bismillah..
Disebabkan ramai kawan-kawan yang cakap kat saya "tasya!ko pergi umrah ke hari tu? cerita la kat aku macam mana kat sana!"
Malangnya jawapan yang saya bagi sangatlah tak memuaskan hati,
"emm..best3.tak tau nak cakap macam mana, bestlah..best." =_='
Teruk.betul..T_T
Jadinya, pada hari yang penuh kerajinan ini meh la saya story mery pengalaman dan kenangan sepanjang 14 hari berada di sana,insyaAllah..:)
kenapa saya letak gambar ni? sebab saya nak bagitau yang benda besar ni telah mengalami masalah ape ntah sekaligus menyebabkan kami delay dua hari. (what??)
ye..itu lah hakikatnya, kita hanya mampu merancang dan Allah lah sebaik-baik penentunya kan? :)
Act, mula-mula macam agak terkilan jugak la, ye la..kami dah rugi dua hari kott. kalo delay kat mekah ke, bestlah jugak. tapi bak kata Nora, "baiklah rosak kat sini, tau jugak nak berhenti repair kat mana, kot rosak nye kat atas tu, nak berhenti kat tengah awan tu?"
ok3..alhamdulillah. kami semuanya redha saja. Apepun, Saudi Airlines ni 'belanja' kami semua duduk kat hotel kat Mekkah Somban tu ha. Somban? maaf, ni bahase orang kampung saya. ><
Kami menginap kat Seremban, dua hari asyik makan tido je..(mesti orang ingat dah sampai mekah time tu) =_='
dan Alhamdulillah,setelah dua hari asyik bermimpi dah ada kat Masjidil Haram, pada 23hb pukul 9.30 malam akhirnya kami berlepas ke Jeddah. Terima kasih Ya Allah..:)
|
haa..sape kata makanan dlm flight xbest ha? rase nak tambah je..><
|
Alhamdulillah..kami selamat sampai di Jeddah pada hari yang sama kira-kira pukul 8 pagi macam tu lah.
Awal-awal lagi pihak travel dah bagitau yang kena bersedia dengan cuaca panas yang tak pernah anda alami kat Malaysia. Dan memang sangat3 betul lah, walaupun baru pukul 8 pagi, tapi bahang dan terik nya macam pukul 12 tengah hari kat sini. tapi cuba tengok gambar ni..
|
kalau tengok suasana macam dingin dan sejuk je kan? sedangkan sebenarnya.. |
lepas tu, ada seorang mak cik ni pesan supaya jangan merungut walaupun kita rasa panas macam nak terbakar ke ape (hyperbola.yang 'terbakar' tu ayat saya)
bila fikir balik dengan iman, ni baru panas kat dunia kan? nanti kat Padang Mahsyar bila matahari hanya jarak SEJENGKAL dari kepala macam mana la kan? ;'(
sebab tu la, kita kena berlumba-lumba untuk menjadi antara tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di 'sana' nanti. apa tujuh golongan tu? haa..boleh tanya pak cik Google ye.
eh, sempat pulak bagi tazkirah..=.='
|
tak pasti pulak ni pukul brape..=_=' |
tapi..memang keesokan harinya tu memang kepala saya terus rasa berat dan terasa macam nak demam. badan terkejut dengan cuaca yang tak pernah dialami sebelum tu kot. entah berapa banyak panadol saya telan pun saya tak tahu.
alhamdulillah,dalam tiga empat hari kat sana baru rasa macam badan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca, kalau tak setiap kali balik hotel lepas zohor mesti berjalan sambil pejam mata (eh, macam mana nampak jalan?)
erk.saya bukak mata sikit je la.asal nampak cahaya sikit pun ok lah tu.
|
tempat penginapan di Mekah.. best tau hotel ni! kalau korang pegi Mekah,
duduk la kat sini tau ..tau..tau..
apa yang best sangat? makanan! ini serius! |
tadaaa..memperkenalkan, ini lah mutawif kami sepanjang berada di Mekah dan Madinah.
namanya Ustaz Affandi ya ibuk dan bapak sekalian. Baikkk sekali orangnya.
(apesal ayat jadi macam nih?)
saja amek mood sebab ustaz ni orang Indonesia..:D
|
ustaz suka bermadah berzanji..
eh..ke bersyair?
saya pun tak pasti, tapi suka 'menyanyi' la senang cite.. hoho
|
|
kaabah..:')
|
memandangkan time saya pergi ni dekat nak Ramadhan dah, jadi memang ramai la sangat orangnya.
makin malam, makin ramai orang masuk ke dalam masjid untuk bertawaf sebab cuaca waktu siang yang panas. tapi ramai jugak yang buat waktu siang..=-='
|
walaupun panas, tapi kita tetap boleh buat tawaf dengan baik..:)
dan anda boleh solat dekat marmar putih ni dengan kusyuk jugak walaupun baju anda basah dengan peluh
sebab lantainya langsung tak rasa panas walaupun sedikit..
|
senang cerita setiap waktu memang ramai la (tapi nak jugak bagitahu yang malam lagi ramai).
Bila saya tengok suasana macam tu kan, saya terfikir yang ada ramai lagi orang kat luar sana tu yang berkejar-kejar untuk beribadah kepada Allah.
Betapa sebenarnya Allah memang tak rugi sedikit habuk pun kalau kita ni malas nak beribadah kat dia. sebab ramai lagi hamba Dia yang bersungguh-sungguh mahukan syurgaNya.
Bayangkan sepanjang bertawaf tu ternampak ramai orang yang bersungguh-sungguh berdoa sambil menangis-nangis..
dan percayalah bahawa tiada siapa akan kisah atau pandang pelik kat kita kalau kita menangis sampai tudung kita basah dan mata sembab di tengah khalayak ramai tu..
|
ni time balik dari solat subuh.. |
|
ramainya orang beriman... |
jalan ke masjid tak pernah tak sesak tanpa orang. setiap masa memang berduyun-duyun orang ke masjid. kalau time solat lagi lah.. kena cari ruang nak selit-selitkan diri kalau nak cepat sampai masjid sebab imam kadang-kadang mula solat cepat sangat, tapi ada waktu tu lambat pulak sampai 15 minit baru iqamat..saya pun komfius..=_='
kat sana tuhan uji saya dengan istihadhah. (kalau tak tahu boleh tanya pakcik google lagi).
sedih jugak mulanya sebab istihadhah akan menyebabkan saya perlu mengambil wudhu' yang baru hanya selepas azan. yang sedihnya, mestilah saya tak dapat nak duduk dalam masjid awal-awal untuk tunggu masuk waktu solat sebab kalau anda nak duduk dalam masjid, sekurang-kurangnya kena datang setengah jam awal (itu pun kat tempat3 yang tak berapa nak selesa) dan mula-mula tu memang kelam kabut jugak saya dibuatnya.
memang banyak kali jugak lah kena ulang alik keluar masuk masjid, kalau imam cepat mula solat lagi lah rasa menggelabah sebab rasa rugi sangat kalau tertinggal satu rakaat bersama imam.
tapi saya yakin dan percaya, bila Allah yang tentukan semua itu pasti ada hikmah untuk diri saya ni. dan pastinya Allah nak menguji kesabaran saya jugak untuk tak mengeluh dengan takdirNya. ;)
|
perkarangan masjid..^^ |
bila dah lewat tu, maka tempat saya bersolat kat perkarangan masjid aje. tapi biasanya untuk solat zohor dan asar, imam mula agak lewat sikit, jadi sempatlah saya berlari ke tingkat atas masjid. ada rezeki dapat lah masuk, kalau tak sempat dekat tangga atau depan pintu masuk pun jadilah..^^
nak ubat kesedihan tu, kena lah rajin-rajin kan diri buat solat sunat kalau nak solat depan ka'bah atau di tingkat bawah masjid. apepun, semuanya..alhamdulillah..:))
**********************
*wah,panjangnye.ni ke yang takde ceritanya? huu
sebab saya takut anda pening baca panjang3, nanti saya buat part 2 pulak nah..hoho
ni baru pengenalan ni..ngee~~ :D
10 orang yang dikasihi Allah..:
Best3.. ape yg best? mknn.. =_='
buat buku la bru best.. ><
(sambil refresh byk3 kali kalu2 da keluar part 2)
Tengah tunggu part 2. Tapi xdela sambil; refresh banyak kali.. huhu
(Tak kenal orang yang kat atas nih)
Nak jadi anonymous jugak laaa...
hailaaa..=_='
penat la taip pnjg3, sok3 tasya sambung..
*nak setting 'anonymous' xbleh bg komen la gini.. xbest la xtau sp yg tulis..T_T
nanti perasan ada rmai 'peminat' pulak..
kuikui ><
peminat,
mickey mouse~
cukupla hanya dikenali sebagai;
"budak baik yang sudi menyebok"
kui3
cukuplah dikenali sbg
"makcik jual nasi lemak"
kui3
selamat berkenalan "makcik jual nasi lemak";
(seriyes tak kenal siapa...)
--ni budak baik yang sudi menyebok.
kui3
=_='
p/s: bleh je nak bertaaruf kt cni, tp ni entry pasal umrah, nnt tunggu ceq buat entry pasal kawan3 pulak nah..T_T
bes,bes ^^
ukhti tulih lah lagi..
makcik dari tranung, cuteka sape..hehe
tranung??
aisey..sape eh? =_='
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.net
arena-domino.org
100% Memuaskan ^-^
Post a Comment