Saturday, September 27, 2014
Sebelum tidur..
Bismillah..
Sebelum tidur
mari muhasabah diri
tentang apa yang sudah dikau perbuat hari ini..
Sebelum tidur
mari memaafkan semua orang yang dikau kenali
agar tidurmu nanti lebih tenang, asyik sekali..
Sebelum tidur
mari perbanyakkan istighfar
agar yang tidur itu hanya jasad yang mahu istirehat
sedang jiwamu terbang tinggi, dalam pelukan ilahi..
Sebelum tidur
bisiklah pada dirimu tentang impian dan cita
agar esok bila Allah izinkan dikau bangun
dikau pantas menjadi orang yang bersegera..
Dengan itu
maka matamu akan lebih tenang lelapnya
dan hatimu akan lebih ternanti-nanti untuk bangun sebentar nanti
di saat semua orang sedang melelapkan mata..
Selamat malam :)
Monday, September 22, 2014
Kenapa abang rogol adik?
Terbaca satu berita pasal masalah sosial kat Malaysia. Nak dijadikan cerita, hampir semua berita yang dipaparkan kat page tu berkaitan masalah sosial yang sama.
Hati rasa sebal. Saya tak nak bercerita pasal orang bercouple kemudian mengaku berzina tanpa sengaja, atau cerita orang terjumpa mayat bayi tepi semak atau dalam longkang. tetapi tajuk berita ini lebih sebal dari itu 'and i cannot brain that' .Memang pernah terbaca mengenai berita begini sebelum ini, tetapi melihat lambakan berita dengan tajuk yang sama, saya terasa seperti mahu pitam. Sebanyak inikah?
Seorang ayah didakwa merogol anak sendiri
Abang disyaki merogol adik kandung
Adik beradik mengaku berzina selama setahun
Allahu Allah.. sungguh rasa tak sanggup nak menulis walaupun sekadar tajuk. belum lagi menceritakan bibit-bibit maksiat yang pada saya sangat menjelekkan ini.
Macam mana boleh tergamak nak berzina dengan adik kandung sendiri? Bukan sekali dua tetapi ada kes yang mana mereka sudah memulainya semenjak sekolah dan ia terus berlaku bertahun-tahun lamanya.
Macam mana seorang abang boleh tergamak memandang adik kandungnya dengan perasaan yang sungguh biadap ini?
Bagaimanakah seorang ayah yang menjaga darah dagingnya dari kecil akhirnya sanggup merosakkan kehidupan anak kandungnya sendiri?
Allah. Allah.. peritnya realiti hari ini.
Dan realiti itu bertambah perit bilamana kita tahu ia mungkin tak jauh dari kita. Ia penyakit yang membarah di dalam masyarakat kita. Tapi kenapa? Bagaimana seorang ayah dan abang boleh sebegitu tegar mendurhakai Allah sehingga ke tahap tidak mengira sesiapa lagi untuk dia melempiaskan nafsunya? Saya teringat hadis nabi tatkala seorang lelaki berjumpa Rasulullah untuk bertanyakan bagaimana dia mahu menahan nafsunya dari berzina, dan nabi bertanya padanya sama ada adakah dia sanggup ibunya atau saudara perempuannya berzina dengan lelaki lain. Maka lelaki itu berkata bahawa dia tidak sanggup! Nahhh.. seorang lelaki yang memang mencari-cari peluang untuk berzina pun tidak sanggup untuk membayangkan ibunya atau saudara perempuannya menjadi korban zina. tetapi hari ini kita duduk di dalam satu masyarakat yang sudah gila untuk hilang semua perasaan itu, mereka mahu berzina dan akan melakukannya tanpa mengira siapakah yang menjadi mangsa nafsu mereka!
Allah.. Allah..
Saya punya ayah. Saya juga punya adik lelaki. Dan memandang mereka dengan perasaan 'itu ayah aku, itu adik aku'.
perasaan seorang anak. perasaan seorang kakak. saya benar-benar tak mampu memahaminya.
Kenapa ada manusia yang juga seorang ayah, seorang abang, seorang kakak boleh bertindak sehingga ke tahap ini?
Kerna Yang Memulainya..
Hari itu saya menaiki kereta, di dalamnya terpasang radio IKIM yang mana ketika itu ada slot bersama seorang ustaz yang maaf, saya tidak ingat namanya. Yang saya ingat, Tajuk pada hari itu adalah berkaitan perkahwinan. Dan saya tertarik dengan setiap isi dan huraian yang diberikan. Dan salah satu isi yang dibincangkan adalah mengenai persoalan saya selama ini, tentang kenapa dan bagaimana seorang ayah atau saudara kandung sendiri boleh tergamak melempiaskan nafsu pada anak atau saudara kandungnya.
Bukankah Allah sudah berpesan di dalam surah Al-Isra' ayat 32 tentang wajibnya menjauhi apa sahaja jalan yang mendekatkan diri kepada zina.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
ولا تقربوا الزنا ۖ إنه كان فاحشة وساء سبيلا
[Quran 17:32]
Bukan Allah suruh jangan berzina sahaja, tetapi apa sahaja jalan yang mendekatkan diri kepadanya wajib dijauhi sejauh-jauhnya. Kerana apa? Kerana Allah tahu, malapetaka buat mereka yang mendurhakai perintah itu bukan akan terhenti apabila mereka sudah berkahwin tetapi akan terus menjadi bala sepanjang keturunannya.
Bukankah Allah sendiri menjanjikan bahawa pernikahan itu adalah untuk menjaga keturunan, tetapi apabila ada ayah yang tergamak merogol anaknya sendiri, itu bukan lagi menjaga keturunan, bahkan memusnahkan seluruh keturunan. jadi, adakah Allah tidak menepati janjinya?
Allah menepati janjiNya, tetapi manusia sendiri yang durhaka dan tidak mahu taat pada perintah Allah.
Ngeri membayangkan betapa ramai orang di luar sana yang cuba menutup kehamilan luar nikah dengan berkahwin. Ya, mereka berkahwin, tetapi di saat mereka berkahwin, mereka sudah terlebih dahulu berzina dan lebih memedihkan adalah wanita itu sudah mengandung terlebih dahulu!
Allahu Allah.. mereka cuba menipu manusia yang lainnya. tetapi mereka tidak akan mampu menipu Allah Yang Maha Melihat segala-galanya!
Dan akhirnya, anak yang lahir itu.. bukanlah anak yang lahir di saat mereka sudah halal bersama. Dan itulah yang akan membezakan segala-galanya! tentang di manakah hilangnya perasaan kasih seorang ayah saat menatap anak-anaknya. tentang bagaimana seorang abang boleh melempiaskan nafsu dengan adik perempuannya dan mereka langsung tidak merasa apa-apa.
Astaghfirullah. Astaghfirullah..
Dan kalaupun wanita itu tidak hamil sebelum pernikahan, memulai sebuah perhubungan dengan bermaksiat kepada Allah walaupun dengan hanya pandangan mata yang berzina sudah cukup untuk menghalang barakahnya sebuah pernikahan itu.
Yang mengundang murka Allah sedari awal, mana mungkin diredhai langkah selepasnya.
Bertaubatlah wahai insan!
Selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang menjulang-julang!
Friday, September 19, 2014
berharap
Terkebil-kebil lagi
Tak bisa melelapkan mata
dek kerana banyaknya benda yang bermain-main di fikiran..
Alangkah besarnya impian
Dan satu saat kita sedar yang akhirnya setiap langkah perjalanan kehidupan ini sudah di aturkan tuhan
Pada kita cuma usaha
Dan Dialah Allah yang akan mentaqdirkan sebaik-baiknya buat kita..
Tuhan pasti akan memudahkan jika ia adalah kebaikan
dan jika tidak seperti yang kita harapkan pun, daku masih yakin bahawa tiada satu pun usaha yang akan disia-siakan tuhan..
Dah la tu.
meh pejam mata meh..
Thursday, September 18, 2014
..worth to die for!
Bismillah..
"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui"
(2:151)
Sungguh ia memberkati setiap sisa usia
Meluhurkan jiwa ke tempat yang paling tinggi
Yang tidak akan bisa difahami mereka yang tidak merasainya.
"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku"
(2:152)
mungkin begitu rasanya perasaan Asy-Syahid Syed Qutb
Di saat dirinya menukilkan setiap baris kata pada helaian Tafsir Fizilal Quran
Sedangkan saat itu dirinya terperosok di balik dinding-dinding batu
Menahan seksanya pukulan dan cengkaman thagut pada jasadnya
namun bahasa jiwanya langsung tidak menggambarkan kepedihan yang sedang ditanggung
dan kita terkesima di saat kita cuba mencari-cari walau sepatah perkataan yang menunjukkan keputus asaan dirinya pada tuhan
dan kita tidak menemukan walau satu keluhan pun melainkan tulisan-tulisan yang membawa perasaan dan jiwa menelusuri setiap tafsiran al-quran yang menggambarkan jiwa yang penuh ketenangan di bawah bayangan Al-Quran!
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"
(2:153)
Alangkah hebatnya tarbiyah ini
menyucikan jiwa dari zulumat kepada cahaya
walau manusia melihat mereka terseksa namun jiwa mereka merdeka tanpa himpitan dunia
dan tak mungkin mereka mampu beroleh jiwa sebesar itu tanpa tarbiyah yang benar!
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya"
(2:154)
Inilah hebatnya tarbiyah
proses yang mengembalikan semula manusia ke tempat yang sebaik-baiknya
seperti mana tuhan menciptakan dia dengan sebaik-baik kejadian, adalah dengan dia itu sendiri mengikut fitrah yang ditetapkan
saya tidak tahu bagaimana mahu menuliskan perasaan ini
perasaan hebatnya tarbiyah yang akhirnya mampu mengubah manusia kepada apa yang dia sendiri di tidak menyangka dia mampu melakukannya
tetapi dengan tarbiyah, segalanya adalah mungkin, apabila niat dan matlamat tarbiyah itu jelas dan terang di hadapan mata.
Ahh.. entah bagaimana mahu mengucapkannya
tetapi saya benar-benar jatuh cinta!
Monday, September 01, 2014
Merdeka?
Pergi jauh-jauh jiwa yang kecil
Biar yang tinggal nanti hanya jiwa yang besar
Agar nanti daku tak mudah memberi alasan untuk berhenti
Pada setiap lelah dan titik lemah kehidupan..
Islam itu memerdekakan jiwa
Mengeluarkan manusia dari perhambaan kepada kebebasan jiwa milik Tuhan
Menjadi cahaya suluhan buat pedoman sepanjang jalan
Menarik jiwa keluar dari sempitnya dunia kepada keluasan akhirat..
Maka, hanya dengan islam jiwa dan diriku merdeka
selain darinya adalah dusta belaka