"Kak, kenapa Allah masih pilih saya?" air matanya bergenang.
Kakakmu ini tak punya jawapan. Diri sendiri masih merangkak perlahan.
Lelah bukan tidak lelah.
Sakit bukan tidak sakit.
Tetapi kerana apa harus terus bertahan?
Kerana iman yang mendalam. Kerana hati yang faham.
Bahawa semua keputusan kehidupan ini haruslah disandarkan kepada Allah semata-mata.
memilih untuk berbalik kebelakang ertinya menyerah kalah sebelum benar-benar berjuang.
Memilih untuk memperlahankan langkah kaki ertinya menyediakan diri untuk terjatuh ke lembah yang dalam.
Sungguh, tiadalah pilihan lain. Melainkan beriman dan kemudian istiqamahlah!
Memang sunnatullah setiap manusia biasa
Walaupun dicelup dengan nafas tarbiyah sekalipun
Ada masa imannya melonjak-lonjak ke tahap yang paling tinggi
Tetapi ada masa pula terasa diri seakan-akan diawang-awangan,
Ada ketika terasa imannya seakan-akan dilenyek buldozer sehingga mahu bernafas juga terasa sukar.
Itu biasa.. sungguh, itulah dia kita si manusia biasa.
Tetapi yang luar biasanya, bilamana kefuturan itu bukan dijadikan alasan terus menerus untuk mematikan diri dari hakikat realiti
Futur itu tidak salah. yang salah adalah dengan menghiasi kefuturan itu!
Nikmat iman ini sungguh tiada galang ganti.
Makanya..
Istiqamahlah biarpun dalam kepedihan.
Istiqamahlah biarpun penuh kepayahan.
kaki itu harus dipaksakan untuk tetap berjalan.
Berhenti ertinya mati!
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment