Pages

Thursday, June 26, 2014

Mutarabbi





Bismillah..

"Akak, betul lah. Bila kita rasa macam longlai, cuba kita tengok adik-adik kita. Rasa macam dapat kekuatan tu balik.." kata dia.

Kakak tersengih je. "Awak ni kenapa?"

******

Bilamana kita ada mutarabbi, wallahi perasaan kita pada dakwah dan tarbiyah ini akan berbeza dengan perasaan tanpa mereka
Saya sungguh-sungguh merasakannya. betapa setiap mutarabbi kita adalah tarbiyah Allah yang besar buat diri ini sendiri
Tambah lagi kalau kita nampak hamasah dan himmah adik-adik ni jauh lebih baik dari kita
Kadang-kadang terasa kelat nak sampaikan taujihat, bila merasakan setiap mata yang memandang kita sebagai murabbi mereka yang mana mereka membuka dada seluasnya untk menerima tarbiyah
dan muhasabah mereka setiap kali halaqah bukan calang-calang, gerak amal mereka sesudah Al-Asr bukan sekadar teori di dalam halaqah semata, dan wallahi semua itu bila direnung kembali pasti membuat bergenang air mata..

Sungguh Allah benar-benar memilih mereka untuk memegang panji dakwah ini
dan Allah menghadirkan adik-adik ini sebagai cerminan terbaik untuk diri sendiri
Sejauh mana aku dah berusaha menjadi murabbi yang baik, sekuat apa aku dah berusaha untuk memperbaiki amal dakwah dan tarbiyah diri? Allahu Allah..
Mana mungkin teko yang kosong mampu menuangkan isi..

Kadang-kadang adik-adik kita membuatkan kita bermuhasabah panjang

Ada banyak sisi yang kita mungkin tak perasan, tetapi kita belajar dari mereka tanpa disedari, walaupun mungkin usia tarbiyah mereka lebih muda dari kita, tapi selalu itulah yang membuat kita rasa sentap dan membuatkan air mata keluar bercucuran.
Allahu Allah.. besarnya tarbiyah Allah dari seorang mutarabbi :')


Dan percayalah.
Melihat hari ini adik-adik kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti kita, melihat mereka membesar dalam dakapan dakwah dan tarbiyah, semuanya itu benar-benar satu kegembiraan yang tak mampu dituliskan dengan kata-kata. perasaan itu hanyalah bilamana kita menjadi murabbi, dan hanya murabbi sahaja yang akan mampu memahami..


Sebab itulah, berat atau ringan. mudah atau susah.
Pilihlah untuk menjadi murabbi buat umat ini. pilihlah untuk membina manusia dengan tangan dan usaha kita sendiri. Benar sangat-sangat, hidayah itu memang milik Allah yang akan diberi kepada sesiapa yang dia kehendaki, tapi..pilihan itu pada kita. Pilihan untuk membina ummat atau tidak, pilihan untuk mewarisi kerja para rasul dan sahabat itu terletak pada kita untuk memilihnya.. Kebahagiaan itu kita sendiri yang memilih untuk memaknainya dengan corak seperti apa.

Dan setiap kali melihat adik-adik yang saya cintai
Hati ini akan sentiasa teringat-ingat peringatan Allah dalam surah Muhammad ini..

Dan jika kalian berpaling, niscaya Dia akan mengganti (kalian) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kalian (ini). [ QS. Muhammad : 38 ]

Percayalah.
Akan ada orang lain yang akan menggantikan kita jika kita tak bersungguh-sungguh di jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Adik-adik kita. mungkin dahulu kitalah murabbinya, tetapi jika niat kita tersalah, maka boleh jadi Allah akan menggantikan kita dengan mereka. sedang mereka itu akan jauh lebih baik dari kita.

Maka berusahalah! Buktikanlah bahawa kita ini benar-benar mmapu menjadi qudwah buat mereka, sehingga akhirnya halaqah kita akan kekal sehingga ke syurga.

****

Rabbi.
Aku mahu terus menjadi murabbi!
Dalam segala susah payah dan mujahadah!
tetaplah memilih aku untuk menjadi murabbi!

Allahumma Ameen! Ameen! Ameen!


0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment