Saturday, March 22, 2014
cinta
Lately ni, asyik rasa touching bila memandang setiap perkara
Bila tengok akhawat.
Bila tengok mereka-mereka yang baru terasa sapaan hidayah, bila tengok mereka-mereka yang memaksa diri untuk bekerja di jalan dakwah dan tarbiyah ni..
semuanya membuatkan bergenang air mata..
Perasaan bercampur baur
Rasa bersyukur kerana hari ini dapat hidup dalam nafas dakwah dan tarbiyah
Rasa kerdil kerana Allah yang Maha Penyayang itu masih sudi meletakkan diri ini bersama dengan mereka-mereka yang mencintaiNya
Dan selalu terfikir, kalau lah bukan jalan ini yang saya pilih, pastilah hidup saya sudah penuh kesia-siaan sehingga sekarang. even dahulu pun saya sudah merasai betapa peritnya hidup tanpa mengetahui matlamat sebenar kehidupan tu..
Aku hidup untuk apa..
Aku hidup untuk memuaskan hati siapa..
semua persoalan tu memang mengoyak-ngoyak perasaan saya dahulu, dan hari ini saya rasa betapa kehidupan ini sangat barakah dan sapaan tuhan itu benar-benar mencairkan hati orang macam saya..
Dan syahadatul haq yang saya pegang hari ini benar-benar menampar saya bahawa cinta itu bukan hanya kata nama, tetapi ia kata kerja
Kalau kita cinta, kita tak akan membiarkan yang kita cintai itu disakiti
Dan cinta itu akan membuat kita berbuat sehabis daya untuk sesuatu yang kita cintai
Dan mencintai Allah..mengajarkan saya bahawa ia hanya akan dibuktikan bilamana kita menyeru manusia untuk mengembalikan hak Allah pada tempatnya
mencintai Allah.. akan membuatkan kita terluka bilamana kita melihat orang lain bermaksiat kepadaNya
mencintai Allah, tidak akan menjadikan kita duduk diam di saat manusia meremehkan suruhanNya
mencintai Allah itu, kita mahu seluruh manusia tahu bahawa Allah lah Raja segala-galanya dan ia tidak akan sebanding dengan apa pun..
Dan mencintai Allah itu, kan memaksa kita untuk terus bergerak dalam lelah, sakit, pedih dan kepayahan untuk kita memberitahu seluruh manusia dan dunia ini bahawa hanya Allah sahajalah sembahan kita dan tidak mungkin ada yang lain dariNya..
Semua itu adalah bukti jika benar kita cinta..
Dan tak mungkin kita benar-benar mencintai jika kita tidak terguris walau sedikit pun saat melihat hak Allah dikhianati dan diperlekehkan sesuka hati..
Dan kerana itulah cinta kita yang tertinggi, kita hanya akan mencintai apa yang Dia cintakan, walau kadang perkara itu tampak mengiurkan di hadapan kita, tetapi kerna kita tahu, yang tertinggi itu adalah mencintai Allah, maka kita tidak akan tergamak untuk mengingkari arahanNya walau sedikit pun!
Berat kan?
Ya, ia berat.. sungguh untuk beramal itu teramatlah sukar
tetapi peganglah firmanNya ini, bahawa Allah itu tidak mungkin membebani seseorang di luar kemampuannya, melainkan dengan ujian itu Allah mahu kita lebih dekat dengan rahmat dan cinta dari Nya..
Genggamlah hidayah dan kefahaman dari Allah ini sekuat-kuatnya
Sungguh, rahmat ini kadang tidak selalu hadir, dan perasaan ini juga akan selalu ada turun dan naiknya
tetapi kuatkanlah hati bahawa hanya jalan ini jalan yang terbaik
jalan di mana ada orang yang menjual diri dan hartanya kerana Allah semata-mata
jalan di mana ada orang yang digergaji dan disiat-siat badannya kerana menegakkan Al-Haq
jalan di mana begitu banyak air mata yang bercucuran dan wangian darah syuhada' yang berhamburan..
dan semua itu.. semua itu di sisi Allah adalah kebaikan yang mana layak bagi mereka hanyalah syurga..
Saya..
masih jauh.
tetapi itulah yang tersemat di hati saya yang paling dalam
agar tarbiyah dan dakwah ini akhirnya menjadi darah daging dalam diri saya
yang mana saya hanya akan hidup dengannya
bahawa saya hanya akan mencintai, apa yang dicintaiNya
bahawa saya akan membenci, apa sahaja yang dibenci oleh Nya..
sehingga akhirnya, saya beroleh cinta yang maha tinggi itu.. *lap air mata
Saya tidak tahu apa yang tuhan sudah aturkan untuk saya
yang saya tahu, saya akan terus berlari..
sehinggalah saya dapat berjumpa dengan Dia..
Buat yang membaca
Doakan saya :')
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment