Pages

Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Hai Bidadari..;)






+ Hmm..aku mahu cantik. macam bidadari.
+ Gila ke hape kau ni? kot ye pun nak buat contoh, ambik lah yang masuk dek akal sikit
+ Salah ke aku cakap? kau kena tempias dia sikit pun ok what..
+ Tak nak aku. bidadari tu terlalu cantik.matanya jeli,hidungnya mancung, kulitnya bak telur dikupas, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah bak delima.bahkan kau takkan mampu membayangkan kesempurnaan mereka. tapi..aku tak cukup dengan itu, aku mahu lebih lagi..


+ Lebih lagi? kau lagi gila!

Bidadari itu,pastilah juga wanita seperti aku
tapi bilamana fizikal menjadi ukuran kemuliaan, pastilah aku kalah ditempat yang paling belakang..


Bidadari syurga yang kau puja itu, pastilah mereka mulia dengan nilai yang mereka ada
tempat mereka pasti di taman-taman syurga, sedang aku..masih merangkak menuju taman mereka..


Bidadari syurga, mereka sudah bersenang-senang di sana
sedangkan wanita dunia,masih perlu bersusah-susah. masih perlu kuat dalam mujahadah

dengan iman dan islam. sedang syurga itu belum tentu berada dalam dakapan..

Kerana itu jangan kau bandingkan aku dengan mereka. Antara aku dan mereka itu jauh berbeza



Tapi, jangan kau sangka wanita dunia itu akan selalu kalah
Kerana..
Di dunia ini juga ada calon bidadarinya
Si dia yang taat pada Allah dan rasulNya
Si dia yang menginfakkan diri untuk agama

Si dia yang indah akhlak perilakunya
Si dia yang tenang dan mendamaikan mata yang memandang, bukan hanya sekadar fizik tetapi pada jiwa..



Khabarkan kepada wanita dunia..

Suatu hari ummu salamah bertanya kepada Rasulullah saw: 



Aku berkata,“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”

Baginda menjawab, “ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.

Aku bertanya, “ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”

Baginda menjawab, “ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau;perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.” (HR Tabrani)





Nah..terpulang kepada kalian untuk menjadi calon atau hanya sekadar penonton..:)


Friday, January 27, 2012

mutiara sepanjang jalan

Bismillah..


"Redha itu adalah BAHAGIA..
 bahagia itu adalah apa sahaja yang menuntun kita ke arah syurga"


Alhamdulillah.tak tahu lah nak gambarkan perasaan macam mana tapi rasa bersyukur sangat untuk setiap detik yang berlalu di dalam seminggu ni.

Alangkah besarnya kasih sayang Allah. perjalanan yang di rancang macam jadi-ke-tak-ni akhirnya menjadi perjalanan yang penuh ibrah dengan mutiara-mutiara bernilai yang berciciran di mana-mana sahaja untuk kami kutip buat bekalan diri menuju arah kehidupan yang lebih baik..:')

syukur sangat Allah permudahkan perjalanan kami sepanjang jaulah kali ini. dari johor ke kuala lumpur dan kemudian naik ke terengganu. sepanjang perjalanan yang penuh bermanfaat di dalam kereta yang pastinya perasaan nya akan berlainan jika bukan bersama akhawat. berkesempatan mengecas energy dakwah beberapa hari bersama akhawat KL dan terengganu yang membuatkan diri berkobar-kobar untuk berlari dengan lebih laju apabila kembali ke johor. [Ahh..di mana-mana sahaja yang sebenarnya.dakwah tidak pernah terikat dengan tempat!]

betul lah cakap tok guru, bila kita korbankan sesuatu dan bersusah payah sedikit untuk dakwah dan tarbiyyah, perasaan yang kita dapat akan berlainan walaupun kita dapat benda yang sama. lain rasanya bila pergi di saat rasa macam segalanya serba tak cukup baik dari segi material dan spiritual ni. tapi alhamdulillah, Allah yang yang mencukupkan segalanya kan? Bila kita serahkan segalnya pada Allah pasti Allah tidak akan menghampakan kita. Hmm..selama ni pun banyak je daurah yang dah pernah pergi di johor selama ni, tetapi bila berjalan jauh sikit semata-mata kerana mahu memenuhi keperluan tarbiyyah diri, perasaan nya memang akan berlainan.serius!

berjumpa pulak dengan orang-orang hebat dalam dakwah. mereka yang sudah berpuluh tahun bergelumang dengan dunia dakwah dan tarbiyyah menerbitkan kekaguman yang teramat buat diri ini. mereka masih tsabat. hati mereka masih kuat terpaut dengan janji syurgaNya. dan di dalam kesibukan mereka ke sana sini sempat pula meluangkan masa untuk berkongsi dengan kami. 
saya nak share satu pesan yang dikongsi seorang daripada syuyukh di terengganu tempoh hari. waktu kami bersama beliau tu genaplah usianya yang ke 63 tahun. masyaAllah..sepanjang usianya sudah dihabiskan untuk dakwah dan tarbiyyah. rasanya kalau di sebut sahaja namanya pasti kalian yang berada di jalan dakwah ini akan mengenali beliau. bila ditanya tentang bagaimana mahu kekal berada pada jalan ini, beliau kongsikan dua perkara.

pertama, jagalah hubungan kita dengan Allah. mereka yang berusaha sedaya upaya untuk mencari redhaNya pastilah tidak akan disia-siakan olehNya. dan keduanya, sentiasalah bersama dengan kelompok orang-orang soleh. walaupun time tu kita rasa iman kita sangat menurun, tapi janganlah biarkan diri duduk seorang diri kerana syaitan pasti akan mencucuk kita untuk perkara yang lain pula. carilah akhawat, insyaAllah dengan bersama mereka akan dapat membantu menampal kembali iman yang terkoyak itu.


Tiada Yang Sia-Sia, InsyaAllah..



i'm not alone..



Allahu Allah..
perjalanan kami memang memenatkan namun apa yang kami pelajari sebalik itu tiada nilai yang mampu membayarkan..
saya belajar kembali tentang ukhuwah. Allah memberikan semua jawapan yang bermain di fikiran saya sebelum perjalanan kami bermula. ukhuwah fillah..itu bukan hanya sekadar kata-kata..
dan ukhwah adalah perkara yang akan menguatkan kita selepas keimanan..
kesyukuran yang tidak terhingga kerana dipertemukan dengan kalian, moga kelak kita akan menjadi antara golongan yang mendapat naungan arasyNya..
bulatan gembira di tepi laut di hari terakhir jaulah saya bersama mereka sebelum balik ke kelantan menyentuh hati saya. Alangkah indah.. mengingati Allah dimana-mana sahaja, saling berpesan-pesan pada kebaikan dan juga iman. saya tak menemukan waktu seperti itu melainkan ketika bersama akhawat. baik ketika berada di dalam kereta mahupun ketika berjalan membeli air bersama. betul sangat-sangat, bersama orang-orang soleh akan menguatkan kita.carilah mereka, insyaAllah kita kan kuat!

Allahu Rabbi..
Bila teringat balik.usia saya mengenali terbiyyah ni barulah dalam setahun lebih sikit. tapi benar sangat-sangat yang tarbiyyah akan mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan. terhadap semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita.segalanya.. dan saya sangat bersyukur untuk setiap detik kehidupan sepanjang mengenali tarbiyyah ini. terima kasih ya Allah..:')

sebak bila teringat kembali pesan syuyukh hebat tu. kata-katanya di akhir pertemuan kami masih terngiang-ngiang di telinga saya.katanya..

"Selamat menempuhi perjalanan kehidupan yang panjang. semoga di akhirnya nanti kalian akan bertemu BAHAGIA.."

Allahu Allah.. tetapkan hati-hati kami di jalan ini..
hanya ada dua,mati syahid atau hidup mulia! 

