Pages

Monday, August 08, 2011

Umrah : Catatan Seorang Hamba..

Bismillah..

" Seakan terasa lembut bicara
Memanggil aku datang padaNya.."



Payah rasanya mahu menyusun setiap baris kata untuk bercerita tentang pengalaman yang satu ini.
setiap patah perkataan itu sekadar berlegar di fikiran dan tangan kembali kaku pabila mahu menekan keyboard.
Entah kenapa..
tidak terluah setiap perasaan.semuanya bercampur baur yang hanya mampu dibalas dengan rasa sebak di dada..
indah..terlalu indah..

Saat Kali Pertama..

Penerbangan saya pada hari itu terus ke Jeddah. Jadi, kami akan terus memasuki Mekah dan menunaikan umrah dengan berniat ihram di dalam flight lagi. 
setibanya di Jeddah sekitar pukul 8.30 pagi tapi subhanAllah cuacanya sudah membuatkan saya berpeluh-peluh saat menunggu bas untuk bertolak ke Mekah..

Alhamdulillah..kami sampai ke Tanah Haram sebelum masuknya waktu Asar..
kalau diikutkan hotel tempat menginap saya tidaklah terlalu dekat dengan Masjidil Haram tetapi entah kenapa bila disemak nama saya dan adik, rupanya kami telah ditukar ke hotel yang lebih dekat. jaraknya hanya dalam 100 meter sahaja. dan mengejutkan lagi, daripada bilik berempat,kami bertukar kepada bilik berdua..

Dari tingkap bilik hotel,Masjidil Haram sudah boleh dilihat. 
Sayunya..hanya Tuhan saja yang tahu. Saya pula hari itu memang terlalu murah dengan air mata. rasa sebak tak dapat ditahan-tahan semenjak berniat ihram di Qarnul Manazil lagi. seakan tidak percaya. hanya itu yang mampu yang saya katakan..

Ketika itu juga mutawif mencadangkan kami untuk menyempunakan ibadah umrah pada malam hari selepas isya' sahaja untuk memberi peluang kepada kami berehat kerana memang terlihat kepenatan dek kerana perjalanan yang panjang. 
Bagi saya dan adik yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke sana, kami hanya menunaikan solat di dalam bilik sementara menunggu waktu dibawa ke melangkah ke Masjidil Haram selepas isya'. tak berani pula mahu  masuk tanpa ada mereka yang sudah berpengalaman. 
lagipun mutawif sudah berpesan untuk menunggu selepas isya' saja agar boleh terus menyempurnakan umrah yang masih belum selesai..
Berdebarnya..perasaan bercampur baur untuk menunggu malam..

Tepat pukul sepuluh, mutawif membawa kami bersama-sama menuju ke masjid diiringi talbiah.
Jujur..rasa debar di dada yang tak pernah saya alami dalam hidup saya. 
sebenarnya saya masih tidak percaya. umpama bermimpi.. seakan tidak mampu mengangkat wajah saat memasuki masjid.. hati seakan tidak keruan membayangkan bahawa di hadapan saya ada Baitullah yang mulia..
Hanya apabila terdengar bisikan takbir daripada seseorang disebelah barulah saya mengangkat wajah perlahan-lahan..
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Saya basah dengan linangan air mata..

Mereka semua berkata..Ya Rabb..




Berkali-kali saya memberitahu diri saya yang dihadapan saya ini benar-benar Baitullah yang saya rindukan selama ini..
Hebatnya keagunganMu Ya Allah.. 
melihatnya sahaja membuatkan hati diruntun hiba..

Antara satu waktu yang masih kuat terpahat di ingatan saya adalah saat bersolat di Hijir Ismail..
Orang berasak-asak mahu masuk ke dalamnya kerana ia merupakan salah satu tempat paling mustajab untuk berdoa.
saya tidak mahu bercerita tentang kesukaran yang dialami untuk menyelitkan diri masuk ke sana, bukan juga mahu bercerita tentang kepala yang menjadi mangsa 'sepakan' entah kaki siapa..
tetapi, tentang kesungguhan setiap orang yang berdoa di dalamnya yang sempat saya perhatikan sambil mencari-cari ruang kosong untuk menyelitkan diri.

Hibanya hati saya tatkala mendengar rintihan dan tangisan mereka..
pastinya saya tidak memahami apa yang mereka rintihkan dek kerana perbezaan bahasa antara kami.tetapi hati saya benar-benar hiba mendengar mereka menyebut..YA RABB..YA RABB..

saya tahu..kami semua sedang berbicara dengan tuhan yang sama
hebatnya esakan mereka menggetarkan lagi hati saya kerana membayangkan adakah tuhan masih sudi memandang saya dicelah-celah ribuan hambaNya yang juga sedang merintih menyebut namaNya..

"Kamu ini insan terpilih.."




“Satu Umrah ke satu Umrah merupakan penghapus dosa antara keduanya. Dan Haji yang mabrur itu pula, tidak ada balasan yang lebih setimpal melainkan syurga.” (H.R. al-Bukhari dan Muslim)


Teringat-ingat pesan ustaz ketika di sana. Tujuan utama menyambut panggilan ilahi ke Tanah Suci ini bukan sekadar suka-suka. 
Untuk menyucikan jiwa yang kotor..buat membasuh semua dosa-dosa yang berbekas di dalam diri.
Besar harapan agar diri yang kembali pulang nanti adalah diri yang sudah kembali suci. 
itulah matlamatnya.maka,jangan pernah sesekali mengeluh penat untuk menadah tangan dan sujud memohon keampunan.


Kata ustaz,"Kamu ini insan terpilih."
Allah yang pilih. Ramai orang yang punya harta yang banyak, tapi Allah masih tidak menjemput untuk menjadi tetamuNya.
Tetamu Allah..apa lagi yang lebih membahagiakan dari membayangkan bahawa Allah masih mahu memanggil diri yang penuh dengan dosa ini untuk menjejak ke rumahNya?


Ia Sebuah Janji..


Banyak lagi sebenarnya yang terbuku dalam hati ini andai bertanya tentang 'pengalaman' saat berada di sana.
setiap saat dirasakan penuh berkah. sehinggalah sampai ke hari terakhir saya menyempurnakan tawaf wada' untuk mengucapkan selamat tinggal..
Allahu Allah..
Moga pandangan ketika itu bukan kali yang terakhir.
Sudilah kiranya memanggil hambaMu ini kembali, kerana saya pasti akan sanggup melakukan apa saja untuk menyahut panggilan itu..


ketika berada di dalam flight untuk pulang, ada seorang pak cik ni bertanya kepada saya
"Apa yang kamu dapat sepanjang berada di Mekah dan Madinah?"
saya terdiam..tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.
pantas pak cik tersebut memberikan jawapan yang menyentak hati saya..


"Awak kena kata macam ni..Ya Allah, moga-moga aku pulang dengan hati yang sudah kembali suci umpama kain yang putih.maka aku berjanji Ya Allah, bahawa aku akan mencorakkan kain itu hanya mengikut apa yang diperintahkan olehMu.."


saya terdiam.kata-kata itu hakikatnya dari Dia..
teringat janji-janji saya saat berada di sana..
Allahu Allah..
Berilah diri ini kekuatan untuk mengikut segala perintahMu




Moga Allah mengampuni diri ini..
Ana Abdullahi,walan yudhi'ani..





10 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

tasya...
sweetnye..

Anonymous said...

........................................................................................................................................................................................................(tidak mampu melakar kata3)

subhanallah~!

Nazihah@Jiha said...

Allahu rabbi..berlinangan air mata membaca tiap bait kata.

subhanallah.

Theye said...

sya!!!!

::afni natasya:: said...

anonymous: Alhmdulillah..^^

nazihah: Alhamdulillah..Allah sgt baik dan tidak pernah menghampakan harapan hambaNya..:')

::afni natasya:: said...

pojana: iye3!! time kasih la sudi bace luahan hatiku ni..^^

Anonymous said...

tikah: tasya....subhanAllah..cemburu aku makin membuak2..sapa yg xcemburu kalu sahabat dh jejak kaki kat rumah Allah..doakan aku juga..kau dh dekat moga kesempatan itu dapat..insya Allah..
:))

::afni natasya:: said...

insyaAllah dear..
dun wory..Allah ada percaturan yg sgt baik utk setiap dari kita..:)

Anonymous said...

tasya..bestnye!
doakan aku..nak pegi jugak!
nice sharing lah..:)

::afni natasya:: said...

insyaAllah..:)

Post a Comment