Pages

Saturday, January 04, 2014

Monolog Tahun Baru





Bismillah.

"Kak, kenapa Allah masih pilih saya?" air matanya bergenang.

Saya mengalihkan pandangan. memandang langit yang kebiruan. kosong. 
sama seperti kosongnya fikiran saya untuk membalas persoalan itu.

Kakakmu ini tak punya jawapan. Diri sendiri masih merangkak perlahan.
Kadang terasa seperti masih sempat berpaut memohon bantuan, kadang pula terasa seperti mahu lemas dan membiarkan diri tenggelam.

tapi, bukan itu jawapannya.
Itu hanyalah mainan perasaan. pujukan dari syaitan agar diri kembali jatuh ke lembah kenistaan. 
jangan. jangan diikutkan perasaan!

Lelah bukan tidak lelah.
Sakit bukan tidak sakit.
Tetapi kerana apa harus terus bertahan?
Kerana iman yang mendalam. Kerana hati yang faham.
Bahawa semua keputusan kehidupan ini haruslah disandarkan kepada Allah semata-mata.
memilih untuk berbalik kebelakang ertinya menyerah kalah sebelum benar-benar berjuang.
Memilih untuk memperlahankan langkah kaki ertinya menyediakan diri untuk terjatuh ke lembah yang dalam.
Sungguh, tiadalah pilihan lain. Melainkan beriman dan kemudian istiqamahlah!

Memang sunnatullah setiap manusia biasa
Walaupun dicelup dengan nafas tarbiyah sekalipun
Ada masa imannya melonjak-lonjak ke tahap yang paling tinggi
Tetapi ada masa pula terasa diri seakan-akan diawang-awangan,
Ada ketika terasa imannya seakan-akan dilenyek buldozer sehingga mahu bernafas juga terasa sukar.
Itu biasa.. sungguh, itulah dia kita si manusia biasa.

Tetapi yang luar biasanya, bilamana kefuturan itu bukan dijadikan alasan terus menerus untuk mematikan diri dari hakikat realiti
Futur itu tidak salah. yang salah adalah dengan menghiasi kefuturan itu!

Nikmat iman ini sungguh tiada galang ganti.
Nikmat kefahaman ini sungguh tidak mampu dijual beli.
Makanya..
Istiqamahlah biarpun dalam kepedihan.
Istiqamahlah biarpun penuh kepayahan.
kaki itu harus dipaksakan untuk tetap berjalan.
Berhenti ertinya mati!

*******

Nota penulis:

Salam tahun baru 2014 Masihi.
Tahun 2013 banyak sekali mengajarkan saya erti kehidupan yang sebenarnya.
selamat tinggal semua cerita lama, yang ada hanyalah hati yang lebih besar untuk belajar menjadi lebih dewasa! :)





Tuesday, December 24, 2013

kita dan mereka

sepertinya kita
kadang tidak mampu lagi mencari ayat yang terbaik
untuk memberitahu sebenarnya apa yang ada di fikiran kita



mungkin yang terbaik
melihat dari jauh dan berdoa dalam diam
Allahumma arinal haqqa haqqa warzuqnajtinabah..




Thursday, November 28, 2013

jerit kuat-kuat


Bismillah..

bicara dengan sang kakak
hati seakan terasa disiat-siat
mengkoreksi diri pada sudut yang paling dalam
tentang dakwah
tentang tarbiyah
tentang ukhuwah
tentang mehnah..

dan semua itu selalu membuatkan kepala terasa mahu pecah
menyoal berjuta persoalan tentang kenapa, kenapa dan kenapa
yang akhirnya mengundang hanya helaan nafas yang panjang..

kerana setiap persoalan kadang jawapannya tak hadir dalam bentuk bicara
lebih baik diam dan memuhasabah diri
sekuat apa diri berusaha semampunya
sejauh mana diri sudah berbuat sehabis daya
untuk menjawab setiap persoalan tentang kenapa, kenapa dan kenapa..

********
siapa yang mahu tsabat, dialah yang harus lebih berbuat! 

Thursday, November 14, 2013

Nanges




Seorang ahli hikmah ditanya:

“Apakah yang paling indah pernah kamu lihat?”.

Ahli hikmah itu menjawab:

“Aku tidak pernah melihat apa yang lebih indah daripada seseorang yang melihat keseluruhan aibku, tetapi dia masih tetap menyayangiku..."

"..Itulah Tuhanmu.."




Akhawat.





Bismillah..

Tadi.
Seusai habis usrah di rumah naqibah, terasa kepala sakit yang amat

Saya kira itu memang penyakit yang akan menyerang bilamana deadline macam-macam kerja mula bermain-main di kepala
Jadinya, tadi bawa kereta dah macam duduk dalam roller-coster, tak sabar mahu sampai ke bilik
Mujurlah tadi pulang seorang, maka saya kira saya tidak menganaya mana-mana akhwat seusrah yang pulang dengan saya. 


11.30pm
Saya melirik jam di dalam kereta.
Ah. masih awal. Sungguh ini benar-benar masih awal.
Kereta berhenti di lampu isyarat yang bertukar merah.
Aduhai. Saya mengeluh. setiap detik untuk menunggu lampu isyarat itu bertukar hijau dirasakan sangat berharga.
Saya menyambung memicit-micit kepala. Terbayang yang esok saya akan berhadapan dengan supervisor, atau kah saya tunda saja pertemuan esok hari?
Aduhai, ini semua gara-gara pembetulan artikel yang saya kira tidak akan sempat saya siapkan seusai pulang usrah nanti.
*sambung picit kepala

Tiba-tiba terasa mahu menoleh ke kanan.
Terlihat sebuah kereta yang penuh dengan perempuan di dalamnya.
Saya mengerut kan dahi..

Ya Allah.. *****!!! Hampir saja saya menjerit di situ. *dah jerit pun sebenarnya
Wahh.. saya terasa seperti dijemput naik ke syurga saat memandang wajah-wajah mereka di dalam kereta itu
Hampir semuanya kelihatan layu kecuali si pemandu yang fokus memandang ke hadapan jalan menanti lampu isyarat bertukar hijau
Dan jeritan saya nyata mengejutkan mereka semua
Melambai-lambai seperti sudah berabad tidak jumpa

"Dari mana?", "Nak pergi mana?" soalan saling bersahut-sahutan, dan nyata keadaan di dalam kereta menyukarkan kami untuk berbalas jawapan
Yang kelihatan hanya riak-riak gembira, wajah yang lesu tiba-tiba segar. dan saya, merasakan sakit kepala saya yang tadinya mencucuk-cucuk seakan-akan sudah di angkat ke langit sana..

Lampu isyarat bertukar hijau
Ahh. saya seperti tidak mahu bergerak lagi tetapi kereta di belakang memaksa saya untuk melambai mereka untuk terakhir kali,,
Rindunya kat antunna.. hati saya berbisik

Kami berpisah di situ, pertemuan hanya beberapa saat di tengah jalan raya
Saya terasa sebak. Saya mengenali mereka sebagai akhawat yang sama-sama berada di jalan dakwah ini, dan selama itu juga saya melihat kecekalan hati mereka untuk terus berbuat sehabis daya mereka.
jarak perjalanan mereka untuk pulang lebih jauh dari saya yang hanya sejengkal cuma. pastilah mereka akan sampai lebih lewat dari saya ini
Dan saya melihat wajah-wajah mereka yang sungguh nampak keletihan itu,saya tahu yang mereka mungkin juga tidak pulang ke rumah setelah tamat waktu kuliah, tetapi terus bergegas ke tempat di mana dakwah memerlukan mereka
Dan mereka benar-benar membuktikan mujahadah mereka..

****

Akhawat yang saya cinta
Begitulah mereka.
Dapat menjejakkan kaki di rumah seawal pukul 11 malam itu sudah dikira paling awal
kalaupun ada satu malam yang tidak ada apa-apa aktiviti dakwah dan tarbiyah di malamnya pun sudah boleh dibilang dengan jari
Mungkin saja hanya sehari. atau paling lama dua hari.
masa-masa yang lain semuanya sudah penuh untuk segala macam aktiviti untuk diri sendiri dan mutarabbi

Apatah lagi saat melihat riak wajah mutarabbi
Bukan saya tidak risau, kadang pulangnya lewat sehingga mencecah ke angka dua belas
ada yang naik motor seorang, terpaksa berjalan kaki masuk ke kolej lewat malam..
semuanya menggusarkan hati, kerana akhawat itu tetaplah wanita. dan sungguh dunia hari ini amat menakutkan, tiadalah daya kami melainkan hanya pada Allah kami melangkah dengan penuh pengharapan..

Kerana itulah.
Saya kira akhawat pada hari ini benar-benar harus bekerja sehabis daya
Agar suatu hari nanti anak-anak kita tidak perlu mewarisi semua ini
Mewarisi tarbiyah, tetapi dengan hati yang lebih tenang dan bahagia
Usrah yang boleh dilakukan bersama keluarga sebenarnya
Usrah yang tidak perlu berjalan lewat malam seorang diri
Usrah yang tidak perlu kita tercari-cari di luar sana kerana kita sudah mendapatnya pada ibu dan ayah kita sendiri
Allahu..alangkah indah!

