Pages

Friday, December 30, 2011

masa yang berlari laju


Bismillah..

terkedu bila tengok tarikh hari ini.
Allah..dah 30hb ke?? T_T
cepatnya masa berlalu. kenapa saya rasa yang macam baru semalam je masuk bulan dua belas? =_='

ini benar-benar tanda-tanda akhir zaman
bilamana masa sudah semakin tak terasa bergerak
siang, malam, siang ,malam..
ehh..dah nak masuk tahun baru?
rasa macam baru minggu lepas orang wish besday yg ke dua puluh..
lusa dah nak kena tukar no baru daahh?? :T_T:

haa..sekarang tgh study week dan saya ada enam subjek yang kene pulun menghapai demi memastikan saya tak kena 'fire' dengan omak bila result keluar nanti..huu
minggu ni dok sibuk ke sana ke mari, so..satu hape pun tak study lagi.. (tapi rasa relax je ni) +_+
hailaa..susah jugak kalau xde perasaan nebes langsung ni eh..

hari tu time borak dengan usrahmate..
A: eh, korang start exam bila?
B: selasa ni.. 
A: selasa ni.. uii..cepatnya! (muka terkejut)
B: oo ye ke, sya start bila?
A: start 3hb ni.. (muka komfiden lagi yakin)
B: eh.. 3hb tu bukan selasa ni ke?
A: .... (pengsan)

adoi laa.. bertuah betul. rasa macam lambat je lagi eh, padahal start exam selasa ni jugak..T_T

btw, ape sebenarnya yang saya pok pek kan ni?
ohh..saya nak cakap selamat study kat semua..(padahal sebenarnya saja je nak menconteng kat sini)
harapnya masih jelas beza di antara alat dan matlamat dalam hidup kita..;)
study study jugak..
tapi biarlah ianya hanya menjadi alat..BUKAN matlamat..
usaha memang pada kita, hasil? dah ada dah pun tercatat dalam 'buku kehidupan' kita..
so, tak payah nak meroyan sangat la dengan study week ni, teruskanlah usaha sehabis baik dan semampu kita..dan selebihnya tu biar Allah tentukan..
enuf~ ^^

p\s: rasa macam yang sekarang ni lebih banyak 'conteng-conteng sesuka hati'.. kurang markah di situ untuk diri sendiri ye cik tasya~~


Monday, December 26, 2011

^^'

..naufal & thaqif..

dua beradik yang berbeza perangai time amik gambar..

tapi..
sama lasak..
sama bising..

><'

alaa...rindu~!!
ok.tu je nak tulis sebenarnye..


Saturday, December 24, 2011

muhasabah..


bismillah..

Bila kita duduk sendiri dan muhasabah kembali diri kita..

syurga itu rasanya seperti sangat jauh..:'( 
    

bilamana kita mengerti yang kehidupan ini bukan setakat duniawi sahaja
bahkan ia menuntut segala-galanyanya dari kita
harta, diri dan seluruh jiwa
untuk kita perdagangkan pada jual beli yang Allah janji pulangannya itu bakal menguntungkan kita..
bukan untuk Allah, tapi untuk kita juga!

dan sungguh benar..

jalan ini sangat panjang dan pasti ada segala macam mehnah yang akan menimpa diri kita..
untuk menguatkan diri kita, untuk memberitahu kita..
jalan ini bukan untuk orang yang bermalas-malasan
bukan untuk orang yang mahu mengada-ngada
bukan juga untuk orang yang asyik memberi alasan..

nah, itulah jalan dakwah dan tarbiyah
jalan yang diakhirnya nanti Allah janjikan pulangannya syurga..

dan melihat kembali diri ini..
rasa malu yang teramat
adakah semua kata-kata itu sudah dibuktikan dengan amal?
atau adakah kita juga hakikatnya sama seperti orang lain diluar sana
yang hanyut terbuai-buai melayan perasaan, yang asyik bergelak ketawa melihat warna warni dunia
sedangkan kita tahu yang kita harus bergerak pantas merawat ummah yang sedang sakit
membangunkan manusia yang sudah lama tertidur lena
mencari semula logam-logam yang berharga
agar terbentuk kembali pemuda-pemuda sehebat Al-Fateh dan Hanzalah..

sungguh!
hanya inilah jalannya..
jalan yang akan menuntun kita ke syurga
dan kalau kita masih merasa ragu-ragu dan mahu menjadi orang 'biasa'
percayalah yang Allah tidak akan mengambil masa yang lama untuk 'menyepak' keluar diri kita dari jalan ini
kerna Allah itu pasti tidak akan rugi apa-apa tanpa kita..

"Dan Allah lah yang Maha Kaya, dan kamulah yang membutuhkan (karuniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan durhaka seperti kamu," 
[47:38]

...yang menyesal itu nanti kita..



Friday, December 23, 2011

jangan lupa baca Al-Kahfi..

Bismillah..

ce teka siape kakak siape adik?
Tiba-tiba teringatkan adik yang seorang ini..
 "Cuba la cakap tu lembut sikit, ni kasar macam lelaki~!"
selalu tegur dia macam tu sebab memang siyes nada suara yang dia gunakan tu tak macam perempuan..
jenuh jugak tegur sebab memang huduh sadis benar bunyinya bila orang perempuan cakap nada macam tu..
Kalah warden sekolah dulu..=='

dan sampai sekarang..
setiap kali saya bercakap telefon dengan dia, mesti kat akhirnya saya akan pesan..
"Ilya..cuba la cakap lembut sikit"
dan tahu sangat kat hujung talian tu mesti dia tersengih-sengih dan balas balik,
"Tak boleh lah kak lang, dah memang macam ni"
Hailaaa...=_='

Ilya..ilya..
selalu orang tak percaya yang dia ni baru tingkatan satu
sebab kalau dia berada di sebelah saya, nampak memang macam lagi besar dari saya
dan orang mesti akan buat muka terkejut, "Whatt?Form 1 baru??"
hohoho..><'

tapi..hari ni ada satu benda yang membuatkan saya tersentuh dengan dia semenjak kebelakangan ni
setiap malam jumaat dia akan mesej saya,
"kak lang, jangan lupa baca Al-Kahfi hari ni.."

terima kasih dikya..
kakak mu ini memang kadangkala mudah terlupa juga.
bila setiap minggu ada yang mengingatkan, rasa macam lebih gigih nak habiskan surah Al-Kahfi tu..^^

Tuesday, December 20, 2011

I'm growing up but ...

Bismillah..



kata-kata ni..
buat saya terdiam lama..
 
saya semakin dewasa..
dan mereka..semakin dimamah usia..
terasa pulak yang memang dah lama sangat tak balik rumah..T_T

Hanya Itu.. 

sayangi mereka..
sayangi keduanya..
hanya itulah satu-satunya..tidak akan ada dua..


A: assalamualaikum mak..
B: w'salam. haa..sonyap yo kek sano.pekso bilo?
A: bulan depan..hmm..mak ape kaba?sihat ke?
B: ..... sihat je ni haa..(gelak)
A: ..... (rasa nak nangeh)

Cukuplah ini sebagai peringatan..

"… Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya.." 
[31:14]



Sunday, December 18, 2011

Musim cuti sekolah..

...terbang tinggi...


Selamat berbahagia..
kepada teman-teman..
dari seorang kepada berdua..
dari berdua kepada bertiga pun boleh juga..;)

ok.tak boleh cakap banyak-banyak..
moga bahagia sampai syurga! ^^

diam..
::afni natasya::




p\s: kenapa sekarang ramai orang kahwin awal?

Wednesday, December 14, 2011

cukuplah


Bismillah..
*dedicate to someone..saya tahu anda akan hadir di laman ini..



saya rasa kasihan sekali padanya
kerana itulah saya masih mengenang
dalam setiap bisikan doa
dalam setiap pengharapan
moga setiap pilihannya kali ini tidak lagi salah..

kesilapan lalu mengajar kita bukan?
belajarlah darinya. jangan ulangi lagi..
jangan ulangi lagi! jangan ulangi lagi!
kita tidak perlu melakonkan cerita yang sama semula
dan terus berpura-pura..

ya..ya..ya..
saya bukanlah orang yang cukup bagus lagi perfecto untuk menasihati kalian
tapi bukankah kita dah pernah berjanji untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan?
dan sekarang?

cukuplah..
ia sangat annoying..
saya kasihan sekali melihatnya..

Monday, December 12, 2011

Berdua Lebih Baik

Bismillah..

Kerana diri ini juga hanyalah manusia biasa..


Saatnya dia berkata..

"Nasihati aku di kala kita hanya berdua
janganlah meluruskanku di tengah ramai
kerna nasihat di depan ramainya manusia
terasa bagai hinaan yang membuat hatiku luka.."
 
Pada kehebatan Asy-Syafie yang kita kagumi itu rupanya masih ada kehalusan hati yang tersembunyi..
 dan aku?
lebih-lebih lagi..


Sunday, December 11, 2011

Ya Allah..saya nak..

Bismillah..

SubhanAllah..cantik sangat malam ni..
teringat hadis yang saya tuliskan di white board dalam bilik..
Saya namakan ia hadith motivasi
Ya..motivasi kehidupan yang tertinggi..

"Nabi s.a.w memandang ke arah bulan purnama lalu Baginda bersabda:
Sesungguhnya KAMU sekelian akan dibawa kepada Tuhan KAMU dan di saat itu kalian akan dapat memandang Tuhan kamu seperti kamu melihat bulan purnama ini.Tiada kesusahan dan kepayahan untuk kamu sekelian melihatNya.."

Saya tak tahu nak ungkapkan dalam bentuk tulisan yang macam mana
tapi cuma nak bagitahu yang saya harap KAMU yang baginda Nabi maksudkan dalam hadith ini adalah milik saya..
ya..milik KITA juga..
saya dan anda yang sedang membaca tulisan ini..

Ya Allah..saya benar-benar mengimpikan pertemuan itu..
(sambil memandang white board untuk kesekian kali)

Saturday, December 10, 2011

Lau kana bainana habib..:')





لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

 
meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

Friday, December 09, 2011

Dia Bidadari Dunia : Al-Khansa

Bismillah..



Fitrahnya seorang wanita itu hatinya rapuh umpama kaca. Ya..dia juga begitu. saat mendepani kematian saudara kandungnya, dia menangis tanpa henti sambil melantunkan puisi-puisi meratapi kematian orang yang disayanginya..

dahulunya dia lemah menerima takdir kematian.
sehingga terlihat kesan pada raut wajahnya lalu ditegur Umar r.a, " mengapa matamu bengkak-bengkak wahai Khansa?"
jujur dia menjawab, "Kesan ini adalah hasil daripada tangisanku yang terlalu banyak dahulu"
"sia-sia sekali tangisanmu Khansa, mereka semua ahli neraka",sambung Umar
pantas Khansa membalas," Ya..dahulu aku menangisi Sakhr kerana kehidupannya, tetapi hari ini aku menangis kerana lebih kecewa dan sedih lagi kerana mereka tidak mampu aku bawa bersama ke syurga!"

tetapi itu dahulu, sebelum cahaya islam menembus jendela kehidupannya.
Islam hadir menguatkan jiwa dan hati. mengapa perlu menangis kerana kehidupan yang sementara.
Khansa tekad bahawa dia tidak perlu meratap lagi, islam mengajarnya untuk menjadi sosok yang kuat.
Dia bangkit dari kelemahan meninggalkan debu-debu jahiliyyah menuju cahaya islam.

Suatu hari dia terdengar perdebatan di antara putra-putranya
mereka saling berdebat tentang siapakah yang akan turut serta menentang tentera Persia dan siapakah yang perlu tinggal saja dirumah menemani bonda mereka
Dalam senyuman kasih seorang ibu, Khansa memanggil kesemua putranya dan berkata:

“ Wahai putra-putraku, kalian semua memeluk Islam dengan suka rela dan berhijrah dengan senang hati. Demi Allah yang tidak ada tuhan selain Dia, sesungguhnya kalian adalah keturunan dari satu ayah dan satu ibu. Aku tidak pernah merendahkan kehormatan dan merubah garis keturunan kalian.
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan akhirat jauh lebih baik daripada kehidupan dunia yang fana.
Putra-putraku, sabarlah, tabahlah, bertahanlah, dan bertakwalah kepada Allah.
Semoga kalian menjadi orang-orang yang beruntung. Jika kalian melihat genderang perang telah ditabuh dan apinya telah berkobar, maka terjunlah ke medan laga dan serbulah pusat kekuatan musuh, pasti kalian akan meraih kemenangan dan kemuliaan, di dalam kehidupan abadi dan kekal selama-lamanya.”

Khansa memanjatkan kesyukuran. putra-putranya itu benar-benar membanggakan dirinya. saling berebut menuju ke saf hadapan menentang musuh di dalam Perang Qadisiyyah. Didikannya tidak sia-sia, cahaya keimanan yang mangalir di dalam dirinya turut mendarah daging ke setiap urat nadi putra-putranya. Khansa melepaskan kesemua anaknya dengan rela hati demi memburu syahid, "Carilah kematian wahai anakku, nescaya engkau akan dianugerahi hidup yang mulia!"

berbahagialah dirimu wahai Al-Khansa
engkau ibunda para syuhada'
bukan satu..malahan Allah memilih kesemua anaknya untuk kehidupan yang lebih mulia di syurga..

"Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera memanggiiku dan berkenan mempertemukan aku dengan putra-putraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kokoh di surgaNya yang luas."

tiada lagi air mata yang menangisi kematian kerana kehidupan seperti zaman jahiliyyahnya dahulu
yang ada hanya air mata kegembiraan akan kesyahidan putra-putranya
Malah hatinya hiba kerana tiada lagi putra yang boleh dihantar menuju medan jihad..

Dialah Tumadhar binti 'Amr yang kita kenali sebagai Al-Khansa..
keteguhan hatinya  menggugah hati kami ..
kerna kami juga wanita
yang seharusnya turut membina impian seperti harumnya cita-cita Al-Khansa pada perjuangan islam..


afni natasya~

Tuesday, December 06, 2011

gulp!


Latar belakang peristiwa : Di malam yang hening, sedang mengadap laptop dan bertungkus lumus menyiapkan assignmant..
Lokasi : Rumah orang-orang beriman, insyaAllah

budak itu : Lapar la..nak jajan tu..(sambil menunjuk ke arah jajan yang berada di depan seseorang)

.. budak itu pun makan jajan tersebut dengan hati-yang-riang-gembira..
tetapi..kegembiraan mengunyah jajan terhenti seketika apabila nama budak itu dipanggil seseorang..

seseorang : ***** (nama budak itu)

budak itu : kenapa? 

seseorang : ***** jangan makan jajan banyak sangat tau

budak itu  : hoh? kenapa? (muka sedih).. jajan ni boikot ke??

seseorang : tak lah..tapi kan jajan tu banyak MSG..

budak itu : oo.. lepas tu? (dush.budak itu masih 'loading' rupanya) =_='

seseorang : (senyum) kan ***** nak lahirkan rijal-rijal pejuang.. so, kena la jaga makan dari sekarang.. (senyum lagi)

budak itu : (terkedu) *-*

* pesanan yang ringkas tetapi menusuk ke hati yang paling dalam * T_T

 fast food..junk food (adik beradik la tu)



jazakillah khyair kepada 'seseorang' yang mengingatkan..
just prepare to be a good ummi..fuhfuh ^^


Monday, December 05, 2011

jujur

jujurlah..
ada yang sedang melihat..



kejujuran itu..kadangkala pahit untuk diterima..
tapi sampai bila harus menipu diri sendiri?



Friday, December 02, 2011

Silakan kalau mahu..

 bismillah..

bukankah pada setiap ciptaan itu ada tanda-tanda kasih sayangNya?

kadangkala..
kita rasa Allah tidak menghiraukan kita
Allah tidak mendengar rintihan hati kita
dan kita rasa seperti mahu meninggalkan semuanya..
mahu sendiri..

kita rasa..
hanya menduga-duga..
sedangkan itu bukanlah rasa yang sebenarnya berada di dalam hati kita..
kita yang mereka-reka
membina tembok pemisah antara kita dan Dia..

Allah tidak akan rugi apa-apa tanpa kita
mahu menjauh dariNya? 
silakan kalau yakin dengan kejauhan itu mampu membuatkan dirimu bahagia..

tetapi percayalah..
di akhirnya nanti yang ada hanyalah lelah..
bahagia? ahh..jauh sekali..