Bismillah..
Wednesday, May 29, 2013
Jalan Tapisan
Bismillah..
Dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini wahai ukhti
Selalulah perbaiki niat kita sentiasa
Biar Allah tetap mengatur langkah kaki-kaki kita
Sentiasa dalam kebenaran dan rahmat kasih sayangNya..
Wahai ukhti..
Dakwah ini bukan menang kerana kita
Bahkan yang berjaya itu adalah kita kerana memilihnya..
Allahumma Ameen! Ameen! Ameen!
Tuesday, May 21, 2013
Keep Calm, I'm a psychology student
Bismillah..
Dalam hidup ni dear
Tak ada apa yang memerlukan kita untuk tidak sabar..
Nak buat esaimen kena sabar nak siapkan, nak beli barang kat kedai kena sabar nak beratur..
even nak makan pun kena sabar, ye la.. sabar nak berjalan kaki pergi beli makan dalam panas terik, nak beratur lagi, dah tu.. patah balik kolej. Dah tak sabar dah ni nak makan, tapi nak kena naik lif dulu, dah terserempak dengan kawan kena salam-salam dulu.. fuhh.. kan ke panjang perjalanan untuk bersabar supaya dapat makan tu..
And yet, tu contoh keciiikkk saje
MAKAN
ada banyak lagi perkara lebih besar..
Nak buat dakwah kena sabar
sabar dengan mutarabbi, layan kerenah seorang-seorang, pergi dakwah fardiyah bilik ke bilik..
dan semuanya memerlukan sabar
kalau tak sabar, dah lama kita tinggalkan mad'u kita tu, hanya dengan alasan KITA TAK SABAR
(eleh.padahal kita ni dulu pun kakak-kakak DF dengan susah payah juga)
Bahkan dalam dakwah ni berkali ganda kesabaran yang kita perlukan lagi
Kalau tak sabar, bila orang cakap kita ni poyo cakap islam even tak-la-solehah-sangat-pun
Kita dah melenting, pasai pa? Pasal tak sabar..
Nanti kalau dah buat kerja dakwah ni pun, dengar orang sok sek sok sek kat belakang pun satu hal lagi
Mungkin kalau tak sabar rasa macam nak fire je orang tu balik
Tapi, lepas tu dapat apa? kena lah SABAR..
Nak gagahkan diri pergi program tarbiyah pun kena sabar juga
Waktu-waktu tak kritikal ok la, semua on je
tiba-tiba..
Ohoi, usrah ni buat time esok nak kena hantar asignment super critical pulak dah
Dah la tak siap lagi, syaitan pulak duk cucuk supaya malas nak pergi
Dah tu.. tak kan biar syaitan menang?
Kena la sabar kuatkan diri, datang usrah berkerut-kerut dahi
Tapi.. SABARRR..
Dan benda-benda yang memerlukan sabar ni akan tetap datang lagi
Lepas satu-satu..
Aih, tak sabar-sabar nak habiskan degree ni.
Lepas tu kena sabar nak habiskan master pulak.
Dah mampu bersabar untuk master, nak kena sabar buat research untuk phD pulak..
ok, dah belajar tahap paling tinggi da tu, aihhh.. kena sabar kerja pulak...
and benda tu akan terus berlaku.. Zzzz
So, apakah kesimpulannye dear?
Ingatilah pesan Saidina Umar ni
"Kami dapati seindah-indah hidup kami adalah di dalam kesabaran.."
Indeed.
Kita tak perlu rosakkan kebahagiaan hidup kita dengan hanya kerana kita tak sabar
Tapi jadikan semuaaanya dalam hidup kita satu keindahan kerana kita mampu bersabar..
Sabar.
Dan kuatkanlah kesabaran itu.
Percayalah, kamu mampu..
***************************************************************
Dear myself,
Keep calm,
Daku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku..
Sunday, May 19, 2013
tinggi lagi!
ukhti
lari laju-laju
terbang tinggi-tinggi..
kerna apa yang kau citakan itu
tidaklah semudah bermimpi..
ukhti..
lari laju lagi
sampai citamu yang tertinggi
dan tetaplah berbaik sangka
bahwa Allah kan tetap mengira
walau sekecil hama
sehingga seluas syurga..
ukhti..
teruslah maju lagi
Allah jua yang memerhati
Allah juga yang membayar janji!
Friday, May 17, 2013
Penulis yang saya suka..
Kita, Prasangka dan Mereka..
Kita hidup di tengah2 khalayak
yang selalu berbaik sangka..
Alangkah bahayanya
terlalu percaya pada baik sangka mereka
membuat kita tak lagi jujur pada diri
atau menginsafi, bahawa kita tak seindah prasangka itu
Tapi keinsafan membuat kadang terfikir
bersediakah mereka tetap jadi saudara
saat tahu siapa kita sebenarnya
kadang terasa, bersediakah dia tetap menjadi sahabat
saat tahu hati kita tak tulus, penuh noda dan karat
dan..bersediakah dia tetap mendampingi kita dalam dakapan ukhuwah
ketika tahu bahawa iman kita berlubang-lubang
Inilah bezanya kita dengan Sang Nabi
dia dipercaya, kerana dia dikenal
sebagai Al-Amin, orang yg terpercaya
sementara kita dipercaya, justeru kerana
mereka semua tidak mengenal kita..
Yang ada hanya baik sangka..
maka mari kita hargai dan jaga semua baik sangka itu
dengan berbuat sebaik-baiknya
atau sekurangnya dengan doa yg diajarkan Abu Bakar
lelaki yg penuh baik sangka terhadap diri dan sesama
"Ya Allah, jadikan aku lebih baik dari semua yg mereka sangka,
dan ampunilah aku atas aib2 yg mereka tidak tahu.."
Atau doa seorang tabi'in yg mulia:
"Ya Allah, jadikan aku dalam pandanganku sendiri
sebagai seburuk-buruk makhluk
dalam pandangan manusia sebagai yg tengah2
dan dalam pandanganMu sebagai yg paling mulia.."
~Salim A.Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah~
*buku ni best sangat.carilah..*
Thursday, May 09, 2013
Ukhti, ma ma'na redha?
Ukhti..
Redha itu..
bila engkau menerima ketetapan dari tuhanMu
tiada keluhan yang didengar darimu walau satu..
Ukhti..
Redha itu..
bukan bermudah-mudah membatu diri dengan takdir yang ditetapkan buatmu
tetapi, redha mengangkat dirimu, melonjak hamasahmu
menjadikan dikau manusia yang baru..
Ukhti..
Redha itu..
menerima dengan penuh cinta
atas rasa kasih dan percaya
betapa tuhanmu lebih mengerti apa yang terbaik buatmu..
dan harus kau ingat ukhti
redha bukan bererti harus bermalas-malas lagi
kerna redha itu buah dari iman
hati yang totalitas menyerahkan sepenuhnya terhadap apa yang kau percaya
membuah amal yang menggegar jiwa manusia..
Ukhti
Redha itu buktinya amal
Bukan hanya tangisan
Bukan sekadar perasaan..
dan di jalan dakwah ini
yang kau mahu hanya keredhaan tuhanMu itu..
khabarkan kepada ku ukhti
apakah yang lebih baik dari ini?
"Hai Ikhwanul muslimin terutama yang gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini.
Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.
Ya... boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan.
Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari
dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".
[Asy-syahid Imam Hasan Al-Banna]
Thursday, May 02, 2013
PRU: Ubah!
Bismillah..
Musim-musim PRU ni, hamasahnya terasa lain sekali
sementelah pula melihat video-video orang muda yang ghairah benar nampaknya berkempen tanpa mengira waktu dan tempat
sehingga diri ini juga kadang tidak sedar ada air yang bergenang dipelupuk mata melihat orang-orang muda yang sangat bersemangat tu
tanpa sedar, ada iri yang berbisik sendiri, "Aku buat apa ye untuk PRU kali ni?"
*******************************************
"Kewajipan yang kita ada melebihi masa yang kita ada," begitu pesan Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Betapa seorang daei itu sama sekali tidak ada waktu untuk bertanya-tanya, "eh, aku tidak ada apa-apa untuk dibuat lah!"
kerana hamasah kita bukan hanya sekadar pada waktu PRU semata-mata
kerna gerabak dakwah dan tarbiyyah ini akan terus berjalan
Aliran tarbiyyah tidak akan pernah berhenti mengalir buat jiwa-jiwa yang sentiasa mendahagakannya..
kecintaanku bukan pada PRU semata, bukan semurah memegang sepanduk melaung kata-kata semangat sahaja, kerna aku mengimpikan lebih dari itu
pertembungan antara haq dan batil ini memang akan sentiasa terjadi, sehinggalah khalifah itu tertegak di muka bumi ini
dan ku kira merubah manusia itu bukanlah semudah menukar tampuk pemeringahan sahaja
inside to outside!
yang lebih penting untuk diubah itu adalah yang berada di dalam hati
dan untuk menyantuni hati-hati manusia itu jauh lebih sukar dari berjaga di malam hari untuk menjahit bendera parti!
dunia ini sudah sakit benar, kita perlukan lebih ramai manusia yang semangatnya lebih dari memegang sepanduk di tepi jalanraya..
kita merindukan da'ei lillah
yang menyerahkan sepenuh masa, harta dan jiwa pada jalan dakwah ini..
oh, tetapi ini bukanlah bermakna aku tidak mahu ambil peduli ya
kerana islam itu syumul, maka sahutlah seruan ke arah sebuah negara yang lebih baik ini..
ini kalilah. kita ubah!
selamat mengundi dear Malaysian.. :)
Wednesday, May 01, 2013
Khalilullah: Kisah Cinta Yang Benar
Bismillah..
Ini kisah sebuah kecintaan yang benar
pada saat compang campingnya diriku mencari-cari contoh terbaik buat diri
Dan ku kira, indah sekali kisah ini jika ku bisa rasainya bersama kalian..
*************************************************************
"Kakak, ada apa dengan Ar-Rasul Ibrahim Khalilullah?"
"Kau tahu adikku.." matanya berkaca-kaca."Ar-Rasul Ibrahim itu benar-benar punya kisah yang memujuk hatimu. Menjadikan kau merasai alangkah kerdilnya dirimu. Mengajarkan kau keindahan dalam pengorbanan dan kesabaran.." begitu kakak menerangkan dalam nafasnya yang tersekat-sekat
Aku termangu sendiri. Hebat benarkah Ar-Rasul Khalilullah itu? punya cerita sehebat apa sehingga mampu menggoncang perasaan kakak saat bicara tentangnya. Aku tidak punya jawapan. Yang ku tahu, aku harus pantas mencari perasaan seperti kakak..
*************************************************************
Ku sebut namamu 'khalilullah'
Alangkah dekat sekali saat ku menyoroti kisahmu satu demi satu
Dan ku kira, baru hari ini ku mengerti perasaan kakak dahulu..
"Ar-Rasul Ibrahim itu.." ujarku perlahan-lahan..
tidak pernah sekali dia mengenal erti putus asa dalam ketaatannya pada tuhan
Bukan kau tidak tahu, dari kecil lagi fikirannya celaru memikirkan di mana tuhan yang sebenarnya. Lalu, dimusnahkan berhala dan tanpa takut dia keluar kepada kaumnya menyoal kembali kebodohan mereka menyembah patung yang tidak berkuasa apa-apa
Dan tuhan mengujinya dengan dibakar di dalam api yang marak menyala
Di serahkan dirinya sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa..
"Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta
ampun bagimu kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan
menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku akan
berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada
Tuhanku.'" (QS. Maryam: 47-48)
Begitulah..
Ar-Rasul Ibrahim berdoa tanpa henti
Menyeru kaumnya pada yang Maha Esa
Daripada kaumnya yang biasa sehinggalah kepada Raja yang angkuh membuktikan bahwa dia juga bisa menghidupkan dan mematikan
Begitulah..
Ar-Rasul Ibrahim berdoa tanpa henti
Menyeru kaumnya pada yang Maha Esa
Daripada kaumnya yang biasa sehinggalah kepada Raja yang angkuh membuktikan bahwa dia juga bisa menghidupkan dan mematikan
Dan si khalilullah itu tak pernah berputus asa meski tidak ramai yang menyahut ajakannya
Perjalanan diteruskan, ke kota Haran, Palestina sehingga ke Mesir
Setiap langkahnya hanya untuk menyatakan kebenaran
Tak pernah sekali dia berhenti, sehingga dirinya terus dimamah usia bersama pendamping setia, Sarah
Setiap langkahnya hanya untuk menyatakan kebenaran
Tak pernah sekali dia berhenti, sehingga dirinya terus dimamah usia bersama pendamping setia, Sarah
Bukan Allah tidak tahu rasa hatinya saat diri diinjak usia
tetapi, alangkah hebatnya keimanan Ar-Rasul Khalilullah
tetapi, alangkah hebatnya keimanan Ar-Rasul Khalilullah
Dirinya tetap berbaik sangka, bahkan dalam kehidupannya tidak pernah putus dalam berdoa
Bahwa Allah nyata lebih tahu yang terbaik untuk dirinya..
"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi
penghiba dan suka kembali kepada Allah." (QS. Hud: 75)
Yang dia tahu adalah bahawa dia harus kembali berdoa dan berbaik sangka
Bahwa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya
kerna Allah itu cinta pada mereka yang tulus benar keimanannya..
Dan Ar-Rasul Ibrahim menunjukkan teladan
Pada sisi-sisi keimanan dan kecintaan yang membara
"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: 'Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana engkau menghidupkan orang yang mati. 'Allah berfirman: 'Belum yakinkah kamu?' Ibrahim menjawab: 'Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku).'" (QS. al-Baqarah: 260)
Bukan tidak meyakini tuhan yang satu
tetapi kerana cinta yang menyala di dalam dirinya
Dan Ar-Rasul Ibrahim menunjukkan teladan
Pada sisi-sisi keimanan dan kecintaan yang membara
"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: 'Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana engkau menghidupkan orang yang mati. 'Allah berfirman: 'Belum yakinkah kamu?' Ibrahim menjawab: 'Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku).'" (QS. al-Baqarah: 260)
Bukan tidak meyakini tuhan yang satu
tetapi kerana cinta yang menyala di dalam dirinya
Dan ku yakin benar
Bahwa Ar-Rasul itu tidak bertanya kerana imannya rapuh
Bahkan ia bukanlah soalan untuk menjauhkan, tetapi sebagai satu kenyaman di hati untuk sesuatu yang dicintai
Seperti layaknya seorang anak yang bertanya kepada si ibu,
"Ibu, kenapakah sedari kecil kamu sanggup melakukan semua ini untuk aku?"
Bukan kerana dia tidak percaya, tetapi kerana si ibu sangat ajaib di matanya.
Pengorbanan dan kasih sayang itu mengagumkannya, dan yang diminta adalah jawapan yang bukan sekadar kata-kata, tetapi sebuah pelukan kasih sayang yang menenangkan..
*********************************************************
Dan aku terus menelusuri kisah Ar-Rasul khalilullah
Saat Allah perintahkan dia untuk menyembelih anak pertama yang sangat disayangi
Bukan kita tidak bisa mengerti perasaan seorang ayah
tetapi Ar-Rasul itu tetap berbaik-sangka
Ditanya pada anak yang dikasihi mengenai perintah Allah itu
Dan nyata anak itu, Ismail mewarisi hati yang suci milik sang ayah
"Wahai bapaku, lakukanlah apa yang tuhan perintahkan. InsyaAllah, kau akan melihatku sebagai seorang yang sabar.."
Bukan sekadar itu ujiannya, ketetapan Allah memerintahkannya untuk tinggal berjauhan dari si anak
Sedang dalam dirinya ada gelora perasaan seorang ayah yang merindukan anaknya setelah berpisah sekian lama
Tetapi, khalilullah itu tidak membentak tuhan dengan persoalan demi persoalan
meski ujian yang datang padanya bukan calang-calang
Ar-Rasul itu benar-benar akur pada ketetapan tuhan..
Ar-Rasul itu benar-benar akur pada ketetapan tuhan..
Dan Allah maha mengetahui isi hati hambanya
lalu Dia hadirkan berita gembira tentang lahirnya anak bersama Sarah
meski saat itu usianya sudah lanjut benar..
"Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan ini?" (QS. al-Hijr: 54)
"Mereka menjawab: 'Kami menyampaikan khabar gembira
kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus
asa.'" (QS. al-Hijr: 55)
"Ibrahim berkata: 'Tidak ada orang yang berputus asa dari
rahmat Tuhannya,
kecuali orang-orang yang sesat.'" (QS. al-Hijr: 56)Bukan kerana hatinya meragui kuasa Allah
tetapi kerana kegembiraan yang tidak terkata
Bahkan sehingga ke akhirnya segala puji dikembalikan kepada Allah
Dan disetiap butir bicaranya tidak jemu menunjukkan suatu teladan tentang sebuah perasaan orang yang beriman..
****************************************************************
Dan aku kembali menyelak lembaran demi lembaran di dalam Al-Quran
Nyata aku tidak menemukan satu kisah pun dari Ar-Rasul ini tentang kefuturannya
Tentang keluhan penatnya saat ujian datang menghimpit dirinya
Tentang hibanya dalam yang mempersoalkan apa yang Allah perintahkan untuknya..
Nyata aku tidak menemukan walau satu ayat pun.
Yang ada hanyalah pertanyaan untuk menenangkan hatinya atas dasar cinta yang benar..
Yang ada adalah sebuah jiwa yang besar dalam membawa seruan dari tuhan tanpa henti meski ditolak berkali-kali
Dan, dalam setiap bicaranya ku temukan bicara demi bicara yang memujuk hati untuk berbaik sangka dan terus redha dalam ketetapan tuhan yang Maha Kuasa..
hari ini, wahai kakak
Tentang hibanya dalam yang mempersoalkan apa yang Allah perintahkan untuknya..
Nyata aku tidak menemukan walau satu ayat pun.
Yang ada hanyalah pertanyaan untuk menenangkan hatinya atas dasar cinta yang benar..
Yang ada adalah sebuah jiwa yang besar dalam membawa seruan dari tuhan tanpa henti meski ditolak berkali-kali
Dan, dalam setiap bicaranya ku temukan bicara demi bicara yang memujuk hati untuk berbaik sangka dan terus redha dalam ketetapan tuhan yang Maha Kuasa..
hari ini, wahai kakak
Baru ku fahami..
Mengapa nama itu yang disebut dalam setiap dua rakaat solatku saban hari
Bahwa Ar-Rasul Ibrahim ini benar-benar contoh teladan sebuah kecintaan seorang hamba kepada tuhannya.. :')
Bahwa Ar-Rasul Ibrahim ini benar-benar contoh teladan sebuah kecintaan seorang hamba kepada tuhannya.. :')