Tapi, masa itu belum tiba lagi
Islah buat umat ini masih menuntut segala apa yang ada pada diri
masa, tenaga dan juga seluruh fikiran
Masa hadapan itu nanti, bukan hanya angan-angan
tetapi itulah impian seorang daei, mengejar cita-cita sebesar ustaziatul alam..
Yang mana ketika seorang perempuan itu berjalan kaki dari san'a ke hadramaut juga ia akan mampu melakukannya tanpa takut, begitu sabda Ar-Rasul..

*****





Akhawat yang saya cintai
bukanlah akhawat yang manja dan beralasan serba serbi
Dan sungguh alasan pergi dan pulang lewat malam ini hanya sepele bagi kami
Kerna kami sedar, yang harus diperjuangkan itu jauh lebih besar
Dan hasilnya satu hari nanti insyaAllah lebih indah dari apa yang kami idamkan!








Sunday, November 10, 2013

Sang Murabbi


Bismillah..


Kata murobbiku
Menjadi murobbi itu tidak mudah
Apatah lagi menyangka menjadi murobbi itu adalah dengan semudah duduk-duduk di dalam halaqah sahaja.

Kata murobbiku lagi
Menjadi murobbi bukan diminta-minta agar ditsiqahi
Apatah lagi menyangka dengan menjadi murobbi itu kita nanti selalu bisa ditaati..

"Perasaan seorang murobbi itu.."ujar murobbiku, "tak mungkin dapat kau mengerti jika engkau tidak pernah merasai kelelahan di atas jalan dakwah ini.."

"Kelelahan seperti apa wahai murobbi?" tanyaku kembali

"Kelelahan mengetuk pintu bilik mad'u-mad'u mu sehari-hari, kepenatan berjalan kaki mengusung timbunan buku-bukumu selepas balik kuliah semata-mata mahu menjenguk mad'u-mad'u mu itu, keletihan memaksa dirimu membahagi-bahagikan dirimu di semua tempat agar engkau tidak bisa tertinggal salah satunya, dan segala apa lagi yang engkau sebenarnya tidak suka mahu melakukannya.."

"Tetapi.. engkau melakukannya kerna jiwa murobbimu itu, yang saat kau memandang adik-adikmu itu engkau lantas teringat akan dirimu satu ketika dahulu.. jiwa yang kekeringan, jiwa yang tercari-cari makna sebuah kehidupan!" 

"Dan engkau sangat mengerti betapa pahitnya perasaan itu, jiwa murobbi itu memaksamu untuk terus bergerak dalam kelelahan, agar tiada siapa lagi yang merasakan alangkah ruginya kehidupan tanpa mengenal tuhan.."

****

Terasa mataku berkaca-kaca
Menjadi seorang murobbi jauh bezanya dengan hanya menjadi seorang naqibah yang membawa usrah
Menjadi seorang naqibah, semua orang kan mampu melakukannya..
Tetapi sosok seorang murobbi itu, layaknya seperti baginda nabi yang tajarudnya hanya pada Ad-deen ini semata-mata.

"Dan menjadi seorang murobbi itu wahai adikku.." sambung murobbi, "tidak semua orang mahu melakukannya. Kita tidak hanya mahu membina si fulan yang hanya mahu kebaikan untuk dirinya, tetapi kita mahu membina sosok peribadi murobbi yang mahu tsabat dan mengajak manusia lain bersama dia sehingga ke akhir hayatnya.."

"pastilah itu sukar bukan? yang dituntut itu sepenuh masa, tenaga, harta bahkan fikiranmu juga. kerana itu.. lapangkanlah jiwamu dengan pesanan dari Tuhan Rabbul Jalil. Tuhan yang memegang hati-hati kita di jalan dakwah ini, Tuhan yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui dikemudian hari. kerana apa kita dipilih untuk menyambung perjuangan para nabi dahulu.." ujar murobbiku sambil menghela nafas panjang.

Aku masih terdiam.
menghayati setiap bait pesan murobbiku itu.
Bermuhasabah adakah aku sudah layak digelar sebagai seorang murobbi buat umat ini
atau sebenarnya akulah daei yang masih bermain-main di pinggir dakwah itu, tetapi menyangka aku sudah mencelupkan keseluruhan diriku dengan dakwah ilallah ini!

 ******
Lewat pertemuan kami hari itu, sang murobbi menghantarkanku pulang dengan kata-kata yang tidak mungkin aku bisa lupakan,"Wahai adikku..ketahuilah bahawa hadiah terindah buat seorang murabbi adalah dengan melahirkan murabbi juga.."

Ah..
Pesan itu.
Terasa mataku basah untuk kesekian kali.



Friday, November 08, 2013

sikit lagi heyy!


bismillah.

mohon doanya.
supaya dapat siapkan thesis dengan bergaya.
lepas tu boleh lah update blog dengan riang gembira. kuikui *tutup muka*


hehe.
betul kan pesan ustaz tu?

:)

Tuesday, October 29, 2013

Raheeq Al-A'la!




Saya tidak tahu makna keseluruhan nasheed ini
Tapi yang saya tahu dia sedang menceritakan tentang keindahan syurga
dan siapa di antara kita yang layak berada di dalamnya..

***

Siapa yang lebih banyak bekerja untuk syurga
Maka dialah yang lebih layak mendapatkannya..
Siapa yang masih teragak-agak untuk mendapatkannya,
maka dialah yang rugi dalam perlumbaan ini..

***

Ini adalah perdagangan yang tidak akan rugi selama-lamanya
Berjual-beli dengan Allah untuk kebaikan diri sendiri..
Apakah yang lebih baik daripada ini?


:')



Saturday, October 26, 2013

Ini benar-benar sebuah contengan


Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Skudai
6.54pm
Sedang menunggu untuk dihalau keluar dari bilik bacaan
Berpakaian serba ungu dari atas ke bawah, dan baru sedar yang agak melampau bilamana semua set pakaian, beg, cover tab adalah dari warna yang sama.

Mata berpinar-pinar. menghadap laptop berjam-jam lamanya.
Dan timbunan kertas tu masih menggunung lagi untuk diselesaikan.
Haih. Rasa nak ketuk kepala kat meja ni.
Pengurusan masa untuk sem ni sungguh gagal. padahal sem inilah yang paling kritikal sekali.
Mencongak-congak semuanya di dalam kepala, OMG! minggu depan sudah minggu ke lapan dalam taqwim akademik UTM..

*bunyi cengkerik bersahut-sahutan*

Sudahlah.
Mari bertenang dan selesaikan satu-satu.
Muslim itukan tersusun urusannya? T_T
*****

Kejap.
Tiba-tiba teringat pesan murobbi
katanya..

"Dakwah memang no satu, tetapi study bukan no dua.."

Dah azan. Bai!

*jangan nangeh

Thursday, October 17, 2013

Semuanya milik Dia!




Bismillah..

kita memang tidak akan pernah jangka pun apa yang tuhan sudah sediakan untuk kita di hadapan sana
Yang kita tahu, pada kita ada usaha untuk berbuat sebaiknya
Dan apa sahaja yang tuhan hadirkan selepas itu akan kita terima dengan penuh redha dan baik sangka..

Teringat pesan ustaz
bahawa perkara baik yang ada di dalam hidup ini hanya ada dua
Pertama, perkara yang sudah di syariatkan oleh tuhan buat manusia.
contohnya seperti kenapa kena menutup aurat, kenapa tidak boleh minum arak, kenapa wajib menjauhi zina.. itu semua tidak perlu kita persoalkan kenapa, kerana itu adalah kebaikan buat kita sebenarnya. 
tanpa perlu kita buat kajian sains pun ataupun melihat dahulu kesan akibat mengingkari arahan tuhan itu kita akan tahu, "ohhh.. patutlah tuhan suruh jauhi benda ni"

Dan kedua, perkara baik itu adalah apa yang telah pun terjadi pada kita.
Contoh mudah, bilamana kita demam. mungkinlah waktu itu kita tidak dapat mencari hikmah demam itu kerana yang kita rasai hanyalah kesakitan yang menjadikan kita ini serba serbi tidak berdaya, tetapi percayalah bahawa demam ketika itu ketetapan yang terbaik dari tuhan buat diri kita.

Kafarah dosa?
Mendidik sabar?

Ah. berikanlah apa saja alasan yang baik. 
Yang pastinya, itu adalah sesuatu yang terbaik buat diri kita pada waktu itu!

Contoh lain, kenapalah adik binaan kita semuanya tidak menjadi. Dah bermacam-macam cara kita buat pun masih tidak nampak tanda mahu melekat dengan tarbiyah yang kita bawa. 
Dan setelah setahun berhempas-pulas, akhirnya kita terima mesej.. "Akak, saya dah tidak mahu ikut usrah yang akak bawa. Saya rasa saya ada cara hidup saya sendiri, saya tak mahu dah menjadi hipokrit lagi.."

...
.....

Tarik nafas panjang.
ini kisah benar yang akan dirasai oleh setiap da'ei
kita akan merasa ditolak, merasa ditentang walaupun apa yang kita tawarkan ini jauh lebih baik berbanding seisi langit dan bumi

mungkinlah pada waktu itu kita rasa macam langit ni nak runtuh, tapi percayalah bahawa itu adalah perkara terbaik yang tuhan telah tetapkan pada waktu itu..
Walaupun mungkin kita tidak nampak hikmahnya pada saat itu, tapi percayalah bahawa taqdir tuhan itu tidak pernah mahu menganayai hambaNya.

Jika kita tidak berjaya menemui hikmah dari ujian itu, maka itu bukanlah kerana tuhan mahu menzalimi kita, tetapi itu adalah kerana kita sendiri tidak mahu mencari.
kerana kekurangan kita masih banyak lagi kita tidak mampu melihat seribu lagi kebaikan dari satu ujian yang kita terima.

"Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya" (Suruh Yunus: 44)

sebab selalu kita merasakan, bahawa tanda tuhan sayang pada kita adalah dengan memberi apa yang kita mahu. 

"Adapun manusia apabila Rabbnya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: ‘Rabbku telah memuliakanku.’ Adapun bila Rabbnya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: ‘Rabbku telah menghinakanku’.” (Al-Fajr: 15-16)

kita mahu serba serbi sempurna, kita mahu segala yang menjadi kemahuan nafsu kita.
sedangkan Allah itu bahkan lebih lagi tahu, apa yang kita perlu melebihi apa yang kita mahu, maka yang kita perlukan itulah yang Allah beri, walaupun kadang kita terasa seperti kita tak mampu menanggungnya. 

Sebab itu jugalah, Allah memang akan uji kita pada titik lemah kita, sehingga apa?
sehingga perkara itu tidak menjadi titik lemah kita lagi. kerana Allah mahu hati kita ini bulat tulus hanya kepada Dia. 
hanya pada Allah semata-mata..

***

Entah apa yang menanti di hadapan ini
Kita akan lelah dalam meneka-neka
Berhentilah dari lamunan yang memenatkan. 
Bukan sahaja manusia yang memandang akan menjadi rimas, tetapi diri kita juga akan jauh dari baik sangka pada Dia
kita akan selalu ragu-ragu dengan apa yang akan terjadi di hadapan sana, sedangkan hakikatnya kita tidak akan mampu pun mengubah apa yang telah Allah tetapkan buat kita pada masa akan datang

Tetaplah berjalan dan susunlah kehidupan ini dengan sebaik apa yang mampu kita lakukan.

Bukankah pena telah di angkat dan lembaran sudah pun kering?







Tuesday, October 15, 2013

salam eidul adha :)

terasa mahu menulis panjang-panjang.
rindu sangat sebenarnya.
tapi biasalah, at the end tulisan itu akn terhenti di pertengahan.
kemudian saya sorokkan di dalam draft. 
bukak semula tiga bulan selepasnya. haih.

entah apa-apa lah cik tasya.
mungkin saat ni sebenarnya nak sangat kongsikan perasaan eidul adha ni.
tapi macam tak terluah la pulak. haih again.

mungkin cukup dengan ucapan ini.
kullu am wa antum bikheir.
moga semakin bertambah cinta kita pada Dia.
makin kuat usaha kita mengejar syurga.
makin besar hati kita mendamba kehidupan abadi selamanya.. :)

Tuesday, September 24, 2013

Bukan Cinderella






Bismillah..

Impian dan harapan dalam kehidupan ni memang lah banyak
Kalau nak senaraikan satu persatu makanya memang tidak akan habis la entry ni
Dek kerana banyak nya impian. sama ada pada masa kini atau akan datang.

Tapi..
Sungguhlah yang kita ini bukan hidup dalam angan-angan semata
Melainkan segalanya adalah realiti yang perlu disandarkan kepada Yang Maha Esa
Bukan macam cerita cinderella yang selalu di sebut-sebut di telinga ni waktu kecik-kecik dahulu
Hidup cinderella hanyalah untuk berjuang mendapatkan lelaki idaman sang putera raja
Ironi. Realiti kehidupan bukan begitu.
Apatah lagi menyangka bahawa itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
 

Kehidupan kerana Tuhan

Dan dan menjadi final year student ni
makanya memang tidak dapat lari dari memikirkan kehidupan sesudah tamat pengajian nanti
Tambah pula semakin kerap pula mendengar usikan-usikan yang datang entah dari mana
membuat diri kadang terasa ingin menumpahkan air mata, adakah hanya itu impian diri sebenarnya?

Memandang ke sudut kanan di blog ini
Betapa kata-kata itu sungguh saya mahu ia disematkan di dalam hati yang paling dalam
dan menjadi alasan kepada setiap amal yang saya lakukan..

Agar setiap keputusan kehidupan ini adalah kerana tuhan. untuk tuhan dan demi mencapai keredhaanNya sentiasa.
Biarlah kadangkala keputusan itu tampak bertentangan dengan kemahuan diri, kerana jika akhirnya kita meyakini bahawa hidup ini adalah untuk tuhan, maka hanya tuhanlah yang paling berhak untuk kita jadikan alasan bagi setiap persoalan kehidupan.

"Dan segala-galanya dari kehidupan ini hanyalah untuk Allah.. Ku mahu menjadi DAEI.

sentiasa dan selamanya.. 
Kerna hanya dengan itu sajalah, aku merasakan diriku mampu hidup dan bernyawa.."

Ala kulli hal..
mari berdoa agar Allah kurniakan hati yang tenang dan tabah dalam setiap urusan kehidupan kita
Kerana Allah tidak akan memberi sesuatu kepada hambaNya ini, melainkan ia adalah kebaikan semata-mata..
Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin..



"Mereka merancang ,Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" (3:54)







*harap-harap tiada lagi yang mengusik lagi dengan soalan pelik-pelik selepas ni :P



Wednesday, August 28, 2013

tanpa.tajuk.

mampukah terus bernafas..

Wednesday, August 14, 2013

Di sana ada syurga..





Seorang anak kecil baru saja belajar berpuasa. Nyata hari pertamanya itu sangat melelahkan. Seawal pukul 10 pagi, anak itu sudah mengadu kepada si ibu.

"Saya dahaga lah ibu, boleh tak saya nak buka puasa?" soal si anak penuh mengharap

"Eh, cepatnya nak berbuka. kan baru pukul 10 pagi, sabar lah dulu. pagi tadi dah sahur kan,"pujuk si ibu penuh kasih.

Si anak terdiam. 

Pukul 1 tengahari, si anak kembali mendapatkan si ibu. 

"Ibu, saya lapar dan dahaga lah sekarang. Boleh tak saya nak berbuka puasa?" soal si anak lagi sambil memegang tangan ibunya memohon agar ibu kan mengerti perasaannya.

"Alahai..dah pukul 1 ni. beberapa jam lagi yang tinggal kan.. rugilah kalau nak berbuka dah" ujar si ibu sambil mengusap rambut anaknya.

Si anak mengeluh perlahan sambil melangkah pergi ke ruang tamu. memegang perutnya yang berbunyi dari tadi. Aduhai.. lambatnya masa berlalu. 

Pukul 5 petang, si anak datang semula kepada ibunya sambil berkata, "Berapa jam lagi sebelum berbuka bu? saya lapar sangat ni.." 

Si ibu tersenyum. Dihulurkan sekeping duit kertas berwarna hijau. "sabarlah sayang. sikit je lagi nak berbuka ni. nah ambil duit ni, beli ape je yang adik nak kat bazar nanti" ujar si ibu sambil memandang wajah anaknya. 

Si anak tersenyum. Difikirannya terbayang air tebu yang menjadi kegemaran nya nanti akan dapat diminum saat berbuka. Serta merta wajah si anak bertukar ceria.

"Sabar tau.." bisik ibu sambil tersenyum. 

***********************

1 Syawal 

Saya bersiap-siap untuk pergi bersolat sunat hari raya dengan perasaan yang bercampur baur
Antara harapan dan impian
Antara kegembiraan dan kesayuan
Berakhirnya Ramadhan adakah di akhirnya mendapat taqwa?
Datangnya Syawal adakah layak untuk terlalu gembira?

Dan.. entah kenapa pagi itu emak membuka radio yang jarang sekali saya ambil perhatian setiap butir bicara di dalamnya
Ada tazkirah yang menyentak perasaan
Menjawab setiap persoalan yang menghantui fikiran..

Suara tanpa wajah itu menumpahkan air mata saya yang mendengar dan empunya suara
Bercerita mengenai hakikat kemenangan insan
Tentang sunnah perjuangan sebuah kehidupan..

*************

Kata ustaz
Hidup ini adalah tentang siapakah yang paling bersabar 
Bersabar dalam ketaatan
Bersabar menjauhi kemaksiatan.
Bersabar menempuhi segala ujian tuhan..

Betapa sering kita mengadu pada tuhan tentang peritnya kehidupan yang kita hadapi,
tentang beratnya ujian yang datang sedang kita merasa kita tidak mampu untuk menghadapinya.

Tetapi sungguh Allah lebih tahu 
Dan Allah terus meletakkan kita di dalam setiap episod kehidupan ini 
Kerana Allah mahu kita mendapatkan syurga yang bukan murah maharnya..

Dan kita seperti anak kecil itu
Sering mengadu lelah kita, ketidakmampuan kita..
Maka Allah memujuk kita untuk terus SABAR sehingga ke akhirnya
Dengan menceritakan perihal syurga buat kita
Agar hati yang tidak sabar bisa tenang
Agar hati semakin kuat percaya dengan baik sangka padaNya..

Seperti anak kecil yang dipujuk dengan kasih sayang seorang ibu
Begitu juga pujukan dari tuhan buat mereka-mereka yang mengadu kepadaNya..

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

Pahala tanpa batas yang dijanji
Pahala seluas langit dan bumi
Maka, adakah itu tidak cukup menggembirakan kita lagi?

....

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Sungguh, saya mengerti bahawa sabar itu bukan semudah mengungkapkannya
Sedang pula ujian kita berbeza-beza, yang mana jauh sekali kita untuk memahaminya sedang diri kita pernah merasa ujian yang sama
Kerana itu, kita tidak layak menilai orang lain dengan sabar mereka
Boleh jadi ujian dia di mata kita tampak remeh sekali, sedangkan pada dia ujian itu sangat berat untuk dia hadapi, maka jangan sesekali kita meremehkan, kerana kita tak berada ditempatnya. Kerna kita tidak memahami betapa dia sangat bermujahadah melawan bisikan hawa'.
Tetapi teruslah berdoa akan kesabaran untuk dirinya, moga Allah ganjari kesabarannya dan menguatkan dirinya untuk terus bersabar.
Itu jauh lebih baik dari kata-kata yang menyakiti, jauh lebih mulia dari pandangan mata yang memperkecil dan menjatuhkan nilai manusiawi. 

Tetapi
Walaupun ujian kita berbeza-beza
Namun pesan tuhan ini nyata untuk kita semua

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

Ketahuilah
Dunia ini memang tempat untuk menguji siapakah di antara kita yang paling bersabar dalam menempuhinya

Mujahadahlah dalam ketaatan
Lawanlah segala bisikan yang menjauhkanmu dari tuhan..

******

Hati. 
Bersabarlah.
Di sana ada syurga yang dijanjikan buat mereka yang sabar.. 







Tuesday, July 30, 2013

Hari-hari terakhir Ramadhan..


Bismillah..

pejam celik hari ni dah 21 Ramadhan, alhamdulillah di atas kurniaanNya dan rahmat kasih sayangNya kerana masih memanjangkan umur kita, agar bisa meraih keampunan dan memperbaiki diri.. sungguh, nikmat tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan? 

Memuhasabah diri ini dan hari2 yg berlalu dlm Ramadhan kali ini, apa yang telah berubah pada diri kita?
Mata kita? Masih lihat perkara haram kah? atau pandangan kita kali ini sudah mampu menundukkan al-hawa'?
mulut kita ? Masih ada ghibah kah? Atau sudah kita basahkan ia dengan alunan zikir memuji tuhan tanpa henti?
telinga kita? masih suka mendengar perkara lalaikah? Atau hari ini kita lebih damai mendengar alunan kalamullah saat berjalan keluar?
hati kita? adakah semakin dekat dengan tuhan? 
perasaan kita? adakah sudah bisa mencapai perasaan tersungkur sujud kerana mendengar firman tuhan tu?
tilawah kita? adakah sudah mencapai kemuncak perasaan dlm menghayati setiap perkataanNya? 

dan semua itu..
sangat harus kita muhasabahkan..
bukan hanya sekadar muhasabah yg mendiamkan diri
tapi membuah amal yg lebih baik dari sebelumnya..

jika Ramadhan kali ni tidak mampu merubah diri kita
maka jangan mimpi 11 bulan akan datang kita akan lebih baik dari kali ni
kerana, Ramadhan ini bulan tarbiyah
bulan yg mana orang beriman tu berlumba2 utk mendekat dengan Sang Pencipta..

Ya.. kita bukan hamba Ramadhan 
Kita adalah hamba tuhan..
tapi  saya percaya, kita Ramadhan yg padanya ada tarbiyah dan rahmat keampunan yg melimpah ruah ini pun tidak mampu kita manfaatkan, maka jauh sekali utk kita bermimpi menjadi lebih baik pada bulan2 mendatang..

Allahumma innaka affuwun Kareem..tuhibbul afwa fa'fu anna..
moga doa ini terus menerus meniti di bibir kita..
sentiasa.. setiap masa..

*****

Setahun dua ni, saya benar-benar tidak punya RASA untuk buat aktiviti kesukaan kaum perempuan menjelang raya
Bahkan saya kira sungguh kasihan sekali melihat wanita-wanita yang menghabiskan akhir2 Ramadhan ini dengan seharian di shopping complex ataupun bersesak2 meredah lautan manusia di Jalan TAR..
Alangkah rugi.. 
Sedang masa ini mungkin tidak akan menjadi milik kita lagi..

Sembilan hari lagi..
La 'allakum tattaqun!


Monday, July 22, 2013

Ya Rasulullah..


Bismillah..


1.31 am

Rumah Tuhan

mata masih tak boleh lelap

pejam celik, pejam celik..
tapi, pagi nanti kan nak kena bangun awal
paksa lagi mata. pejam..pejamm.. pejammmm..
tinggg.. 0_o
ok, nampak sangat tak boleh nak paksa dah =.=

baiklah.

disebabkan nak tunggu mengantuk
meh nak share sikit time tadabbur quran tadi..

belek punya belek.

ternampak ayat ni, ayat hafazan masa tingkatan lima tak silap

begini bunyinya..



"Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
 penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan
bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgasana) yang agung.”

(surah at-taubah: 128-129)

Syahdu pulak bila hayati setiap patah perkataan ayat ni.
Betapa Ar-Rasul itu sangat kasih sebenarnya pada kita.

Terkenang segala macam kisah kehidupan baginda
Segala penderitaan, pengorbanan dan segala macam ujian yang baginda hadapi untuk 
menyampaikan islam tu..
Kalaulah baginda berputus asa 1400 tahun dahulu, pastilah islam itu tidak akan berkembang sehingga ke hari ini..

Dan paling penting..
Kasih sayang baginda yang tidak berbelah bahagi terhadap umatnya
mengasihi sebelum mengenali, 
Hadis yang mana rasulullah memberitahu sahabat baginda bahawa beliau merindukan saudara-saudaranya, dan bila sahabat bertanya, siapa saudara tu, nabi jawab..
mereka yang tidak pernah bertemu dengan beliau tetapi sangat merindui baginda dan bersungguh-sungguh melakukan sunnah baginda. Allahu Allah..

hadis tu selalu buat bergenang air mata
moga-moga salah seorang yang baginda maksudkan itu adalah diri yang marhaen ini...



Ya Rasulullah..
Aku rindu..
Moga daku bisa bertemu mu satu hari nanti! 







Wednesday, July 10, 2013

Andai ada yang sudi..


Bismillah..




Sudilah kiranya..
Andai ada yang sudi 
Menitipkan pesan buat tuan empunya blog ini..

Buat hati untuk bermuhasabah
Buat diri untuk terus mencari makna
Apakah erti sebuah kehidupan ini..

Kerana diri selalu percaya
Yang melihat dan mengenal kadang tahu, apa yang diri tidak tahu
Dan kalaupun ada yang tidak mengenal, diri ini sungguh percaya
Allah jugalah yang menitipkan tiap baris kata..

Dan akhirnya..
Pesanan darimu adalah sebenarnya pesan dari Dia.. :')

Jazakumullah khairan kathira,
Afni Natasya






Friday, July 05, 2013

Kenangan yang kasihan 1





"Assalamualaikum. tiket ke Midvalley, satu", ujarku ringkas.
Lama.
Sudah lama aku tak bertandang ke tampat itu.
Fikiran lantas melayang teringatkan cerita dahulu.
Alangkah kasihan.
Masa yang terbuang di Mid itu.
Kerna aku bukanlah gadis yang gemar berpeleseran
tetapi tempat itu ku kira penuh kenangan
kenangan yang kasihan sekali
pada jiwa muda yang kosong
yang tercari-cari makna kebahagiaan

Lupakan
Itu sudah lama..

Next train
13:36


Ada wanita berskirt hitam di hadapanku
Aku senyum tetapi terasa kelat sekali
Entah kenapa, ada kegusaran di jiwa
Sedetik. dia membalas
Hatiku kembali berbunga..

"Tunggu seseorang?" wahh..nyata dia terlebih dahulu menyapa saat duduk disebelahku
"Oh..tak lah, sorang je," balasku sambil tersenyum.

Ah.masih terasa kelat.
Melihat wajahnya seakan mengingtkan ku pada sesuatu..

Di mana eh aku nampak dia ni?
Arghh..cepatlah ingat!



***

nantilahsambung~~~