Pages

Saturday, November 06, 2010

tEntang Nabi Muhammad saw..

 Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam sedang mEmaksa diri mEnghabiskan buku-buku yang saya kena baca untuk mEnghadapi final exam yang sEmakin hampir ni,sEmpat jugak la saya mEnghabiskan 1 buku karya Imam Al-Tarmizi..

Sebenarnya..dah lama jugak saya pErasan buku ni time pegi kEdai buku..tapi entah kenapa hati ni sEkadar mahu menyelak-nyElak sahaja.. sampailah..saya nampak buku ni lagi kat library.. baru tErasa hati ni mElonjak-lonjak untuk mEmbaca.. alahai..imanku..

bErcerita tEntang manusia agung ni pasti mEngundang rasa rindu kan?

Dan buku ni…mEmbuatkan manusia agung itu tErasa dEkat..


“sungguh,telah ada pada diri Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah (33:21)

tEntang Nabi Muhammad saw..

Anas ibnu Malik r.a mEriwayatkan:

“Rasullullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus tergerai. Warna kulit beliau coklat. Ketika berjalan,tubuh beliau tegap.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

“Panjang rambut Rasullullah saw sampai ke setengah telinga beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Ahmad)

“Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasullullah.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

“Cincin Rasullullah saw terbuat dari perak. Sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi.”

(Riwayat Timizi, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

“Rasullullah saw mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.”

(Riwayat Tirmizi , Nasa’I dan Abu Syaikh)

Al-Bara’ ibn Azib r.a meriwayatkan:

“Postur tubuh Rasullullah sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara kedua belakangnya lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Jabir ibn Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat Rasullullah saw pada sebuah malam yang terang-benderangoleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap beliau dan memandang bulan. Sungguh,menurutku, beliau lebih indah daripada bulan.”

(Riwayat Tirmizi, Darimi, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

Abu Hurairah mEriwayatkan:

“(kulit) Rasullullah itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari perak. Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi.”

(Riwayat Tirmizi)

Ibrahim bin Muhammad meriwayatkan:

“Jika Ali bin Abi Thalib r.a menggambarkan karekter fizikal Rasullullah saw.—kemudian Ibrahim menyebutkan sebuah hadis yang panjang—ia berkata, ‘Di antara kedua belakang beliau ada tanda kenabian, dan beliau adalah penutup para nabi.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Sa’d dan Baihaqi)

Jabir bin Samurah r.a mEriwayatkan:

“Saya melihat tanda kenabian di antara kedua belakang Rasullullah saw, iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati.”

(Riwayat Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

Saidatina Aisyah meriwayatkan:

“Rasullullah suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan menggunakan sandal.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’I, ibn Majah dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan:

“Sebelum tidur Rasullullah saw (suka) memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-itsmid), sebanyak tiga kali di tiap-tiap mata beliau.”

(Riwayat Tirmizi)

“Sandal Rasullullah saw menggunakan qibal yang tiap-tiap talinya terbahagi dua.”

(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ummu Salamah mEriwayatkan:

“Pakaian yang paling disukai Rasullullah ialah pakaian gamis.”

(Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud)

Abdullah bin Harits r.a mEriwayatkan:

“Saya tidak penah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum selain daripada Rasullullah saw.”

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

"Tawa Rasullullah saw adalah senyuman."

(Riwayat Tirmizi)

sEbenarnya banyak lagi hadis-hadis yang mEnceritakan mEngenai baginda Rasullullah dalam buku ni..
dan insyaAllah ia mampu mEmbuatkan kita tErasa dekat dengan baginda walaupun kita tidak pErnah menatap wajah baginda..

mengetahui bEtapa sEderhana nya kEhidupan baginda, dan betapa baginda sangat mErendah diri walaupun bErstatus Kekasih Allah mEmang mEnjadikan baginda manusia agung yang tiada tolok bandingnya..

cukuplah mEnjadikan artis-artis yang ntah apa-apa itu sEbagai idola..

baginda Nabi Muhammad saw adalah contoh tErbaik..buat SAYA..buat KITA

video ni..salah satu video kEgemaran saya.. dan jika RINDU,pasti akan ada air mata yang mEngalir saat mElihat video ini..

saya RINDU..anda?









"Katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku. nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu,Allah Maha pengampun, Maha Penyayang."

(Ali imran:31)





1 orang yang dikasihi Allah..:

nawzahs said...

post yg bgus.inshaallah cbe ntuk mendalami hidup rasul kita dgn lebih minat yg mendalam.

Post a Comment