afni natasya
Monday, August 29, 2011
Ramadhan terakhir?
bismillah..
malam Ramadhan yang terakhir.mungkin.
kat luar hujan.macam memahami perasaan ni.
Wahai Allah..
terimalah segala amalan di hari-hari sepanjang Ramadhanku..
pintaku wahai Allah..
jadikan Ramadhanku kali ini sebagai salah satu penyebab
yang membenarkan daku untuk bertemu denganMu..
rintik-rintik hujan,
afni natasya
afni natasya
Labels:
bicara hati
Friday, August 26, 2011
haih!
pukul dua pagi.kenapa ade kat depan lap top lagi ni.entah.mata tak boleh lelap.serba tak kena.sedang memikirkan macam-macam perkara.tibe-tibe rasa macam banyak benda yang tidak berjalan dengan baik.omaigod.teruknya rasa.emosi tak keruan.kenapa tiba-tiba ada perasaan menggelabah untuk berdepan hari esok.omaigod.ape bende ni.haih!
Ya Allah,permudahkanlah..permudahkanlah..permudahkanlah..
Labels:
contEng
Thursday, August 25, 2011
Umrah : Kenangan Terindah (1)
bismillah..
Disebabkan ramai kawan-kawan yang cakap kat saya "tasya!ko pergi umrah ke hari tu? cerita la kat aku macam mana kat sana!"
Malangnya jawapan yang saya bagi sangatlah tak memuaskan hati,
"emm..best3.tak tau nak cakap macam mana, bestlah..best." =_='
Teruk.betul..T_T
Jadinya, pada hari yang penuh kerajinan ini meh la saya story mery pengalaman dan kenangan sepanjang 14 hari berada di sana,insyaAllah..:)
kenapa saya letak gambar ni? sebab saya nak bagitau yang benda besar ni telah mengalami masalah ape ntah sekaligus menyebabkan kami delay dua hari. (what??)
ye..itu lah hakikatnya, kita hanya mampu merancang dan Allah lah sebaik-baik penentunya kan? :)
Act, mula-mula macam agak terkilan jugak la, ye la..kami dah rugi dua hari kott. kalo delay kat mekah ke, bestlah jugak. tapi bak kata Nora, "baiklah rosak kat sini, tau jugak nak berhenti repair kat mana, kot rosak nye kat atas tu, nak berhenti kat tengah awan tu?"
ok3..alhamdulillah. kami semuanya redha saja. Apepun, Saudi Airlines ni 'belanja' kami semua duduk kat hotel kat Mekkah Somban tu ha. Somban? maaf, ni bahase orang kampung saya. ><
Kami menginap kat Seremban, dua hari asyik makan tido je..(mesti orang ingat dah sampai mekah time tu) =_='
dan Alhamdulillah,setelah dua hari asyik bermimpi dah ada kat Masjidil Haram, pada 23hb pukul 9.30 malam akhirnya kami berlepas ke Jeddah. Terima kasih Ya Allah..:)
haa..sape kata makanan dlm flight xbest ha? rase nak tambah je..>< |
Awal-awal lagi pihak travel dah bagitau yang kena bersedia dengan cuaca panas yang tak pernah anda alami kat Malaysia. Dan memang sangat3 betul lah, walaupun baru pukul 8 pagi, tapi bahang dan terik nya macam pukul 12 tengah hari kat sini. tapi cuba tengok gambar ni..
kalau tengok suasana macam dingin dan sejuk je kan? sedangkan sebenarnya.. |
bila fikir balik dengan iman, ni baru panas kat dunia kan? nanti kat Padang Mahsyar bila matahari hanya jarak SEJENGKAL dari kepala macam mana la kan? ;'(
sebab tu la, kita kena berlumba-lumba untuk menjadi antara tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di 'sana' nanti. apa tujuh golongan tu? haa..boleh tanya pak cik Google ye.
eh, sempat pulak bagi tazkirah..=.='
tak pasti pulak ni pukul brape..=_=' |
tapi..memang keesokan harinya tu memang kepala saya terus rasa berat dan terasa macam nak demam. badan terkejut dengan cuaca yang tak pernah dialami sebelum tu kot. entah berapa banyak panadol saya telan pun saya tak tahu.
alhamdulillah,dalam tiga empat hari kat sana baru rasa macam badan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca, kalau tak setiap kali balik hotel lepas zohor mesti berjalan sambil pejam mata (eh, macam mana nampak jalan?)
erk.saya bukak mata sikit je la.asal nampak cahaya sikit pun ok lah tu.
tempat penginapan di Mekah.. best tau hotel ni! kalau korang pegi Mekah, duduk la kat sini tau ..tau..tau.. apa yang best sangat? makanan! ini serius! |
tadaaa..memperkenalkan, ini lah mutawif kami sepanjang berada di Mekah dan Madinah.
namanya Ustaz Affandi ya ibuk dan bapak sekalian. Baikkk sekali orangnya.
(apesal ayat jadi macam nih?)
saja amek mood sebab ustaz ni orang Indonesia..:D
ustaz suka eh..ke bersyair? saya pun tak pasti, tapi suka 'menyanyi' la senang cite.. hoho |
kaabah..:') |
memandangkan time saya pergi ni dekat nak Ramadhan dah, jadi memang ramai la sangat orangnya.
makin malam, makin ramai orang masuk ke dalam masjid untuk bertawaf sebab cuaca waktu siang yang panas. tapi ramai jugak yang buat waktu siang..=-='
senang cerita setiap waktu memang ramai la (tapi nak jugak bagitahu yang malam lagi ramai).
Bila saya tengok suasana macam tu kan, saya terfikir yang ada ramai lagi orang kat luar sana tu yang berkejar-kejar untuk beribadah kepada Allah.
Betapa sebenarnya Allah memang tak rugi sedikit habuk pun kalau kita ni malas nak beribadah kat dia. sebab ramai lagi hamba Dia yang bersungguh-sungguh mahukan syurgaNya.
Bayangkan sepanjang bertawaf tu ternampak ramai orang yang bersungguh-sungguh berdoa sambil menangis-nangis..
dan percayalah bahawa tiada siapa akan kisah atau pandang pelik kat kita kalau kita menangis sampai tudung kita basah dan mata sembab di tengah khalayak ramai tu..
ni time balik dari solat subuh.. |
ramainya orang beriman... |
jalan ke masjid tak pernah tak sesak tanpa orang. setiap masa memang berduyun-duyun orang ke masjid. kalau time solat lagi lah.. kena cari ruang nak selit-selitkan diri kalau nak cepat sampai masjid sebab imam kadang-kadang mula solat cepat sangat, tapi ada waktu tu lambat pulak sampai 15 minit baru iqamat..saya pun komfius..=_='
kat sana tuhan uji saya dengan istihadhah. (kalau tak tahu boleh tanya pakcik google lagi).
sedih jugak mulanya sebab istihadhah akan menyebabkan saya perlu mengambil wudhu' yang baru hanya selepas azan. yang sedihnya, mestilah saya tak dapat nak duduk dalam masjid awal-awal untuk tunggu masuk waktu solat sebab kalau anda nak duduk dalam masjid, sekurang-kurangnya kena datang setengah jam awal (itu pun kat tempat3 yang tak berapa nak selesa) dan mula-mula tu memang kelam kabut jugak saya dibuatnya.
memang banyak kali jugak lah kena ulang alik keluar masuk masjid, kalau imam cepat mula solat lagi lah rasa menggelabah sebab rasa rugi sangat kalau tertinggal satu rakaat bersama imam.
tapi saya yakin dan percaya, bila Allah yang tentukan semua itu pasti ada hikmah untuk diri saya ni. dan pastinya Allah nak menguji kesabaran saya jugak untuk tak mengeluh dengan takdirNya. ;)
perkarangan masjid..^^ |
bila dah lewat tu, maka tempat saya bersolat kat perkarangan masjid aje. tapi biasanya untuk solat zohor dan asar, imam mula agak lewat sikit, jadi sempatlah saya berlari ke tingkat atas masjid. ada rezeki dapat lah masuk, kalau tak sempat dekat tangga atau depan pintu masuk pun jadilah..^^
nak ubat kesedihan tu, kena lah rajin-rajin kan diri buat solat sunat kalau nak solat depan ka'bah atau di tingkat bawah masjid. apepun, semuanya..alhamdulillah..:))
**********************
*wah,panjangnye.ni ke yang takde ceritanya? huu
sebab saya takut anda pening baca panjang3, nanti saya buat part 2 pulak nah..hoho
ni baru pengenalan ni..ngee~~ :D
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Dakwah Adalah Cinta..
Bismillah..
“ Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka ia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa yang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun”
[Hadith Riwayat Muslim]
Dakwah Itu...
Dakwah bukan kerja ustaz atau ustazah sahaja
Tapi dakwah itu milik semua orang yang mengaku beriman dengan sebenar-benarnya..
Dakwah bukan untuk orang yang tidak mahu bersusah dan manja
Bukan untuk orang yang asyik memberi alasan itu ini begitu begini
Bukan untuk orang yang merungut kenapa macam tu kenapa macam ni..
Tapi dakwah untuk orang yang tidak kisah masanya tiada untuk berseronok macam orang lain
Sebab dia yakin benar yang masa berehat itu bukanlah di dunia tetapi hanya apabila dia sudah bertemu dengan tuhannya..
Tapi..
Dakwah ini susah..
Banyak mata yang memandang..
Banyak mulut yang bercakap..
"Eleh..nak tegur orang.diri sendiri pun teruk lagi,"
"Dia ingat tudung dia dah labuh dia bagus sangat?"
Mereka tidak tahukah yang dia itu juga hanya manusia biasa?
Mesti ada juga salah dan cacat celanya..
Pastinya..
Tak semua orang sanggup nak buat dakwah
tapi semua orang yang mengimpikan syurga pasti sanggup menggalasnya!
*Saya.mahu.jadi.D.A.I.E
Saturday, August 20, 2011
Pulangkan..:'(
bismillah.. |
harap orang 'tu' baca entry ni.. |
saya tidak tahu siapakah yang akan sudi membuka dan membaca blog ni..
tapi saya tetap nak luahkan kat sini..huhu
saya ini jenis yang suka membeli buku dan biasanya saya tak kisah pun untuk memberi orang pinjam
tapi, dengan satu syarat..
pulangkan kembali buku-buku saya sepertimana saya memberikannya kepada kalian..
sebab saya sangat-sangat-sangat menyayangi buku-buku saya..
biasanya buku-buku bukan akademik la (erk.saya sayang jugak.) ..=_='
buku motivasikah, islamik kah, novel kah..macam-macam lagi laa..
tapi..semakin lama saya rasa buku-buku kesayangan saya itu semakin ghaib..:'(
entah dimanakah..*nangeh*
saya bukan jenis yang akan membuat buku catatan kepada siapa yang mahu meminjam buku-buku saya kerana saya percaya yang meminjam itu pastinya sudah besar panjang dan akan ada rasa tanggungjawab untuk memulangkannya kembali bila tiba waktunya..
dalam banyak-banyak buku yang saya sedar kehilangannya..
saya paling terasa dengan ke'tidakjumpa'an saya terhadap buku ini..
buku..dimanakah?? :'( |
mungkin ada sahabat yang meminjam dan terlupa nak pulangkan balik..
takpe, saya tak marah..
boleh lah mesej saya dan bagitahu yang buku ini berada dalam keadaan selamat dan sihat di tangan anda..
huhu
"Ala..beli je la baru tasya oii," terdengar satu suara ngeri
kalau ada terjumpa, pulang balik kat saya eh.. |
Oh tidak akan sama..:'(
Buku ini ada nilai dan kenangannya yang tersendiri kepada saya..
Sob sob sob..
Anda fahamkah perasaan itu??
Friday, August 19, 2011
Surat Daripada Lelaki Tanpa Hati..
bismillah..
Tinta ini adalah kisah perutusan surat dari Lelaki Tanpa Hati kepada as-Syahid Imam Hassan al-Banna serta jawapan dari as-Syahid yang bisa menyentak jiwa hening sesiapa saja yang membacanya. Sama-sama kembara di sebalik coretan surat tersebut.
***********
Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum w.b.t,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.
Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.
Seringkali dia benar-benar merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, “Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.
Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang.
Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.
Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, “Dia itu khusyuk nampaknya.”Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.
Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?
Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja, hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.
Dia adalah seorang yang membuat perjanjian (bai’ah) dengan anda & anda telah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?
Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.
**********
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.
Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;
Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.
Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu.
Labels:
diri,
islamku indah
Thursday, August 18, 2011
Monday, August 15, 2011
Adikku,cintailah Al-Quran..
Bismillah..
Bunyi tv di ruang tamu benar-benar mengganggu bacaan saya.
haih..geram betul dengan budak-budak ni.
Pantas kaki melangkah menuju ke ruang tamu.
"Kak lang dah cakap banyak kali kannn.time nak maghrib jangan nak bukak tv." saya cuba menahan geram. puasa ni.puasa..
Dikcik terkebil-kebil. naim pulak buat muka seposen. menoleh ke arah saya sebentar kemudian memandang ke arah tv semula.
"Eee..korang dengar tak kak lang cakap apa ni?" saya menyoal mereka.
"Alaa..kejap je.nak tengok badminton ni. kejapppp je lagi nak habis", balas naim sambil membuat muka berharap.
"takde3..kak lang dah cakap banyak kali.sekarang bukan masa nak tengok tv.time tak puasa tengok tv, ni time bulan Ramadhan pun asyikkk dok tengok tv dekat nak waktu maghrib. kak lang dah bagitahu peraturan bulan ni kan? pukul 7 kena tutup tv dan pergi baca Al-Quran." ujar saya masih dalam nada cuba berlembut.
Wahh..masih buat-buat tak dengar rupanya..
"Last warning..tutup tv dan pergi baca Al-Quran...," mereka masih terpaku dihadapan tv.
"..S.E.K.A.R.A.N.G!," saya meninggikan suara.
Lambat-lambat Naim menutup tv. Mulutnya dimuncungkan tanda tidak bersetuju dengan arahan saya.
Dikcik mengekori Naim dari belakang dan terus masuk ke dalam bilik.
"Alaa kak lang ni..nak tengok kejap je pun tak boleh," terdengar rungutan dari jauh.
Susah juga. hampir hilang kesabaran saya sebab asyik mengulang ayat yang hampir sama setiap hari.
Jujur.saya sangat tak senang dengan suasana di rumah saya di saat-saat menunggu waktu berbuka.
Mungkin kerana mereka sudah biasa berkelakuan begitu dibulan-bulan yang lain, jadinya perangai menonton tv tak mengira waktu tu dah jadi sebati dalam diri.
Haihh..[sambil menggelang-gelengkan kepala]
Adikku, Jangan Pernah Lupakan Al-Quran..
Adikku..
Mahukah kalian tahu tanda-tanda orang yang mencintai Allah?
Orang yang mencintai Allah itu adalah mereka yang mencintai Al-Quran. Jiwa sentiasa rindu untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hatinya sentiasa meronta-ronta untuk mendampingi Al-Quran. Kenapa mesti Al-Quran yang menjadi ukuran?
Kerana Al-Quran itu bicara dari Allah untuk kita wahai adik. Itulah yang Ibnu Masud r.a ucapkan. ukur cinta kita kepada Allah dengan ukuran cinta kita kepada Al-Quran!
Tahukah engkau lagi wahai adikku..
Di bulan Ramadhan ini jugalah turunnya Al-Quran.
maka,jangan engkau lupakan Al-Quran itu..
Baca dan amalkanlah segala isi-isinya kerana Allah menghadiahkan kita Al-Quran ini bukan hanya sekadar untuk diletakkan di atas meja melainkan ianya menjadi petunjuk dalam kita menelusuri kehidupan kita.
Sesaknya kehidupan kita hari ini wahai adik..
Maka, Al-Quran itu adalah penawarnya. Penawar segala kesakitan dan keresahan yang ada di dalam dada.
Itu janji yang Allah ungkapkan buat orang-orang yang beriman..[10:57]
Kita mahu jadi orang beriman kan?
Dan ketahuilah juga wahai adik..
Al-Quran itu adalah temanmu yang paling setia..
Jika kalian mencintainya, ia pasti membalas cinta kalian dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
tak mahukah kalian andai ada yang sudi menemani kalian di dalam kubur yang gelap pekat itu sedang di luar sana semua kecintaan kalian berlalu meninggalkan kalian keseorangan?
Sunday, August 14, 2011
Bring Me To Jannah..
bismillah..
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..
Love someone who will bring you straight to jannah..
And never compare your love story with those in the movies,
because they are written by scriptwriters..
your's is written by ALLAH..
[ anonymous]
Labels:
tasya
Saturday, August 13, 2011
Damai
bismillah..
Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu..
yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit dirimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,.
retaknya hatimu,.
tapi mungkin itulah yang Allah mahukan
kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan
kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan
akrab denganNYA...
:: You love HIM..HE love u more ::
Labels:
bicara hati
Friday, August 12, 2011
Kepada yang terasa..
Bismillah..
Buat dia yang membaca..
Bicaraku ringkas
Moga Allah menunjukkan jalanNya buat dirimu..
kerna aku selalu yakin dengan janjiNya..
”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(QS. Al-Ankabut [29]: 69).
silakan menjauh..