Pages

Saturday, March 09, 2013

9:111




Sungguh terasa sukar
Bila diri dihadapkan dengan pilihan
sedang tahu antara salah satunya memang ada yang lebih baik
dan yang lebih baik itu sememangnya lebih mengorbankan hati dan jiwa..

Dan sungguh hati terasa berat sebenarnya
Mengenangkan sebuah perasaan yang terpaksa dikorbankan
Tatkala mengingati ayat demi ayat di dalam kalam tuhan
Bahwa dakwah dan tarbiyyah ini memang menuntut dikorbankan segalanya
Termasuk perasaan itu..

Dan kadangkala terasa seperti si penipu
hanya kerana tidak mahu menjadi golongan yang keciciran itu
sedang pujukan datang memberitahu bahawa itulah dia tarbiyyah
Bahwa itulah dia yang diertikan dengan dakwah..

Sungguh terasa sesak
Menyambung nafas demi nafas
Demi dikuatkan hati untuk terus bermujahadah
Untuk membunuh sebuah perasaan untuk diri
Demi belajar untuk memberikan segalanya untuk dakwah ini..


******************************************

Ayat ini selalu bisa mengalirkan air mata
Kerna tahu bahwa Allah akan terus menguji

Pada harta..pada jiwa

Sehingga benar-benar tiada apa lagi kepentingan untuk diri sendiri

Melainkan hanya mengharap balasan darinya semata-mata
Dan ku rasa diriku masih terlalu jauh
Jauh sekali.. :'(

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

[At-taubah:111]



Wahai tuhan..
Damaikanlah..
Tenangkanlah..




0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment