Pages

Monday, September 03, 2012

Rabbi, ajarkan daku ikhlas..



“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” 

(QS Al Ahzab : 23)

Berbahagialah..
Du'at yang tetap berpegang pada janjiNya
Walau susah
Walaupun payah
Janji itu takkan pernah tergugah..


Dakwah ini..
merindukan sosok tubuh yang tidak mengharapkan penghargaan mahupun sanjungan

Bukanlah jalan dakwah ini ditempuhi hanya semata-mata kerana amanah dari jawatan yang kita perolehi, tetapi kita memilih jalan dakwah kerana kita sangat memahami shahadah yang datang dengan sebuah janji kepadaNya..

Satu masa dahulu.. Saat bermusafir, saya melihat beberapa jiwa yang benar-benar menginfakkan dirinya untuk dakwah
Akhi dan ukhti itu benar-benar mencabar diri saya
bahawa saya juga harus seperti mereka. bahkan perlu belajar untuk menjadi lebih baik.

betapa mereka mengimani dakwah yang mereka fahami
lantas ia mendarah daging dalam segenap pelusuk kehidupan mereka..

Para du'at itu..
Bukan sekadar aktivisma yang menggerakkan program-program
Bukan sekadar jasad yang bermesyuarat untuk mengumpulkan manusia
dan merasa cukup atas jumlah-jumlah yang hakikatnya hanyalah angka semata..

Du'at itu membangunkan jiwa yang lena
Membina manusia menggerakkan panji shahadah yang di imani
Du'at mengerahkan seluruh kudrat mereka ada ada. semua. semuanya!


Hati mereka tak tergores dengan kata-kata manusia
Tidak sedikit pun sangkaan itu melemahkan kaki mereka untuk terus berlari laju
Sedang hanya Allah lah yang tahu luka di hati mereka
saat akhi dan ukhti sendiri menyalah tafsir bicara..


Impian mereka hanya mahu membina umat ini.

dan mereka membuktikan dengan jerih payah dan pengorbanan yang bukan sedikit
Mereka bukan para du'at yang hanya hebat bercakap, bahkan seluruh amal kehidupan mereka membuktikan apa yang mereka sering tuturkan
Allahu Akbar..
mata yang melihat ini takkan mampu menipu,dan sungguh saya sangat terkesan dengan itu!

Mohon doa..
Saya.Kita dan mereka..
Agar Allah terus pilih kita untuk tsabat di jalan ini..


****************

Dah start semester baru.
Ayuh berlari lebih laju!



2 orang yang dikasihi Allah..:

Ukhti fillah said...

insyaAllah ukhti. jzkk kheir atas ingatannya.
moga Allah terus memilih kita untuk memegang panji dakwah ini.

"Bukanlah jalan dakwah ini ditempuhi hanya semata-mata kerana amanah dari jawatan yang kita perolehi, tetapi kita memilih jalan dakwah kerana kita sangat memahami shahadah yang datang dengan sebuah janji kepadaNya.."

Doakan ana juga.:)

::afni natasya:: said...

ukhti fillah..

sama-sama lah kita, insyaAllah..
doa ini sentiasa ada buat semua akhwt yg disayangi..:)

Post a Comment