Pages

Friday, February 10, 2012

Ada Apa Dengan IKHLAS?



Bismillah..
Petang itu saya terlewat menghadiri usrah.Bukan sengaja.
Pantas mengambil tempat di dalam bulatan setelah bersalaman, sempat pulak nak menjeling apa yang ada di tengah-tengah bulatan..
macam biasa, ada makanan.hihi
Oh,itu bukan ceritanya. cuma mahu berkongsi antara soalan tok guru pada kami petang tu.

"Haa..tasya,macam mana nak tahu awak ikhlas ke tak?" semua mata memandang ke arah saya.
"Hmm..bila kita rasa senang dan tak terbeban nak buat benda itu. Rasa tak harapkan balasan, itulah ikhlas!"
"Ye ke? Sure?" Tok guru hanya tersenyum.
"Sebenarnya awak sendiri tak akan tahu sama ada awak ikhlas atau tak. Hanya Allah saja yang tahu,"
" Eh..?" mula menggaru kepala yang tak gatal.
Saya ingat ikhlas itu adalah di antara diri sendiri dengan tuhan. maknanya, kita akan tahu bilamana kita ikhlas..

Teettt..salah!
Sebab lepas tu jumpa satu Hadith Qudsi yang berbunyi

"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia Aku, Aku letakkan ia di hati hamba yang Aku kasihi daripada hamba-hambaKu"


Ada Apa Dengan Ikhlas?

"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengIKHLASkan agama kepadaNya"
[Al-Bayyinah:5]

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, ikhlas itu ditafsirkan dengan kata-kata bilamana seorang muslim itu dengan perkataan, perbuatan dan perjuangannya tidak lain tujuannya hanyalah kerana mengharap redha dan balasan dari Allah semata-mata, tanpa melihat kepada keuntungan, kesenangan, kemegahan, kemunduran ataupun kemajuan.

Ia tidak mengkehendaki balasan mahupun ucapan terima kasih.

Anda kenal Saidina Khalid Al-Walid? Kisahnya di satu medan perang benar-benar menyentuh hati saya.
Hari itu Saidina Umar melucutkan jawatannya sebagai panglima tetapi esoknya kelibat beliau tetap kelihatan menentang musuh di medan perang tanpa ada riak kekesalan sedikitpun. Langsung tidak tercalar hatinya dek kerana kerana perlucutan jawatan itu bahkan saat ditanya beliau tanpa ragu-ragu menjawab, "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar!"

Kejap..

Kenapa kena ikhlas?

Sebab Allah hanya akan mengira amal kita yang dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Tanpa ikhlas, sia-sialah semuanya. Pernah dengar satu hadith yang panjang tentang ikhlas ini?
Ketika segala amalan dibawa naik untuk dihadapkan kepada Allah tetapi ketika tiba di tingkatan langit, orang yang tidak ikhlas ini ditempelak oleh malaikat dengan kata-kata,
"Lemparkan amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia beramal kerana mengharapkan keduniaan,"

Rabbi..alangkah hinanya andai itu adalah diriku! :'(

Kalaulah bukan kerana IKHLAS..

Bila melihat semula seerah perjuangan golongan terdahulu, kerana keikhlasan merekalah islam itu tersebar sehingga ke hari ini.

Siapa yang tidak mengenali Bilal bin Rabah.Tanyakan sahaja kepada kanak-kanak sekalipun, pasti ceritanya dihempap batu ditengah terik matahari itu diketahui oleh sesiapa sahaja. Adakah beliau meminta agar ceritanya diseksa Umayyah itu di sebut-sebut sehingga ke hari ini sedangkan beliau hanyalah hamba berkulit hitam yang pada mulanya langsung tidak dipandang walaupun sebelah mata. tetapi lihatlah bagaimana keikhlasan beliau mengangkat namanya ke tempat yang tinggi di sisi Allah..

Kalaulah bukan kerana ikhlas juga, pasti Baginda Nabi sudah berputus asa dengan segala macam ujian yang diterimanya sepanjang menyebarkan risalah Islam ini. Saat Utbah meletakkan najis di atas kepala baginda, Ummu Jamil tanpa henti meletakkan sampah dan duri di sepanjang kawasan rumah baginda, dilempar dengan batu dan kata-kata kesat sehingga darah mengalir dari kaki baginda ketika berdakwah di Thaif dan segala macam penyeksaan yang tidak layak mengenai susuk tubuh manusia mulia itu. baginda tidak pernah berhenti bahkan semua keburukan di balas dengan kebaikan. Itulah buah daripada keikhlasan hati baginda yang terpancar dari setiap sisi kehidupannya. Jika setiap dugaan itu mencalarkan hati baginda, kita tak akan mampu menerima hembusan Ad Deen ini, jika pangkat dan sanjungan yang menjadi matlamat baginda, pastilah dakwah baginda sudah lama terhenti.

Keikhlasan yang ada di dalam hati seorang insan ini akan terpancar disetiap tabir kehidupannya
Keikhlasan hati seorang Daie akan terlihat pada lewat bicara dan setiap butir kata-katanya
Ketenangan,kebahagiaan dan ketulusan sekeping hati yang ikhlas itu akan memancar tanpa perlu dibuat-buat oleh si pelakunya..

Pastilah, ikhlas itukan rahsia dari Allah buat hamba yang dikasihinya

Bukankah Allah pernah berfirman bahawa hamba yang dicintaiNya itu akan ditebari cinta untuknya agar dicintai oleh seluruh manusia??

Pernah baca buku bertajuk Hati Sebening Mata Air?


anda kena baca buku ini!


Allahu Rabbi..moga Allah memberkati penulisnya untuk setiap patah perkataan yang beliau coretkan
Entah kenapa setiap bait kata-kata beliau seakan menampar saya untuk terduduk dan mengesat air mata yang berjuraian tanpa henti
Terasa keikhlasan si penulis saat menyampaikan setiap baris perkataannya biarpun pada pandangan mata ia hanyalah tulisan yang tidak bernyawa..

Begitulah jalan dakwah dan tarbiyyah ini

Jalan ini mengimpikan susuk-susuk tubuh yang tidak meminta-minta habuan dunia

Seperti mana hadith nabi yang diriwayatkan oleh At-Tarmidhi,

"Orang-orang baik yang bertakwa itu tidak dikenali, bila mereka tidak hadir tidak dicari-cari dan jika mereka hadir maka mereka tidak dikenal orang"  





Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah..

Berat rasanya menghabiskan setiap baris ayat untuk tulisan ini

Takut bila mengenangkan sejauh manalah keikhlasan diri sendiri

Mungkin tulisan ini nampaknya seperti untuk anda yang membaca, tapi ketahuilah bahawa hati si penulis ini lebih-lebih lagi terasa~!



p\s: Yuk usaha baiki hati..

4 orang yang dikasihi Allah..:

farazura said...

nice..

forensik ke? said...

ikhlas itu.. ibarat semut hitam di atas batu yang kelam...

afni natasya said...

hmm..ikhlas hadiah dari Allah..
nak hadiah? kena lah buat something 'special' utk melayakkan kt terima hadiah..

Siti Roihan said...

rasa nak nangis baca...=(..ikhlas itu milik ALLAH...sejauh manakah aku telah ikhlas...

Post a Comment