Pages

Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Sunday, April 01, 2012

Di Jalan Cinta Para Pejuang..



Maharku adalah jalan ini

maharku adalah cinta ini

cinta yang penuh militansi

yang kau dan aku

akan perjuangkannya

sampai hujung nyawa..



DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…

….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militan dan radikal. Bukan bererti mengangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga.

Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa..

Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu..

Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.

...................

Di jalan cinta para pejuang..
Aku berharap si pejuang itu benar-benar adalah AKU..





credit:salim a.fillah,buku jalan cinta para pejuang

Sunday, March 04, 2012

Kalau bukan hari ini, bila lagi?

masih berkira-kira?
Bismillah..

Belum sampaikah waktunya..
bagi orang-orang yang beriman itu..
untuk secara khusyuk mengingati Allah?
dan patuh pula pada kebenaran yang telah diperintahkan kepada mereka..
jangan jadi macam orang-orang terdahulu yang menangguh-nangguh
sehinggalah hati mereka itu menjadi keras!


Bila baca ayat dari surah Al-Hadid ni berulang-ulang, tiba-tiba rasa sebak
terfikir yang selama ini Allah sangat memberikan kita banyak peluang untuk kita kembali kepada Dia
tapi, dalam banyak-banyak peluang tu.. selalu sangat kita masih pejamkan mata untuk tak nak nampak kebenaran
kita tak rasa betapa bernilainya panggilan Allah tu..

Kita rasa Allah tak mahu pandang kita
tapi kita lupa yang setiap denyutan nadi yang Allah izinkan untuk terus berdegup ni sebenarnya tanda yang Allah masih berikan kita masa untuk mencari jalanNya..

Kita rasa biasa dengan nikmat anggota, tapi bukankah itu juga tanda yang Allah masih sudi untuk membenarkan kita melihat,mendengar,berjalan,bercakap..
supaya dengan semua kurniaan itu kita mampu mendekatkan diri lebih lagi denganNya?

Bukankah dah banyak kali Allah selamatkan kita dari dosa-dosa yang hampir menghumban kita dalam neraka
Berapa banyak kali bila kita leka Allah tetapi Allah tetap hadirkan kawan-kawan untuk ingatkan kita semula
Berapa lama dah masa yang Allah sanggup berikan kepada kita untuk kita perbaiki lagi diri kita yang compang camping dengan dosa ni

tapi kita?

masih tak terasa apa-apa dengan setiap peluang itu kah?

kita masih berkira-kira untuk meninggalkan dunia dan keselesaan yang kita ada

kita rasa kita sudah cukup gembira..sedangkan sebenarnya masih tiada bekalan apa pun yang kita bawa untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak..

hati kita masih ragu-ragu dengan janji Allah, sedangkan Allah kata nilaian dunia di sisi Allah ini pun sebenarnya tidak bernilai apapun, jauhh lagi besar harga sebelah sayap nyamuk!

Kepada Kamu Yang Sudah Mengenali Tarbiyyah..

Kita dah kenal usrah, halaqah dan nikmatnya ukhuwah..
Allah dah bagi kita teman-teman yang selalu ingatkan kita tentang kebenaran..
tapi adakah kita masih memilih untuk kehidupan yang biasa-biasa?

Bilakah lagi masanya untuk kita perjuangkan apa yang baginda nabi dahulu lakukan?
Adakah kita dah rasa selesa untuk jadi baik sorang diri walaupun kita tahu yang Allah pasti akan persoalkan balik tentang apa yang kita tahu hari ini?

Allah tanyakan pada kamu ni..

"Belum sampai masanya lagikah?"




Friday, February 10, 2012

Ada Apa Dengan IKHLAS?



Bismillah..
Petang itu saya terlewat menghadiri usrah.Bukan sengaja.
Pantas mengambil tempat di dalam bulatan setelah bersalaman, sempat pulak nak menjeling apa yang ada di tengah-tengah bulatan..
macam biasa, ada makanan.hihi
Oh,itu bukan ceritanya. cuma mahu berkongsi antara soalan tok guru pada kami petang tu.

"Haa..tasya,macam mana nak tahu awak ikhlas ke tak?" semua mata memandang ke arah saya.
"Hmm..bila kita rasa senang dan tak terbeban nak buat benda itu. Rasa tak harapkan balasan, itulah ikhlas!"
"Ye ke? Sure?" Tok guru hanya tersenyum.
"Sebenarnya awak sendiri tak akan tahu sama ada awak ikhlas atau tak. Hanya Allah saja yang tahu,"
" Eh..?" mula menggaru kepala yang tak gatal.
Saya ingat ikhlas itu adalah di antara diri sendiri dengan tuhan. maknanya, kita akan tahu bilamana kita ikhlas..

Teettt..salah!
Sebab lepas tu jumpa satu Hadith Qudsi yang berbunyi

"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia Aku, Aku letakkan ia di hati hamba yang Aku kasihi daripada hamba-hambaKu"


Ada Apa Dengan Ikhlas?

"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengIKHLASkan agama kepadaNya"
[Al-Bayyinah:5]

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, ikhlas itu ditafsirkan dengan kata-kata bilamana seorang muslim itu dengan perkataan, perbuatan dan perjuangannya tidak lain tujuannya hanyalah kerana mengharap redha dan balasan dari Allah semata-mata, tanpa melihat kepada keuntungan, kesenangan, kemegahan, kemunduran ataupun kemajuan.

Ia tidak mengkehendaki balasan mahupun ucapan terima kasih.

Anda kenal Saidina Khalid Al-Walid? Kisahnya di satu medan perang benar-benar menyentuh hati saya.
Hari itu Saidina Umar melucutkan jawatannya sebagai panglima tetapi esoknya kelibat beliau tetap kelihatan menentang musuh di medan perang tanpa ada riak kekesalan sedikitpun. Langsung tidak tercalar hatinya dek kerana kerana perlucutan jawatan itu bahkan saat ditanya beliau tanpa ragu-ragu menjawab, "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar!"

Kejap..

Kenapa kena ikhlas?

Sebab Allah hanya akan mengira amal kita yang dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Tanpa ikhlas, sia-sialah semuanya. Pernah dengar satu hadith yang panjang tentang ikhlas ini?
Ketika segala amalan dibawa naik untuk dihadapkan kepada Allah tetapi ketika tiba di tingkatan langit, orang yang tidak ikhlas ini ditempelak oleh malaikat dengan kata-kata,
"Lemparkan amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia beramal kerana mengharapkan keduniaan,"

Rabbi..alangkah hinanya andai itu adalah diriku! :'(

Kalaulah bukan kerana IKHLAS..

Bila melihat semula seerah perjuangan golongan terdahulu, kerana keikhlasan merekalah islam itu tersebar sehingga ke hari ini.

Siapa yang tidak mengenali Bilal bin Rabah.Tanyakan sahaja kepada kanak-kanak sekalipun, pasti ceritanya dihempap batu ditengah terik matahari itu diketahui oleh sesiapa sahaja. Adakah beliau meminta agar ceritanya diseksa Umayyah itu di sebut-sebut sehingga ke hari ini sedangkan beliau hanyalah hamba berkulit hitam yang pada mulanya langsung tidak dipandang walaupun sebelah mata. tetapi lihatlah bagaimana keikhlasan beliau mengangkat namanya ke tempat yang tinggi di sisi Allah..

Kalaulah bukan kerana ikhlas juga, pasti Baginda Nabi sudah berputus asa dengan segala macam ujian yang diterimanya sepanjang menyebarkan risalah Islam ini. Saat Utbah meletakkan najis di atas kepala baginda, Ummu Jamil tanpa henti meletakkan sampah dan duri di sepanjang kawasan rumah baginda, dilempar dengan batu dan kata-kata kesat sehingga darah mengalir dari kaki baginda ketika berdakwah di Thaif dan segala macam penyeksaan yang tidak layak mengenai susuk tubuh manusia mulia itu. baginda tidak pernah berhenti bahkan semua keburukan di balas dengan kebaikan. Itulah buah daripada keikhlasan hati baginda yang terpancar dari setiap sisi kehidupannya. Jika setiap dugaan itu mencalarkan hati baginda, kita tak akan mampu menerima hembusan Ad Deen ini, jika pangkat dan sanjungan yang menjadi matlamat baginda, pastilah dakwah baginda sudah lama terhenti.

Keikhlasan yang ada di dalam hati seorang insan ini akan terpancar disetiap tabir kehidupannya
Keikhlasan hati seorang Daie akan terlihat pada lewat bicara dan setiap butir kata-katanya
Ketenangan,kebahagiaan dan ketulusan sekeping hati yang ikhlas itu akan memancar tanpa perlu dibuat-buat oleh si pelakunya..

Pastilah, ikhlas itukan rahsia dari Allah buat hamba yang dikasihinya

Bukankah Allah pernah berfirman bahawa hamba yang dicintaiNya itu akan ditebari cinta untuknya agar dicintai oleh seluruh manusia??

Pernah baca buku bertajuk Hati Sebening Mata Air?


anda kena baca buku ini!


Allahu Rabbi..moga Allah memberkati penulisnya untuk setiap patah perkataan yang beliau coretkan
Entah kenapa setiap bait kata-kata beliau seakan menampar saya untuk terduduk dan mengesat air mata yang berjuraian tanpa henti
Terasa keikhlasan si penulis saat menyampaikan setiap baris perkataannya biarpun pada pandangan mata ia hanyalah tulisan yang tidak bernyawa..

Begitulah jalan dakwah dan tarbiyyah ini

Jalan ini mengimpikan susuk-susuk tubuh yang tidak meminta-minta habuan dunia

Seperti mana hadith nabi yang diriwayatkan oleh At-Tarmidhi,

"Orang-orang baik yang bertakwa itu tidak dikenali, bila mereka tidak hadir tidak dicari-cari dan jika mereka hadir maka mereka tidak dikenal orang"  





Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah..

Berat rasanya menghabiskan setiap baris ayat untuk tulisan ini

Takut bila mengenangkan sejauh manalah keikhlasan diri sendiri

Mungkin tulisan ini nampaknya seperti untuk anda yang membaca, tapi ketahuilah bahawa hati si penulis ini lebih-lebih lagi terasa~!



p\s: Yuk usaha baiki hati..

Friday, January 27, 2012

mutiara sepanjang jalan

Bismillah..


"Redha itu adalah BAHAGIA..
 bahagia itu adalah apa sahaja yang menuntun kita ke arah syurga"


Alhamdulillah.tak tahu lah nak gambarkan perasaan macam mana tapi rasa bersyukur sangat untuk setiap detik yang berlalu di dalam seminggu ni.

Alangkah besarnya kasih sayang Allah. perjalanan yang di rancang macam jadi-ke-tak-ni akhirnya menjadi perjalanan yang penuh ibrah dengan mutiara-mutiara bernilai yang berciciran di mana-mana sahaja untuk kami kutip buat bekalan diri menuju arah kehidupan yang lebih baik..:')

syukur sangat Allah permudahkan perjalanan kami sepanjang jaulah kali ini. dari johor ke kuala lumpur dan kemudian naik ke terengganu. sepanjang perjalanan yang penuh bermanfaat di dalam kereta yang pastinya perasaan nya akan berlainan jika bukan bersama akhawat. berkesempatan mengecas energy dakwah beberapa hari bersama akhawat KL dan terengganu yang membuatkan diri berkobar-kobar untuk berlari dengan lebih laju apabila kembali ke johor. [Ahh..di mana-mana sahaja yang sebenarnya.dakwah tidak pernah terikat dengan tempat!]

betul lah cakap tok guru, bila kita korbankan sesuatu dan bersusah payah sedikit untuk dakwah dan tarbiyyah, perasaan yang kita dapat akan berlainan walaupun kita dapat benda yang sama. lain rasanya bila pergi di saat rasa macam segalanya serba tak cukup baik dari segi material dan spiritual ni. tapi alhamdulillah, Allah yang yang mencukupkan segalanya kan? Bila kita serahkan segalnya pada Allah pasti Allah tidak akan menghampakan kita. Hmm..selama ni pun banyak je daurah yang dah pernah pergi di johor selama ni, tetapi bila berjalan jauh sikit semata-mata kerana mahu memenuhi keperluan tarbiyyah diri, perasaan nya memang akan berlainan.serius!

berjumpa pulak dengan orang-orang hebat dalam dakwah. mereka yang sudah berpuluh tahun bergelumang dengan dunia dakwah dan tarbiyyah menerbitkan kekaguman yang teramat buat diri ini. mereka masih tsabat. hati mereka masih kuat terpaut dengan janji syurgaNya. dan di dalam kesibukan mereka ke sana sini sempat pula meluangkan masa untuk berkongsi dengan kami. 
saya nak share satu pesan yang dikongsi seorang daripada syuyukh di terengganu tempoh hari. waktu kami bersama beliau tu genaplah usianya yang ke 63 tahun. masyaAllah..sepanjang usianya sudah dihabiskan untuk dakwah dan tarbiyyah. rasanya kalau di sebut sahaja namanya pasti kalian yang berada di jalan dakwah ini akan mengenali beliau. bila ditanya tentang bagaimana mahu kekal berada pada jalan ini, beliau kongsikan dua perkara.

pertama, jagalah hubungan kita dengan Allah. mereka yang berusaha sedaya upaya untuk mencari redhaNya pastilah tidak akan disia-siakan olehNya. dan keduanya, sentiasalah bersama dengan kelompok orang-orang soleh. walaupun time tu kita rasa iman kita sangat menurun, tapi janganlah biarkan diri duduk seorang diri kerana syaitan pasti akan mencucuk kita untuk perkara yang lain pula. carilah akhawat, insyaAllah dengan bersama mereka akan dapat membantu menampal kembali iman yang terkoyak itu.


Tiada Yang Sia-Sia, InsyaAllah..



i'm not alone..



Allahu Allah..
perjalanan kami memang memenatkan namun apa yang kami pelajari sebalik itu tiada nilai yang mampu membayarkan..
saya belajar kembali tentang ukhuwah. Allah memberikan semua jawapan yang bermain di fikiran saya sebelum perjalanan kami bermula. ukhuwah fillah..itu bukan hanya sekadar kata-kata..
dan ukhwah adalah perkara yang akan menguatkan kita selepas keimanan..
kesyukuran yang tidak terhingga kerana dipertemukan dengan kalian, moga kelak kita akan menjadi antara golongan yang mendapat naungan arasyNya..
bulatan gembira di tepi laut di hari terakhir jaulah saya bersama mereka sebelum balik ke kelantan menyentuh hati saya. Alangkah indah.. mengingati Allah dimana-mana sahaja, saling berpesan-pesan pada kebaikan dan juga iman. saya tak menemukan waktu seperti itu melainkan ketika bersama akhawat. baik ketika berada di dalam kereta mahupun ketika berjalan membeli air bersama. betul sangat-sangat, bersama orang-orang soleh akan menguatkan kita.carilah mereka, insyaAllah kita kan kuat!

Allahu Rabbi..
Bila teringat balik.usia saya mengenali terbiyyah ni barulah dalam setahun lebih sikit. tapi benar sangat-sangat yang tarbiyyah akan mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan. terhadap semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita.segalanya.. dan saya sangat bersyukur untuk setiap detik kehidupan sepanjang mengenali tarbiyyah ini. terima kasih ya Allah..:')

sebak bila teringat kembali pesan syuyukh hebat tu. kata-katanya di akhir pertemuan kami masih terngiang-ngiang di telinga saya.katanya..

"Selamat menempuhi perjalanan kehidupan yang panjang. semoga di akhirnya nanti kalian akan bertemu BAHAGIA.."

Allahu Allah.. tetapkan hati-hati kami di jalan ini..
hanya ada dua,mati syahid atau hidup mulia! 

Thursday, November 17, 2011

Ini Circle K.I.T.A

Bismillah..
usrah tempat menghadirkan CINTA..
Usrah itu memang benar-benar menggembirakan..
Dan saya akan sentiasa mengakuinya
Usrah itu tempat menghadirkan RASA..
RASA hidup bertuhan
RASA kehambaan
dan RASA keindahan hidup di bawah naungan Al-Quran..

