Pages

Wednesday, March 20, 2013

Untuk Kak Long





Saya ada kakak.
Saya panggil dia Kak Long.
Jujur, antara kesemua adik beradik perempuan saya, saya paling rapat dengan dia.
Mungkin sebab jarak kami berdua yang agak jauh.
Kak long memang selalu akan lebihkan saya, dalam semua perkara.
Duit raya, barang-barang, time mesyuarat tak rasmi adik beradik
Semua..semuanya..
Termasuklah peraturan meletakkan tangan kiri di atas meja ketika makan.

"Ala kak long ni.. kalau kak lang semua bolehhh,"
Saya sengih je. Tanda menang.

Begitulah.
Dari saya kecik sehinggalah saya semakin meningkat dewasa
Saya masih tetapi dipanggil adik, walaupun kat bawah saya berderet-deret lagi adik sebenarnya

Masa berlalu
Kak long sibuk dengan keluarga dan kerjayanya, membuatkan kami jarang dapat berjumpa
Dan selalu kalau cuti panjang, kak long akan mesej
"Datanglah sini, tolong jagakan budak-budak ni"
Haruslah saya pergi, walaupun nak kata tolong jagakan sangat anak buah tu tidaklah mana
Tetapi saya gembira, walaupun menempuh perjalanan beratus kilometer berseorangan

Dan kak long masih sama, masih suka memasak
Dan saya hanya jadi si tukang tengok yang setia
Ataupun si tukang merasa makanan di atas dapur yang paling tak sopan, begitulah katanya

"Kau ni, jangan  buat perangai macam ni depan mak mertua, teruk betul!"
Saya gelak je. Tetap bahagia.

Hingga kini saya masih tak mampu melupakan saat ketika kak long diijabkabulkan
Betapa ketika itu saya terdengar semua hadirin yang menyaksikan mengucapkan tahniah
Saya berlari ke bilik air bersama pinggan di tangan
Mengelap air mata yang entah datang dari mana
Rasa kehilangan. Rasa sebak yang mengoyakkan perasaan, betapa kak long saya akan beralih perhatian bukan kepada saya seorang lagi.

"Kak lang mana kak lang? Tadi suruh dia hantar pinggan pengantin ke depan, ni dah hilang pulak," sayup kedengaran suara dari luar, mencari pembawa pinggan yang tiba-tiba hilang.

Puas saya memujuk diri
Bahawa kebahagiaan dia adalah kebahagiaan saya.
Dan perlahan-lahan saya belajar untuk menerima hakikat itu..
Bahwa kak long masih akan tetap kak long saya
Saya akan tetap menjadi adik di ruang yang sama di hati dia..

***********************************************************************

Masa berlalu
Kadangkala terasa jauh beza saat dahulu dan kini
Tambahan pula kak long sudah mempunyai dua orang anak kecil
Perhatiannya mestilah tidak sama seperti dahulu
Dan saya belajar untuk menerima, bahwa kami sudah dewasa..
Tanggungjawab yang dipikul tidak akan membuatkan kami masih berada di dalam realiti yang sama

Walaupun begitu, kak long masih sudi bertanya pendapat saya,
Ya..sama seperti dulu

"Nanti nak letak naufal ni kat sekolah mana ha?"
"Hantarlah kat sekolah swasta agama long, biarlah mahal sikit tapi terjaga didikan dia. Nanti adik carikan sekolah tu, ni adik ada kenal makcik yang tahu sekolah-sekolah swasta yang bagus ni,"

Sehinggalah..

"Ha.. kak long dah pergi sekolah yang kau cakap tu. Dah bincang dengan abang, nanti tahun depan hantar naufal dengan thaqif kat situ,"
Saya senyum. Terasa dihargai.

***********************************************************************

Dan pastilah kehidupan tak akan seindah yang kita impikan
Allah akan sentiasa menguji
Pada mereka-mereka yang kita cinta
Dan begitu juga pada kak long dan saya

Dan saat ini saya tak mampu menahan air mata
Bila terkenangkan semuanya..
Betapa ketika ini saya mengharapkan kak long dapat membaca tulisan ini
dan merasakan bahawa ini benar-benar datang dari hati seorang adik yang masih sama..

Apa yang telah berlaku tidak mengubah hati saya
Walaupun sekelumit cuma
Saya masih adik itu. Sama seperti dahulu..

Allahu Allah..
Sampaikan salamku padanya
Betapa aku sebenarnya terlalu kasih pada dia..

*basah*



3 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

tak tahu kenapa rasa sedih jugak~~~

Anonymous said...

Tasya.. luahkan lah masa untuk kak long tu. K

::afni natasya:: said...

hmm..doakanlah..Y_Y

Post a Comment