Pages

Tuesday, August 19, 2014

Melihat dari atas awan

Bismillah..

'Orang yang jiwanya kecil, maka dia akan bersusah payah untuk perkara yang kecil juga'

Suka sangat moment bila take off atau time nak landing
pandang bawah dari dalam flight, 
ohh, betapa kecilnya dunia..

bila terbang makin tinggi
ya Allah, tak nampak dah apa-apa...
rumah besar dan mewah yang didambakan
kereta idaman yang jadi pujaan,
harta, pangkat, pengiktirafan manusia semuanya dah tak nampak dari atas
tak ada apa-apa langsung yang boleh dibanggakan

dan time tu selalu muhasabah,
'Ni ke dunia kecil yang aku kejarkan tu, ni ke kehidupan yang susah payah aku bersungguh-sungguh aku usaha untuk dapatkan tu..'
bila tengok dari atas seriously tak nampak apa-apa
dan.. hakikatnya, memang itulah dunia. tak ada apa-apa pun sebenarnya.

tapi, 
yang tak ada apa-apa itulah yang dok kita kejarkan tanpa kita sedar
kehidupan kita berputar-putar pada kerja yang akhirnya mahu kita capai semua benda yang bila dilihat dari atas ni tak ada apa-apa
kita hidup macam robot
yang bezanya kita bernyawa
tapi kita tak ubah macam robot yang diprogramkan hidupnya
kadang-kadang kita cuba hiburkan diri kita
kita pergi jalan-jalan, shopping, travel, makan tempat best hujung minggu
nanti weekdays sambung semula kerja, kerja dan kerja
dan corak itu pun berputar-putar.. sehingga ke akhir hidup..

sedang ada orang lain
dia tahu bahawa dunia ni benar-benar hanya kehidupan yang memperdaya
kehidupan yang nabi kata, "hiduplah kamu sebagai pengembara"
bahawa dunia ni bukan tempat kita yang abadi, tapi hanya sebagai laluan sebelum kita sampai kepada negeri terakhir kita, negeri akhirat

terus saya terbayangkan para sahabat dahulu
betapa mereka sangat memahami tujuan hidup mereka di dunia ni
sebab tu mereka mampu infakkan seluruh harta mereka di jalan Allah
sehingga Abu Bakar bila di tanya apa lagi yang tinggal, dia tanpa ragu menjawab, 'cukuplah Allah dan Rasulnya,
mungkin seperti itulah juga perasaan Hanzalah, walhal dia baru saja menikahi isterinya, tetapi bila dia mendengar seruan perang, bahkan dia antara orang pertama yang terus bersiap siaga
sama juga seperti Abdullah Ibn Makhtum, padahal dia itu buta, tapi hatinya berkobar-kobar mahu berjuang di jalan Allah, biarpun hanya menjadi si pemegang bendera
dan banyak lagi kisah-kisah sahabat yang membuatkan saya termenung lama..
kenapa pelik sangat kehidupan yang mereka pilih?
bukan mereka ini tidak ada keluarga, bukan kerana mereka ini tidak ada harta.. tetapi kenapa berbeza sekali pandangan mereka kepada dunia berbanding kita?

nah..
jawapannya satu saja
kerana mereka tahu tujuan hidup mereka untuk apa
kerana mereka tahu, dunia ini bukan pengakhiran segalanya
maka mereka sangat mengimani hari akhirat sebagai negeri abadi
dan dunia adalah tempat bercucuk tanam agar akhirnya pahala itu mampu mereka tuai di akhirat nanti..

kerana itu mereka tak kisah infakkan harta dan jiwa mereka kerana Allah, kerana itu mereka tidak takut melepaskan apa yang mereka cinta untuk mendapat keredhaan Dia, kerana itu mereka tidak gentar jasad mereka dicarik-carik sebagai bukti jihad tertinggi mereka..

Allahu Allah..

besarnya jiwa mereka
jauhnya impian mereka
cita-cita mereka melangkau sehingga ke syurga tertinggi..
sedang kita.. 
hidup kita hanya sibuk dengan assignment kita, hanya sibuk dengan kerja kita, rumah kita mahu sebesar apa, kereta kita mahu jenis bagaimana, hanya fikir tentang perut kita mahu diisi apa.

ya Rabb.. adakah kehidupan seperti itu mampu membayar harga sebuah syurga? 

tak mungkin.
tak mungkin syurga tertinggi itu hanya semurah kehidupan seperti robot itu...
sedangkan mahu membeli rumah teres biasa pun perlukan duit berpuluh ribu dan usaha untuk belajar, dapatkan kerja,  menyimpan duit bertahun-tahun.. nahh, barulah boleh dijadikan duit muka untuk membeli rumah..
inikan pula syurga yang tak pernah terlintas di fikiran, yang tidak pernah terbayang di mata..
mana mungkin hanya mampu dibeli hanya dengan solat lima waktu kita, yang entah khusyuk atau tidak itu..

Betapa benar firman Allah..

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

[Quran 3:14]

sungguh, dunia ini tidak ada apa-apa! 

1 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

for keep writing in this blog,thank you :)

Post a Comment