Pages

Tuesday, November 27, 2012

Bukan Allah tak sayang..




Beginilah kehidupan.
Ada perkara kita tidak suka, tetapi yang kita tak suka itulah yang Allah hadirkan untuk kita
Ada benda kita suka sangat, tapi entah kenapa susah sangat nak mencapainya
Ada saja halangan yang menimpa, sampai akhirnya kita lelah
Sehingga kita berkata, " Ya Allah, apa saja aturanmu itu, maka aku belajar untuk menerimanya dengan redha.."

Bukan Allah tak sayang
Jangan sampai begitu fikiranmu ya.
Tapi kerna Allah begitu menyayangimu, maka Allah aturkan perjalanan hidupmu begitu
Kerana Allah sayang..
Kerna Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu

Ku kira
Ayat ini dekat sekali dengan kita..

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah Al Baqarah:216)

Berperanglah.
Dengan perasaan yang tidak enak itu.
Dengan kekusutan yang menghimpit jiwamu.
Dengan kegusaran pada kehidupan yang masih tidak menentu.
Buangkanlah semua perasaan yang akan membunuh jiwamu
Sehingga akhirnya yang tinggal nanti hanya sebuah hati yang penuh bahagia
Mendamba kehidupan demi mencari redhaNya semata-mata.. :')

"..Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Al-Baqarah: 201)

 

Wednesday, November 21, 2012

Aseef, ana faham begini..




Bismillah..


"Dan Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada di dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hatimu. Allah maha mengetahui isi hati,"

[Ali-Imran:154]

Bilamana kita menghadapi sesuatu dengan hati yang mahu menerima, Allah kan pantas permudahkan segala-galanya buat kita. Hati kita menerima dengan berlapang dada, walaupun mungkin raut wajah kita nampak penuh kerutan, seakan tak mampu memahami apa yang orang lain sedang perkatakan.


Begitulah. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Menatap awan sepanjang perjalanan, sungguh-sungguh diri ini berdoa, moga Allah hadirkan pengajaran dalam setiap perjalanan yang akan dilalui, moga hati tidak keras dek dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya.


Dan Allah benar-benar hadirkan jawapan, betapa jalan dakwah ini adalah jalan kesabaran, jalan yang memang penuh dengan ujian. Jalan yang penuh dengan tapisan.


Betapa dakwah ini hanya milik daei yang hatinya sejahtera. Hati yang bulat ikhlas melakukan semua hanya keranaNya. Dakwah ini bukan milik jemaah, bukan milik segolongan orang, bahkan dakwah ini akhir tapisannnya kembali kepada Allah juga. Allah lah yang akan mengeluarkan orang yang tidak layak bersama dengan jemaah ini. Jemaah yang tangan Allah berada di bawahnya.


Semakin diri ini percaya, hati yang bulat ikhlas kerana Allah itu tidak perlu ragu apatah lagi masih berkira-kira. Sebagaimana Asholah dakwah itu menuntut kita, begitulah kita akan bekerja. Bilamana kita tajarrud terhadap dakwah yang kita imani, apa pun tidak akan bisa menghentikan setiap langkah kaki. Dakwah tidak mengajarkan kita untuk merasa betul dengan cara kita sahaja bahkan dakwah itu bisa jadi apa-apa sahaja asalkan ia membawa manusia meninggikan kalimah Allah. Maka, terpulanglah. dengan cara yang kita fahami, dengan apa yang kita yakini..


"Ukhti, nti ok?"



*************************************************************

Dan benar sekali, dakwah ini tidak akan mampu dilakukan seorang diri. Saff-saff yang tersusun kukuh itu bukan sekadar omongan kosong semata, bahkan redha Allah berada pada kelompok yang berjemaah itu. Ketika itu dakwah menenyakan kita, kerana apa aku harus berada di sini? tidak bolehkan sekadar aku menyampaikan apa yang aku fahami seorang diri?


Seerah mengajarkan kita. kerja ini harus dilakukan bersama. Bermula dengan tarbiyyah, dan kemudian laju menderu di dalam gerabak dakwah menuju khalifah..


"Sesungguhnya tujuan pertama gerakan dakwah adalah mentarbiyah jiwa, memperbaharui ruh dan mengukuhkan akhlak serta menumbuhkan peranan pentingnya menyampaikan dakwah di tengah-tengah umat. Mereka meyakini bahwa tarbiah itu adalah asas pertama yang mesti dibangun untuk kebangkitan umat dan bangsa".


Begitu pesan Asy Syahid Hasan Al-Banna, betapa menjaga keoriginalitas dakwah itu adalah yang paling utama. membina manusia berkualiti yang akhirnya mampu membina kembali manusia di sekelilingnya.

Bilamana tarbiyyah itu dirasakan semakin jauh dari keasliaannya, maka hanya akan lahir robot-robot dakwah, mereka pantas menggerakkan program-program hebat di sini sana, tetapi jiwa mereka layu dalam  tarbiyyah diri dan membina manusia, mempu mengutip angka demi angka, tapi diakhirnya tidak sedikit yang akan terjatuh sebelum sampai ke penghujungnya.  

Kita bukan robot dakwah. melakukan sesuatu hanya kerana mendengar-dengar cerita, bukan juga  kerana mengikut-ikut orang disekeliling kita.
Lakukanlah sesuatu itu kerana faham, jika hanya kerana semangat, ketahuilah bahawa semangat itu akan hilang, tetapi kefahaman itulah yang akan tetap menggerakkan kita walau kita terasa seperti berada di dunia asing seorang diri.

"Ukhti..nti faham tak ni?"

*****************************************************************************


Betapaku mengagumi insan-insan yang puluhan tahun bergelumang dengan jalan dakwah ini. sungguh, bukan mudah untuk kekal tsabat. Apalah yang ada andai mahu dibandingkan dengan langkah kaki yang baru setahun dua cuma, memegang tittle daei sejati juga belum cukup layak ku kira. Moga Allah kasihi dan rahmati mereka semua kerana membawa agama ini untuk terus disebarkan kepada kami. Maka, teruslah kami untuk bekerja. Sehingga tiada lagi fitnah yang menimpa Ad Deen ini. Yang melihat itu, Allah. yang menilai itu, Allah juga. Pada kita hanya kesungguhan, dan di sisi Allah ada kemenangan yang telah siap direncanakan. 


 "Sesungguhnya keikhlasan pendukung dakwah dan kebulatan hatinya kerana Allah dan dakwah merupakan faktor yang sangat penting. supaya dakwahnya berjaya menembusi dan menawan hati-hati orang yang diseru lantas mereka senang hati menyambut seruan itu. Dia bercakap untuk dakwah, bergerak untuk dakwah, berjalan kerna dakwah, jadi dia adalah untuk dakwah, kerana dakwah dan bersama dakwah"
- Syeikh Mustafa Masyhur

Siapkan hati dan diri untuk menggenggam erat panji dakwah ini.
jagalah ash-solah dakwah ini sebaiknya, kerna sedikit demi sedikit keaslian itu akan pudar ditelan masa.
Kerna itu, saling berpesan-pesanlah di antara kita, moga antara kita tidak ada yang terlupa.
Dan aku berpesan untuk diriku terlebih dahulu.
Ya, diriku..


"Katakanlah,"Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
                                                                             [At Taubah:105]
















Sunday, November 11, 2012

Hati yang jauh




hati yang terbang tinggi, hati yang bahagia


Bismillah..

Selalu kita salah anggap kepada orang yang tidak kita kenali

hanya kerana kita mendengar orang bercakap mengenainya, lantas membuahkan satu pemahaman dalam diri yang orang itu begini peribadinya, begitu cara pemikirannya
sedangkan kita belum pernah pun sekali duduk berhadapan dengan dia, bercakap mengenai apa yang sedang difikirannya, bahkan jauh sekali untuk kita mengenal bagaimanakah sebenar peribadinya..

Dan biasanya. telahan kita itu banyak tersilap dari apa yang pernah kita fikirkan
Dia yang kita sangka itu tidaklah seburuk yang kita bayangkan
bahkan juga mungkin lebih mengejutkan kita apabila kita turut mengakui kebenaran kata-katanya
terduduk apabila merasakan bahwa peribadi dia tidaklah 'sehina' yang orang momokkan, 
jauh sekali berbeza.. saat kita mendengar bicara orang lain dan ketika kita sendiri mengamati setiap perlakuan dan tutur bicaranya

Sesiapa saja di sekelilingmu itu, kenalilah dia terlebih dahulu
Jika dia tersalah maka betulkanlah dengan perasaan kasih sayang keranaNya

Bukan sekadar menghentam dan terus meneka-neka
Membenci tanpa berkata apa-apa..



*Berpesan untuk diriku terlebih dahulu..

Monday, November 05, 2012

Sekadar Ingatan




Bilamana kita mengharapkan Allah hadirkan seorang teman buat kita
yang terjaga hatinya, yang menundukkan pandangannya
yang tidak bermudah-mudah sesuka hati sesama bukan mahramnya

dan dia kita yakini pasti agamanya
pastilah diri kita seharusnya lebih mengerti

bahawa impian itu harus dipunyai dahulu oleh diri sendiri..

Dan bukan juga kita berangan-angan sekadar mimpi
Tanpa kaki kitalah yang melangkah menuju redhaNya terlebih dahulu
Bergerak memperbaiki diri.
Berusaha menyucikan hati
Sebab kita tahu manusia itu banyak cacat celanya

dan yang terbaik antara kita adalah yang bertaubat dan lebih bersungguh memperbaiki dirinya..

Setidaknya pun..
Jika diri tak bisa dipilih oleh manusia
Kita tetap mulia dalam pandanganNya..


Thursday, November 01, 2012

Pray.Dream.Hope




Cepatlah berlalu wahai masa
Ku mahu pergi jauh
Jauh dari sini.
Dari tempat ini..

Cepatlah pergi wahai hari
Biar nanti aku cepat menjejakkan kaki
Di taman syurga dunia yang aku idamkan
Mengejar impian bersama mereka yang sudah lama bertemu di alam 'sana'
sedang belum pernah lagi bertemu di alam nyata..
 
Tuhan..
Takdirkan seluruh hidupku kebaikan
pada setiap coretan perjalanan kehidupan
dalam setiap hembusan nafasku
biar semuanya hanya kernaMu..