Bismillah..
Alangkah jauh beda kisah kita.. |
Lelaki itu menangis
Sang Raja yang sedari tadi memerhati mula bersorak gembira, "Ah, pasti dia sudah tidak mampu menahan penderitaan yang aku berikan ini," lantas raja memanggil lelaki itu kehadapannya.
Lelaki yang kusut masai, wajah dan tubuhnya kelihatan longlai dek seksaan yang bukan kepalang diterimanya.
Seksaan yang amat dasyat, hanya kerana lidahnya terus menerus mengungkapkan penyaksian Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
"Nah, sekarang aku masih berikan kau peluang terakhir untuk memperbaharui ucapanmu itu. Katakanlah, bahawa aku ni tuhanmu, dan kemudian aku akan lepaskan kamu dari tempat yang mengerikan ini"
Lelaki itu masih tertunduk.
"Wahai tuan, bukanlah aku menangis kerana takut tatkala melihat kawah yang menggelegak dihadapanku itu, tetapi aku menangis kerana mengenangkan alangkah ruginya diriku kerna hanya punya satu nyawa. Wahai tuan, ketahuilah bahawa aku benar-benar menginginkan nyawaku sebanyak rambut di kepalaku ini. andaikata nyawaku sebanyak itu, nescaya satu persatu aku aku keluarkan demi agama yang aku anuti ini," Air matanya kelihatan mengalir
Allahu Allah..
Manusia jenis apakah ini?
***********************************************************
Lelaki itu berjalan perlahan
Kecederaan yang di alami di kakinya membuatkannya tidak mampu berjalan laju
"Engkau ini hanyalah orang gila yang mereka-reka cerita. Kembalilah engkau ke negerimu, kami tidak perlukan kehadiranmu di sini!" kata-kata itu terus terngiang-ngiang di telinganya.
Dan hatinya bertambah hiba, bukankah dia kini berada di tempat yang mana keturunannya berasal juga, tetapi kini dia benar-benar merasa terasing.
Namun lelaki itu tidak berputus asa, di mana ada kawasan keramaian orang, dia akan berhenti dan menyeru kepada Tuhan Yang Maha Agung
Dan alangkah kasihan.. kata-katanya ditolak mentah-mentah. kanak-kanak yang masih kecil di sekeliling itu pula dengan beraninya melempar batu menghalau kehadirannya dari situ..
Lelaki itu tidak membalas apa-apa, dia hanya pergi dengan hati yang tersiat luka..
Allahu Allah..
Peribadi jenis apakah ini?
************************************************************
"Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila"[Al-Qalam:2]
Kedua kisah itu benar-benar mengundang muhasabah yang panjang
Alangkah gilanya mereka
Pastilah kehidupan mereka hanya dipenuhi kesengsaraan lantaran diseksa tanpa henti
Namun ayat ini terus menampar diri
Tidak.Mereka tidak gila!
Bahkan kedua-dua lelaki yang diceritakan di atas ni benar-benar nyata tulus keimanannya
Ar-Rasul itu benar-benar suri teladan yang terbaik untuk sekalian umat manusia
Dia bukanlah seorang penyair yang mereka-reka cerita
Bahkan yang dibawanya itu adalah cahaya yang bisa menangkat darjat kehidupan seorang manusia dari hina menuju mulia
Orang yang beriman
Orang yang menjulang panji dakwah
Orang yang kata-katanya hanya untuk menyeru manusia kepada Rabb yang satu
Orang yang benar-benar menepati janji untuk hidup dengan mulia atau menjadi syuhada
Mereka itu benar-benar punya cerita GILA..
Cerita mereka tidak akan mampu difahami mereka yang tidak pernah mengenal kepayahan di jalan dakwah ini
Kisah mereka tidak akan mampu mengalirkan air mata mereka yang hanya sekadar mencintai dunia
Pengorbanan mereka tidak akan bisa difahami mereka yang hidupnya hanya sekadar mahu menjadi manusia biasa..
Alangkah jauh..
Mereka tidak akan mampu mengerti betapa cerita yang hanya secebis ini mampu menggetarkan seluruh jiwa seorang Daei
Allahu Allah..
Syurga tertinggi itu benar-benar hanya milik mereka yang punya cerita GILA
Cerita yang hanya mampu difahami segelintir orang
Kisah yang hanya bisa meluruhkan hati mereka yang berusaha melakarkan cerita GILA yang sama
Mungkin
Versi kita akan berbeza
Tetapi, kerna syurga itu bukan murah maharnya, maka tidak mungkin kita hanya akan bisa membelinya hanya dengan menjadi manusia taat yang hanya menunaikan rukun islam yang lima..
Mereka yang 'Gila' itu, kisahnya merembeskan air mata
Sehingga kadang aku tidak mampu berfikir, adakah benar wujud manusia yang rela digergaji badannya sehingga terbelah dua hanya kerana mahu mempertahankan keimanan mereka?
Adakah benar wujud manusia yang meninfakkan seluruh hartanya hanya untuk jihad di jalan Allah sedang dirinya tidak punya apa-apa lagi, dan manusia 'gila' itu masih mampu tersenyum, "Sungguh, cukup bagiku untuk masih punya Allah dan Rasulnya"
Allahu Rabbi..
Betapa jalan dakwah ini mengajarkan aku sebuah kehidupan yang lebih besar nilainya
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."
-At Taubah, 9:111
Mereka tidak terseksa, bahkan mereka sebenarnya bergembira dengan jual beli yang mereka lakukan ini
Mereka bukan orang gila, bahkan mereka sebenarnya manusia yang paling bijaksana kerana tidak rela menggadaikan kenikmatan selama-lamanya hanya untuk kesenangan yang sementara
*************************************************************
Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila..
Pasti tenang hati Ar-Rasul saat Allah menurunkan ayat ini kepada baginda
Lembut sapaan dariNya, sebuah kenyamanan bahawa Allah akan selalu melindunginya
Allah yang Maha Penyayang itu akan selalu mempertahankan baginda saat orang sekeliling mencaci maki baginda
Dan itu kisah 1400 tahun dahulu
Ar-rasul sudah lama pergi meninggalkan kita, sedang ayat itu masih tertulis di dalam Al-Quran
Untuk siapa lagi ayat itu? Untuk siapa lagi sesudah Ar-rasul?
Pastilah
Ayat itu masih Allah kekalkan untuk mereka-mereka yang mengikut jejak langkah Ar-Rasul yang mulia itu
Untuk kalian yang juga sedang melakukan cerita 'gila' yang sama
Biar nanti saat dihentam orang di luar sana, hati kalian tenang mendengar pujukan dariNya
hati kalian teguh bahawa kalian tidak melakukan sesuatu yang salah melainkan kalian hanya mahu mengikut jejak para nabi dan sahabah jua
Dan aku bertanya
Sejauh mana aku dan kalian sudah bekerja untuk deen ini sehingga ayat itu benar-benar menjadi kenyamanan kepada hati kita?
Sejauh apa ayat itu sudah layak ditujukan kepada kita?
Engkau dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila..
Bukanlah orang GILA
Orang GILA
GILA!
1 orang yang dikasihi Allah..:
:')
Post a Comment