Bismillah..
Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Cepatnya masa berlalu, pejam celik dah sebulan Ramadhan kita hadapi.
Moga-moga amal dan doa sungguh3 kita dalam sebulan itu akan menjadi perisai buat kita dalam mendepani sebelas bulan yang akan datang..
Teringat pesan seseorang, katanya nilai taqwa yang kita kejarkan sepanjang sebulan yang lalu akan diuji selepas ini
masih istiqamahkah sedekah?
masih bersemangatkah bangun qiamulail?
masih menjaga setiap tutur kata kah?
Oh..semua itu akan menentukan tahap taqwa diri kita yang sebenarnya..
moga moga kita tidak hanya menjadi hamba Ramadhan
bahkan kita di mana-mana sahaja tetap hamba tuhan..
Biarpun Ramadhan berlalu meninggalkan kita, kita tak akan pernah culas dalam amalan kita selepas ini
kerna kita yakin, Yang maha Melihat itu masih ada..kita masih tetap hambaNya.
Eid Mubarak!
Alhamdulillah.
Esok insyaAllah akan bergerak pulang ke kampung halaman..
Ahaa..bersedialah untuk jem ye. biasanya ambil masa dua jam setengah je, tapi insyaAllah esok berkemungkinan besar waktu itu akan menjadi double waktunya.
teringat time raya tahun lepas, excited la time tu nak drive kereta. first time tu nak bawak kereta manual..haa..berpeluh satu badan bila kereta terpaksa bergerak macam siput sedut.
At last, ayah yang duduk sebelah tension sebab enjin mati lebih sepuluh kali di samping di selangi dengan alunan merdu hon-hon dari kereta belakang.
seriously, itu memang waktu yang salah untuk belajar memandu..=_='
entah berapa bakul pujian orang belakang bagi agaknya, dah tak tahan sangat ayah pun keluar kat tengah jalan tu nak tukar driver. wahahaha..
apapun..ingat ni
hati-hati bila memandu..
sedih rasa bila tengok berita ada banyak kemalangan time raya ni..
biar lah lambat macam siput sedut pun, janji selamat sampai. ye tak?
pesan kat diri jugak, memandu jangan ikut perasaan.
kalau kereta depan asyik mati enjin, doakan lah dia dipermudahkan..
kot-kot dia tengah nervous bawak kereta ayah dia..T.T
selamat menyambut aidilfitri bersama yang tersayang
jangan malas-malas ziarah sanak saudara..
(konon anak dara lagi molek duduk rumah je) *cehh..ye la tu.
biasanya,
nanti kalau jumpa pak cik mak cik yang dah lama tak jumpa tu mesti
diaorang akan kata, "ehh..dah besar dah ekau yo. dulu jumpo raso macam
berhingus yo laie"..
haha..betul
lah kan? kalau jumpa anak-anak sedara tu, dulu cam baby lagi, tengok3
dah boleh berlari dah. kan ke terkejut tu..>.<
buat teman yang mengenali,
jemput lah datang rumah di negeri sembilan ni, biasanya memang habiskan mood hari raya kat sana.
bila balik kl dah tak ada dah mood tu, kuih raya pun biasanya tak pernah ada nak jamu..
ehehe..tahun
lepas macam segan nak ajak ke rumah di kampung sebab rumah kosong lagi
tak ada pape, tapi tahun ni insyaAllah kalau datang dah boleh duduk atas
kerusi.. kuikui
Dari hati nur afni natasya ismail,
mohon maaf kepada teman-teman yang mengenali diri ini andai ada kesalahan dan kelemahan sepanjang perkenalan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
moga segala amalan kita diterima..:)
تقبل الله منا ومنكم
كل عام وأنتم بخير
0 orang yang dikasihi Allah..:
Post a Comment