Pages

Monday, October 31, 2011

jika benar kerana Allah..


jika benar kerana Allah
pasti hati tidak akan tergugah
walau hakikat itu terasa pahit sekali untuk diterima..

jika benar kerana Allah
pasti segalanya tampak indah
mana mungkin Allah menzalimi hambaNya
tidak sekali Allah membiarkan diri yang mencari lemas terkapai-kapai sendiri..

jika benar kerana Allah
tidak akan diminta balasan dari manusia
tidak akan diharap pujian menggunung
tidak akan terluka dengan kata-kata nista..

jika benar kerana Allah
pasti bahagialah hatimu
dalam setiap janji dari RabbMu
walau tidak terlihat dek mata manusia

Andai ini benar kerana Allah..
tetaplah kuat..
tetaplah thabat..

:: muhasabah sendiri ::

Wednesday, October 26, 2011

Senaahh..baca ni! ^^


bismillah..


Sanah Helwah buat sahabat yang satu ni..
Moga Allah merahmati seluruh kehidupanmu..^^
dah macam tulis karangan da ni..:D
tak sangka ada bakat menepek kertas warna..weee..^^
Ya Allah..
Tika Kau Hadiahkan Aku Sahabat,
Kau jadikanlah Hatiku Bersyukur Atas Kurniaanmu,
Kau Jadikanlah Hatinya Berlapang Dada Menerimaku..
Kau Jadikanlah Sahabatku Ini Sebagai Teman Seperjuanganku, 
Peniup Semangat Jihadku, 
Saling Membantu Memikul Amanah Dakwah AgamaMu
Kau Jadikanlah Ukhwah Ini Disemai Atas RedhaMu,
Teguhnya Atas Cinta Padamu,
Dilindungi Dari Maksiat dan Hal-Hal Yang Melalaikan Kami Dari Mengingatimu..
Ya Allah.. 
Bahagiakanlah Hatiku Dan Hati Sahabatku Ini Dengan Cinta KepadaMu..
Allahumma Ameen..
 
:: moga kita kekal bersahabat sampai syurga ::
with love,
tacha!

missing..



tiba-tiba teringatkan m.e.r.e.k.a
rasa macam lama sangat tak jumpa..

*deep in my heart*

Wahai Allah..
Rahmati dan sayangilah m.e.r.e.k.a dalam perjalanan ini..
Kerana..
Kasih Engkau pada m.e.r.e.k.a jauhh lebih besar dari kasihku ini..

I'm dreaming we are all together in Jannah..:')

Tuesday, October 25, 2011

Cerminan Diri


Mungkin kerana banyaknya dosa kita
Apa yang kita sampaikan tidak memberi kesan kepada diri mereka..

Mungkin kerana cacatnya amal kita
Apa yang kita ungkapkan tidak langsung menyentuh hati mereka..

Segalanya kembali kepada diri kita..
Saat kita menasihati mereka itu dan ini, begitu dan begini
Amal kita bagaimana?
Semakin baikkah?
Atau sebenarnya kita sendiri yang tertipu dengan setiap bicara kita pada mereka?



Perbaiki dirimu..
Dan serulah mereka semua kepada tuhan..

Kita tidak akan mampu menyentuh hati mereka
jika kita juga masih tidak mampu membuktikan bahawa tarbiyyah itu benar-benar mampu mengubah diri..
Diri kita sendiri..
Bukan sekadar hanya pada kata-kata..

Bila Allah cinta..

"Apabila Allah telah mencintai seorang hamba, dipanggilnya Jibril : 
"Sesungguhnya Aku telah mencintai si Fulan, maka cintailah dia,"
Maka menyerulah Jibril itu di lagit. Kemudian turunlah kepadanya cinta itu kepada penduduk bumi. Itulah maksud sabdaNya: "Akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu percintaan,
" Dan apabila telah benci Allah kepada seorang hamba, dipanggil pula Jibril: "Aku telah benci kepada si Fulan," maka diserukan pula di langit, maka turunlah kepadaNya kebenciaan di bumi"

[H.R Tarmizzi]




Thursday, October 20, 2011

Fursan: Keinsafan Diri




Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar di lembah usiaku
Salah dan silap di masa yang lalu
Kini ku sesali..

Ku tidak layak ke syurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu.. 

:: Salam Mujahadah, teman ::
 

Tuesday, October 18, 2011

lari laju-lajuuu!


" Lari laju-laju ..laju sampai SYURGA!"

Bismillah..

Assalamualaikum..^^
Di celah-celah timbunan segala macam esaiment dan test, tangan ni dipaksa menaip apa saja yang terasa nak ditaip. eh? adakah blog tempat meluahkan perasaan?
hmm..mungkin ya mungkin tidak..
Ada benda tak perlu untuk dicanangkan ke satu dunia, cukup untuk 'kita-kita' je..
tapi ada perkara yang kita mesti beritahu kat orang lain.
sebab perkara itu adalah tanggungjawab..
erk.faham ke?

Honestly, rasa macam masa sangat cepat berlalu..
bila fikir-fikir balik, berapa banyak perkara bermanfaat. again..bermanfaat, yang saya dah habiskan dalam setiap masa-masa yang saya ada
pegi kuliah, balik kuliah, siapkan esaiment..
adakah hidup saya akan jadi bermakna dengan hanya melakukan perkara tu setiap hari?

Jadilah manusia yang luar biasa!



terkesan dengan daurah bersama tok guru tempoh hari
rasa macam ditampar-tampar pulak dengan setiap kata-kata yang tok guru cakap
tambah lagi dengan 'drama' yang terjadi pada malam tu (harap tok guru tak baca blog ni)
lagi lah saya rasa seperti sedang di ugut sama ada mahu kekal pada 'jalan' ini atau akan menjadi salah seorang yang akan ditapis keluar
kenyataan itu memang selalunya pahit kan?!

bersyukur lah bila Allah memilih untuk berada di sini
makanya, kesyukuran itu tidak mengajar saya untuk berdiam diri
bak kata tok guru,
Tarbiyyah tidak mengajar kita untuk tersenyum sorang-sorang..
tak kisah lah berapa ramai orang yang akan terkesan dengan dakwah kita
sebab Allah akan menilai usaha bukannya hasil!

dan..
pastinya orang yang biasa-biasa tidak akan mahu memilih jalan ini
ia pastinya akan menuntut segala macam pengorbanan dari kita
tapi..jangan risau!
kuatkan hati dengan janjinya bahawa pengorbanan ini bukannya sia-sia malah ia satu pertukaran yang lebih baik dari Allah..

" Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu PERDAGANGAN yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

" (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU. itulah yang LEBIH BAIK bagi kamu jika kamu mengetahui" (61: 10-11)

Sayonara Jahiliyyah



Nak panjat bukit yang tinggi..
jangan bawak barang yang berat-berat.
Takut nanti akan tergolek jatuh ke bawah sebelum sampai ke puncak..

jahiliyyah yang ada dalam diri pun begitu jugalah
ia pasti akan menarik-narik si pembawanya semakin menjauh dari jalan yang sepatutnya tanpa disedari
jadi, tinggalkan semuanya!
bawak apa yang perlu sahaja..


inilah hakikatnya..dush!
tapi..
susah..:(

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengatahuannya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas pengelihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat). Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?" (45: 23)

bila tersedar akan jahiliyyah yang masih bergelak ketawa dalam diri
itu tandanya yang Allah masih sayang dan memberikan peluang
inilah masanya..
esok belum tentu ada untuk kita kan?

tidak ada istilah terlewat bagi mereka yang mahu memulakan..
ayuhlah!
tinggalkan jahiliyyah itu!
moga-moga Allah melajukan kaki kita di jalan ini..
moga-moga Allah semakin meredhoi setiap hembusan nafas di sebalik pendakian ini..
moga-moga hati semakin tenang untuk terus berlari mengejar syurgaNya..

Yakinlah..
semua ini tidak akan sia-sia..
berkorbanlah untuk agamaNya..
Jika yang dikorbankan itu memang milik kita, pasti Allah akan kembalikan
dan jika bukan, pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik..

insyaAllah..

Tamannau ya ukhti!

Friday, October 14, 2011

10:45


mohon doakan..
ketenangan hati pemilik blog ini..






Tuesday, October 11, 2011

tinggi!

bismillah..




sharing dengan akhawat tadi..
katanya..
cuba kita naik kapal terbang, apa yang kita dapat tengok bila memandang ke bawah?
kecik kan semua benda?
sedangkan benda tu kita rasa sangat besar bila ada di bawah
tapi bila kita semakin tinggi, semuanya nampak kecikk sangat dan lama-lama semakin menghilang dari pandangan kita..

setuju tak kalau cakap..
begitulah juga dengan iman kita..
semakin tinggi iman kita, semakin kecik kita akan rasa dunia ni..
time tu kita akan jerit kuat-kuat..
oh, dunia ni memang tak ada apa-apa pun sebenarnya!



"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanamannya mengagumkan petani. 

Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." 

(Surah al-Hadid ayat 20)


::mahu terbang tinggi::


Monday, October 10, 2011

warna warni

Bismillah..


kenapa tiba-tiba gambar ni? T_T

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sekarang dah pukul 4 pagi dan saya masih terkebil-kebil menghabiskan bacaan untuk quiz subjek Cognitive Psychology pagi nanti..T_T

Lame pulak rasa tak conteng kat sini (alaa..selalu je cakap macam tu padahal tak de la lame sangat pun), entah lah, tapi rasa macam 'something' pulak kalau macam tengok biar berhari-hari tanpa entry baru..
banyak je nak tulis tapi dok tangguh-tangguh, so..jadilah macam ni..

