Wednesday, November 25, 2015
Usrah & Ukhuwah
**nota buat yang mengenal usrah sahaja**
Semenjak kebelakangan ni, banyak pula saya dengar kisah akhawat yang 'berpatah arang' dengan tarbiyah ni..
Bahasa mudahnya, meninggalkan tarbiyah dan dakwah
Atau praktikal mudah nampaknya, meninggalkan usrah..
Yang saya maksudkan di sini orang yang meninggalkan usrah kerana tidak mahu lagi bersama dengan orang-orang yang ke sana ke mari buat DnT
Dan yang menyedihkan saya, alasan kebanyakan darinya adalah kerana masalah ukhuwah, tak mampu nak deal dengan kerja atau study yang sibuk dan lepas tu rasa usrahmate tak memahami ataupun masalah emosi sesama anggota usrah yang dilayan2
Tambah mendukacitakan saya bilamana yang buat keputusan ni bukanlah orang yang baru setahun dua tarbiyah, tetapi dah masuk empat lima enam tujuh tahun usia tarbiyahnya. Yang jika di andaikan seperti sebuah pokok, pastilah sudah semakin kukuh akarnya, lebat buahnya dan memberi manfaat yang banyak kepada orang disekitarnya.
Teringat murabbi saya pernah pesan, katanya hampir tidak pernah dia melihat orang yang meninggalkan jalan dnt ni menjadi semakin baik kehidupannya, end up sama ada dia akan hanyut menjadi manusia robot ataupun hanya menjadi manusia muslim yang biasa-biasa sahaja
Saya tak cakap hanya dengan usrah sahaja kita akan masuk syurga ye, tapi bagi saya usrahlah tempat adanya support system yang paling baik tu, which is semua anggota usrah adalah manusia biasa yang bercita-cita mahu menjadi luar biasa, yang memang tidak lari daripada khilaf dan kekurangan sebagai seorang manusia, tetapi yang bezanya mereka saling memperingatkan dan bantu membantu untuk setiap orang menjadi lebih baik..
Dalam dunia yang menakutkan hari ni, sistem pendidikan di universiti dan sekolah langsung tak menjanjikan tarbiyah yang mengubah seorang manusia itu menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Yang ada hanyalah hamba dunia, hamba kerja.. Jauh sekali makna daripada tujuan penciptaan seorang manusia itu sendiri.
Mungkin jika seorang akhawat atau ikhwah itu meninggalkan dnt kerana mahu beramal di tempat dan dengan cara yang lebih baik, maka silakan.. tetapi yang sedihnya, mereka yang membuat keputusan itu hanya kerana kalah dengan perasaan mereka. Melayani kefuturan hari demi hari sehingga akhirnya mereka tewas dengan alhawa' yang mereka ciptakan sendiri.
Ya Allah..
Saya juga takut menulis tentang ini, kerana saya juga tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup saya nanti, tetapi apa yang saya tulis hakikatnya lebih untuk memperingati diri sendiri. Bahawa nikmat mengenal dan mahu istiqamah mempelajari islam adalah nikmat yang paling besar yang Allah hadiahkan dalam kehidupan saya, dan saya tidak akan mampu mengenal islam jika saya memilih untuk sendiri melainkan saya harus terus bersama dengan orang-orang yang juga mahu memperbaiki diri mereka..
Ya, mereka yang namanya akhawat, yang bertudung labuh berjubah itu juga juga manusia yang penuh kekurangan, sama seperti kita juga, banyak kekurangan kita yang mereka sabarkan, maka saling bersabarlah antum dan sama-samalah setiap dari kita mentarbiyah diri kita menjadi manusia yang lebih baik di pandangan Allah..
Ilal jannati zumaro itu tidak mudah, tetapi percayalah, memilih untuk sendiri itu lebih payah dan menyakitkan..
Dan selalulah berdoa moga-moga Allah tidak menggantikan kita dengan mereka yang lain, seperti yang Allah firmankan di dalam Al-Quran bahawa jika kamu tidak mahu berada di atas jalan dnt ni, pastilah Allah akan menggantikan kamu dengan kaum lain yang lebih baik dan tidak seperti kamu.
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
( Al-Kahfi: 28)
4 orang yang dikasihi Allah..:
Sangat menginspirasi...
Iya, betul. Sebenarnya dengan usrah lah kita dapat mendekatkan diri dengan Allah sebab orang yang join usrah semuanya mempunyai matlamat yang sama. Tapi agak mengecewakan bila ukhuwah diuji, ramai yang nak tinggalkan usrah tapi bukan untuk pertahankan ukhuwah yang terjalin.
Assalamualaikum... saya ni lepasan SPM.. Menjadi seorang pakar psikiatri adalah matlamat saya.. cuma nya saya nak tanya.. untk mnjadi seorng psikiatri, diploma saya kena ambil medic then degree kena ambil psikologi ke? Ataupun sebalik nya.. mohon bantuan ye..
wslm wrbt,
tak, degree juga harus ambil medic then master baru specialist in psikiatri
Post a Comment