Pages

Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Saturday, July 09, 2011

program: Misi Kemanusiaan & Program Anak Angkat

Bismillah..


Alhamdulillah..3hb sampai 6hb hari tu saya join program bersama USM dan Islamic Outreach ABIM ke perkampungan Orang Asli di Pos Mendrop Gua Musang..^^


Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. saya bertolak dari kl dan sampai di Kota Bharu dekat2 nak maghrib. agak lame jugak perjalanan tu, tapi disebabkan saya dah biase dok dalam bas lelama sejak zaman sekolah menengah lagi so setakat sakit2 urat belakang ke, pinggang ke..kire macam boleh buat2 pejam mata je la..T_T


Act, tujuan utama kami ke sana adalah untuk tujuan dakwah. sebabnya ada dalam 15 keluarga di sana yang menganut islam tetapi yang sedihnya mereka sekadar islam hanya pada nama sahaja..solatnya,puasanya..entah ke mana..
pengalaman selama empat hari itu benar-benar berharga buat saya.
banyak benda yang saya kira tak dapat saya belajar daripada kehidupan mereka yang pastinya berbeza dengan kehidupan saya di luar sana..


pemandangan kampung..

selama ni saya tengok dalam tv je rumah yang macam ni..


Di sana kami dibahagikan kepada keluarga-keluarga untuk dijadikan anak angkat..
waa..saya ketaq juga mula-mula, macam-macam perkara saya dok fikir,,
tapi alhamdulillah..amek (emak) dan apak (bapak) saya cukuppp baik dan sporting,,hehe


walaupun mereka berdua ni masih tidak mempercayai agama (atheis) dengan alasan mahu berpegang kepada adat nenek moyang mereka tetapi yang saya suka sebab amek cukup terbuka bila saya ajak dia bercakap tentang islam..
mereka juga tak kisah saya solat di rumah mereka dan ajak anak-anak mereka bersolat bersama saya..


Macam-macam aktiviti yang disusun sepanjang empat hari di sana..
Antaranya..


sukaneka!
(tapi gambar ni tak macam sukaneka pun) =_="




macam-macam perangai dapat tengok time ni..
orang psychology kan..
hoho




time ni tengah berkumpul untuk acara sukaneka untuk kaum wanita
acara..kupas timun dan bawang!! weee..




pada waktu malam ada pengisian kepada penduduk kampung usai solat maghrib..
ada banyak lagi aktiviti yang lain yang kami lakukan lagi. 
contoh lain, mobile clinic untuk penduduk kampung..


jap..nampak tak rumah batu kat belakang tu?
itu rumah yang dah siap dibina oleh kerajaan untuk mereka, tapi masih ada sebahagian lagi yang rumah mereka masih dalam proses pembinaan
contohnya, rumah keluarga angkat saya~




menurut apak, bila rumah batu tu dah siap maka rumah yang lama ni kena lah dirobohkan..
huhu..bagi saya rasa sayang pulak 
ye la, apak kata rumah tu dah berusia enam tahun tau
tambah lagi, apak bina rumah ni seorang diri selama dua bulan..
sayang la..macam ade sentimental value. aceehh..~!




yang baju biru ni adik angkat saya kat sana,fardela.
comel kan dia? ^_^
sebelahnya tu, juriah..
teringat-ingat lagi kata-kata juriah kat saya time petang saya dok mengajar mereka ni,
katanya "besar nanti saya mahu pakai macam kakak lah"
oh...terharunya dengar..~




inilah apak..^_^
haha..ce tengok plastik besar tu
yang tu buah tangan untuk saya dan sorang lagi kawan untuk kami bawak balik.
macam-macam ada kat dalam tu..wee
waktu ni hari last kami berkumpul satu family sebelum bergerak balik..




saya suka sangat kat dia ni..
namanye liza
sebaya saya tapi dia istimewa..
menurut keluarganya, dia diserang demam panas sewaktu kecil..
kenapa saya suka dia?
sebab dia sangat suka senyum..
walaupun dia tak mampu nak menjawab setiap pertanyaan saya, tapi dia faham apa yang saya cakap dan akan balas setiap pertanyaan saya dengan senyuman..
melihat dirinya membuatkan saya terasa kerdil sangat
kerana kekurangan nya itu seakan sudah memastikan tempat dia di syurga..
sedangkan saya yang sempurna anggota dan akal fikiran ni masih tak pasti pengakhirannya bagaimana..
hurm..




kasut 'kerok' kesayangan yang sudah lunyai..
tapi masih berada di kaki untuk membantu saya berlari-lari mencari makna hidup..


sungguh..
banyak benda yang saya belajar di sana
terima kasih di atas tarbiyyah ini ya Allah..


saya tinggalkan kampung ini dengan air mata yang tak boleh berhenti mengalir sewaktu kami bersalaman buat kali terakhir..
malu jugak bila perasan ada orang yang ambil gambar time tengah tacing2 tu.huhu
tapi entahlah.. memikirkan yang saya masih tak mampu meyakinkan amek dan apak tentang fitrah kehidupan kita yang sebenarnya betul-betul membuatkan saya rasa hiba..
tapi..jika Allah tidak izinkan maka apalah daya saya..
sedangkan baginda nabi sendiri tidak mampu membuatkan bapa saudaranya menerima islam sebagai agama yang satu..
pastinya hidayah itu milik Allah
dan saya hanya mampu menyampaikan..


doa saya..moga suatu hari nanti Allah akan membukakan pintu hati mereka untuk menerima deen ini..
I.S.L.A.M


Allahumma Ameen..



Thursday, June 30, 2011

program : PERSIS' 11

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..program PERSIS'11 (Perkampungan Siswa Siswi) anjuran IKRAM di UNISEL sekurang-kurangnya menyalakan balik semangat dakwah saya yang hampir longlai disebabkan cuti yang panjang ni..


Oh ya,mungkin gambar juga mampu bercerita tentang kenangan selama lima hari itu..^^


Nahnu Ansorullah!


time sampai nih..

jarak antara hostel dengan masjid & tempat ceramah program agak jauh.
jadi..memang kena jalan..jalan dan jalan..

time ta'aruf..:)
time slot..


macam biasa..
peserta ikhwah mesti akan lagi kurang dari peserta akhawat..

masa-masa terluang..
menuju ke tempat ceramah..
ngee..part ni sume orang suke..
so, nak tunjuk jugak..:D
resolusi?
eh..pak cik RM..^^


Teringat kata-kata pak cik RM masa majlis penutup program tu tempoh hari.
Katanya, islam itu pasti akan menang.Daulah islamiyyah pasti akan tertegak.
Soalnya sekarang, adakah kita mahu menjadi salah seorang yang mengerah tenaga ke arah kemenangan yang pasti itu. atau kita hanya memilih untuk menjadi penonton.
lebih malang lagi, kalau kita memilih untuk hanya mendiamkan diri..
mungkin hati seakan ragu-ragu bahawa kemenangan milik islam itu pasti.


Lalu, ingatan saya kembali kepada cerita 1400 tahun yang lalu.
saat di mana ketika baginda Nabi Muhammad saw mengkhabarkan bahawa tentera islam pasti akan menawan kota Kostantinopel.
Ditangan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.
maka ketika itu, semangat seluruh umat islam berkobar-kobar dengan sebuah keyakinan yang dituturkan nabi walhal ketika itu kota Konstantinopel ibarat sebuah tembok yang terlalu kukuh untuk diroboh oleh tentera islam.
Dan akhirnya..setelah 800 tahun berlalu, maka hadith itu menjadi kenyataan dibawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.
800 tahun! masya Allah..bukan tempoh yang sekejap..
tetapi kerana keyakinan terhadap apa yang pernah dituturkan nabi, mereka tidak pernah berputus asa,
bermula dengan Saidina Ali,Muayyiwah b Abu Suffian, Sultan Sulaiman, Khalifah Harun Al-Rasyid dan Sultan Beyazid yang melakukan tiga kali cubaan tanpa mengenal erti berputus asa..


hari ini..ibarat cerita yang sama juga
islam akan kembali tertegak di muka bumi ini.itu janji Allah.
tetapi adakah keyakinan kita juga sama seperti mereka yang terdahulu?


Bak kata pak cik RM lagi, janganlah kita ni jadi orang yang sedar dek untung!
buktikanlah yang kita ni memang adalah insan-insan yang terpilih kerana hidup atas nama seorang Muslim yang beruntung kerana memiliki islam sebagai deen..