haa.. Alhamdulillah, semalam kami di UTM buat program explorace untuk sahabat-sahabat kat sini.
dengan tema, Kembara Al-Quran.
SubhanAllah..best sangattt..^^
ramai jugak yang join dan feedback pun sangat baik dari mereka..:)


Saya sangat tersentuh bila setiap peserta yang join explorace ni diberikan tafsir Al-Quran secara percuma.
SubhanAllah..itu adalah hadiah yang paling baik!
dan rata-rata mereka juga macam terkejut bercampur gembira dengan pemberian tu..:)
bila saya fikir-fikir balik, memang rasanya itu adalah pemberian yang sangat baik untuk kita hadiahkan untuk seseorang berbanding kita bagi dia teddy bear, coklat ferero roshe mahupun bantal Spongebob..=_='



 hmm..Alhamdulillah..dah seminggu jugak saya menjadi P driver a.k.a 'Pemandu Perempuan Profesional' kat UTM ni.
Alhamdulillah..saya rasa macam dah ada keyakinan jugak nak drive seorang diri lepas ni.
mana taknya, seminggu ni memang saya tebalkan muka la drive dengan macam-macam gaya (erk.gaya?) mungkin tak perlu cerita panjang tentang berapa kali enjin mati di tengah jalan, berapa banyak benda yang saya dah langgar (saya tak langgar manusia lagi ok), oh..macam-macam la..(paling segan bila ada lelaki yang tolong untuk bawak kereta naik bukit) *saya tak mintak tolong pun, dia yang offer nak tolong bila nampak 'kesusahan' saya time tu*
tapi memang sangat bertuah dapat kawan-kawan yang sangat supportive kat sini..huu
kat UTM jugak saya biasakan diri untuk drive malam-malam (habislah kalau mak tahu), tapi nak buat macam mana kan, takkan nak manjakan diri?
lagipun, memang keadaan mendesak kami (baca: perempuan) untuk keluar malam nak pergi sana sini..
dan insyaAllah, saya sangat yakin..Allah sangat tahu niat hambaNya yang bukan saja-saja nak keluar ke sana ke mari dan balik lewat malam tanpa ada tujuan yang benar..insyaAllah..:)

oh ya..bila dah ada kereta ni memang rasa sangat seronok la mula-mula tapi tak dapat nak elak, ia juga menambah masalah saya..T_T
entah kenapa lah, sampai je kat UTM..kereta mula jadi 'macam-macam'..=_='
ujian Allah..itu je lah yang mampu saya cakap dan mungkin saya memang kena pergi belajar serba sedikit pasal kereta ni sebab saya rasa saya memang tak tahu apa-apa pasal part kereta, enjin dan macam-macam lagi la yang selama ni saya fikir saya memang tak nak ambil tahu..=_='

tapi..nak buat macam mana
memang itulah dunia kan?
lagipun, memang tuhan akan uji kita pada titik kelemahan kita untuk menguji sejauh mana kita mampu menghadapi masalah itu..
pasti, orang-orang yang bersabar itu akan berjaya~!

p\s: quiz pukul 8.00 pagi ni. doakan saya..^^



Tuesday, October 04, 2011

emo emo

menangisi kelemahan diri..
Ah..syaitan tak boleh menang!!




sobs

Sunday, October 02, 2011

Amazilna..:)




نقبل بقلوبنا على الله
kami persembahkan jiwa2 kami kepada Allah

لا خوف ولا حزن لمن هداه
tiada ketakutan dan kesedihan
bagi sesiapa yg diberiNya petunjuk

حبله متين لا يندثر
taliNya kukuh takkan terlerai

رزقه دائمٌ لمن يفتقر
rezeqiNya sentiasa ada buat yg memerlukan

في كل مكان
di setiap tempat

وكل زمان
di setiap ketika

فوقكَ ربٌ عظيم يرعاك
di atas sana
ada Tuhan Maha Agung yg memeliharamu

في أي مكان
di mana jua

في أي زمان
pada bila2 masa

لك رب يحبك لن ينساك
kau punya Tuhan yang sentiasa menyayangimu
& tidak pernah melupakanmu

أما زلنا ... أما زلنا .. نخشاه
adakah kita masih punya rasa takut terhadapNya?

اما زلنا نحمده
adakah kita masih lagi sentiasa memujiNya?

أم نسينا أنّا عباده
atau adakah kita telah pun melupainya?

لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
tiada Tuhan selain ALLAH

نعيش في ملكه ما يشاء
kita hidup di bawah kekuasaannya selagi mana Dia kehendaki

نغوص في جوده بالدعاء
kita menikmati kemurahan daripadaNya dengan berdoa

نطمع في افضاله بالرجاء
kita berhajatkan kebaikan daripadaNya dengan penuh pengharapan

ملاذنا اذا اشتد البلاء
tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat

قلبي لله
hatiku untuk Allah..

روحي لله
seluruh nyawaku untuk Allah..

امالي لله
cita2ku untuk Allah..

كلّي لله
segalanya hanya kerana Allah..