Bismillah..
"Dan Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada di dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hatimu. Allah maha mengetahui isi hati,"
Bilamana kita menghadapi sesuatu dengan hati yang mahu menerima, Allah kan pantas permudahkan segala-galanya buat kita. Hati kita menerima dengan berlapang dada, walaupun mungkin raut wajah kita nampak penuh kerutan, seakan tak mampu memahami apa yang orang lain sedang perkatakan.
Begitulah. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Menatap awan sepanjang perjalanan, sungguh-sungguh diri ini berdoa, moga Allah hadirkan pengajaran dalam setiap perjalanan yang akan dilalui, moga hati tidak keras dek dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya.
Dan Allah benar-benar hadirkan jawapan, betapa jalan dakwah ini adalah jalan kesabaran, jalan yang memang penuh dengan ujian. Jalan yang penuh dengan tapisan.
Betapa dakwah ini hanya milik daei yang hatinya sejahtera. Hati yang bulat ikhlas melakukan semua hanya keranaNya. Dakwah ini bukan milik jemaah, bukan milik segolongan orang, bahkan dakwah ini akhir tapisannnya kembali kepada Allah juga. Allah lah yang akan mengeluarkan orang yang tidak layak bersama dengan jemaah ini. Jemaah yang tangan Allah berada di bawahnya.
Semakin diri ini percaya, hati yang bulat ikhlas kerana Allah itu tidak perlu ragu apatah lagi masih berkira-kira. Sebagaimana Asholah dakwah itu menuntut kita, begitulah kita akan bekerja. Bilamana kita tajarrud terhadap dakwah yang kita imani, apa pun tidak akan bisa menghentikan setiap langkah kaki. Dakwah tidak mengajarkan kita untuk merasa betul dengan cara kita sahaja bahkan dakwah itu bisa jadi apa-apa sahaja asalkan ia membawa manusia meninggikan kalimah Allah. Maka, terpulanglah. dengan cara yang kita fahami, dengan apa yang kita yakini..
"Ukhti, nti ok?"
*************************************************************
Dan benar sekali, dakwah ini tidak akan mampu dilakukan seorang diri. Saff-saff yang tersusun kukuh itu bukan sekadar omongan kosong semata, bahkan redha Allah berada pada kelompok yang berjemaah itu. Ketika itu dakwah menenyakan kita, kerana apa aku harus berada di sini? tidak bolehkan sekadar aku menyampaikan apa yang aku fahami seorang diri?
Seerah mengajarkan kita. kerja ini harus dilakukan bersama. Bermula dengan tarbiyyah, dan kemudian laju menderu di dalam gerabak dakwah menuju khalifah..
"Sesungguhnya tujuan pertama gerakan dakwah adalah mentarbiyah jiwa, memperbaharui ruh dan mengukuhkan akhlak serta menumbuhkan peranan pentingnya menyampaikan dakwah di tengah-tengah umat. Mereka meyakini bahwa tarbiah itu adalah asas pertama yang mesti dibangun untuk kebangkitan umat dan bangsa".
Begitu pesan Asy Syahid Hasan Al-Banna, betapa menjaga keoriginalitas dakwah itu adalah yang paling utama. membina manusia berkualiti yang akhirnya mampu membina kembali manusia di sekelilingnya.
Bilamana tarbiyyah itu dirasakan semakin jauh dari keasliaannya, maka hanya akan lahir robot-robot dakwah, mereka pantas menggerakkan program-program hebat di sini sana, tetapi jiwa mereka layu dalam tarbiyyah diri dan membina manusia, mempu mengutip angka demi angka, tapi diakhirnya tidak sedikit yang akan terjatuh sebelum sampai ke penghujungnya.
Kita bukan robot dakwah. melakukan sesuatu hanya kerana mendengar-dengar cerita, bukan juga kerana mengikut-ikut orang disekeliling kita.
Lakukanlah sesuatu itu kerana faham, jika hanya kerana semangat, ketahuilah bahawa semangat itu akan hilang, tetapi kefahaman itulah yang akan tetap menggerakkan kita walau kita terasa seperti berada di dunia asing seorang diri.
"Ukhti..nti faham tak ni?"
*****************************************************************************
Betapaku mengagumi insan-insan yang puluhan tahun bergelumang dengan jalan dakwah ini. sungguh, bukan mudah untuk kekal tsabat. Apalah yang ada andai mahu dibandingkan dengan langkah kaki yang baru setahun dua cuma, memegang tittle daei sejati juga belum cukup layak ku kira. Moga Allah kasihi dan rahmati mereka semua kerana membawa agama ini untuk terus disebarkan kepada kami. Maka, teruslah kami untuk bekerja. Sehingga tiada lagi fitnah yang menimpa Ad Deen ini. Yang melihat itu, Allah. yang menilai itu, Allah juga. Pada kita hanya kesungguhan, dan di sisi Allah ada kemenangan yang telah siap direncanakan.
- Syeikh Mustafa Masyhur
Siapkan hati dan diri untuk menggenggam erat panji dakwah ini.
jagalah ash-solah dakwah ini sebaiknya, kerna sedikit demi sedikit keaslian itu akan pudar ditelan masa.
Kerna itu, saling berpesan-pesanlah di antara kita, moga antara kita tidak ada yang terlupa.
Dan aku berpesan untuk diriku terlebih dahulu.
Ya, diriku..
"Katakanlah,"Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
[At Taubah:105]
2 orang yang dikasihi Allah..:
mumtaz...ahsanti..kefahaman anti itu benar...
first time jejakkan kaki di sini. Jazakillah ukhti, this is great :) Moga rahmat Allah mengiringi..
Post a Comment