Bicara tok guru..
Usrah itu diibaratkan seperti kasut yang sedang dipakai disaat kaki sedang melecat Perjalanan masih jauh, mahu ditanggalkan kasut nanti hanya akan menambah sakit
Perjalanan itukan panjang, ada banyak benda yang bisa melukakan dan menambah derita kaki yang sudah sedia sakit
Mahu atau tidak, kita akan tetap bertahan dengan kasut itu
Kerana kita sedar, jika kita tanggalkan kasut, ia hanya akan menambah derita
Kita akan tetap setia dengan kasut itu
walaupun sakit..
tidak mengapa! itu lebih baik dari berjalan kaki ayam yang pastinya lebih mengundang seribu satu bencana..

Dan begitulah USRAH..
Dunia ini sedang sakit..dan kita tidak mahu menjadi salah seorang robot yang bergerak tanpa RASA
hanya usrah lah medan memperbaiki diri
dan walaupun ada orang mengatakan usrah nya tidak memberi kesan kepada dirinya,
saya akan tetap berkata "Jangan tinggalkan usrah!"
meninggalkan usrah bererti engkau sedang sengaja mencampakkan dirimu kearah kebinasaan..
Pastinya setiap langkahmu menghadiri usrah itu akan dikira Allah sebagai usaha..
percayalah yang suatu hari nanti kamu juga akan menjumpai RASA itu
Tidak kira cepat atau lambat
yang penting, berusaha! 

Ini Circle K.I.T.A



Ini amanah dari Allah buat saya
Membawa mereka bersama-sama untuk menghadirkan RASA di dalam circle kecil ini
Mengharapkan mereka juga akan merasai apa yang saya rasakan ketika ini..

Saat terserempak dengan adik-adik yang pernah bersama dengan saya dahulu
Betapa sedihnya rasa
Terasa benar yang diri ini tidak menjalankan amanah dengan baik
Circle kami hanyalah sekadar kehadiran jasad
yang saya semdiri tidak pasti ke mana hilangnya hati-hati mereka..
Natijahnya?
Saya sudah tidak bertemu lagi dengan mereka hingga ke hari ini
Astaghfirullah..moga Allah mengampuni kelemahan diri ini..:'(

Hari ini..
dengan semangat circle K.I.T.A yang baru
soal hati..
ya..soal HATI!
saya harus menyentuh hati mereka terlebih dahulu
barulah kita tidak seperti robot yang hanya bergerak
tunduk dan mengangguk-anggukan kepala
sedang sebenarnya kita sendiri tidak memahami apa yang kita perkatakan..

Wahai diri..
Berusahalah!



*circle = usrah ^^


Tuesday, October 25, 2011

Cerminan Diri


Mungkin kerana banyaknya dosa kita
Apa yang kita sampaikan tidak memberi kesan kepada diri mereka..

Mungkin kerana cacatnya amal kita
Apa yang kita ungkapkan tidak langsung menyentuh hati mereka..

Segalanya kembali kepada diri kita..
Saat kita menasihati mereka itu dan ini, begitu dan begini
Amal kita bagaimana?
Semakin baikkah?
Atau sebenarnya kita sendiri yang tertipu dengan setiap bicara kita pada mereka?



Perbaiki dirimu..
Dan serulah mereka semua kepada tuhan..

Kita tidak akan mampu menyentuh hati mereka
jika kita juga masih tidak mampu membuktikan bahawa tarbiyyah itu benar-benar mampu mengubah diri..
Diri kita sendiri..
Bukan sekadar hanya pada kata-kata..

Bila Allah cinta..

"Apabila Allah telah mencintai seorang hamba, dipanggilnya Jibril : 
"Sesungguhnya Aku telah mencintai si Fulan, maka cintailah dia,"
Maka menyerulah Jibril itu di lagit. Kemudian turunlah kepadanya cinta itu kepada penduduk bumi. Itulah maksud sabdaNya: "Akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu percintaan,
" Dan apabila telah benci Allah kepada seorang hamba, dipanggil pula Jibril: "Aku telah benci kepada si Fulan," maka diserukan pula di langit, maka turunlah kepadaNya kebenciaan di bumi"

[H.R Tarmizzi]