Agama ini menuntut pengorbanan..
pengorbanan pada jalan dakwah,tarbiyyah dan jihad.
Agama ini juga mendidik kita erti keyakinan pada janjinya
tolong agama ini dahulu, kemudian barulah datang bantuan Allah
sedekahkan harta kita dahulu, kemudian barulah rezeki kita akan diluaskan
ya..logiknya juga begitu kan?
kena kerja dahulu, kemudian barulah akan diberi gaji..


pastinya juga syurga itu..
bukan untuk orang yang hanya hidup bersenang-lenang di dunia..






“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."
[9:111]



Monday, March 14, 2011

family day akhawat: i love them!

bismillahirrahmanirrahim..

ukhwah fillah abadan abada

SUKANEKA!


jazakillah akhawat kelab iqra' sebab buat sukaneka yang best petang tadi..:)
dah lame sangat tak berlari sepenuh hati, so ape lagi..belasah aje la..hoho
tak kesah la berguling, bergolek, berhimpit, berlari, 'ber'loncat..[rosak bahasa]
yang pasti sangat best! hehe

sejujurnya, saya gembira..terpilih berada dalam kalangan mereka
sebab apa?
sebab mereka membuatkan saya merasakan bahawa saya hidup 'bertuhan'
bukan hidup sebab sekadar nak berseronok, ketawa, makan, borak-borak
tapi di hujung setiap apa yang yang saya lakukan bersama mereka, saya rasakan yang islam itu sangat indah..
yang apa sahaja yang saya lakukan dalam kehidupan ini matlamatnya hanyalah satu..
iaitu KEREDHAAN ALLAH..

terima kasih tuhan..
sebab letakkan saya kat sini
bersama mereka..
yang ikhlas menolong saya untuk terus istiqamah dengan apa yang saya pilih hari ini..

DOA DAN HARAPAN


saat saya membacakan doa rabitah
terdengar suara-suara mereka yang mengaminkan bacaan saya
pasti harapan mereka juga sama seperti saya
moga doa itu menjadi penguat hati-hati kami untuk terus bermujahadah di jalan ini..


Ya Allah,
 Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
 bertemu untuk mematuhi perintahMu,
 bersatu memikul beban dakwahMu,
 hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
 maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
 kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, 
penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu,
 hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, 
jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
 Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Allahumma Ameen..:)





Monday, February 21, 2011

program: Kursus Intensif Al-Quran (KITAQ)

bismillahirrahmanirrahim..


" Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang,"

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.”

“Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil.

Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini?

Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?”

“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. 

Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? 

Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?.......”

~petikan dari Mukaddimah Tafsir Fi Zilal : Sayyid Qutb

Setiap Detik Nafas Di Bawah Lembayung Al-Quran


Alhamdulillah..
hari ni masa saya tak terbuang sia-sia
program KITAQ sangat best! dan yang paling penting, ada sesuatu yang saya bawa pulang bersama hati saya hari ini..

Allahu Allah..setelah sekian lama saya mengkaratkan otak saya mengenai bab tajwid (last saya belajar ketika di sekolah men, tu pun seminggu sekali), hari ini saya me'refresh' balik segala hukum-hukum tajwid yang saya fikir saya dah pandai tu..
sebaknya rasa bila terkebil-kebil cuba mengingatkan balik hukum-hukum tajwid ni..
"eh..pernah belajar la dulu, tapi ape ha?"
"ha ah la..time sek rendah ada ustaz ajar!"
bla..bla..bla..(bermacam alasan buat menenangkan hati yang dihambat rasa bersalah)

Jika Benar Mencintai Al-Quran..

sungguh, saya rasa malu kepada diri sendiri
kenapa?
kerana saya membaca Al-Quran setiap hari
kerana saya mengharapkan Al-Quran itu akan menemani saya di akhirat nanti
kerana saya berkata yang saya akan mencintai Al-Quran sepenuh hati
tapi..
saya masih tak mampu lagi memahami setiap bait-bait perkataannya
saya masih tidak lancar mengingati semua hukum tajwid dan makhrajnya
lalu, adakah Al-Quran itu akan setia menjadi penghadang kepada api neraka buat saya?

merenungi pesan Asy-Syahid Sayyid Qutb di atas menambah rasa  kehinaan diri, betapa Al-Quran itu merupakan kurniaan tuhan yang sangat berharga. tapi hanya pada jiwa-jiwa yang mencintainya, hanya pada diri yang beramal dengannya..maka, di situ akan ada kenikmatan hidup disamping Al-Quran. lalu.. bicara, penglihatan, pendengaran dan seluruh kehidupan mereka pastinya akan mengikut apa yang telah ditetapkan Al-Quran!

betapa ramai orang yang hari ini berlumba-lumba mengkhatamkan Al-Quran, tetapi mereka tidak mengambil satu pun pengajaran darinya. bahkan hidup mereka lebih sesat lagi, kerana mereka hakikatnya TAHU tetapi mereka memandang hanya dengan sebelah mata sahaja segala isi kandungan Al-Quran itu. peringatan azab hanya umpama tiupan angin di telinga, syurga? ya..mereka berkata mereka mahukannya, tapi tingkah laku mereka hanya semakin menjauhkan mereka dari syurga. Aduhai..malangnya!

Hanya Kerana Syurga..


orang yang bijak
tidak memandang kehidupan setakat di dunia ini sahaja
tetapi matlamat mereka adalah kehidupan yang abadi di negeri akhirat
oleh sebab itulah, apa saja perlakuan mereka pasti akan dikaitkan dengan kehidupan akhirat kerana mereka FAHAM, segala perbuatan ini akan diperhitungkan. takkan ada satu pun yang akan terlepas dari pengadilan hatta sebesar dzarah sekalipun.

mereka FAHAM..
kehidupan ini hanyalah senda gurau yang melalaikan
buat menguji siapakah di antara kita yang paling tinggi amalannya
bukan siapa kah yang paling jelita ataupun kaya, tetapi siapa yang paling  bertakwa!
dan mereka juga mengakui
orang yang merindui syurga pasti akan berusaha bersungguh-sungguh kerananya
waima terpaksa dibalas dengan mengorbankan diri sendiri
seperti Sayyid Qutb yang masih mampu tersenyum saat dirinya dihadapkan ke tali gantung..









Sunday, February 13, 2011

ketiadaannya dicari, kehilangannya ditangisi


bismillahirrahmanirrahim..

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan (nama) Allah maka bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada tuhanlah mereka bertawakal.”
 ( al-Anfal : 2)


MasyaAllah..
saat di sebut nama Allah, maka hati mereka bergetar
kerana apa?
kerana mereka CINTA..



minggu ni banyak sangat program pasal cinta
disebabkan cita-cita saya mahu menjadi perempuan yang suci dalam debu di akhir zaman ni, 
maka saya pun merajinkan diri pergi mana-mana program yang ada

jadi, izinkan saya berkongsi
ilmu yang saya perolehi dari program yang saya hadiri
kerana saya dipesan
"orang yang mencintai sesuatu, maka dia akan selalu menceritakan tentang cintanya itu"

macam orang yang sedang bercinta
dia nak sebut pasal orang yang suka tu je
walaupun kawan-kawan kat sekeliling dia dah buat muka menyampah
dia tetap buat tak kisah sambil paksa kawan-kawan dia dengar
lepas tu, kawan-kawan dia tulis pulak status yang perli dia kat facebook
dia tetap buat tak tahu
malah dia tetap menceritakan tentang orang yang dicintainya tu..
tragik kan?

Erti Kejayaan Itu Hanyalah Apabila...

semua orang mahukan kejayaan bukan?
tapi betapa ramainya orang yang hanya menilai kejayaan pada harta
sedari kecik lagi kita sudah ditanam dengan fahaman macam ni

"dik..dah besar nanti nak jadi apa?"
"nak jadi doktor,"
"oo..baguslah. sebab apa nak jadi doktor?"
" sebab doktor ada gaji banyak,"

"nak amik cos apa ye nanti kat u?"
"amik la cos sains, nanti senang nak dapat keje"
"tapi aku minat sastera,"
"tak payah la wei..nanti ko tanam anggur je lepas gred,"

"ee..bestnya dia. anak orang kaya, boleh dapat apa je yang dia nak, mesti hidup dia gembira je kan?"
"tapi, kebahagiaan tak boleh dibeli dengan duit,"
"eh, ngko ni.. kalau takde duit boleh ke nak bahagia? masuk tandas pun sekarang dah 30 sen tau!"

pada mereka..kejayaan itu pada harta benda
bila sudah punya rumah dan kereta yang besar automatik orang akan cakap yang mereka itu orang yang berjaya
walaupun harta-harta yang mereka perolehi itu daripada cara yang salah
mereka akan tetap memejamkan mata, bagi mereka itulah kejayaan!

tapi..bagi orang yang mengtakan bahawa mereka beriman
kejayaan itu hanya ada apabila ia disandarkan sepenuhnya kepada agama
siapakah orang-orang yang berjaya?
surah Al-Ahzab ayat 71 hadir memberikan jawapan.. 

 " Dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mencapai sebesar-besar kejayaan."

Allahu Allah..
sebesar-besar kejayaan?mahu apa lagi?
namun berapa ramai di antara kita yang menyedarinya?
jika sudah menyedari, berapa ramai pula yang memahaminya?

Cinta Kepada Yang Menghadirkan Cinta

cinta itu milik Allah
maka selayaknya kita mencintaiNya di tempat yang tertinggi di dalam hati kita
tak mungkin kita akan lebih menyayangi hadiah berbanding dengan si pemberi hadiah

jika kita benar-benar memahami
apakah kita mampu mendustakan segala apa yang tuhan hadiahkan buat kita
lalu kenapa kita mudah benar menggantikan tempat milik tuhan dengan sesuatu yang tidak selayaknya?
Dia yang kita sayangi itu milik tuhan, maka kecintaan kita kepadaNya seharusnya berkali ganda berbanding dia. kerana apa? kerana dengan izin tuhan lah dia hadir dalam hidup kita

masih segar dalam ingatan saya
pertemuan pertama dengan naqibah saya di matrik
ayatnya meresap jauh dalam hati saya
menyebabkan saya tidak pernah melupakan ayat itu sehingga ke hari ini

"orang yang bercinta sebelum bernikah ni, sebenarnya hati mereka kosong. dan percayalah, di saat awak meletakkan dia di hati awak, bererti awak telah meletakkannya di tempat yang sepatutnya hanya milik tuhan, bila tempat itu diganti, maka saat itu tuhan seakan tiada tempat di hati awak"

alangkah hinanya rasa saat itu
membuang tuhan dari hati semata-mata untuk seseorang yang entah siapa-siapa
jika tuhan itu sudah tiada dalam hati, apa ertinya hidup melainkan menanti untuk binasa
sungguh..saya tak mampu membayangkannya

dan semenjak saya mendengar ayat itulah saya terasa sesuatu yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata
doa yang tidak pernah lekang dari bibir saya sejak itu..
"tuhan..jangan tinggalkan saya"

sungguh..tuhan benar-benar menunjukkan jalan buat saya
tanpa meninggalkan saya sedikit pun walau kadang saya tersasar 
tuhan masih memberi peluang yang bukan sedikit
meletakkan saya di sini, bersama sahabat-sahabat yang juga mencari cintaNya
Allahu Allah..nikmat manakah lagi yang mahu saya dustakan?


Buat Kalian Yang Bercinta..


cinta kepada manusia itu tak bersalah
yang salah adalah cara kamu menzahirkannya
andai benar kamu cinta..
maka, pimpin eratlah tangan dia menuju syurga..

jika sebelum masanya maka belajarlah untuk melupakan
memang tak mudah tapi andai kamu benar-benar mahu meletakkan tuhan di hatimu, maka perlukah alasan?




percayalah..
couple adalah mukaddimah kepada dosa yang bertimpa-timpa!
nikmatnya ketika itu sahaja, tetapi azab yang maha hebat menanti kamu di sana
sedarilah, kalian bercinta kerana hati kalian kosong tanpa tuhan
jangan biarkan ia kekal begitu.. tanpa tuhan hidup kita tiada apa-apa makna!

saya..
cukup tersentuh dengan hadis qudsi ini


"Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.
 Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. 
Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”



Allah..sangat menyayangi kita..
kitalah yang memilih untuk menjauhkan diri.. 
pulanglah..Allah sentiasa mahu menerima kita semula..:')