Pages

Thursday, April 05, 2012

Again..terima kasih tuhan~~





Bismillah..

Lama rasanya tak menulis kata-kata dari hati sendiri..
beberapa entry ni sebelum ni asyik copy pes je, ohh..tu act dari hati jugak
tapi susah sangat rasa nak susun ayat, so copy pes je la untuk menggambarkan apa yang ada dalam hati ni.. wehuu.. *-*

Tak Semua Jatuh Itu Sakit..

Dalam kesibukan kita 'berlari' hari ni
entah kenapa ada satu saat tu kita rasa macam ada sesuatu yang tak kena
dan Allah yang sangat baik tu mesti akan hadirkan peringatan
Allah letakkan halangan biar kita terjatuh dan kita kembali ingat kerana apa kita mahu berlari ini..
kerana dunia? kerana nama? kerana mengharapkan balasan balik dari manusia?kerana ukhuwah semata?

Bila ada perasaan yang macam tu, memang terasa tak best pun..
sakit..
waktu itu barulah kita ingat balik
yang apa ada pada diri kita sekarang bukanlah kerana usaha kita semata-mata
kita berada di jalan ini pun adalah kerana kasih sayang dariNya..
semuanya hanya kerana Allah yang hadiahkan buat kita..
kegembiraan..pilihan..semuanya Allah yang hadirkan
siapalah kita..
untuk mula terasa semuanya adalah kerana hasil usaha kita
sedangkan pengorbanan kita ni tak seberapa sangat pun..
terlalu sedikit..entah ada nilaiannya atau tidak kita pun tak tahu..

mungkin juga..
ia adalah doa dari mereka yang tidak kita ketahui siapakah orangnya
mereka yang tidak jemu-jemu mendoakan kebahagiaan kita saban hari
dan Allah mengabulkan doa mereka 
sedang kita sangka semuanya itu datang dari doa kita sahaja..


Padi..
semakin meninggi semakin menunduk..
tunduklah kita dalam kerendahan budi dan keindahan akhlak islami..
semakin tunduk itulah kita akan semakin disanjungi
bukan kerana kita yang meminta-minta..
tapi, itulah hadiah dari Allah buat manusia mulia yang tetap dalam jiwa setaraf hamba..

saya..
masih jauhhhh rasanya..
penuh compang-camping hina dina
dan Allah selalu benar mengingatkan saya
dalam setiap ayat-ayat suciNya yang kerap kali menampar diri tanpa disedari..

terima kasih Allah yang sangat baik..:')


"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
 (QS. 48:4)





p\s: tacingnye lagu maher zain yang baru ni --> i love you so~!

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment