Pages

Thursday, March 28, 2013

Sangkaan itu 'membunuh' mu..


Pelik sungguh
Bila mendengar orang menilai kita
Tanpa mengenal kita. tanpa tahu cerita sebenarnya


Bertambah pelik lagi
Bila katanya, "Ukhti, ana sedang bertabayyun dengan anti ni,"


Ah..pelik sungguh rasanya..

***********************************************

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"

|Al-Hujurat:12|



Dan sungguh..
Ini benar-benar peringatan yang baik..


Sa'id Bin Al Musayyab RA berkata: Sebahagian saudaraku daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW pernah menulis surat kepadaku:

"Hendaklah engkau letakkanlah segala urusan saudaramu pada tempat yang sebaik-baiknya selagi dia tidak mendatangkan kepadamu sesuatu yang boleh mendorong kamu berburuk sangka kepadanya, dan janganlah kamu berburuk sangka pada setiap kata yang keluar dari (mulut) muslim lain sedangkan engkau kenali dia orang yang baik, dan barangsiapa yang mendedahkan dirinya kepada tohmahan maka janganlah dia mencela kecuali kepada dirinya sendiri". (Di keluarkan oleh Al Baihaqy dalam Sya'bul Iman) 



*******************************************************

"Dzon itu masalah hati kita. Soal hubungan kita dengan Allah. Macam mana orang tu cuba membela diri sekalipun, selagi mana ada dzon dalam hati kita, ia tak akan mengubah apa-apa. Muhasabahlah. Dan mohonlah ampunan dari Allah atas segala prasangka kita.."



Moga Allah ampuni dan memberi hidayah
Pada hati-hati yang mencintai kebenaran
Pada jiwa-jiwa yang membenci kebatilah..

Dan pastilah yang sedang menulis ini
Lebih layak tulisannya untuk diri sendiri..

Ehh.. jangan dzon.. ;)

 

  

Tuesday, March 26, 2013

Dan dia pun berdoa..


err..lelaki ada nama jannah ke?

"Akak.. saya selalu cemburu dengan orang yang nama Jannah. Sebab orang panggil dia, syurga! syurga! sepanjang hayat dia.."

Dia gelak

"Sampai saya tanya kat mak saya, kenapa letak nama ni, nak nama Jannah, nanti orang doa setiap kali panggil kita dengan syurga," sungguh-sungguh saya bercerita

Dia senyum lagi

"Erm.. tak apa lah, nanti awak letak la nama anak awak jannah,"

"Tapi tu anak saya, bukaaan saya,"

"Laa.. nanti orang panggil la awak Ummu Jannah. Kan?"







*Wah. Kenapa tak pernah terfikir pulak. Ummu Jannah! Moga Allah izin.. ^^



Wednesday, March 20, 2013

Untuk Kak Long





Saya ada kakak.
Saya panggil dia Kak Long.
Jujur, antara kesemua adik beradik perempuan saya, saya paling rapat dengan dia.
Mungkin sebab jarak kami berdua yang agak jauh.
Kak long memang selalu akan lebihkan saya, dalam semua perkara.
Duit raya, barang-barang, time mesyuarat tak rasmi adik beradik
Semua..semuanya..
Termasuklah peraturan meletakkan tangan kiri di atas meja ketika makan.

"Ala kak long ni.. kalau kak lang semua bolehhh,"
Saya sengih je. Tanda menang.

Begitulah.
Dari saya kecik sehinggalah saya semakin meningkat dewasa
Saya masih tetapi dipanggil adik, walaupun kat bawah saya berderet-deret lagi adik sebenarnya

Masa berlalu
Kak long sibuk dengan keluarga dan kerjayanya, membuatkan kami jarang dapat berjumpa
Dan selalu kalau cuti panjang, kak long akan mesej
"Datanglah sini, tolong jagakan budak-budak ni"
Haruslah saya pergi, walaupun nak kata tolong jagakan sangat anak buah tu tidaklah mana
Tetapi saya gembira, walaupun menempuh perjalanan beratus kilometer berseorangan

Dan kak long masih sama, masih suka memasak
Dan saya hanya jadi si tukang tengok yang setia
Ataupun si tukang merasa makanan di atas dapur yang paling tak sopan, begitulah katanya

"Kau ni, jangan  buat perangai macam ni depan mak mertua, teruk betul!"
Saya gelak je. Tetap bahagia.

