Pages

Sunday, September 30, 2012

Pesanan Kakak




Pesanan  seorang kakak
Adakalanya menghunus tajam di dasar hati
Ada masa menguntum gelak tawa
dan yang pasti, kukira semua pesanannya itu benar belaka..

************************************************************************

"Duhai adik, pasti adik tahu malah yakin benar
bahawa islam tak ajar begitu..
walaupun orang membodoh-bodohkan hidayah yang adik rasa dan nikmati
walaupun orang persendakan nur yg sirami hati adik
walaupun mereka meperlekeh-lekehkan perubahan kecil yang cuba adik buat dalam hidup adik,
tetapi ingatlah,
apabila semuanya kerana Allah
segalanya ditolak ketepi.
hanya satu tujuan perjalanan inqilab adik.
Allah semata.
Semata-mata dia.

maka pandang kecillah pada umpat keji orang
juga padang remehlah pada puji-puji orang
kerana pada keduanya ada sesuatu yang merosakkan!
ia membakar amal seperti api membaham ganas dedaunan kering,
menyala-nyala apinya, marak membahang nyalaannya..

ingatlah wahai adik,
ikhlaslah bila berubah
buatlah kerana Allah
bukan kerana naqibah
bukan kerana murobbi
bukan kerana masulah
bukan kerana ustaz-ustazah
bukan kerana akhwat
apetah lagi kerana ikhwah...
buatlah demi menggapai redho Allah
inshaAllah Dia akan tuntuni langkahmu..

akak telah hidup tidaklah terlalu lama
tetapi hidup mengajarkan akak sesuatu
bahwa apabila seseorang itu meniatkan sesuatu itu
dia PASTI akan mendapat apa yang diniatkannya..

yang merubah diri kerana calon suaminya,
akhirnya mendapat suami dan itu sahaja
yang merubah diri kerana masulah, murobbi atau naqibah
akhirnya melarut apabila tidak lagi bersama-sama
yang merubah diri kerana akhwat
akhirnya dapatlah akhwat sebagai teman baiknya
tetapi apabila tidak berada dalam lingkungan akhwat
tiadalah beza antara dirinya dengan orang awam...

jadi,
ikhlaslah wahai adik...
dan jagalah keikhlasanmu itu
kerana niatmu akan terzahir di penghujungnya nanti..."

*kakak S*




Friday, September 28, 2012

Kerna ku suka bulan


"Bulan itu cantikkan?" dia bertanya

"Sangat. Melihatnya saja hati bisa gembira," saya hanya mampu tersenyum. Indahnya bulan. pasti Penciptanya lebih lagi indah.

"Entah nanti bagaimanalah, saat melihat tuhan dengan mata ini sendiri," matanya kelihatan berkaca-kaca

"Apakah tuhan sudi memandang diriku?"



Wahai tuhan yang maha mencintai,
Izinkan mataku ini menatapMu..
Walau diriku penuh dengan debu-debu dosa
Namun kerna rahmatMu aku akan tetap berbaik sangka..




Sunday, September 23, 2012

Harapan PadaMu Subur Kembali..:')




Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu

Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan dijiwa

Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa

Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu

Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku

Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini..

*************

"Siapa yang bersungguh-sungguh mencari Dia, pasti dia akan bertemuNya..
tak ada bezanya antara kita
kerna kita semua manusia berdosa
yang menilai itu hanyalah Allah
dan yang akan membezakan kita hanyalah taqwa.."



Allahumma innaka affuwun kareem..
tuhibbul afwa fa'fuanna..:'(


Friday, September 21, 2012

Ini bukan masanya untuk berhenti



Walau ditolak..
Kita tidak akan pernah berputus asa
Kerana kita selalu yakin dan percaya
Yang dinilai Allah itu adalah usaha..

Andai kita terasa lemah
layankanlah perasaan itu sebentar
tapi ingat..hanya sebentar sahaja ya..
biar kita selalu ingat bahawa kita ini cuma hamba
pergantungan kita harus sepenuhnya kepada Dia..

Kemudian, bangunlah..
Teruskanlah perjalananmu itu
Jangan biar diri kita tertinggal
menjadi orang-orang yang hanya duduk menunggu
termenung tidak berguna
lemah tiada daya..

Ingatkah kalian
Di medan Tabuk dahulu, para sahabat itu bercucuran air mata 
bukan kerana menyesali dosa mereka
tetapi kerana rasa kekecewaan yang mendalam
lantaran tidak bisa ikut berperang
bukan kerna mereka tidak mahu
tetapi tiada apa lagi harta yang mampu digadaikan buat bekal perjalanan..

Alangkah
jauh sekali berbeza mereka dengan kita
sedang kemampuan fizikal kita banyak sekali
jadi, mana mungkin kita bisa mengalah terlalu cepat..

Ayuh..teruslah berlari..
sehingga tiba saat yang Allah janji..
"..Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”
[57:12]
 
.:Afni Natasya:.
 210912.1213
 


Thursday, September 13, 2012

Doakan




i'm purple lover..:)

Bismillah.
Dua minggu kebelakangan ni, rasa tak sedap je.
Tak sedap hati.badan.fikiran.
Pening kepala. sakit urat belakang. terasa macam orang yang dah tua. T.T
Dan mood untuk mengupdate blog juga semakin tiada
Perasaan itu ada tetapi entahlah..mungkin perasaan yang masih berbasi-basi saja..

Oh ya, Terima kasih kepada mereka yang sudi menjengah kalam bisu ini
walaupun mungkin tersesat masuk atau hanya berkenan dengan nama tuan empunya :P
Moga adalah kebaikan yang diambil dari tulisan yang tak seberapa
kalau yang ada tidak menambah apa-apa, silakan cepat-cepat tekan tanda X kat atas sana..

walaupun begitu
saya tak pernah melupakan impian saya yang satu ini
mahu menjadi penulis berwibawa.. supaya ada yang membaca dan mengambil pengajaran
biarpun kadangkala contengan itu nampak tak kena ayatnya..hihi
tak mengapalah, diri ini akan terus belajar insyaAllah..

mohon doanya
moga Allah tidak meniggalkan kita saat kita melupakanNya
bersabarlah dalam menghadapi hari-hari yang entah bila akan tiba penghujungnya
kita tidak tahu, tetapi ketidak ketahuan terhadap penghujung itu adalah kepastian yang nyata..

sesungguhnya..
tempat kita bukan di sini..
di sini hanya tempat menyemai benih-benih syurga
supaya nanti hasilnya dapat dituai di 'negeri' sana..

benar-benar mengharap doa kalian
moga Allah redhai kita
sampai saat kita bertemuNya..:') 

http://www.youtube.com/watch?v=RoYg1_MOVCI
bermakna.. [klik]

 .:0536.130912.kerana Tuhan untuk manusia:.
| bahagia melihat mereka yang tetap bekerja untuk agamaNya. tunggu aku..aku juga mahu! |

Saturday, September 08, 2012

Seorang hamba yang disayangi



Seseorang yang mengenalkan kita kepada Dia, mana mungkin kita tak cinta..

Ada seorang hambaNya
Allah hadirkan dia untuk kita
supaya kita semakin mengenal dan menyintai Dia
lebih dari segala-galanya..

Ada seorang hambaNya
Tidak lelah menasihati
Tidak bosan memberi erti
Membuat diri tersedar, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki..

HambaNya itu mengajariku
Indahnya tarbiyyah
Hebatnya jalan dakwah
Manisnya ukhuwah..

Jazakillah khair wahai murobbi..
moga suatu hari nanti Allah makbulkan doa kita
menemukan kita kembali di taman firdausi bersama cinta kita yang tertinggi..

:')


Monday, September 03, 2012

Rabbi, ajarkan daku ikhlas..



“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” 

(QS Al Ahzab : 23)

Berbahagialah..
Du'at yang tetap berpegang pada janjiNya
Walau susah
Walaupun payah
Janji itu takkan pernah tergugah..


Dakwah ini..
merindukan sosok tubuh yang tidak mengharapkan penghargaan mahupun sanjungan

Bukanlah jalan dakwah ini ditempuhi hanya semata-mata kerana amanah dari jawatan yang kita perolehi, tetapi kita memilih jalan dakwah kerana kita sangat memahami shahadah yang datang dengan sebuah janji kepadaNya..

Satu masa dahulu.. Saat bermusafir, saya melihat beberapa jiwa yang benar-benar menginfakkan dirinya untuk dakwah
Akhi dan ukhti itu benar-benar mencabar diri saya
bahawa saya juga harus seperti mereka. bahkan perlu belajar untuk menjadi lebih baik.

betapa mereka mengimani dakwah yang mereka fahami
lantas ia mendarah daging dalam segenap pelusuk kehidupan mereka..

Para du'at itu..
Bukan sekadar aktivisma yang menggerakkan program-program
Bukan sekadar jasad yang bermesyuarat untuk mengumpulkan manusia
dan merasa cukup atas jumlah-jumlah yang hakikatnya hanyalah angka semata..

Du'at itu membangunkan jiwa yang lena
Membina manusia menggerakkan panji shahadah yang di imani
Du'at mengerahkan seluruh kudrat mereka ada ada. semua. semuanya!


Hati mereka tak tergores dengan kata-kata manusia
Tidak sedikit pun sangkaan itu melemahkan kaki mereka untuk terus berlari laju
Sedang hanya Allah lah yang tahu luka di hati mereka
saat akhi dan ukhti sendiri menyalah tafsir bicara..


Impian mereka hanya mahu membina umat ini.

dan mereka membuktikan dengan jerih payah dan pengorbanan yang bukan sedikit
Mereka bukan para du'at yang hanya hebat bercakap, bahkan seluruh amal kehidupan mereka membuktikan apa yang mereka sering tuturkan
Allahu Akbar..
mata yang melihat ini takkan mampu menipu,dan sungguh saya sangat terkesan dengan itu!

Mohon doa..
Saya.Kita dan mereka..
Agar Allah terus pilih kita untuk tsabat di jalan ini..


****************

Dah start semester baru.
Ayuh berlari lebih laju!