelah yang bukan sedikit
Dengan wangian darah-darah syuhada
Dan akhirnya cita-cita ini sampai kepada kita
Untuk kita sambung pula perjuangan seterusnya..

Anak-anak kita nanti
Akan dibesarkan dengan cita-cita ini
Dan mereka akan berbangga untuk menyambungnya
Seperti mana yang disiapkan oleh para bonda mereka hari ini..

Cita2 kita terlalu besar ukhti
Dan cita2 inilah yang paling berharga untuk kita wariskan pada generasi anak2 kita nanti..

Teruslah bekerja wahai ukhti,
Dan tetaplah bersama dengan mereka yang punya cita-cita sepertimu! 




Monday, October 05, 2015

Keyakinan Sejati


Bismillah..



Untuk sesuatu yang kita benar-benar yakini sangat berharga
Tidak akan ada alasan untuk kita lelah berusaha..

Mungkin seperti itulah keyakinan Abdullah Ibn Rawahah
Yang saat diminta untuk berbaiah dengan Ar-Rasul 
Dia terus menyatakan apakah yang akan dia perolehi dari baiah itu

Cukup Ar-Rasul bersabda, "dan bagimu adalah SYURGA"

Dan Abdullah ibn Rawahah terus berlari tanpa menoleh ke belakang
Meninggalkan debu jejak kakinya di seluruh medan jihad
Sehingga Allah mentaqdirkan baginya sebuah kisah hebat
Sebagai syahid di medan Mutah..

Dan aku,
Masih meraba-raba mencari makna keyakinan yang sejati
Yang mudah benar disebut
Tetapi sangat sulit ditemukan dalam hati yang penuh keikhlasan..

"Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah tempat tinggalmu LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah! sehingga Allah memberikan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petujuk kepada orang yang fasiq." 
(At-taubah: 24)

Bantulah ya Allah..
Hambamu ini mahu terus berusaha..

Thursday, October 01, 2015

Makna Pengorbanan







Bismillah..

Berkorban itu
Ertinya adalah pada kesakitan yang kau rasai
Saat engkau mengorbankan segalanya untuk jalan yang kau cintai ini..

Berkorban itu
Maknanya pada kesusahan yang kau hadapi
Saat engkau terpaksa menjadi lebih payah di saat engkau bisa memilih untuk mudah..

Berkorban itu
Pada titis air matamu yang tak akan bisa difahami 
Pada tika engkau sahaja tahu betapa air matamu itu mengalir kerana menahan sulit yang hanya hatimu mengerti..

Berkorban itu
Pada garis-garis senyum yang hanya engkau sendiri tahu
Betapa bahagia dirimu kerana bisa berkorban seperti itu..

Berkorban itu..
Indahnya pada sebuah perasaan
Yang hanya bisa dimengertikan
Oleh mereka yang membayar harga sebuah perjuangan..

Andai kau tanya di mana mahu mencari setulus perasaan yang telah hilang
Maka jawabku, perasaan itu hakikatnya sentiasa ada
Tetapi hanya bisa dirasai oleh mereka yang bersusah-susah mahu mendapatnya..

Yang tidak bisa berkorban
Maka dialah yang akan menjadi korban

Itu pasti,
Kerna ia sunnatullah yang namanya perjuangan..

Wednesday, September 02, 2015

Menjadi Yang Terbaik UntukNya




Bismillah..

Betapa dalam kehidupan setiap insan, kita sangat memginginkan untuk menjadi yang terbaik.

Pelajar terbaik.

Pekerja terbaik.

Anak yang terbaik.

..segalanya yang terbaik..

Dan semuanya yang terbaik itu sememangnya sangat mengasyikkan. 
Dan kita sangat sedar, bahawa menjadi yang terbaik itu bukan mudah.

Perlu pengorbanan. Perlu jiwa yang besar. Perlu ketabahan. Dan juga perlukan usaha yang bukan sedikit untuk menggapainya.

Cuma, dalam kita mengejar yang terbaik dalam urusan dunia kita, berapa ramai antara kita yang menjadikan tema utama kehidupannya adalah untuk menjadi yang terbaik di hadapan Allah?

Di saat suatu hari nanti bilamana yang ada hanyalah diri kita sendiri berhadapan dengan Sang Khaleeq, sudahkah kita mempersiapkan diri kita sebaiknya agar nilai kita dihadapan Allah itu adalah nilai yang paling baik kita pernah ada?

Sudahkah kita memikirkannya?


Saturday, August 15, 2015

Saat futur melanda..

Bismillah..




"Kita ini jika bukan kerna rahmat dari Allah, kita tak berdaya apa-apa"

Saya suka sangat ayat ini.
Ringkas tapi nilainya sama dengan nilaian kehidupan jika disandarkan dengan makna dan pemahaman yang benar. 
Betapa kita ini, hanyalah manusia kerdil tidak punya apa-apa, hanya untuk menggerakkan satu jari ini pun perlu dengan rahmat dan izin dari Allah Yang Maha Esa.

Sunnah kehidupan manusia,
Hari ini iman seakan naik menjulang ke langit,  esok pula tiba-tiba iman terasa menurun.
Manusia. insan. Pelupa. Kadang-kadang bahkan mungkin sering terlupa bahawa dia ini hanya hamba. 
Hati ini, serapuh atau sekuat apapun ia, ia tetap dalam genggaman Allah Rabbul Jaleel.

Cuma yang saya nak kongsikan, apa yang boleh kita buat jika kita rasa iman kita menurun. 

Nak mengaji rasa malas, nak pergi halaqah usrah rasa berat, bila solat tahajud pula rasa macam robot yang hanya bergerak-gerak tanpa rasa. Semuanya serba tak kena. Dalam hati menangis sendiri, walaupun orang lain tak nampak, tapi kita tak mampu nak tipu diri kita yang kita benci dengan perasaan futur yang menyesakkan jiwa tu.

Mulakan Dengan Iqra'

Ya, baca Al-Quran itu memang nombor satu. Tapi itu tak termasuk dalam perkongsian saya dalam tulisan ni, sebab saya yakin semua orang tahu, memang tak ada ubat lain yang lebih mujarab untuk menggemburkan semula iman di hati selain mengingati Allah.

Jadi, silakanlah tilawah dan tadabbur Al-Quran ya. Walaupun dengan paksaan? 
Ya, walaupun dengan paksaan!

Berbalik kepada cerita utama, apa yang nak dibaca?

Jawapan saya, bacalah kisah mereka yang sudah menepati janji mereka kepada Allah. 

Mereka yang hidup untuk membenarkan aqad dan janji sebagai seorang khalifah dan hamba.

Mereka yang hidup sebagai pejuang. 

Mereka yang namanya harum dalam lipatan sejarah dan peradaban kemanusian. 

Dan percayalah, saat kita menghayati satu demi satu kisah mereka, yang akan kita temukan itu adalah sebuah kekuatan dan jalan cerita yang luar biasa. 

Kita tidak memerlukan kisah Elsa, Alice, Cinderella dan berbagai lagi kisah dongeng untuk menghiburkan hati, yang kita perlu adalah mempelajari sejarah dan kisah setiap pahlawan yang tercatat di dalam lembaran sejarah.

Jikalaulah kisah kehidupan sahabat di zaman Rasulullah itu seakan tidak tergapai dek akal kita, 
Itu sebenarnya bukanlah alasan kerana nama-nama pejuang itu sebenarnya terlalu banyak dan hanya menanti untuk kita gali kisahnya..

Kita sudah terlalu jauh melupakan pahlawan seperti Musa bin Nushair, Abdurrahman Al-Ghafiqi, Abdurrahman Ad-Dakhil dan Abdurrahman An-Nashir..

Membaca dan menghayati kisah mereka umpama terapi pada jiwa yang kekeringan ini..

Bahkan dengan itu juga kita berdoa, 
moga Allah hapuskan segala keresahan pada jiwa kita, 
Allah angkat kesedihan pada ujian kita yang tidak seberapa, 
dan akhirnya moga Allah kembalikan kekuatan pada ruh kita untuk terus melangkah menjadi pejuang sama seperti mereka..



Dan tidak sama orang yang buta dengan orang yang melihat. 
Dan tidak sama yang gelap dengan yang bercahaya. 
Dan tidak sama yang teduh dengan yang panas. 
Dan tidak sama orang yang hidup dan orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah), dan engkau tidak mampu menjadikan mendengar orang yang  dalam kubur.  
(Al-Fatir: 19-22)