Pages

Sunday, February 13, 2011

ketiadaannya dicari, kehilangannya ditangisi


bismillahirrahmanirrahim..

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan (nama) Allah maka bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada tuhanlah mereka bertawakal.”
 ( al-Anfal : 2)


MasyaAllah..
saat di sebut nama Allah, maka hati mereka bergetar
kerana apa?
kerana mereka CINTA..



minggu ni banyak sangat program pasal cinta
disebabkan cita-cita saya mahu menjadi perempuan yang suci dalam debu di akhir zaman ni, 
maka saya pun merajinkan diri pergi mana-mana program yang ada

jadi, izinkan saya berkongsi
ilmu yang saya perolehi dari program yang saya hadiri
kerana saya dipesan
"orang yang mencintai sesuatu, maka dia akan selalu menceritakan tentang cintanya itu"

macam orang yang sedang bercinta
dia nak sebut pasal orang yang suka tu je
walaupun kawan-kawan kat sekeliling dia dah buat muka menyampah
dia tetap buat tak kisah sambil paksa kawan-kawan dia dengar
lepas tu, kawan-kawan dia tulis pulak status yang perli dia kat facebook
dia tetap buat tak tahu
malah dia tetap menceritakan tentang orang yang dicintainya tu..
tragik kan?

Erti Kejayaan Itu Hanyalah Apabila...

semua orang mahukan kejayaan bukan?
tapi betapa ramainya orang yang hanya menilai kejayaan pada harta
sedari kecik lagi kita sudah ditanam dengan fahaman macam ni

"dik..dah besar nanti nak jadi apa?"
"nak jadi doktor,"
"oo..baguslah. sebab apa nak jadi doktor?"
" sebab doktor ada gaji banyak,"

"nak amik cos apa ye nanti kat u?"
"amik la cos sains, nanti senang nak dapat keje"
"tapi aku minat sastera,"
"tak payah la wei..nanti ko tanam anggur je lepas gred,"

"ee..bestnya dia. anak orang kaya, boleh dapat apa je yang dia nak, mesti hidup dia gembira je kan?"
"tapi, kebahagiaan tak boleh dibeli dengan duit,"
"eh, ngko ni.. kalau takde duit boleh ke nak bahagia? masuk tandas pun sekarang dah 30 sen tau!"

pada mereka..kejayaan itu pada harta benda
bila sudah punya rumah dan kereta yang besar automatik orang akan cakap yang mereka itu orang yang berjaya
walaupun harta-harta yang mereka perolehi itu daripada cara yang salah
mereka akan tetap memejamkan mata, bagi mereka itulah kejayaan!

tapi..bagi orang yang mengtakan bahawa mereka beriman
kejayaan itu hanya ada apabila ia disandarkan sepenuhnya kepada agama
siapakah orang-orang yang berjaya?
surah Al-Ahzab ayat 71 hadir memberikan jawapan.. 

 " Dan ingatlah sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mencapai sebesar-besar kejayaan."

Allahu Allah..
sebesar-besar kejayaan?mahu apa lagi?
namun berapa ramai di antara kita yang menyedarinya?
jika sudah menyedari, berapa ramai pula yang memahaminya?

Cinta Kepada Yang Menghadirkan Cinta

cinta itu milik Allah
maka selayaknya kita mencintaiNya di tempat yang tertinggi di dalam hati kita
tak mungkin kita akan lebih menyayangi hadiah berbanding dengan si pemberi hadiah

jika kita benar-benar memahami
apakah kita mampu mendustakan segala apa yang tuhan hadiahkan buat kita
lalu kenapa kita mudah benar menggantikan tempat milik tuhan dengan sesuatu yang tidak selayaknya?
Dia yang kita sayangi itu milik tuhan, maka kecintaan kita kepadaNya seharusnya berkali ganda berbanding dia. kerana apa? kerana dengan izin tuhan lah dia hadir dalam hidup kita

masih segar dalam ingatan saya
pertemuan pertama dengan naqibah saya di matrik
ayatnya meresap jauh dalam hati saya
menyebabkan saya tidak pernah melupakan ayat itu sehingga ke hari ini

"orang yang bercinta sebelum bernikah ni, sebenarnya hati mereka kosong. dan percayalah, di saat awak meletakkan dia di hati awak, bererti awak telah meletakkannya di tempat yang sepatutnya hanya milik tuhan, bila tempat itu diganti, maka saat itu tuhan seakan tiada tempat di hati awak"

alangkah hinanya rasa saat itu
membuang tuhan dari hati semata-mata untuk seseorang yang entah siapa-siapa
jika tuhan itu sudah tiada dalam hati, apa ertinya hidup melainkan menanti untuk binasa
sungguh..saya tak mampu membayangkannya

dan semenjak saya mendengar ayat itulah saya terasa sesuatu yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata
doa yang tidak pernah lekang dari bibir saya sejak itu..
"tuhan..jangan tinggalkan saya"

sungguh..tuhan benar-benar menunjukkan jalan buat saya
tanpa meninggalkan saya sedikit pun walau kadang saya tersasar 
tuhan masih memberi peluang yang bukan sedikit
meletakkan saya di sini, bersama sahabat-sahabat yang juga mencari cintaNya
Allahu Allah..nikmat manakah lagi yang mahu saya dustakan?


Buat Kalian Yang Bercinta..


cinta kepada manusia itu tak bersalah
yang salah adalah cara kamu menzahirkannya
andai benar kamu cinta..
maka, pimpin eratlah tangan dia menuju syurga..

jika sebelum masanya maka belajarlah untuk melupakan
memang tak mudah tapi andai kamu benar-benar mahu meletakkan tuhan di hatimu, maka perlukah alasan?




percayalah..
couple adalah mukaddimah kepada dosa yang bertimpa-timpa!
nikmatnya ketika itu sahaja, tetapi azab yang maha hebat menanti kamu di sana
sedarilah, kalian bercinta kerana hati kalian kosong tanpa tuhan
jangan biarkan ia kekal begitu.. tanpa tuhan hidup kita tiada apa-apa makna!

saya..
cukup tersentuh dengan hadis qudsi ini


"Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.
 Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. 
Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”



Allah..sangat menyayangi kita..
kitalah yang memilih untuk menjauhkan diri.. 
pulanglah..Allah sentiasa mahu menerima kita semula..:')




3 orang yang dikasihi Allah..:

nur sakinah radzuan said...

Subhanallah...CINTA Allah kepada hamba-Nya.
Cinta ku kpd Allah???

isma said...

cinta Ilahi, cinta yang Agung...kejar lah selagi kita nerkemampuan.

::afni natasya:: said...

ayuh berlari mencari cinta ilahi..:')
kita perlukan tuhan, lebih dari kita perlukan segala-galanya di dunia ini..~

Post a Comment