Pages

Wednesday, September 14, 2011

Bukan Milik Kita..

Bismillah..






tahu tak, apa yang ada pada kita hari ini bukanlah milik kita
semuanya..hanya pinjaman kan?
Allah bagi kita pinjam..agar kita dapat menjalani kehidupan kita ini dengan bahagia.


Allah bagi pinjam..
keluarga kita..harta benda kita..bahkan diri kita sendiri adalah milik Allah
pada akhirnya, pasti semuanya akan kembali kepada Tuan empunya kan?
siapalah kita untuk marah-marah bila benda itu diambil kembali oleh tuan empunya?
kita tak layak untuk marah!


jangan bersedih..
bila Allah ambil kembali apa yang ada pada kita.
kita kan hanya HAMBA..


jangan kecewa..
bila harapan dan impian kita tidak menjadi kenyataan
pastinya, Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita..
sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menjangka kan nya
tidak ada yang mustahil bagi Allah kan?


semuanya..
bukanlah milik kita..
kita hanya menumpang di negeri ini, buat mencukupkan bekalan sebelum berangkat ke negeri abadi..
jadi, jangan marah bila yang kita rasakan milik kita itu di ambil kembali kerana ia hakikatnya bukan milik kita!


Jangan Sampai Kehilangan..






Ada banyak sangat perkara dalam hidup ni
Tapi, hanya ada satu perkara yang saya tak sanggup kehilangannya


Bila diri ini tersalah dan tiada siapa lagi yang Allah hadirkan untuk menegur
Bila diri ini putus asa dan tiada siapa lagi yang Allah hadirkan untuk kembali menguatkan


Saya risau sangat andai Allah sudah tidak mahu 'memandang' saya lantaran dosa-dosa yang menggunung tinggi
juga kerana kadangkala diri bersikap endah tak endah dengan teguran demi teguran yang Dia berikan..
Allah..:'(


sahabat akhawat..
jangan jemu untuk mengingatkan saya andai saya terleka..
saya amat memerlukan kalian..
kerana pada saya, nasihat kalian adalah amaran dari Dia buat saya..


kita boleh hilang segala-galanya yang ada di dunia ini
tapi, kita tidak boleh kehilangan Allah..
ya, hidayah itu milik Allah..
tetapi usaha untuk memperoleh hidayah itu berada di tangan kita..


jangan sampai kehilangan..

3 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

jangan kecewa..
bila harapan dan impian kita tidak menjadi kenyataan
pastinya, Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita..
sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menjangka kan nya
tidak ada yang mustahil bagi Allah kan?


tiap orang pastinya ada impian.. kekadang impian itu dirasakan terlalu mustahil.. kekadang3 impian ku itu kurasakan terlalu sempurna utk insan lemah sepertiku.. terlalu3 indah utk dikurniakan kpdku.. tp yakinlah Allah sentiasa mendengar dan sentiasa melihat, Dia amat3 faham isi hatimu.. hanya Dia yang begitu memahamimu.. jgn berhenti berdoa dan mengharap..

Allah tu dekat kan?? jgn jauh kan diri dariNya . .

T___T insyaAllah

::afni natasya:: said...

insyaAllah..
Allah sgt3 mengetahui hati hambaNya..
moga Allah mentakdirkan yg terbaik..
Allahumma Ameen..

jzkk khairan atas ingatan..

Anonymous said...

Allah pasti lebih3 syg kalau kita selalu ingat pd Dia... mohonlah padaNya... xmustahil utk Dia makbulkan :))

Post a Comment