Alhamdulillah..dua tiga hari ni,saya isi masa saya dEngan pErgi bebErapa program yang insyaAllah manfaatnya ada buat diri ini..dan insyaAllah juga tugas saya juga untuk bErkongsi apa yang saya dapat kEpada mEreka yang masih bElum mEngetahui..
tErima kasih buat akhawat yang mEmpErkenalkan saya dEngan dEngan 'sEjarah'. bEtapa sejarah yang kita selalu anggap mEmbosankan ni sEbenarnya tErlalu indah untuk kita pElajari dan fahami. macam mana la tak bosan dan sElalu menjadi subjek favourite untuk tido dalam kelas, dah kita ni bElajar 'sEjarah' yang salah..
Ah..di dunia ni tErlalu banyak yang mEnipu.. mangsa nya siapa? siapa lagi kalau bukan kita..
bErmula dEngan program Ini Sejarah Kita (ISK), saya dipErkenalkan dEngan sEjarah yang sama sEkali bErbeza dengan apa yang saya pelajari di sekolah dahulu.. Alahai..dah namanya belajar sEkadar untuk melEngkapkan A di dalam sijil SPM, maka tak hairanlah kEnapa saya atau 'kita' tidak pernah mEmpersoalkannya walaupun saya pErnah juga tErlintas difikiran saya mengenainya apabila masuk bab sEjarah islam yang pErnah dipElajari sewaktu tingkatan 5 tu. dan akhirnya..saya dapat A sEperti yang mahukan dulu.. hanya sEkadar itu..kEsian..
silakan mElihat vidEo ini..yang menceritakan tentang sEjarah kita..bEtapa sElama ini kita ditipu dEngan sEjarah ciptaan manusia barat..
sEsudah program ISK..bErsambung pula dEngan program Ini Peranan Kita (IPK).. ye la..dah tahu kebenaran,tak kan hanya mahu mEmejamkan mata..apatah lagi apabila mEnceritakan tEntang dunia islam hari ini..tak pErlu pErgi sampai kE luar nEgara, cukuplah mElihat apa yang sEdang berlaku disEkeliling kita ini..
betapa hari ini ramainya kita yang ISLAM sekadar pada nama..dan mEreka berasa sEnang hanya pErkataan ISLAM yang tErcatat pada ic mEraka..merasakan bahawa perkataan ISLAM itu sudah cukup untuk mEmbayar harga sEbuah syurga.. saya silap kalau bErfikiran bEgitu..anda juga silap kalau mEngatakan bEgitu.. kErana hakikatnya syurga itu hanya milik orang yang bErsusah payah demi agamanya.. bErmimpi mahu kE syurga dan dan duduk bErsama Saidatina Fatimah,Saidatina Aisyah dan bErjumpa Rasullullah saw.. tapi hanya duduk bErgotang kaki melihat keruntuhan umat pada hari ini.. bangunlah,jangan pErnah mimpi untuk ke syurga hanya dEngan bEkal sepErti tu..
dan semalam..sambungan dari program sEbelum ini iaitu Syahadatul Haq. Syahadatul Haq ini merupakan ucapan dari Abu al-A'la al Maududiyy mengenai konsep syahadah yang perlu kita fahami.. sEharian mEndengar pEnErangan mEngenai ucapan 12 mukasurat ni mEnyebabkan saya terasa betapa bEratnya tanggungjawab yang dipikul sEbagai sEorang yang mEngakui syahadah ini..bukan hanya tanggungjawab saya..tapi tanggungjawab kita yang bEriman dEngan syahadah yang diucapkan ini.. apatah lagi kita sEdang bErdepan dEngan kEadaan dimana umat islam kElihatan sEperti dipijak-pijak musuh agama.. tanggungjawab siapa lagi untuk mEnyEdarkan mEreka yang hanyut diluar sana.. mahu atau tidak,inilah tanggungjawab kita..
tanggungjawab kita kErana kElak kita akan ditanya di hadapan tuhan tentang apa yang kita sudah lakukan apabila agama tuhan ini dihina..kalau tiada jawapan macam mana? masuk nEraka la jawabnya.. nauzubillahiminzalik..
saya pErnah bertanya..
saya juga nak kongsikan sebuah lagi vidEo yang saya dapat sEwaktu program itu..dan saya agak tErkedu apabila mEngetahui hadis mEngenai 5 fasa akhir zaman manusia sEperti yang diceritakan nabi dalam vidEo ini..sEjujurnya juga, saya tidak pErnah tahu mEngenai hadis ni sEbelum ni. Mengetahui yang kita sEkarang bErada pada yang fasa kEempat dunia akhir zaman agak mEnakutkan saya sebenarnya.. mEmikirkan banyak nya dosa dan tanggungjawab yang belum tErtunai mEmbuatkan syurga itu tErasa sangat jauh untuk diri ini.. jadi..masih hanya mahu duduk bErgoyang kaki??