Friday, January 06, 2012

Belajar menjadi dewasa.

Bismillah..

terima kasih buat mereka yang sudi mewarnai kehidupan ini

Pengalaman memang benar-benar mendewasakan kita
Kita belajar erti kehidupan yang sebenarnya
Kita mengenali ramai orang dengan bermacam-macam perangai
Ada yang kita mulai perkenalan dengan senyuman tapi akhirnya kita lepaskan dengan deraian air mata
Ada yang  kita mulai dengan muka yang masam tapi sehingga ke saat ini akhirnya menjadi insan menumbuhkan bahagia dalam hati kita
Ada yang kita tak sedar pun kehadirannya tapi dia sebenarnya mengambil tahu tentang diri kita
Kita pula mungkin juga sedang mengagumi seseorang tetapi pada dia nama kita ini seakan tiada tercatat pun di dalam episod kehidupannya
Begitulah kehidupan.
Insan datang dan pergi mengajarkan kita banyak perkara
Dia yang melukai kita bukanlah datang untuk menjatuhkan kita sebenarnya, tetapi mengajarkan kita sisi pandang kehidupan yang lebih bermakna
erti sabar, erti ikhlas dan memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan..

Dia yang memberikan harapan, tetapi diakhirnya memusnahkan harapan yang sangat-sangat kita impikan
Bukan dia itu sebenarnya yang kejam tetapi begitulah cara tuhan mendidik kita
bahawa yang ada pada kita ini hanyalah selayaknya seorang hamba
Pada aturan tuhan itu tak sepatutnya kita persoalkan
Tuhan mengajarkan kita, bahawa hanya Dialah yang berhak mengaturkan segala-galanya..
Bukan kita.. Bukan!
Disitulah tuhan mentarbiyyah kita bahawa segala harapan kita seharusnya disandarkan padaNya
dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara..

Bahagiakan Dirimu

Carilah kebahagiaan itu dengan memandang segalanya melalui kacamata akhirat
Pernah kecewa dengan manusia? pasti pernah.
tapi bukankah kita juga pernah melukai orang lain juga. mungkin juga tanpa kita sedari.
hanya memandang dengan pandangan dunia tidak akan membuahkan apa-apa. yang ada hanyalah rasa sakit hati yang berpanjangan. tetapi, memandang dengan nilaian akhirat?
hati kita akan tenang. kita akan tetap berbaik sangka kepada semua orang. bahawa begitulah cara tuhan mendidik kita, melaui insan-insan yang mengguriskan hati kita..
kita belajar darinya. dan kita tidak akan pernah merasa kesal kerana dipertemukan dengan mereka..

Oh ya, terima kasih untuk mereka yang pernah menjadi tetamu di dalam diari kehidupan saya
Masa lalu dan hari ini..
Anda mengajarkan saya untuk menjadi dewasa..






Sunday, December 18, 2011

Musim cuti sekolah..

...terbang tinggi...


Selamat berbahagia..
kepada teman-teman..
dari seorang kepada berdua..
dari berdua kepada bertiga pun boleh juga..;)

ok.tak boleh cakap banyak-banyak..
moga bahagia sampai syurga! ^^

diam..
::afni natasya::




p\s: kenapa sekarang ramai orang kahwin awal?

Friday, November 11, 2011

Maaf..

 bismillah..


Ukhuwah kita..
masih terlalu rapuh..
jauh sekali andai mahu dibandingkan dengan kasih Abu Bakar saat meletakkan dirinya dalam bahaya semata-mata kerana mahu melindungi baginda Nabi..

mungkin juga..
tidak akan mampu menandingi cinta Salman Al-Farisi yang mengalir air mata kegembiraan sedangkan dirinya ditolak
"Allahu Akbar, Maha Suci Allah yang memilih teman saya sebagai pengganti,"
Abu Darda' kehibaan..
Ini benar-benar cinta seorang teman sejati..

hebatnya ukhuwah mereka
kata-kata mereka bukan dusta
"Aku mencintaimu kerana Allah", maka, ia benar-benar kerana Allah!
sedangkan diri ini masih terkial-kial
mempertahankan harga ukhuwah yang paling rendah
berlapang dada pada sahabat masih terasa payah..

Aku menemukan ini..
Bicara seorang akhi yang benar-benar menggugah jiwa
Ukhuwah itu tidak perlu diperjuangkan!
Yang tercalar itu bukanlah perasaan tetapi iman..

*menangis*


:: Firman Persaudaraan ::

Ketika kubaca firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan
tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita,
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan

itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, dan saat kebaikan justru melukai

aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan itu,
dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;
“para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain..
kecuali orang-orang yang bertaqwa”

-Salim A. Fillah-

*tulisan ini khas buat seorang teman..
maaf atas segalanya..


Wednesday, October 26, 2011

Senaahh..baca ni! ^^


bismillah..


Sanah Helwah buat sahabat yang satu ni..
Moga Allah merahmati seluruh kehidupanmu..^^
dah macam tulis karangan da ni..:D
tak sangka ada bakat menepek kertas warna..weee..^^
Ya Allah..
Tika Kau Hadiahkan Aku Sahabat,
Kau jadikanlah Hatiku Bersyukur Atas Kurniaanmu,
Kau Jadikanlah Hatinya Berlapang Dada Menerimaku..
Kau Jadikanlah Sahabatku Ini Sebagai Teman Seperjuanganku, 
Peniup Semangat Jihadku, 
Saling Membantu Memikul Amanah Dakwah AgamaMu
Kau Jadikanlah Ukhwah Ini Disemai Atas RedhaMu,
Teguhnya Atas Cinta Padamu,
Dilindungi Dari Maksiat dan Hal-Hal Yang Melalaikan Kami Dari Mengingatimu..
Ya Allah.. 
Bahagiakanlah Hatiku Dan Hati Sahabatku Ini Dengan Cinta KepadaMu..
Allahumma Ameen..
 
:: moga kita kekal bersahabat sampai syurga ::
with love,
tacha!

Wednesday, September 14, 2011

Bukan Milik Kita..

Bismillah..






tahu tak, apa yang ada pada kita hari ini bukanlah milik kita
semuanya..hanya pinjaman kan?
Allah bagi kita pinjam..agar kita dapat menjalani kehidupan kita ini dengan bahagia.


Allah bagi pinjam..
keluarga kita..harta benda kita..bahkan diri kita sendiri adalah milik Allah
pada akhirnya, pasti semuanya akan kembali kepada Tuan empunya kan?
siapalah kita untuk marah-marah bila benda itu diambil kembali oleh tuan empunya?
kita tak layak untuk marah!


jangan bersedih..
bila Allah ambil kembali apa yang ada pada kita.
kita kan hanya HAMBA..


jangan kecewa..
bila harapan dan impian kita tidak menjadi kenyataan
pastinya, Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita..
sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menjangka kan nya
tidak ada yang mustahil bagi Allah kan?


semuanya..
bukanlah milik kita..
kita hanya menumpang di negeri ini, buat mencukupkan bekalan sebelum berangkat ke negeri abadi..
jadi, jangan marah bila yang kita rasakan milik kita itu di ambil kembali kerana ia hakikatnya bukan milik kita!


Jangan Sampai Kehilangan..






Ada banyak sangat perkara dalam hidup ni
Tapi, hanya ada satu perkara yang saya tak sanggup kehilangannya


Bila diri ini tersalah dan tiada siapa lagi yang Allah hadirkan untuk menegur
Bila diri ini putus asa dan tiada siapa lagi yang Allah hadirkan untuk kembali menguatkan


Saya risau sangat andai Allah sudah tidak mahu 'memandang' saya lantaran dosa-dosa yang menggunung tinggi
juga kerana kadangkala diri bersikap endah tak endah dengan teguran demi teguran yang Dia berikan..
Allah..:'(


sahabat akhawat..
jangan jemu untuk mengingatkan saya andai saya terleka..
saya amat memerlukan kalian..
kerana pada saya, nasihat kalian adalah amaran dari Dia buat saya..


kita boleh hilang segala-galanya yang ada di dunia ini
tapi, kita tidak boleh kehilangan Allah..
ya, hidayah itu milik Allah..
tetapi usaha untuk memperoleh hidayah itu berada di tangan kita..


jangan sampai kehilangan..

Monday, July 18, 2011

Sahabat Sejati

Alangkah Beruntungnya Seorang Sahabat Sejati..


Bismillah..


Alangkah indahnya seorang sahabat, yang ketika kita berbuat salah ia menegur dan menasihati, bukan kerana rasa benci, namun kerana begitu cintanya ia terhadap kita sehingga tak bosan-bosannya mengingatkan akan sebuah kebenaran. 


Terkadang kita terlupa, termakan oleh ego diri, merasa lebih baik, lebih banyak makan asam garam, sehingga menafikan sebuah kebenaran yang sebenarnya datang dari Allah SWT dan Rasul-Nya lewat lidahnya.


Alangkah indahnya seorang sahabat, yang mahu ikut menangis bersama, ketika melihat sahabat lainnya jatuh dalam kubang nista dan dosa, merasa kasihan, bukan kebencian hingga bergetar bibir menahan tangis dan kesedihan, terluka jiwa yang fitrah oleh tajamnya belati hawa nafsu.

Alangkah indahnya sebuah persahabatan jika didalamnya terdapat saling menasihati tentang iman, pentingnya mengingat mati, kepastian hari akhir dan segala hal tentang kebenaran hakiki termasuk segala kebaikan. Diri terasa dihibur dan juga digentarkan. Dihibur dengan cerita mengenai ganjaran kebaikan berupa surga, berlipatnya balasan Allah SWT atas sebuah kebaikan yang diperbuat di dunia dan digentarkan oleh cerita dahsyatnya siksa neraka, bukan hanya bagi orang yang ingkar terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, namun juga bagi orang yang berbuat baik dengan niat yang sudah di kotori.





Alangkah indahnya petunjuk Rasulullah SAW perihal memilih sahabat. Beliau mengumpamakannya dengan penjual minyak wangi dan si tukang besi. Jika berteman dengan penjual minyak wangi,maka sedikit sebanyak kita pasti akan mendapat dan mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan seorang pembuat besi, bisa-bisa percikan apinya mengenai tubuh kita dan juga bau busuknya.

Soalnya, adakah kita telah menjadi salah seorang yang layak digelar sahabat sejati?

p\s: kalau bukak facebook,jenguk2 la SINI..^^

Friday, June 10, 2011

cinta seorang sahabat..

Bismillah..




"Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagiaan yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa" 
(43:67)

Hebat seorang sahabat..
Wajahnya bisa menarik hati kepangkuan ilahi
lantas teringat aku pada Rabbi..

Hebat seorang sahabat..
Tuturnya yang damai bisa menggetarkan jiwa-jiwa yang mati bangun kembali
mengejar kembali akhirat untuk hidup tatkala mati..

Hebat seorang sahabat..
Jasadnya bekerja umpama angin ribut salju
senyap,tegap,pantas,kemas
yang menatap turut bangkit dengan ruh dan jasad..

Hebat seorang sahabat..
Cintanya pada Allah lebih dari yang lain
termasuk aku sahabatnya ini..

Hebatnya diriMu Ya Allah..
Ada dikalangan hambaMu sehebat ini..


Kita Akan Dibangkitkan Di Hari Kiamat Bersama Orang Yang Kita Cintai..


Saya tatap lama kertas yang terselit dicelah lembaran Al-Quran itu.

Tahulah saya pasti surat ini dari dia.
Aduhai..cintanya saya pada sahabat yang seorang ini..

Sahabat..
Ketahuilah bahawa setiap bicara kamu pada saya, selayaknya bicara yang sama dari saya untuk kamu juga..



"Wahai Tuhan Yang Maha Baik..
Sahabatku yang satu ini amat aku cintai, kerana Engkau yang memberi anugerah ini
Dia cerminan untuk aku membetulkan diri
Ujian yang datang padanya,adalah teguran tidak langsung seorang hamba dari Penciptanya.."


"Tiap patah bicaranya umpama mendengar Engkau yang berkata-kata kepadaku
Tidak lekang namamu dibibirnya,lantas aku turut sama merasa kehadiranmu dalam setiap helaan nafas.."


"Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar..
Engkau telah mendengar segala sangkaan dan rintihan hati kami
Tautkan hati kami ini, Kau pimpinlah kami mengikut percaturanMu kerana kami akan tetap cuba berbaik sangka.."


"Satu ketika Dia temukan kita, Dia pisahkan kita dan kemudian Dia ketemukan kita semula.
semua itu dengan izinNya
Nanti..kita akan tunggu dan menunggu untuk ditemukan semula
Kalau nanti masa itu tidak tiba, maka akhiratlah masa penungguan seterusnya.."

:: Fatma Syairah Zakaria::


Teman Sampai Syurga, insyaAllah.. :)






Sahabat yang satu ini benar-benar menguatkan hati saya
menghembuskan kembali semangat yang hampir hilang
mengingatkan saya bahwa hidup ini bukannya apa-apa untuk terlalu bersedih dengan segala ujian yang menimpa
kita masih punya akhirat..
masih punya harapan..


Bersyukurlah kerana masih diuji
Tuhan menguji tanda Dia cinta..
buat menghapuskan segala dosa-dosa kita..


Ingat janji kita ya sahabat..
Cita-cita tertinggi kita bukan hanya pada syurga
tetapi mengharapkan pertemuan dengan Dia yang menyatukan hati kita seerat ini..
Allahu Allah..indahnya cinta ini andai lurus keranaMu!






dari tasya buat mara..:')
sungguh..Allah bersama kita..

Tuesday, January 11, 2011

doa buat teman..:)

bismillahirrahmanirrahim..

entry ni khas buat teman yang berada di Tanta..:)
diharap ang akan tersenyum bila baca entry ni..wewewe

perkenalan kita bermula di sini..

miss kmpp very much! 

walaupun perkenalan kita hanya setahun je kat matrik,tapi terasa ikatan yang terjalin terus kukuh sampai ke hari ni. betul la, bila bersahabat kerana Allah, manisnya tu akan lebih terasa..dan harapnya persahabatan kita akan terus macam ni dan kekal hingga ke syurga..:)

so tikah,disebabkan ucapan birthday aku kat ang pnjg,aku pun tak dapat la nak tulis kat fb je.takut nanti tido malam aku tak lena dek memikirkan ucapan yang tak habis..wewewe

buatmu yang bernama teman..

sanah helwah ya ukhti

*moga beroleh apa yang diidamkan dalam kehidupan ni..ye dr! nanti bleh la bagi treatment free kt aku..:D
*moga panjang umur untuk terus menambah amal kebaikan buat bekalan di sana nanti. meningkatnya umur tanda kematian tu semakin hampir,bukan tanda kita kita semakin bebas hidup dengan pilihan kita sendiri..
*moga terus istiQamah dengan jalan yang dipilih ini..kita akan saling mengingatkan ya..
*terima kasih untuk segala kenangan kat kmpp..paling terkesan,pertemuan pertama dengan usrah kak kin banyak mengubah segalanya. terima kasih sebab ajak aku time tu,hanya Allah je yang mampu balas segala kebaikan ang kat aku..:')
*moga Allah terus meredhai kehidupanmu,teman..

aku harap ang redha dgn pic ni..hikhik


“Your best friend is the one who seeing him reminds you of 

Allah, speaking to him increases you in knowledge, and his

actions remind you of the Hereafter.” Prophet Muhammad 

(pbuh)