Pages

Friday, December 09, 2011

Dia Bidadari Dunia : Al-Khansa

Bismillah..



Fitrahnya seorang wanita itu hatinya rapuh umpama kaca. Ya..dia juga begitu. saat mendepani kematian saudara kandungnya, dia menangis tanpa henti sambil melantunkan puisi-puisi meratapi kematian orang yang disayanginya..

dahulunya dia lemah menerima takdir kematian.
sehingga terlihat kesan pada raut wajahnya lalu ditegur Umar r.a, " mengapa matamu bengkak-bengkak wahai Khansa?"
jujur dia menjawab, "Kesan ini adalah hasil daripada tangisanku yang terlalu banyak dahulu"
"sia-sia sekali tangisanmu Khansa, mereka semua ahli neraka",sambung Umar
pantas Khansa membalas," Ya..dahulu aku menangisi Sakhr kerana kehidupannya, tetapi hari ini aku menangis kerana lebih kecewa dan sedih lagi kerana mereka tidak mampu aku bawa bersama ke syurga!"

tetapi itu dahulu, sebelum cahaya islam menembus jendela kehidupannya.
Islam hadir menguatkan jiwa dan hati. mengapa perlu menangis kerana kehidupan yang sementara.
Khansa tekad bahawa dia tidak perlu meratap lagi, islam mengajarnya untuk menjadi sosok yang kuat.
Dia bangkit dari kelemahan meninggalkan debu-debu jahiliyyah menuju cahaya islam.

Suatu hari dia terdengar perdebatan di antara putra-putranya
mereka saling berdebat tentang siapakah yang akan turut serta menentang tentera Persia dan siapakah yang perlu tinggal saja dirumah menemani bonda mereka
Dalam senyuman kasih seorang ibu, Khansa memanggil kesemua putranya dan berkata:

“ Wahai putra-putraku, kalian semua memeluk Islam dengan suka rela dan berhijrah dengan senang hati. Demi Allah yang tidak ada tuhan selain Dia, sesungguhnya kalian adalah keturunan dari satu ayah dan satu ibu. Aku tidak pernah merendahkan kehormatan dan merubah garis keturunan kalian.
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan akhirat jauh lebih baik daripada kehidupan dunia yang fana.
Putra-putraku, sabarlah, tabahlah, bertahanlah, dan bertakwalah kepada Allah.
Semoga kalian menjadi orang-orang yang beruntung. Jika kalian melihat genderang perang telah ditabuh dan apinya telah berkobar, maka terjunlah ke medan laga dan serbulah pusat kekuatan musuh, pasti kalian akan meraih kemenangan dan kemuliaan, di dalam kehidupan abadi dan kekal selama-lamanya.”

Khansa memanjatkan kesyukuran. putra-putranya itu benar-benar membanggakan dirinya. saling berebut menuju ke saf hadapan menentang musuh di dalam Perang Qadisiyyah. Didikannya tidak sia-sia, cahaya keimanan yang mangalir di dalam dirinya turut mendarah daging ke setiap urat nadi putra-putranya. Khansa melepaskan kesemua anaknya dengan rela hati demi memburu syahid, "Carilah kematian wahai anakku, nescaya engkau akan dianugerahi hidup yang mulia!"

berbahagialah dirimu wahai Al-Khansa
engkau ibunda para syuhada'
bukan satu..malahan Allah memilih kesemua anaknya untuk kehidupan yang lebih mulia di syurga..

"Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera memanggiiku dan berkenan mempertemukan aku dengan putra-putraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kokoh di surgaNya yang luas."

tiada lagi air mata yang menangisi kematian kerana kehidupan seperti zaman jahiliyyahnya dahulu
yang ada hanya air mata kegembiraan akan kesyahidan putra-putranya
Malah hatinya hiba kerana tiada lagi putra yang boleh dihantar menuju medan jihad..

Dialah Tumadhar binti 'Amr yang kita kenali sebagai Al-Khansa..
keteguhan hatinya  menggugah hati kami ..
kerna kami juga wanita
yang seharusnya turut membina impian seperti harumnya cita-cita Al-Khansa pada perjuangan islam..


afni natasya~

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment