Bismillah..
Musim-musim PRU ni, hamasahnya terasa lain sekali
sementelah pula melihat video-video orang muda yang ghairah benar nampaknya berkempen tanpa mengira waktu dan tempat
sehingga diri ini juga kadang tidak sedar ada air yang bergenang dipelupuk mata melihat orang-orang muda yang sangat bersemangat tu
tanpa sedar, ada iri yang berbisik sendiri, "Aku buat apa ye untuk PRU kali ni?"
*******************************************
"Kewajipan yang kita ada melebihi masa yang kita ada," begitu pesan Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Betapa seorang daei itu sama sekali tidak ada waktu untuk bertanya-tanya, "eh, aku tidak ada apa-apa untuk dibuat lah!"
kerana hamasah kita bukan hanya sekadar pada waktu PRU semata-mata
kerna gerabak dakwah dan tarbiyyah ini akan terus berjalan
Aliran tarbiyyah tidak akan pernah berhenti mengalir buat jiwa-jiwa yang sentiasa mendahagakannya..
kecintaanku bukan pada PRU semata, bukan semurah memegang sepanduk melaung kata-kata semangat sahaja, kerna aku mengimpikan lebih dari itu
pertembungan antara haq dan batil ini memang akan sentiasa terjadi, sehinggalah khalifah itu tertegak di muka bumi ini
dan ku kira merubah manusia itu bukanlah semudah menukar tampuk pemeringahan sahaja
inside to outside!
yang lebih penting untuk diubah itu adalah yang berada di dalam hati
dan untuk menyantuni hati-hati manusia itu jauh lebih sukar dari berjaga di malam hari untuk menjahit bendera parti!
dunia ini sudah sakit benar, kita perlukan lebih ramai manusia yang semangatnya lebih dari memegang sepanduk di tepi jalanraya..
kita merindukan da'ei lillah
yang menyerahkan sepenuh masa, harta dan jiwa pada jalan dakwah ini..
oh, tetapi ini bukanlah bermakna aku tidak mahu ambil peduli ya
kerana islam itu syumul, maka sahutlah seruan ke arah sebuah negara yang lebih baik ini..
ini kalilah. kita ubah!
selamat mengundi dear Malaysian.. :)
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment