Pages

Sunday, October 31, 2010

apa yang anda pErlu tahu..

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dua tiga hari ni,saya isi masa saya dEngan pErgi bebErapa program yang insyaAllah manfaatnya ada buat diri ini..dan insyaAllah juga tugas saya juga untuk bErkongsi apa yang saya dapat kEpada mEreka yang  masih bElum mEngetahui..

tErima kasih buat akhawat yang  mEmpErkenalkan saya dEngan dEngan 'sEjarah'. bEtapa sejarah yang kita selalu anggap mEmbosankan ni sEbenarnya tErlalu indah untuk kita pElajari dan fahami. macam mana la tak bosan dan sElalu menjadi subjek favourite untuk tido dalam kelas, dah kita ni bElajar 'sEjarah' yang salah..
Ah..di dunia ni tErlalu banyak yang mEnipu.. mangsa nya siapa? siapa lagi kalau bukan kita..

bErmula dEngan program Ini Sejarah Kita (ISK), saya dipErkenalkan dEngan sEjarah yang sama sEkali bErbeza dengan apa yang saya pelajari di sekolah dahulu.. Alahai..dah namanya belajar sEkadar untuk melEngkapkan A di dalam sijil SPM, maka tak hairanlah kEnapa saya atau 'kita' tidak pernah mEmpersoalkannya walaupun saya pErnah juga tErlintas difikiran saya mengenainya apabila masuk bab sEjarah islam yang pErnah dipElajari sewaktu tingkatan 5 tu. dan akhirnya..saya dapat A sEperti yang mahukan dulu.. hanya sEkadar itu..kEsian..

silakan mElihat vidEo ini..yang menceritakan tentang sEjarah kita..bEtapa sElama ini kita ditipu dEngan sEjarah ciptaan manusia barat..



sEsudah program ISK..bErsambung pula dEngan program Ini Peranan Kita (IPK).. ye la..dah tahu kebenaran,tak kan hanya mahu mEmejamkan mata..apatah lagi apabila mEnceritakan tEntang dunia islam hari ini..tak pErlu pErgi sampai kE luar nEgara, cukuplah mElihat apa yang sEdang berlaku disEkeliling kita ini..

betapa hari ini ramainya kita yang ISLAM sekadar pada nama..dan mEreka berasa sEnang hanya pErkataan ISLAM yang tErcatat pada ic mEraka..merasakan bahawa perkataan ISLAM itu sudah cukup untuk mEmbayar harga sEbuah syurga.. saya silap kalau bErfikiran bEgitu..anda juga silap kalau mEngatakan bEgitu.. kErana hakikatnya syurga itu hanya milik orang yang bErsusah payah demi agamanya.. bErmimpi mahu kE syurga dan dan duduk bErsama Saidatina Fatimah,Saidatina Aisyah dan bErjumpa Rasullullah saw.. tapi hanya duduk bErgotang kaki melihat keruntuhan umat pada hari ini.. bangunlah,jangan pErnah mimpi untuk ke syurga hanya dEngan bEkal sepErti tu..

dan semalam..sambungan dari program sEbelum ini iaitu Syahadatul Haq. Syahadatul Haq ini merupakan ucapan dari Abu al-A'la al Maududiyy mengenai konsep syahadah yang perlu kita fahami.. sEharian mEndengar pEnErangan mEngenai ucapan 12 mukasurat ni mEnyebabkan saya terasa betapa bEratnya tanggungjawab yang dipikul sEbagai sEorang yang mEngakui syahadah ini..bukan hanya tanggungjawab saya..tapi tanggungjawab kita yang bEriman dEngan syahadah yang diucapkan ini.. apatah lagi kita sEdang bErdepan dEngan kEadaan dimana umat islam kElihatan sEperti dipijak-pijak musuh agama.. tanggungjawab siapa lagi untuk mEnyEdarkan mEreka yang hanyut diluar sana..  mahu atau tidak,inilah tanggungjawab kita..
tanggungjawab kita kErana kElak kita akan ditanya di hadapan tuhan tentang apa yang kita sudah lakukan apabila agama tuhan ini dihina..kalau tiada jawapan macam mana? masuk nEraka la jawabnya.. nauzubillahiminzalik..

saya pErnah bertanya..

"bagaimana la kita nak nasihatkan orang dan mEmberitahu kebEnaran ini kerana diri sEndiri pun tEruk lagi"
jawapannya mudah..
"pErbaikilah diri dan sErulah mEreka kEpada tuhan.."
untuk menunggu sEhingga mEnjadi manusia sEmpurna baru hEndak mEmberitahu kEbenaran itu salah kErana hakikatnya tiada manusia yang akan mEnjadi sEmpurna..
tEruslah mEmpErbaiki diri mEnjadi insan yang lebih baik dan jangan bErhenti dari mEngajak kEpada kEbenaran..yang paling penting,pastikan keduanya bErjalan sEiringan..


saya juga nak kongsikan sebuah lagi vidEo yang saya dapat sEwaktu program itu..dan saya agak tErkedu apabila mEngetahui hadis mEngenai 5 fasa akhir zaman manusia sEperti yang diceritakan nabi dalam vidEo ini..sEjujurnya juga, saya tidak pErnah tahu mEngenai hadis ni sEbelum ni. Mengetahui yang kita sEkarang bErada pada yang fasa kEempat dunia akhir zaman agak mEnakutkan saya sebenarnya.. mEmikirkan banyak nya dosa dan tanggungjawab yang belum tErtunai mEmbuatkan syurga itu tErasa sangat jauh untuk diri ini.. jadi..masih hanya mahu duduk bErgoyang kaki??

Friday, October 29, 2010

jawapan yang sElalu ada..

bismillahirrahmanirrahim..


HonEstly..saya sElalu mErasakan bahawa saya ni bEruntung..


bEruntung kErana cEpat atau lambat, saya pasti bErtemu jawapan pada sEtiap pErsoalan saya ..


kadang-kadang dalam kEadaan yang saya tak pErnah jangka..


di saat saya mErasa pahitnya ujian..tuhan akan singkapkan kEmanisan ujian itu dihujungnya..


di saat saya rasakan sEperti tidak kuat untuk mEnggenggam iman..tuhan mEnyEntuh hati saya dEngan ayat-ayatNya..


di saat saya sEperti mahu tErleka dEngan dunia..tuhan hadirkan mEreka yang mEmbawa saya pada cintaNya..


indahnya takdir tuhan buat saya..


walaupun saya selalu lupakan DIA..


sEjak kebelakangan ni..saya sEperti selalu mahu menyalahkan diri..


tErasa MALU mEngingatkan kEbodohan diri sEndiri..


dan..tadi untuk entah yang kE berapa kalinya..


tuhan masih mEmberikan saya jawapan..


ayat pErtama yang saya baca..mEresap jauh ke dalam hati..


"wahai diriku! janganlah engkau bErputus asa dari kEsalahan walaupun bEsar, kErana dosa-dosa bEsar itu sEbenarnya kecil jika dibandingkan dEngan kEampunan Allah.."


ya tuhan..bEtapa bEsarnya kasih sayangMu buat diri ini..                        











Monday, October 25, 2010

buat diri yang bErdosa..

bismillahirrahmanirrahim..

tuhan..
masih adakah kEampunan?

" wahai hamba-hambaKu yang mElampaui batas terhadap diri mereka sEndiri! janganlah kamu bErputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mEngampuni dosa-dosa sEmuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.."( 39:53)

lalu..apa yang harusku lakukan?

" dan kembalilah kamu kEpada Tuhanmu, dan bErserah dirilah kEpadaNya sEbelum datang azab kEpadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.." (39:54)

Jadi..bagaimana caranya untukku kembali padaMu?

" Dan ikutilah sEbaik-baik apa yang telah diturunkan kEpadamu (Al-Quran) dari tuhanmu sEbelum datang azab kEpadamu sEcara mEndadak, sEdang kamu tidak menyEdarinya.." (39:55)

Tuesday, October 19, 2010

bErsabarlah..

bismillahirrahmanirrahim..

bErsabarlah..di atas sEtiap kEpayahan yang engkau rasakan..
kErana engkau harus yakin dEngan sEbenar-bEnar kEyakinan..bahawa DIA akan mEngira sEtiap lelah dah kEpahitan yang engkau pErtahankan..

bErsabarlah..di atas sEtiap titisan air mata yang engkau korbankan..
kErana engkau harus ingat..bahawa pErjuangan ini bukan mudah..
bErapa ramai orang yang lemas dan karam di dalamnya.. maka, kuatkanlah hatimu, agar engkau tidak lagi mEnjadi salah seorang mangsanya..

bErsabarlah..dEngan secEbis iman yang hampir lunyai ini..
jika hanya itu yang engkau masih ada..maka, genggamlah ia sEkuat-kuatnya..
jangan biarkan ia tErlepas lagi..takut nanti engkau sudah tidak mampu mEnemukannya lagi..

bErsabarlah..usahamu ini bukan sia-sia..
cuma..kadang kemEnangan itu yang lewat tiba..






                         

Friday, October 15, 2010

takut nak naik bas??

bismillahirrahmanirrahim..

mati.itu.pasti...                                                                              
kEnapa tiba-tiba cakap pasal mati??
sebab tadi saya baru jE tgk vidEo kEmalangan bas ekspress 10.10.10 tu buat kali yang ketiga..

kali pErtama..saya tErgamam..ya tuhan..
kali kedua...air mata sudah bErjurai-jurai kEluar..
kali kEtiga..sungguh..mati itu dEkat

sElak paper esoknya..
sEbak rasa mElihat gambar-gambar ahli kEluarga mangsa..                  
tak dapat nak mEmbayangkan jikalau saya yang yang berada ditempat mEreka..
bagaimana la rasanya mElihat jEnazah anak-anak yang tak sEmpurna..ada tanpa kEpala, tanpa tangan..
Allah..pahitnya hakikat tu..
apa la yang mampu saya cakap buat mEreka mElainkan..bErsabarlah!tuhan lebih mEngetahui apa yang DIA takdirkan buat kita..                              

kEbanyakan mangsa juga masih muda..                                        
rata-ratanya dEkat nak sEbaya dEngan saya..
kalau nak ikut kiraan.. patutnya umur mEreka tu masih panjang lagi
tapi..ada apa pada angka..
kalau tuhan dah tetapkan bEgitu.. maka jadilah..

ada yang saya kesalkan tentang vidEo tu..
masyarakat kita sEmakin kurang atau mungkin takdE sEnsitiviti rasanya..
bila membaca luahan ahli keluarga mangsa yang kesal dan marah dEngan penyebaran yang berleluasa di intErnet olEh si perakam..
ya..mEreka bErhak untuk marah..

si pErakam kata.." buat pengajaran"
tapi..mElihat balik apa yang mereka rakam tu.. memang mereka patut dipersalahkan..
apalah salahnya yang bErada di tEmpat tu tolong tutup mayat yang bErgelimpangan tu dEngan kertas ke..kain ke.. ada mayat yang bErada dalam kEadaan mEngaibkan.. tolong la tutup!
mereka bukan nya patung yang bErsepah di jalan.. ada video yang menunjukkan si perakam zoom wajah mayat yang hancur..
Allah..mana pErgi kEmanusiaan?? tak fikir kE yang mangsa juga punya ahli keluarga..
kalau mereka tEngok dan tahu itu ahli keluarga mEreka..apa perasaan mEreka rasanya?

ya..mEmang pErkara itu boleh jadi pengajaran..
tapi..bukan sEmua bEnda kita boleh rakam dan pErtontonkan di khalayak ramai!

saya baca juga komEn mereka yang tengok video tu..
mereka juga..takut,sedih,takziah,kesian..
tapi..sEjauh mana kita mEngambil pEngajaran..
adakah pEngajaran nya sEtakat suruh pEmandu bas lebih bErhati-hati or ketatkan lagi undang-undang untuk pEmandu tu jE??
pEngajaran buat pEnumpang??

bila pErtama kali tgk vidEo tu..
saya kata.. " takutnya nak naik bas.."
lepas tu..ada orang cakap.." kalau dah ajal, kat mana-mana pun boleh tasya.."
D.I.A.M

bila saya fikir-fikir balik..
saya bukan nya nak cakap.." takutnya naik bas.."
tapi.." takutnya nak mati!"
bas tu tak bErsalah..tapi kita kata kita takut..
sEbenarnya, kita takut bila tEngok ada banyak darah, mayat yang bErgelimpangan tu, tangan putus, kepala takdE..kita takutkan yang tu..
dan sEmua yang ada ciri-ciri tu..sEmuanya MATI..
hakikatnya,,kita takutkan mati..

eh,kenapa takut nak mati??                                                              
jawapannya mudah..kErana masih banyak dosa-dosa yang mElekat pada diri..
jadi..buat mEreka yang cakap takut naik bas bila tEngok vidEo tu..
betulkan balik ayat anda,,
" takutnya kalau ditakdirkan mati timE naik bas tu.."


p\s: al-fatihah untuk sEmua mangsa yg bEragama islam. sEmoga di tEmpatkan bErsama org yg bEriman..

Sunday, October 10, 2010

R.I.N.D.U

bismillahirrahmanirrahim..

saat ni tErasa rindu.. rindu bErjalan sEorang diri tawaf keliling matrik. sambil pEgang cokElat cadbury yang saye beli kat kEdai pak cik 4 flat. pak cik 4 flat?? pak cik tu dapat nama tu sEbab dia sElalu kata kalau kami bEli papE barang kat kEdai dia, insyaAllah boleh dapat 4 flat.. hehe..[ tapi, saya x dpt pn pak cik?? ]        

saya akan bjalan sorang2 sampai la cokElat saya tu habis. kEnapa yE?? sebab.. bagi saya, kadang-kadang kita pErlukan masa sEorang diri..dan untuk waktu macam tu saya x pErnah rancang. lagipun..banyak benda kita bolEh fikir sorang diri tanpa ada orang kacau even kalau ada tErserempak dEngan kawan-kawan time bEjalan tu dorang akan cakap..

" eh..tasya, sorang je? knp x ajak yang lain??"
" tasya..awat aku tgk hang macm org putus cinta jah dok jln sorang ni?"
" amboi sya..ko mkn cokelat sorang2 ye.."

saya pulak.. akan balas semua kata-kata tu dEngan sEnyuman je la atau offer dorg dengan cadbury yang saya pegang tu..:)

rindu jugak kt ikan kt tasik yang banyak2 tu. jgn main-main, ikan tu ikan zaman modEn, ktorg bg makan roti butterskot lagi..hehe

apa lagi yE..
ha..saya rindukan jugak makanan kat cafE D.. kt situ ada ayam goreng KFC!

tapi..apalah makna sEmua tu kalau xdE mEreka2 yg mewarnai kehidupan kt situ kan..
mEreka tu..

kakak bainun..rindu nk dgr lagu rock kapak ang. ang satu dlm sejuta boleh nyanyi mcm tu..
mira.. kawan timE makan yg paling sEtia..hehe
wani..da lamE x kjut kn ko bgun tdo..heee
H6p3.. korang mEmang bEst, crita cindErella kt, xkan dpt nk lupa smpai bila-bila lah!
kuliah H6.. rindu ble tgk gambar kt pkai bju warna sm tu!                                         
sumE kwn2 yg kEnal kt matrik..kirah espEcially..thanks for everything..
lecturer KMPP.. tErima kasih cikgu!! [ speechless ]

ada lagi yang saya rindu..
rindukan usrah yang saya kEnal kat matrik..
kakak2 PEMBINA yang baik sgt..
mana mungkin saya lupa pErtemuan dEmi pertemuan tu.. sebab kat situ la saya rasa saya bElajar kEnal diri sEndiri..dan belajar untuk mEngenali DIA yang memberikan rasa rindu ni..

rindunya kat suasana tu..
walaupun ramai org ckp matrik ni khdupan nye sibuk la, susah la..
tapi bagi saya.. kehidupan kat matrik tu la yang paling best!

tapi..
semua tu da jadi kenangan..
dan insyaAllah..kEnangan tu akan sEntiasa sEgar dalam ingatan..
sampai bila??
sampai bila-bila...=)

Monday, October 04, 2010

tEntang sElipar mak cik, arak dan tapai...

bismillahirrahmanirrahim..


Pantasnya masa berlalu kan..
Dah bulan oktober! Rasa nya macam baru je jejak ke tahun 2010 ni. Itu la dunia akhir zaman, masa tu akan  meninggalkan kita tanpa kita sedari..tambah2 pulak kalau masa tu kita isi dengan benda2 yang tidak berfaedah.. “Demi masa..sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..kecuali bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh..” 

Oh ya,hujung minggu lepas, saya berpeluang menjadi sukarelawan praktikal haji bagi jemaah haji negeri Johor.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar walaupun pening jugak kepala pada mulanya..hehe
Mereka bakal tetamu Allah..alangkah beruntungnya..bukan semua orang dapat menjadi tetamu Allah ni.. ada orang memang duit banyak tapi hati nya sikit pun tak tergerak mahu ke Tanah Suci. Belum sampai seru katanya.. nk tunggu seru?? Sampai bila?? 

ni pun sama jugE, "bila nak pakai tudung?".. "Nantilah.. bila sampai seru, saya pakailah.." 
nah, seru lagi yang disalahkan.. agaknya nanti bila tuhan tanya balik kat akhirat, boleh ke bagi alasan macam tu..  kalau boleh di bagi alasan tu, mestilah ramai manusia yang akan bagi alasan yang sama. HARU!!

Dua hari semalam bersama mereka.. banyak pengalaman yang dapat dikutip.. majoritinya sEbaya atuk dan nenek saya.. alahai..  suaminya hilang, isterinya hilang, slipa hilang, beg hilang.. macam2 yang hilang.. biasa la. Orang tua2, mudah lupa.. jadi tugas kami la membantu apa yang patut, kalau boleh carikan selipar mereka, kami carik.. kalau boleh pimpin mereka berjalan, kami pimpin.. kalau dah tak larat sangat mak cik tu, kami duduk bersama2 mereka tunggu ambulan datang ambil.. sambil duduk2 mereka akan bercerita itu ini..  tentang anak..cucu..menantu..apa saja la yang boleh di cerita.. dan kami.. akan jadi pendengar yang setia..

Di tanah suci itu.. kita semua adalah sama.. walau apa sahaja pangkat anda..  anda menteri ke.. pensyarah yang ada PhD ke..semuanya sama.  Mungkin di sini, ada orang marah betul kalau panggil namanya tanpa pangkat yang dia ada, ah..manusia memang macam2..apalah sangat yang mahu dibanggakan dengan pangkat mahupun harta.. tiada apa2..  semua orang akan pakai pakaian yang sama ketika tawaf , walau anda seorang jutawan sekalipun, pakaian anda tetap juga sama dengan seorang pemandu lori yang anda pernah potong keretanya masa anda dalam perjalanan nak ke KLIA dulu, ye la..anda kan pandu kereta ferari..

Bumi barakah itu..alangkah rindunya.. entah sempat atau tidak menjejakkan kaki kesana..melihat replika kaabah yang mereka bina itu pun, hati ni da terasa sayu, apatah lagi apabila melihat sendiri di depan mata kan?? Tuhan.. izinkan saya ke sana walaupun hanya sekali dalam hidup saya ni!       
insyaAllah..buat pak cik dan mak cik yang bakal bErangkat kE tanah suci nanti, doa saya supaya Allah memudahkan segala urusan dan ibadah kalian.. dan semoga pulang dengan haji yang mabrur..:)

ha..alang-alang da menulis ni, saya nak jugak selit cerita yang berlaku dalam kuliah kami petang tadi.. isu halal atau haram tapai! wah..memang hangat bEtul dalam kElas tadi sebab kami dok mengatakan tapai tu halal tapi lecturer pulak cakap haram. aduhai..isu hukum ni.. bukan hanya boleh di cakap halal atau haram saja.. perlu dirujuk dalil-dalilnya dan bErmacam-macam lagi.. kalau haram, pasti ada dalil dan hujahnya. kalau halal, dalil dan hujah juga masih perlu di ambil kira.. 

masalahnya, ramai antara kita sekarang yang mEngambil sEtakat perkataan HALAL dan HARAM itu..  yang lainnya mereka tidak mahu ambil tahu. sama la macam isu hukum hudud bagi peminum arak, sebut jE sebat, ramai da orang mula mElaung-laung tanpa ilmu.. islam itu kejam, mendatangkan kemudaratan kEpada si peminum dan bla bla bla..
Ah.. macam-macam..
tu la manusia yang hanya tahu mEnyalak-nyalak dEngan lantangnya. sEdang hakikatnya, mereka ini tidak tahu apa-apa!!
jadi, balik jE kelas tadi..saya pun terus la minta tolong pak cik google ni bErkenaan isu tapai ni. walaupun saya ni bukanlah peminat tapai, tapi.. macam mushkil je bile kata kandungan alkohol dalam arak ni boleh di samakan dengan tapai?? hasilnya... anda boleh baca artikel ni, yang saya kira sudah dapat mEnjawab pErsoalan tapai dan arak ni..(klik sini)

ok..selesai isu tapai..
dalam panasnya isu tapai tu jugak, sempat juga saya mEmikirkan sesuatu "kepelikkan" dalam umat ni.
untuk pErkara yang banyak pendapat dan memerlukan kita berfikir secara saintifik dan bermacam-macam hal lagi ni.. kita memang suka la nak mEmpertahankan pendapat kita, kononnya kita ni betul dan orang itu salah. kalau benar kita bEtul, alhamdulillah.. tapi tak perlu lah sampai mEngumpat macam3 orang yang salah tu.. yang peliknya, dalam kita bErsungguh-sungguh mengatakan itu halal dan ini haram, ada perkara yang sudah tErang kehalalan atau keharamannya masih kita buat3 tak nampak pada diri kita..
bila sEorang wanita islam yang bErsungguh-sungguh mEngatakan itu haram! tak bolEh makan!
tapi, dia pula tEngah pakai baju kEtat dan seluar sEndat.. 
Ah.. alangkah malunya!!















Tuesday, September 28, 2010

thE way of lovE..♥



bismillahirrahmanirrahim..

dear readErs..

Realize that thEre is only onE ♥ that will not hurt you..
you will not able to sEe thE ♥, but you can feel it..~


the prophet path, thE way of lovE,
only by this lovE u will risE above,
like a dovE that's been set free,
lovE with longing is the key,
this lovE with longing is thE key..


honEy, nectar, sweetness and crEam,
orchids blooming by a mounting stream,
starlit skiEs and waves on thE sand,
next to lovE they can't stand,
next to this lovE they cannot stand..


how can I find a way to express,
something that cannot bE thought of guessed,
something morE than just words,
this lovE is neither seen nor hEard,
this lovE is neither seen nor hEard..


lovE is the ropE given by Allah,
it will savE you from every flaw,
grasp it thEn He will draw you near..

♥ a very nicE song..crEdit to Hadad Alwi n Debu..may Allah blessing all of u..

Saturday, September 18, 2010

kamu pErlu kuat..!

bismillahirrahmanirrahim..

wahai diri..
saya ingin bErbicara..
sEbab saya tidak tEgar mElihat kamu tErus bEgini..
sakitnya kamu..saya juga mErasa dEritanya
sEdihnya kamu..saya juga mErasa pahitnya
malunya kamu..saya juga mErasa aibnya
kErana..
apa saja yang kamu rasa..tEmpiasnya pasti ada pada saya juga..
 
wahai diri..
kamu pErlu kuat!
dEmi S.A.Y.A...

Tuesday, September 14, 2010

whEn onE mEssage received..

bismillahirrahmanirrahim...


Malam itu..

 [ ONE MESSAGE RECEIVED ]
[ READ ]

cinta Sulaiman untuk Balqis..
kasih Yusuf untuk Zulaikha.. 
rindu Adam untuk Hawa..
sayang Muhammad saw untuk Khadijah..
cinta, kasih, rindu dan sayang orang yang membaca mesej ni pula untuk siapa ye??

amboi..indahnya la bahasa budak ni..
macam miang-miang secara islamik gitu..
macam mana ye saya harus membalasnya..
atau pun..biarkan saja..x perlu dilayan..
erm..


[ ONE MESSAGE RECEIVED ]
[ READ ]

jika ada sesiapa yang bertanya tentang cintamu..
maka katakanlah ianya untuk Allah.. 
jika ada sesiapa yang bertanya tentang kasihmu..
jawablah ia adalah untuk Rasullullah..
jika ada sesiapa yang bertanya tentang rindumu..
katakanlah ianya untuk ibu dan ayah..
jika ada sesiapa yang bertanya tentang sayangmu..
jawablah ianya hanya untuk mereka yang tahu menghargainya..

jawapan itu dari DIA si pemilik cinta..                           
saya tersenyum sendiri..

[ FORWARD ]
[ SEND ]
[ MESSAGE SEND ]

bElajarlah untuk mEnghargai..

bismillahirrahmanirrahim..

kadang-kadang kita rasa dunia ini tak adil..
kenapa dia dapat itu, aku hanya dapat ini..
kenapa dia ada itu, aku hanya ada ini..
betul kE kita sedang menyalahkan 'dunia'?
atau sebenarnya kita tak nak mEngaku yang kita sedang menyalahkan yang menciptakan dunia..

kata mEreka.."bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dalam hidup kita ini"
kata saya.."mereka yang tidak bErsyukur ini adalah mereka yang tidak tahu menghargai"
orang yang tahu mEnghargai, adalah orang yang bersyukur..
tak mEngeluh dEngan apa yang tiada..
dan mErasa cukup dEngan apa yang ada..

kalau hari ini kita masih dapat mElihat warna-warna dunia, hargailah!          
sEbab kita tidak tahu, mungkin esok dunia ini akan mEnjadi gElap di pandangan kita..
tika itu, barulah kita akan mErasa 'menghargai' setiap detik ketika melihat cahaya dahulu..
namun.. kEtika dunia sudah mEnjadi gelap, masih adakah 'syukur'??

kata mereka lagi.." jangan tinggalkan orang yang cinta kita kerana orang yang kita sayang, sebab nanti orang yang kita sayang akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka cinta.."
kata saya pula.." apa bEza cinta dan sayang?? bukan ke cinta dan sayang itu satu??"
maka..saya akan kata, " jangan tinggalkan orang yang menghargai kita, kerana hanya orang yang tahu menghargai tahu mEnilai erti cinta dan sayang.."
sayang itu umpama angin lalu..
tatkala mEnyapa diri ia terasa indah..
namun pabila ia sudah bErlalu?

jika hari ini kita bErkata bahawa kita mEnyayangi kedua orang tua kita tanpa ada perasaan mEnghargai di atas apa yang pernah mereka lakukan pada kita, yakinkah kita di saat mEreka sudah tidak mampu berdiri sendiri nanti kita akan sanggup mEnjaga mereka tanpa mEngeluh.. atau kita akan memilih untuk mEnghantar mereka kE rumah kebajikan saja..
di saat mereka mampu memberikan apa saja yang kita inginkan, kita berkata 'sayang'..
andai suatu hari nanti mereka sudah tidak boleh menunaikan permintaan kita, masih adakah 'sayang'??

orang yang tahu menghargai..
tidak akan tergamak meninggalkan orang tuanya di rumah kebajikan..
kerana apa?
kerana mereka menghargai..setiap penat lelah yang pernah di curahkan, setiap saat yang dikorbankan..
mana mungkin terbalas dengan hanya berkata sayang!

belajarlah untuk menghargai hidup ini..                                 
dan bersyukurlah..
demi sebuah kehidupan yang bererti...

Sunday, September 05, 2010

sukarnya melupakan..susahnya memaafkan..

bismillahirrahmanirrahim..

jiwa saya bErkecamuk sEkarang..
Allah..sukarnya mElupakan!
apatah lagi nak mEmaafkan..
jiwa yang sakit..
dEk dosa-dosa sEmalam..
lantaran 'sketsa' yang saya ciptakan sEndiri..
bErsama si  'pelakon-pElakon' hEbat..
dan hari saya tErtunduk mEnyesal yang tEramat!
 
saya kira masa yang bErlalu akan mEmbuatkan saya lupa akan sEmuanya..
tapi saya silap..
si 'pelakon' masih kEkal mEnjadi 'pelakon'..
yang mEngHANTUi hidup saya..
HANTU.. tolong lah pergi jauh-jauh!!

jiwa yang sakit ini..
bukan hanya kErana si hantu..
tapi kErana saya sEndiri yang hakikatnya masih tidak mampu mEmaafkan diri sEndiri..
hina bEnar rasanya..
Allah..saya ingin bahagia!

Thursday, September 02, 2010

Muhammadku...



bismillahirrahmanirrahim...

pErtama kali dEngar "lagu" ni..
jatuh cinta la dEngan lirik dia..
evEn rancak tapi.. mEnusuk jauh dalam hati!
tak pErcayE?? silakan dEngar sEndiri...=)

"muhammadku..muhammadku..              
 dEngarlah sEruanku..
 aku rindu..aku rindu..
 padamu Muhammadku.."

~ jika bEnar cinta dan rindu..BUKTIKANLAH!

Monday, August 30, 2010

tinta ramadhan...

bismillahirrahmanirrahim..

✿ 20 ramadhan 1431H ✿

ramadhan kali ini..
tErasa hambar..kosong..
tanpa sEdar sEmakin pErgi mEnjauh..
kEnapa?
adakah salah ramadhan yang hadir di saat hidup huru hara dEngan assignmEnt?
adakah salah lagu raya yang bErkumandang mEnyebabkan mood hari raya datang awal?
adakah salah itu..
adakah salah ini..
ataupun sEbenarnya diri ini yang tidak mahu mEnerima hakikat..
bahawa hati ini sEbenarnya sEdang sakit!

wahai diri..
malu lah engkau..
andai hanya ini yang mampu engkau jadikan mahar untuk mEmbeli sebuah syurga!

Wednesday, August 18, 2010

eh,sampah kE tu??

bismillahirrahmanirrahim...


"coklat untuk kaca..biru kErtas punya..tin untuk jingga dan plastik juga.."


saya sukE lagu ni..
dulu-dulu sElalu la jugak kEluar iklan ni kt tv..
tp..skrang dah tak dE..
sEbabnye...
jap..biar saya fikir...


erm..saya rasE mungkin mEreka nak buat iklan baru kot..
yE la..tu iklan lamE..
timE saya sEkolah rEndah lagi..
lagu pun kEna tukar la macam tu..
biar sEiring dEngan zaman..


"coklat untuk kacE..biru kErtas punya..tin untuk jingga dan plastik juga..untuk baby pun ade samE"





APA SEBENARNYA YANG KITA PERLU??


tulis..padam..tulis..padam..
entahlah..
saya kEhilangan kata-kata sEbenarnya..
tapi..yang pasti..saya ingin mEncorEtkan sEsuatu di sini..
dEngan harapan..yang sEdang mEmbaca dapat bErsama-sama bErfikir sEperti saya..
mana tau ada datuk-datuk atau tan sri yang tErbuka tulisan saya ini..
sudi la kirEnya mEndengar  luahan hati BUDAK sepErti saya ini..

"kamu dari sEkolah mana ni??" tanya mak cik pEah kEpada pEoh
"saya dari SKRH,mak cik" jawab pEoh malu-malu
"sEkolah apE bendE tuh,mak cik tak pErnah dEngar pun?" bErkErut-kErut dahi mak cik pEah
"laaa..mak cik ni kEtinggalan zaman la..SEKOLAH KHAS REMAJA HAMIL!" jujur betul pEoh ni..
yE la..pEoh slalu ingat pEsan mak dia..jangan mEnipu,berdosa!
"erk...!" mak cik pEah tErus pitam..

ooohhhh tidakkkk...
saya tak sanggup lagi mEmbayangkan pErbualan sEperti ini..
saya juga simpati kEpada warga tua yang ada pEnyakit 'terkejut' macam mak cik pEah..

soalan saya...
bEtul kE sEkolah sEperti ini mampu mEmbEndung gEjala buang bayi yang sEmakin mEnakutkan ini?
maaf datuk mEnteri..
saya tak nampak apa-apa alasan yang 'bagus' di situ..
walaupin datuk kata,sekolah itu tErbuka juga untuk merEka yang mEngandung sEcara sah..
tapi..tak usahlah datuk nak bohong saya..sEbab saya yakin sangat..
99.9% nanti adalah mEreka yang hamil luar nikah..

apa sEbenarnya yang kita pErlu??
sEkolah mEngandung? tong sampah baby? pErkahwinan di usia muda?
dan kEmudian masalah akan sElesai??

hakikatnya...
yang kita pErlu hanyalah pendidikan agama..
baik di rumah mahupun di sEkolah...
pEndidikan agama di sEkolah bukan sEkadar mEndapat A sEmata-mata..
malah..ia sEpatutnya lebih dari itu..
bukan sEkadar mEmbaca buku tEks
atau bErbuih-buih mulut mEnghafal PAFA untuk mEndapat lulus di dalam SPM..
lihat hari ini..
bErapa ramai pelajar yang mEndapat A di dalam exam..
ramai..cukup ramai..
matapElajaran 'kacang'..sEnang ajE nak skor..
hafal..hafal..hafal..A pasti dalam tangan..
tapi..mElihatkan hasil daripada A itu kE dunia luar tika ini..
apalah ada pada nilai A itu sEbenarnya..

pErkahwinan kEtika di usia pErsekolahan..
kata mereka..
kononnya untuk mEngelakkan dari TERlanjur..
oh tuhan...
apalah sebEnarnya yang mEreka faham tEntang erti sEbuah perkahwinan..
adakah pErkahwinan itu sEmemangnyE dibina atas nilaian nafsu sEmata??

tEringat saya akan kata-kata sEorang imam di dalam tazkirah ringkasnya..
"masalah sosial yang sEdang kita lihat pada hari ini adalah hasil daripada apa yang merEka dapat 5 atau 10 tahun dahulu.."
saya mula bErkira-kira..
10 tahun dulu saya bErumur 9 tahun..
cErita saya dan kawan-kawan..
zaman sEkolah rEndah..
hanya zaman kanak-kanak yang hanya tahu bErsuka ria..
rancangan bintang kEcil??ha..saya tahu..tapi tak pErnah tEngok pun..
biasalah..gambar kat tv tak elok..
mana ada astro masa tu..
hEnset pun mana ada, kalau ada orang nak kenal sebab nak jadikan adik angkat,bagi no tEpon rumah jE..
mms??bluEtooth??oh..lagi saya tak tahu..
intErnEt??macam pEnah dEngar..tapi tak tahu pulak apE bEndE tu..
facEbook?? googlE?? entah..
hasilnya...
apa yang sedang kita lihat pada hari ini..

kanak-kanak sEkolah rEndah pada hari ini??
ada hEnsEt 3G lagi..
bintang kEcil??eh,bukan sEtakat tu..ada tom-tom bak..idola kecil..
macam-macam ada...
intErnet?? yang itu mEreka kadangkala lEbih pakar dari yang sEpatutnya..
tak pErlu bEritahu apa yang pErlu mEreka 'sEarch'..
kan mudah..sEmuanya di hujung jari..
dari sEbaik-baik hinggalah sEburuk-buruk pErkara..
sEmuanya pak cik google bolEh tolong carikan..
nah..hasilnya 10 tahun akan datang??
adakah mEreka akan mEnjadi sEmakin baik dari apa yang sEdang kita lihat pada hari ini??

merEka kata ini adalah KEMODENAN..
ya..kita sEdang mEnuju kE arah kemodEnan yang mEnghancurkan..
dan inilah harga yang pErlu kita bayar dEmi sebuah kEmodenan..
bila mana kita hanya mEngEjar A pada sEhelai kErtas
yang di akhirnya kita campakkan kErtas itu kE dalam tong sampah..
mEnyebabkan ada antara kita sudah tidak tahu mEmbezakan
yang mana sampah,yang mana maruah!

Sunday, August 15, 2010

my namE is tasya...

bismillahirrahmanirrahim..

finally..
sEtelah sEkian lamE mEmEndam pErasaan bila bacE blog orang lain..
hari ni..da bolEh tulis kat blog sEndiri..
evEn tau maybE sayE sorang la yang menulis dan sayE sorang juga la yang akan mEmbacanyE..hehe

actually..
mEnulis sEkadar untuk bErkongsi pEndapat..
tEntang cErita yang dapat dikutip sEpanjang pErjalanan hidup ini..
erti sEbuah kEhidupan bukan hanya bErcErita tEntang saya..tapi tEntang kita juga..
kErna hakikatnya..
kita punya arah tujuan yang sama..
bakal bErada di tEmpat yang sama,waktu yang sama..
dan bErtemu DIA yang sama..
apa yang mungkin mEmbEzakan kita..
cuma jalan yang sEdang kita pilih hari ini..
jadi..
mari bErsama-sama saya..
bErsama mEmbangun diri..
bersama mEmpErbaiki pEribadi..
bErsama saling ingat-mEngingati..
agar suatu hari nanti..
saya dan kamu..akan mEnjadi KITA..
yang bErsama di syurga yang abadi..

~salam ukhwah...