Hingga kini saya masih tak mampu melupakan saat ketika kak long diijabkabulkan
Betapa ketika itu saya terdengar semua hadirin yang menyaksikan mengucapkan tahniah
Saya berlari ke bilik air bersama pinggan di tangan
Mengelap air mata yang entah datang dari mana
Rasa kehilangan. Rasa sebak yang mengoyakkan perasaan, betapa kak long saya akan beralih perhatian bukan kepada saya seorang lagi.

"Kak lang mana kak lang? Tadi suruh dia hantar pinggan pengantin ke depan, ni dah hilang pulak," sayup kedengaran suara dari luar, mencari pembawa pinggan yang tiba-tiba hilang.

Puas saya memujuk diri
Bahawa kebahagiaan dia adalah kebahagiaan saya.
Dan perlahan-lahan saya belajar untuk menerima hakikat itu..
Bahwa kak long masih akan tetap kak long saya
Saya akan tetap menjadi adik di ruang yang sama di hati dia..

***********************************************************************

Masa berlalu
Kadangkala terasa jauh beza saat dahulu dan kini
Tambahan pula kak long sudah mempunyai dua orang anak kecil
Perhatiannya mestilah tidak sama seperti dahulu
Dan saya belajar untuk menerima, bahwa kami sudah dewasa..
Tanggungjawab yang dipikul tidak akan membuatkan kami masih berada di dalam realiti yang sama

Walaupun begitu, kak long masih sudi bertanya pendapat saya,
Ya..sama seperti dulu

"Nanti nak letak naufal ni kat sekolah mana ha?"
"Hantarlah kat sekolah swasta agama long, biarlah mahal sikit tapi terjaga didikan dia. Nanti adik carikan sekolah tu, ni adik ada kenal makcik yang tahu sekolah-sekolah swasta yang bagus ni,"

Sehinggalah..

"Ha.. kak long dah pergi sekolah yang kau cakap tu. Dah bincang dengan abang, nanti tahun depan hantar naufal dengan thaqif kat situ,"
Saya senyum. Terasa dihargai.

***********************************************************************

Dan pastilah kehidupan tak akan seindah yang kita impikan
Allah akan sentiasa menguji
Pada mereka-mereka yang kita cinta
Dan begitu juga pada kak long dan saya

Dan saat ini saya tak mampu menahan air mata
Bila terkenangkan semuanya..
Betapa ketika ini saya mengharapkan kak long dapat membaca tulisan ini
dan merasakan bahawa ini benar-benar datang dari hati seorang adik yang masih sama..

Apa yang telah berlaku tidak mengubah hati saya
Walaupun sekelumit cuma
Saya masih adik itu. Sama seperti dahulu..

Allahu Allah..
Sampaikan salamku padanya
Betapa aku sebenarnya terlalu kasih pada dia..

*basah*



Tuesday, March 19, 2013

Nota untuk diri


Seminggu dua ni
Rasa lembik. lemau. layu

Dalam kelas mata asyik nak terpejam
Dan kalaupun mata tu terbuka, fikiran sebenarnya sudah melayang entah ke mana
Biasanya duduk depan sekali
Tapi kali ni terasa seakan hanya duduk membatu. Hanya diam membisu..

Tapi ku gagahkan diri juga
Sebab tahu kalau layan perasaan memang takkan kemana, bahkan semakin down dan lesu
Jadi, Paksa diri juga
Hadir program dengan senyuman
Berusrah untuk memberi dan menerima kembali
Ulang alik rumah akhwat saban hari
Bawak kereta beratus kilometer tanpa jemu

Sedaya upaya mengagahkan jiwa untuk tidak berkata tidak
Pada setiap panggilan dakwah
Pada setiap sapaan tarbiyah..

Semuanya..

Hanya dengan satu niat

"Wahai tuhan, jangan biarkan aku lesu
Jangan biar aku tersungkur dahulu.."

Urgh!


*ini curahan hati. pada diri sendiri. ya, ini untuk aku. bukan kamu.







Thursday, March 14, 2013

Keterasingan itu




I
Tuhan
Izin aku jadi batu
Keras terus begitu
Hingga akhir waktu

II
Adik
Kau harus jadi batu
Walau terlontar jauh
Harus tegar seperti itu

......

kamu
tetap doakan aku
biar aku terus begitu
atau bisa lebih baik dari kamu

kita
kuatkan hati teruslah berjalan
walau sering di salah erti
walau terasa asing sekali


Saturday, March 09, 2013

9:111




Sungguh terasa sukar
Bila diri dihadapkan dengan pilihan
sedang tahu antara salah satunya memang ada yang lebih baik
dan yang lebih baik itu sememangnya lebih mengorbankan hati dan jiwa..

Dan sungguh hati terasa berat sebenarnya
Mengenangkan sebuah perasaan yang terpaksa dikorbankan
Tatkala mengingati ayat demi ayat di dalam kalam tuhan
Bahwa dakwah dan tarbiyyah ini memang menuntut dikorbankan segalanya
Termasuk perasaan itu..

Dan kadangkala terasa seperti si penipu
hanya kerana tidak mahu menjadi golongan yang keciciran itu
sedang pujukan datang memberitahu bahawa itulah dia tarbiyyah
Bahwa itulah dia yang diertikan dengan dakwah..

Sungguh terasa sesak
Menyambung nafas demi nafas
Demi dikuatkan hati untuk terus bermujahadah
Untuk membunuh sebuah perasaan untuk diri
Demi belajar untuk memberikan segalanya untuk dakwah ini..


******************************************

Ayat ini selalu bisa mengalirkan air mata
Kerna tahu bahwa Allah akan terus menguji

Pada harta..pada jiwa

Sehingga benar-benar tiada apa lagi kepentingan untuk diri sendiri

Melainkan hanya mengharap balasan darinya semata-mata
Dan ku rasa diriku masih terlalu jauh
Jauh sekali.. :'(

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

[At-taubah:111]



Wahai tuhan..
Damaikanlah..
Tenangkanlah..




Tuesday, March 05, 2013

Kecintaan itu menggerakkanmu




Cinta yang benar itu tidakkan menjadikan kau duduk diam
Kerna cinta itu pasti menggerakkan
Walaupun jalan dihadapan seakan sukar
Walau bertatih penuh kepayahan..

Afni Natasya.
050313


Monday, March 04, 2013

Andai dahulu aku infakkan yang sedikit itu...


Bismillah..




Allah ni
Bila Dia sayangkan seseorang tu, Allah pasti akan timpakan ujian
Sama ada ujian kesusahan ataupun ujian kesenangan
But well.. orang memang akan lebih terpukul dengan ujian kesusahan tu berbanding ujian kesenangan..

Contohnya, ujian duit yang semakin tak ada
Masa tu la kita mula berkira-kira,
Sehingga satu hari bila kita nampak tabung infak
Kita mula ada rasa.. 'nantilah aku derma, duit bukannya ada sekarang'
Risau yang kalau kita infak, duit kita kan berkurang..

Alangkah..
Kita lupa, rezeki itu bukan pada nilaian ringgit kita semata
Kita culas, rasa tak yakin dengan janji Allah bilamana kita infak Allah gandakan harta kita berkali-kali ganda..

Dan tiba-tiba Allah terus tegur direct pada kita
Laptop kita rosak tiba-tiba
Kereta kita buat perangai yang datang entah dari mana
Buku kita yang berharga beratur-ratus tu hilang
Kita kena denda sebab parking kat tempat pekerja
dan paling menyentak hati bilamana duit yang perlu kita keluarkan untuk selesaikan semua masalah ni berkali ganda banyak daripada nilai ringgit yang kita berkira-kira untuk infak satu masa dulu..

Lepas satu ujian, datang pulak ujian lain yang sama
Semuanya menuntut duit dari kita
Yang memang nak tak nak kita kena keluarkan duit kita yang kita berkira-kira dulu tu

Dan paling penting, kita rasa 'ditampar' kuat dari Allah
Ini benar-benar cabaran dari Allah untuk kita kembali sucikan hati
Ingatan dari Allah supaya hata dan dunia ini tidak bersarang dalam jiwa ini..

Allah nak kata, yang sangat kita risaukan tu sebenarnya Allah yang punya
Kenapa tak berpegang dengan janji Allah dengan sebenar-benar keyakinan?
Kita rasa kita dapat duit dengan usaha kita, lalu kita kikir..
Kita risau benar harta kita berkurang..
walaupun kita tahu, bilamana harta yang ada kita gunakan sebagai jalan menyuluh orang lain ke arah kebenaran, pada kita ada pahala yang jatuh dengan berganda-ganda
Cumanya, pahala itu kita tak nampak jatuh gedebuk kat kita
Lalu mudah benar kita lupa.. :'(

Kalau ditanya sampai bila Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang sama?

Ku mahu katakan pada dia..

Sehingga apabila datang perkara yang baik untuk urusan agama kita tidak sedetik pun berkira-kira,
Sehingga kita hanya melakukan perbuatan itu hanya untuk Allah dan RasulNya..