Pages

Monday, June 02, 2014

Mari tajdid niat



Bismillah..

Menapaki jalan dakwah dan tarbiyah ini, 
semakin lama jika tidak berhenti sejenak dan mentajdid kembali niat, 
sebenarnya tanpa sedar bisa menjadikan kita robot dakwah sahaja..

kita mungkin masih lagi tilawah, tapi tilawah kita tak cukup menggetarkan jiwa
kita masih solat pada waktunya, tapi solat kita tidak cukup menjadikan kita jauh dari fahsya dan mungkar sepenuhnya
kita masih berada dalam halaqah, tapi halaqah kita terasa suram dan hadirnya kita sekadar kehadiran jasad sahaja
kita kering
kita longlai
langkah kita terasa berat
tetapi kerana mengimani infiru khifafan wa tsiqolan, maka kita gagahi juga kaki kita
sehingga..
akhirnya kita sedar
langkah kita tak lagi terasa cinta seperti kali pertama kita berkenalan dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini..

sakit. 
sangat menyakitkan.
berbuat sesuatu tanpa rasa cinta yang benarnya sungguh hanya akan mengundang pedih di jiwa
mungkin kita akan mampu bertahan sebulan dua, tapi untuk sampai ke akhirnya?

begini juga jalan dakwah dan tarbiyah ini
dulu..
mungkin kita bersama jalan ini kerana kita terpana dengan tanggungjawab shahadatul haq yang baru kita fahami
atau mungkin kerana kita memang meyakini bahawa hanya ini jalan yang bisa membawa kita ke syurga tertinggi
atau mungkin kerana kita bahagia dengan ikatan ukhuwah yang manis sesama kita

tapi ketahuilah
bahawa Allah akan benar-benar menyucikan kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini
dengan segala niat yang kita ada, maka Allah akan terus terusan menguji
sehingga akhirnya kita tunduk dengan sebenar-benarnya bahawa segala apa yang kita lakukan ini hanya semata-mata kerana Dia

bukan hanya kerana tanggungjawab
bukan juga sekadar ukhuwah sesama kita
apatah lagi jika muntalaq kita itu masih samar-samar antara kepentingan diri dan kecintaan yang benar kepada ilahi.

mari tajdid niat kita semula
keberadaan kita di jalan dakwah ini hakikatnya kerana apa..

"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya." (Al-Kahfi: 17)


1 orang yang dikasihi Allah..:

Geng NASA said...

Bismillah.. shukran :) Ilal liqa'

Post a Comment