Pages

Sunday, July 29, 2012

Hakikatnya..kita adalah sama.


Bismillah..


Semua orang ada kisah yang berbeza dalam hidupnya kan?
Dan kalaupun kisah itu buruk di pandangan mata kita, bukanlah itu bermaksud kita berhak untuk merasakan diri kita lebih mulia dari dia.
Mungkin di mata kita, dia nampak jelek.
Maksiat yang dilakukan seakan tak terampun.
tapi.. siapa kita untuk terus mengatakan bahawa dia tidak berhak memiliki syurga??


Allahu Rabbi..
Moga kita dijauhkan dari perasaan seperti ini.
Merasa diri lebih bagus, lebih mulia dan lebih segala-galanya.
Kita tidak pasti lagi pengakhiran kita bagaimana, boleh saja takdir Allah mengatasi segala keinginan kita.
Selagi kaki ini belum menjejak syurga, kita tidak layak untuk 'menerakakan' sesiapa pun di luar sana..

Saya.Dia.Kita..
Semuanya adalah sama.
Yang membezakan kita hanyalah taqwa yang ada pada diri.



“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di hadapan Allah adalah orang yang paling bertaqwa.”
 (Al-Hujurat, 49:13)

Kerana yang menilai itu hanyalah Allah, maka berhentilah merasa diri kita lebih baik berbanding orang lain.

mungkin, kerana kesilapan yang pernah dia lakukan dulu itu,
hatinya lebih tulus dari kita saat beribadah,
air matanya lebih banyak mengalir dek mengenangkan dosa-dosanya,
dan dia sebenarnya jauh lebih mulia dari kita di sisi penghuni langit sana!

"..Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami.." [3: 147]





Monday, July 23, 2012

Jakarta & Ramadhan



"Apa yang kita cintai..itulah yang akan menyibukkan kita"

Bismillah..

Masih di sini, bumi Johor yang di cintai..hehe
menghabiskan sisa-sisa hari sebelum pulang ke rumah.
Alhamdulillah. selamat pergi dan pulang dari bumi Jakarta. 
menyelesaikan beberapa kerja sambil menziarahi sisters di sana. 
berbeza juga pemergian kali ini dengan pemergian kali pertama.
dahulu..ramai-ramai jaulah bersama.
kali ini..hanya berdua. oh ya, bersama tok guru dan seorang sister super saiya,

semakin jauh melangkah, semakin banyak juga perkara yang dipelajari.
dan insyaAllah, itu semua adalah tarbiyyah buat diri ini.
apa yang indah ye di sana?
entahlah..tak tahu nak nukilkan macam mana.tapi saya lihat masyarakat di sana kuat bekerja.
"Ini Indonesia, semuanya bisa!"
realitinya, memang jauh berbeza keadaan masyarakat di sana dengan negara kita, Malaysia.
terasa bertuah amatlah dilahirkan kat sini. huhu

terasa nak tergelak juga dengan pertanyaan beberapa orang,
"bukan baru pergi ke? nak pergi lagi?"
mungkin jawapannya mudah. hanya kerana tarbiyyah, semua nya akan berubah.
kalaulah kerana nak pergi berjalan-jalan pergi, baiklah saya kumpul duit tu dan pergi London ke.. New Zealand ke..
tapi.. kerana ia adalah sebuah tarbiyyah, maka ia bukanlah hanya kerana melancong semata-mata..
dan kalaupun pergi, ia bukanlah sebab nak melawat tempat-tempat cantik ataupun untuk bershoping saja.

dan bila tengok sisters yang study kat luar negara ni. rasa macam bestt sangat.
sebab tarbiyyah dan cara dakwah kat luar negara ni mestilah tak sama dengan cara orang kat malaysia ni kan?
hmm..contohnya kalau study kat Europe. sebab kat sana mana ada Islam 'kelabu' macam kat Malaysia. halalan bayyinun, wa innal haraman bayyinun! 
dah lama jugak terdetik kat hati ni nak study kat luar negara. bila tengok sisters yang back-for-good tu lagilah melonjak-lonjak perasaan ni. lepas tu, asyik dengar cerita tok guru je tentang pengalaman dakwah & tarbiyyah dia kat sana, lagilah rasa macam bestnya.hebatnya.osemnye. fuhh
InsyaAllah..insyaAllah..
ada rezeki akan sampai juga ke sana. yang penting habiskan lagi dua tahun degree ni dulu. ^_^

Ramadhan Kareem!



Alhamdulillah again. sampai juga ke Ramadhan tahun ni..:')
teringat setahun yang lepas. time ni ada kat Madinah, berpuasa di sana memang jauuuuh beza dengan kat sini. tak payah fikir nak makan apa berbuka nanti, tak selalu tengok jam bila nak masuk waktu berbuka. hmm..
dan paling ingat sekali, beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka tu ada ramai insan-insan mulia yang mengagih-agihkan makanan untuk berbuka di tepi-tepi jalan. ada yang bagi pikul roti, ada yang bawak lori penuh dengan air dan buah. berhentikan kenderaan kat tepi jalan dan bagi kat kereta dan orang yang lalu-lalang. Allahu Akbar! 
terasa yang kita ini bersaudara. meriah dan penuh berkah.
teringin nak tengok suasana macam tu kat Malaysia. Err..ada ke?

Apapun..
selamat menambah amal di bulan penuh mulia ini.
Ya, kita adalah hamba Allah. bukan hamba Ramadhan.
tapi bukan bermakna setiap detik yang penuh berkah ini boleh kita persiakan dengan mudah.
kalau kita rasa kita masih belum menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, jadikanlah bulan ini sebagai medan amal yang terbaik.
Allah pasti menilai dan melihat hamba-hambaNya yang benar ikhlas mahu menjadi hamba yang sebenar-benarnya..

teringat satu sharing pasal Ramadhan time kat Jakarta hari tu,
katanya, time Ramadhan ni..yang tak boleh hanya makan,minum dan beberapa perkara yang membatalkan puasa. perkara macam ni semua sibuk nak ambil tahu, setiap tahun kena ulang padahal dari tadika dah belajar.
Ramadhan..bukan setakat apa yang boleh dan tak boleh saja
Orang selalu kata, "Eh, bulan puasa ni, tak boleh mengumpat.."
tapi bukan ke time bukan bulan puasa pun memang tak boleh mengumpat jugak??

Mari Sucikan Jiwa!



 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah:183]

Yuk..kita ambil kesempatan di bulan ini untuk sucikan kembali jiwa kita.
ada banyak maksiat yang bersarang, jahiliyyah yang masih belum kita buang.
So, inilah masanya untuk kita kembalikan diri kita kepada fitrah
Hadiah Ramadhan ini bukan Allah beri saja-saja, ia datang merawat fitrah yang sakit
Kerana fitrah itu dari Allah, maka Allah berikan ubat untuk menyembuhkannya
Jadi jangan persiakan, manfaatkan ia dengan sebaiknya!

Ramadhan ini.. berjanjilah yang kita akan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik
Moga-moga di akhir nanti kita beroleh anugerah yang dijanjikan Allah..

TAQWA!




Saturday, July 14, 2012

ti ti



Slalu kusakiti engkau dengan dosaku
Ku balas sgala kebaikanMu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu..

Alhamdulilah.. ku syukuri semua

Terima kasihku ya Allah
Atas indahnya hidup..

Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Robbi
Atas rahmat dalam hidupku

Slalu ku tinggalkan engkau dengan khilafku
Ku balas sgala kemurahanMu dengan keburukan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu..

 Ungu: Syukur Alhamdulillah





Wednesday, July 11, 2012

kenapa? kenapa? T_T


Eee,,pegi jauh lah~!


Tension nyaa..
kenapa tak boleh tulis ni?! Grr..
bertambah tension bila rasa macam banyak nak taip tapi sampai kat keyoard terus..

....
.......
...........

nothing.nothing.

urgh.baru tahu betapa payahnya nak terjemahkan perasaan dalam bentuk tulisan. 
stuck. blur. 
semuanya ada.

rasa macam loser. 
am i? TT_TT





Monday, July 09, 2012

Musim luruh di facebook

  
hmm..saya baca je status mukabuku korang tu..


Jalan menuju bahagia itu luas
jangan sempitkannya..

Memang..
Fitrah manusia begitu..
Tetapi ia bukan bermakna kita boleh bersenang-senang di atas nama kebaikan yang sebenarnya mengikut hawa nafsu semata..

"Awak ingat orang yang berkahwin tu bila akad nikah salam tok kadi kira terus sempurna sebahagian agama ke?"

Err..

"Nak tahu sempurna ke tak kena tengok sepuluh tahun lepas tu. Lepas tu baru boleh declare dah sempurna sebahagian ke tidak,"

Erk..

Apa yang ada disebalik tu tak adalah semudah dan semanis yang kita sangkakan. sebab itulah balasannya sempurna sebahagian agama, ingat senang ke?

Lu pikir la sendiri..^^'



Thursday, July 05, 2012

Ini Serius


Bismillah..








Yang tak terisi tidak akan mampu mengisi..


Benar sekali.
Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Untuk terus berada di dalam saff-saff dakwah ni
kita amat-amat perlukan tarbiyyah
tarbiyyah yang ruhi
tarbiyyah yang membasahkan rohani
tarbiyyah yang menjelaskan pemikiran
tarbiyyah yang membuang segala remeh temeh masalah kehidupan..


tetapi..
bilamana menghadiri program tarbiyyah hanyalah membawa makna menghadirkan diri dan menyalin teori
Diri pula terasa seakan terbang di awangan dan mata memandang ke depan tapi hati melayang entah ke mana 
Ataupun..
kita lebih sibuk berbincang tentang masalah teknikal di sana sini
dan bergaduh tentang masalah hati 

ketahuilah bahawa itu umpama satu malapetaka buat diri seorang jundi..


Andai dibiarkan..
Mungkin masa untuk mati sudah tidak lama lagi..
















Sunday, July 01, 2012

Hazihi sabili



Tuhan..

Pilihlah diriku..

[afni natasya]
[Johor]
.:sanah helwah ayah:.