Semua orang ada kisah yang berbeza dalam hidupnya kan?
Dan kalaupun kisah itu buruk di pandangan mata kita, bukanlah itu bermaksud kita berhak untuk merasakan diri kita lebih mulia dari dia.
Mungkin di mata kita, dia nampak jelek.
Maksiat yang dilakukan seakan tak terampun.
tapi.. siapa kita untuk terus mengatakan bahawa dia tidak berhak memiliki syurga??
Allahu Rabbi..
Moga kita dijauhkan dari perasaan seperti ini.
Merasa diri lebih bagus, lebih mulia dan lebih segala-galanya.
Kita tidak pasti lagi pengakhiran kita bagaimana, boleh saja takdir Allah mengatasi segala keinginan kita.
Selagi kaki ini belum menjejak syurga, kita tidak layak untuk 'menerakakan' sesiapa pun di luar sana..
Saya.Dia.Kita..
Semuanya adalah sama.
Yang membezakan kita hanyalah taqwa yang ada pada diri.
Kerana yang menilai itu hanyalah Allah, maka berhentilah merasa diri kita lebih baik berbanding orang lain.
mungkin, kerana kesilapan yang pernah dia lakukan dulu itu,
hatinya lebih tulus dari kita saat beribadah,
air matanya lebih banyak mengalir dek mengenangkan dosa-dosanya,
dan dia sebenarnya jauh lebih mulia dari kita di sisi penghuni langit sana!
"..Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami.." [3: 147]
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment