Pages

Monday, March 28, 2011

warkah buat sahabat..


sahabat..
biasanya aku hanya memerhati
tapi entah kenapa lain benar rasanya hari ini
tangis ini tidak mampu aku tahan-tahan
senyuman yang aku lihat seakan belati tajam yang terus menyiat-nyiat rasa hati
lama aku memandang wajah itu
cuba mencari andai senyuman yang engkau lemparkan itu adakah datang dari hatimu yang penuh 'kebahagiaan'
atau engkau tidak mahu mengaku bahawa engkau terpaksa senyum dalam tangisan..

sahabat..
ingat lagikah engkau waktu dulu?
kita sama-sama duduk di tepi longkang asrama pada waktu malam
bercerita segala-galanya
tentang diri,kehidupan dan masa depan yang kita impikan
"nanti kau yang akan kahwin dahulu,"
"oh,aku tak kan langkah bendul.engkau dahulu!"
mana mungkin aku lupa pada setiap kata-kata
kerana kau lah sahabat yang sering menggembirakan hati
ingatkah lagi yang di tepi longkang itu kita bergelak ketawa sambil mengukir janji
yang kita akan jadi teman yang sejati semenjak dari detik itu..

sahabat..
masih ingatkah engkau pada hari terakhir aku meninggalkan sekolah itu?
"weh..aku buat kan kau kad besar-besar ni. kau jangan lupakan aku tau!"
sungguh hatiku membalas bahawa aku tak akan memungkiri janji
meletakkan namamu sahabat di antara orang yang aku kasihi..

lalu, saat ini..izinkan aku menulis
tentang apa yang bersarang di dalam hatiku
tentang duka yang entah datang dari mana
tatkala aku melihat 'kebahagiaan' mu hari ini
ya..aku bukan perempuan sempurna yang layak untuk engkau contohi
kerana aku juga masih bertatih mencari hakikat diri
tapi renungilah apa yang sedang aku nukilkan ini..

sahabat..
bukan aku cemburu tatkala melihat 'kebahagiaan' engkau
tapi sayu benar rasa hati
walau bukan aku melihat di depan mata
air mata entah kenapa tidak mampu ditahan lagi
mengenangkan engkau sahabat yang sahabat yang sangat aku kasihi..

sahabat..
jujur..
aku benci melihat gambar kalian berdua
lupakah engkau pada cerita aku dahulu?
tak jemu-jemu aku mengulangi cerita yang sama buatmu
harapanku moga engkau mengambil pengajaran
"jangan ulangi kesilapan aku sahabat!"

sahabat..
mungkin kau akan berkata
"tak..dia lelaki baik.tak sama dengan lelaki lain di luar sana. dan aku akan menjadi yang sah buatnya"
Ah..aku jelik dengan kata-kata itu
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia merosakkan hatimu denganNya?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia semakin menjauhkan hatimu denganNya?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia tanpa rasa bersalah menyentuh engkau yang haram buatnya?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia tanpa rasa ragu memberi janji-janji manis kepadamu?
mana mungkin dia lelaki baik sedang dia mengajak engkau keluar berdua yang padanya ada fitnah dunia?jawab soalan ku sahabat. adakah engkau benar-benar yakin lelaki itu mampu memimpin tanganmu ke syurga??

sahabat..
bencikah engkau dengan kata-kataku ini?
"Ah..engkau cemburu melihat kabahagiaanku bukan?"
tidak..sama sekali tidak..
tulisanku ini tak lain hanyalah luahan hatiku kepada seorang sahabat yang amat aku kasihi
yang harapanku agar engkau tidak terus menjauhkan dirimu dariNya
mengotori hati kepada manusia yang tidak sepatutnya
kerana ketahuilah sahabat..
Allah tak akan ada pada hati yang sudah dikotori
hati itu satu dan tak akan boleh dibahagi dua
Andai engkau sudah meletakkan yang tidak sepatutnya di tempat itu, maka engkau akan kehilangan yang lainnya..

sahabat..
tanpa Allah kita akan jadi terlalu hina
tak bergunalah hidup kita walau kita punya segala-galanya
biarlah kita terasa tak punya apa di dunia, tapi jangan sampai kita kehilangan Allah
biarlah kita terseksa sedikit dek membuang perasaan yang salah, asalkan kita masih ada Allah..

lalu, engkau berkata
"Aku tidak mampu.aku terlalu sayang.."
jangan berkata begitu sahabat..
dia hanya manusia biasa
engkau hanya akan lemah tanpa Allah
apakah tegar kau gantikan tempat Allah dengan dia yang juga manusia yang tak punya apa-apa?
biar dibenci seluruh manusia sekalipun kita masih akan kuat..jika kita punya Allah!


"Aku tak mampu menjadi seperti engkau.."
sahabat..aku juga kadang terjatuh dalam perjalanan ini
tapi yakinlah dengan janjiNya sahabat
datanglah padaNya hanya selangkah, Dia akan datang seribu langkah kepadamu
mari berpimpin tangan dengan aku sahabat
kita sama-sama saling menguatkan
aku pasti akan sudi membantu kerana aku tahu engkau juga akan turut menguatkan langkahku ini
aku masih di sini sahabat
masih setia menghulurkan tangan menanti engkau menyambut tanganku..

"Aku terlalu sayangkan dia.."
jika itu jawapanmu, maka pintaku percepatkanlah urusan kalian
aku pasti akan datang ke hari bahagiamu dengan senyuman
itu lebih membahagiakan aku sahabat
dari melihat kalian berdua bergelak ketawa dalam kegelapan dosa..

"weh..ko bukannya baik sangat nak nasihatkan aku macam-macam"
aku tak mampu mambayangkan, andai ini jawapan yang engkau berikan
tapi..kau tidak akan berkata begini kan wahai sahabat?
mungkin cukuplah aku memberikan ini sebagai jawapan..
bahawa aku menyayangimu keranaNya, dek kerana itu aku tidak tergamak melihat engkau masih lemas dengan tipu daya dunia..
sahabat..andai suatu hari nanti engkau datang sambil menangis kepadaku, jangan cakap yang aku tidak pernah memberitahu..


4 orang yang dikasihi Allah..:

Theye said...

sya....

Sarah Ibrahim said...

T_T...

tasya...

::afni natasya:: said...

...[speechless]

Theye said...

yes im..

Post a Comment