Pages

Monday, January 27, 2014

Perempuan itu




perempuan itu.
berkali-kali dia cuba memejamkan mata.
hampa. jiwanya terasa sesak.
hatinya seakan di siat-siat.

umat ini sudah menderita terlalu lama
darah dan air mata sudah berhamburan memenuhi setiap pelosok dunia
jiwa perempuannya tidak mampu membendung air mata yang mengalir deras saat menatap satu demi satu gambar saudara maranya di Syria
dadanya seakan mahu pecah membaca satu demi satu berita mengenai umat islam di seluruh dunia
fikirannya tidak mampu lagi menerima apa yang dibaca saban hari tentang runtuhnya nilai kehidupan manusia di tanah airnya sendiri
semuanya menghemburkan air mata. memikirkannya dalam-dalam membuatkan perempuan itu terasa seperti mahu pecah kepala.

perempuan itu kesal.
kesal sekali..
dia tahu yang air mata dan perasaan sahaja tak akan mau mengubah apa-apa
dia faham bahawa yang lebih harus dia kasihani adalah dirinya sendiri
Perempuan itu sedar yang derita yang dilalui umat ini salah satunya adalah kerana adanya daei seperti dia ini
Daei yang masih belum mampu menyerahkan segala-galanya untuk dakwah dan tarbiyah ini
Langkah kakinya masih belum gencar
Dirinya masih mencintai dunia dan kesenangan kehidupan
Yang diberi masih sisa-sisa.. dia kadangkala masih terpedaya dengan kilauan dunia..
fikirannya masih pada masalah diri dan bukannya sepenuhnya untuk ummat ini..

perempuan itu menangis lagi.
masih adakah waktu untuk tidur dengan lena selepas ini?
sampai bilakah lagi ummat ini akan menderita dek kerana perlahannya dia membuat kerja-kerja dakwah ini
sudah siapkah jawapan apa yang harus dibalas ketika sampai waktu kanak2 kecil syria itu bertanyakan tentang apakah yang sudah dia lakukan untuk membantu mereka-mereka yang menderita itu

Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah...

bantulah dan kasihanilah perempuan itu.
Ampunilah dirinya kerana tidurnya yang masih lena!

Tuesday, January 21, 2014

Sulit dan RidhaNya





satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
"alangkah beratnya.. alangkah banyak rintangan"
alangkah berbilang sandungan.. alangkah rumitnya"

aku bertanya, "lalu?"
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
"apakah sebaiknya kuhentikan saja ikhtiar ini?"

"hanya kerana itu kau menyerah kawan?"
aku bertanya meski tak begitu yakin apakah aku sanggup
menghadapi selaksa badai ujian dalam ikhtiar seperti dialaminya
"ya.. bagaimana lagi? tidakkah semua hadangan ini petanda bahawa Allah tak meredhainya?"

aku bersamainya menghela nafas panjang
lalu bertanya, "andai Muhammad shallallahualaihi wa sallam berfikir sebagaimana engkau menalar, kan adakah islam di muka bumi?"
"maksudmu akhi?" matanya terbelalak

"ya, andai Muhammad berfikir bahawa banyak kesulitan bererti tak diridhai Allah, bukankah ia akan berhenti di awal-awal risalah?"

"Ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad shallallahualaihi wa sallam bisa mempertimbangkan untuk menghentikan risalah
mungkin saat dalam rukuknya ia dijerat di bahagian leher
mungkin saat ia sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta
mungkin saat ia bangkit dari sujud lalu dahinya disambar batu
mungkin saat ia dikatai gila, penyair, dukun, dan tukang sihir
mungkin saat ia saksi para sahabatnya disiksa didepan mata
atau saat paman yang dia kasihi dan isteri tersayang berpulang
atau justeru saat dunia ditawarkan padanya; takhta, harta dan wanita.."

"Jika Muhammad berfikir sebagaimana engkau menalar
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?"

"tapi Muhammad tahu, kawan
ridha Allah tidak terletak pada sulit atau mudahnya
berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya"

"ridha Allah terletak pada apakah kita mentaatiNya
dalam menghadapi semua ini
apakah kita berjalan dalam menjaga perintah dan larangNya
dalam semua keadaan ikhtiar yang kita lakukan"

"maka selama si situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan.."

(SAF, 2010)

**********************

ya, sungguh
kesusahan itu selalu kita anggap sebagai penghinaan
sedangkan sebenarnya itu adalah lambang kemuliaan bagi seorang insan
tanda diri masih diingati, tanda diri masih dalam perhatian ilahi..

maka, teruslah bertahan kawan
dalam setiap ikhtiar yang kau lakukan
dan jadilah kita sebaik-baik manusia yang berbaik sangka
bahwa Rabb tidak sekali-kali menganayai hambaNya..







Thursday, January 16, 2014

selamat malam




rindu aku rindu
pada setiap sapaan mesra pada bahu
mengingatkan aku tentang siapa aku..

rindu aku sungguh rindu
pada setiap hembusan kata yang menusuk jauh ke dalam jiwa
menyedarkan aku tentang erti bahagia yang sebenarnya..

rindu aku benar-benar rindu..


Saturday, January 04, 2014

Monolog Tahun Baru





Bismillah.

"Kak, kenapa Allah masih pilih saya?" air matanya bergenang.

Saya mengalihkan pandangan. memandang langit yang kebiruan. kosong. 
sama seperti kosongnya fikiran saya untuk membalas persoalan itu.

Kakakmu ini tak punya jawapan. Diri sendiri masih merangkak perlahan.
Kadang terasa seperti masih sempat berpaut memohon bantuan, kadang pula terasa seperti mahu lemas dan membiarkan diri tenggelam.

tapi, bukan itu jawapannya.
Itu hanyalah mainan perasaan. pujukan dari syaitan agar diri kembali jatuh ke lembah kenistaan. 
jangan. jangan diikutkan perasaan!

Lelah bukan tidak lelah.
Sakit bukan tidak sakit.
Tetapi kerana apa harus terus bertahan?
Kerana iman yang mendalam. Kerana hati yang faham.
Bahawa semua keputusan kehidupan ini haruslah disandarkan kepada Allah semata-mata.
memilih untuk berbalik kebelakang ertinya menyerah kalah sebelum benar-benar berjuang.
Memilih untuk memperlahankan langkah kaki ertinya menyediakan diri untuk terjatuh ke lembah yang dalam.
Sungguh, tiadalah pilihan lain. Melainkan beriman dan kemudian istiqamahlah!

Memang sunnatullah setiap manusia biasa
Walaupun dicelup dengan nafas tarbiyah sekalipun
Ada masa imannya melonjak-lonjak ke tahap yang paling tinggi
Tetapi ada masa pula terasa diri seakan-akan diawang-awangan,
Ada ketika terasa imannya seakan-akan dilenyek buldozer sehingga mahu bernafas juga terasa sukar.
Itu biasa.. sungguh, itulah dia kita si manusia biasa.

Tetapi yang luar biasanya, bilamana kefuturan itu bukan dijadikan alasan terus menerus untuk mematikan diri dari hakikat realiti
Futur itu tidak salah. yang salah adalah dengan menghiasi kefuturan itu!

Nikmat iman ini sungguh tiada galang ganti.
Nikmat kefahaman ini sungguh tidak mampu dijual beli.
Makanya..
Istiqamahlah biarpun dalam kepedihan.
Istiqamahlah biarpun penuh kepayahan.
kaki itu harus dipaksakan untuk tetap berjalan.
Berhenti ertinya mati!

*******

Nota penulis:

Salam tahun baru 2014 Masihi.
Tahun 2013 banyak sekali mengajarkan saya erti kehidupan yang sebenarnya.
selamat tinggal semua cerita lama, yang ada hanyalah hati yang lebih besar untuk belajar menjadi lebih dewasa! :)