Pages

Tuesday, March 25, 2014

Wahai Ikhwan..


Bismillah..

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Apakah lagi yang lebih baik
Bagi orang-orang yang beriman
Bukankah jalan ini sudah lama menunjukkan contoh sang pejuang
Yang mana pengakhiran kehidupan mereka hanyalah pada dua titik noktah
Hidup dengan kemuliaan islam. atau mati sebagai seorang syuhada'.

Adakala saya terasa seperti mahu menangis kehibaan
Dan setelah berfikir lebih lama saya kira yang lebih perlu saya tangiskan adalah diri saya sendiri
Saat melihat para ikhwan itu sudah benar-benar membuktikan janji mereka kepada Allah seperti firmanNya di dalam surah Al-Ahzab ini, sedangkan kita di sini langkah kadangkala masih longlai dan masih terkial-kial menongkah ujian yang tidak seberapa

Namun bagi para ikhwan yang dijatuhi hukuman mati itu
Saya kira mereka sudah terbayang-bayang negeri akhirat yang sekian lama mereka rindukan
Dengan apa yang mereka usahakan tanpa penat lelah puluhan tahun yang lalu semenjak Ikhwan Muslimin bertapak di Mesir
Dan hari ini mereka bergembira kerana tuhan juga membalas cinta mereka dengan memanggil mereka untuk pulang ke pangkuanNya
Sungguh itulah tarbiyah yang sebenar-benarnya, mengangkat manusia keluar dari perhambaan manusia menuju kepada penyerahan diri total kepada Rabbul Jalil semata-mata

Menatap satu persatu gambar para ikhwan yang terpampang di media masa
Melihat raut wajah Dr Morsi yang jelas penuh ketenangan biarpun diasak dan ditekan dengan segala macam fitnah dan ancaman taghut yang bukan calang-calang
namun manusia yang di celup dengan celupan Allah itu benar-benar jauh berbeza
tarbiyah yang mereka fahami sungguh mengangkat mereka ke satu darjat yang lebih tinggi dari segala dunia dan isinya
mereka tidak pernah tunduk kepada tekanan taghut
mereka berusaha untuk mengembalikan keadilan yang sebenarnya biarpun satu dunia teruk menghentam mereka
mereka terus yakin dengan janji Allah, bahawa kemenangan itu pasti akan datang, dan mereka tahu harga yang perlu dibayar adalah harta dan jiwa mereka sendiri


Apakah lagi yang harus saya cemburui pada insan-insan ini
Mereka benar-benar membuktikan janji mereka kepada Allah
sehingga Allah sendiri memilih mereka untuk menerima syahid
Apakah lagi kegembiraan yang lebih besar dari menerima jemputan syahid dari tuhan ini?

Kita Juga Merindui Syahid!



Untuk para duat, ikhwah akhawat.. renungilah baris terakhir daripada ayat ke 33 ini..

"..dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."

Mampukah kita wahai Daeiyah..
Membuktikan ayat dibaris yang terakhir ini adalah milik kita?




Saturday, March 22, 2014

cinta





Lately ni, asyik rasa touching bila memandang setiap perkara
Bila tengok akhawat.
Bila tengok mereka-mereka yang baru terasa sapaan hidayah, bila tengok mereka-mereka yang memaksa diri untuk bekerja di jalan dakwah dan tarbiyah ni..
semuanya membuatkan bergenang air mata..

Perasaan bercampur baur
Rasa bersyukur kerana hari ini dapat hidup dalam nafas dakwah dan tarbiyah
Rasa kerdil kerana Allah yang Maha Penyayang itu masih sudi meletakkan diri ini bersama dengan mereka-mereka yang mencintaiNya
Dan selalu terfikir, kalau lah bukan jalan ini yang saya pilih, pastilah hidup saya sudah penuh kesia-siaan sehingga sekarang. even dahulu pun saya sudah merasai betapa peritnya hidup tanpa mengetahui matlamat sebenar kehidupan tu..

Aku hidup untuk apa..
Aku hidup untuk memuaskan hati siapa..
semua persoalan tu memang mengoyak-ngoyak perasaan saya dahulu, dan hari ini saya rasa betapa kehidupan ini sangat barakah dan sapaan tuhan itu benar-benar mencairkan hati orang macam saya..

Dan syahadatul haq yang saya pegang hari ini benar-benar menampar saya bahawa cinta itu bukan hanya kata nama, tetapi ia kata kerja
Kalau kita cinta, kita tak akan membiarkan yang kita cintai itu disakiti
Dan cinta itu akan membuat kita berbuat sehabis daya untuk sesuatu yang kita cintai

Dan mencintai Allah..mengajarkan saya bahawa ia hanya akan dibuktikan bilamana kita menyeru manusia untuk mengembalikan hak Allah pada tempatnya
mencintai Allah.. akan membuatkan kita terluka  bilamana kita melihat orang lain bermaksiat kepadaNya
mencintai Allah, tidak akan menjadikan kita duduk diam di saat manusia meremehkan suruhanNya
mencintai Allah itu, kita mahu seluruh manusia tahu bahawa Allah lah Raja segala-galanya dan ia tidak akan sebanding dengan apa pun..
Dan mencintai Allah itu, kan memaksa kita untuk terus bergerak dalam lelah, sakit, pedih dan kepayahan untuk kita memberitahu seluruh manusia dan dunia ini bahawa hanya Allah sahajalah sembahan kita dan tidak mungkin ada yang lain dariNya..

Semua itu adalah bukti jika benar kita cinta..
Dan tak mungkin kita benar-benar mencintai jika kita tidak terguris walau sedikit pun saat melihat hak Allah dikhianati dan diperlekehkan sesuka hati..
Dan kerana itulah cinta kita yang tertinggi, kita hanya akan mencintai apa yang Dia cintakan, walau kadang perkara itu tampak mengiurkan di hadapan kita, tetapi kerna kita tahu, yang tertinggi itu adalah mencintai Allah, maka kita tidak akan tergamak untuk mengingkari arahanNya walau sedikit pun!

Berat kan?
Ya, ia berat.. sungguh untuk beramal itu teramatlah sukar
tetapi peganglah firmanNya ini, bahawa Allah itu tidak mungkin membebani seseorang di luar kemampuannya, melainkan dengan ujian itu Allah mahu kita lebih dekat dengan rahmat dan cinta dari Nya..

Genggamlah hidayah dan kefahaman dari Allah ini sekuat-kuatnya
Sungguh, rahmat ini kadang tidak selalu hadir, dan perasaan ini juga akan selalu ada turun dan naiknya
tetapi kuatkanlah hati bahawa hanya jalan ini jalan yang terbaik
jalan di mana ada orang yang menjual diri dan hartanya kerana Allah semata-mata
jalan di mana ada orang yang digergaji dan disiat-siat badannya kerana menegakkan Al-Haq
jalan di mana begitu banyak air mata yang bercucuran dan wangian darah syuhada' yang berhamburan..
dan semua itu.. semua itu di sisi Allah adalah kebaikan yang mana layak bagi mereka hanyalah syurga..

Saya..
masih jauh.
tetapi itulah yang tersemat di hati saya yang paling dalam
agar tarbiyah dan dakwah ini akhirnya menjadi darah daging dalam diri saya
yang mana saya hanya akan hidup dengannya
bahawa saya hanya akan mencintai, apa yang dicintaiNya
bahawa saya akan membenci, apa sahaja yang dibenci oleh Nya..
sehingga akhirnya, saya beroleh cinta yang maha tinggi itu.. *lap air mata

Saya tidak tahu apa yang tuhan sudah aturkan untuk saya
yang saya tahu, saya akan terus berlari..
sehinggalah saya dapat berjumpa dengan Dia.. 

Buat yang membaca
Doakan saya :')




Sunday, March 16, 2014

Tuhanku Al-Wadud





Hari ini terbaca satu kisah.
dan kisah itu masih teringat-ingat di kepala.
tentang Al-wadud. salah satu sifat kasih sayangNya buat si hamba hina.

Allah Al-Wadud..
yang menanam rasa kasih dan sayang di dalam hati manusia.
walaupun manusia itu selalu mengingkari arahanNya, walau manusia itu berulang kali berbuat dosa. 
namun Allah itu Al-Wadud.. 
masih mencintai hambaNya yang berdosa, walau dosa itu seakan tidak terampun rasanya. 

sungguh Allah itu Al-Wadud, 
mengampuni tanpa melihat sebesar apakah dosa, 
melainkan hanyalah sekuat apa hamba itu berusaha untuk keampunanNya.
maka, Allah akan memaafkan, sungguh Dia akan menyucikan. bahkan kerna Al-Wadud itulah maka balasannya adalah lebih baik dari apa yang disangka. 

Benar-benar Allah itu Al-Wadud..
Tuhan yang penuh cinta kepada hamba-hambaNya.
yang diminta bukanlah untuk kita semakin menjauh diri kerana berdosa, tetapi semakin mendekat di dalam setiap taubat yang ikhlas kerana Dia..

Dan sungguh..
berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini adalah satu rahmat yang tidak ternilai buat diri
dan menjadi hamba berdosa di dalam celupan dakwah dan tarbiyah itu sebenarnya lebih menyeksakan hati..

merasa diri tidak layak untuk menjunjung panji dakwah dan tarbiyah
merasakan diri tidak pantas bersama mereka yang menyintai jalan ini setulus hati..
dan sungguh syaitan akan pantas mengambil peluang untuk mencucuk hati untuk menghiasi kefuturan yang datang..

tapi sungguh-sungguh tuhanku itu Al-Wadud

“Indeed, good deeds do away with misdeeds. That is a reminder for those who remember.” (Qur’an, 11:114)

kata tuhanku.. gantikanlah setiap keburukan dengan amal kebaikan, dan ketika itu tuhan itu akan mencukupkan dengan sesuatu yang jauh lebih baik. 

ya Allah..
ya Allah..
Alangkah besarnya kasih sayangmu..


wahai Duat..
kekurangan, kelemahan dan dosa kemaksiatan itu jangan sesekali membuatkan dirimu semakin melemah di jalan dakwah..
tetapi kerana semua itulah engkau seharusnya berlari lebih laju
agar dengan itu Allah kan menggantikan segala keburukan itu dengan pahala yang lebih baik dari segala-galanya..


wahai Duat..
Tuhanmu itu Al-Wadud
maka kerana itu maka tetaplah kuatkan langkah, walau kadang engkau terasa mahu menjerit kepada seisi dunia bahawa engkau juga sebenarnya hanyalah manusia biasa
yang kadangkala kalah dengan emosi, terusik dengan ujian dunia, terhiris dengan kata-kata manusia..
ketahuilah bahawa engkau tetaplah manusia biasa, yang tak akan lari dari berbuat dosa..

tetapi kerana tuhanmu itu Al-Wadud, maka nilaianmu tidak akan sama
dosa itu bahkan menguatkan hatimu untuk terus membuktikan kepada tuhan bahawa engkau bersungguh-sungguh mahu menjadi yang terbaik di pandanganNya..
sehingga akhirnya.. seluruh kehidupanmu benar-benar untuk Allah semata-mata..

mata..
telinga..
tangan..
kaki..

segalanya..
segala-galanya...

“Nothing endears My servant to Me than doing of what I have made obligatory upon him to do. And My servant continues to draw nearer to Me with the supererogatory (nawafil) so that I shall love him. When I love him, I shall be his hearing with which he shall hear, his sight with which he shall see, his hands with which he shall hold, and his feet with which he shall walk. And if he asks (something) of Me, I shall surely give it to him, and if he takes refuge in Me, I shall certainly grant him it.” (Bukhari)