Pages

Thursday, February 03, 2011

hukum menikahi perempuan yang sedang mengandung hasil penzinaan?


Bismillahirrahmanirrahim..



kebelakangan ni memang banyak sangat la orang dok post artikel kat facebook pasal hukum-hukum ni. salah satunya adalah mengenai hukum mengahwini perempuan yang sedang mengandung anak hasil dari penzinaan.. jawapan yang ditulis dalam post tu mudah, HARAM berdasarkan kata-kata seorang ustaz yang tidak diketahui siapa dan yang paling penting saya tahu apakah penyebar utama yang menyebarkan hukum yang tak betul ni..

tak lain dan tak bukan.. penyebarnya adalah BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5..

saya bukan bercakap kosong sebab saya adalah salah seorang pelajar yang time tu berkerut-kerut dahi bila baca buku teks tu. bukan saya saja, tapi kawan-kawan saya juga..  paling teruk soalan tu menghantui fikiran saya sebab saya dok memikirkan betapa ramainya orang sekarang yang buat macam ni sebab nak tutup malu apabila sudah berzina. 

betapa tragiknya fikiran saya time tu yang berfikir apa akan jadi kalau perkahwinan mereka tu sebenarnya tidak sah tapi mereka terus hidup bersama dan kemudian mengandung lagi..dan lagi..dan lagi.. yang teruknya bila dah tak sah maka mereka itu sebenarnya berzina lagi..dan lagi..dan lagi..oh!

bukan saya tidak menanyakan kepada guru yang mengajar ketika itu, tetapi jawapannya masih ke arah ke 'haram' an dan tak mampu menghilangkan kepeningan saya time tu. bila saya tanya orang lain, ada jugak yang kata "eh..sah la" tapi bila saya tunjuk buku teks tu, orang tu pun terus terdiam tak terkata..

akhirnya, dekat nak setahun saya memendam perasaan dan kepeningan untuk persoalan ni, barulah saya jumpa jawapannya dari kakak usrah saya di matrix..

kalau di tanya kepada saya adakah buku teks itu bersalah? maka jawapannya ya (ofkos la sebenarnya orang yang menulis hukum dalam buku tu lah) kerana telah mengkonfiuskan otak saya untuk jangka masa yang panjang. tapi apa yang paling penting bagi saya, peranan ustaz atau ustazah yang mengajar tu lah.. mereka sepatutnya kena tahu dan faham untuk menghuraikan tentang isu tu, tambah-tambah lagi permasalahan tu dah sangat berleluasa dah sekarang.

 kalau tak boleh memberi penerangan maka jadilah seperti saya time tu dan yang lebih sadis lagi, fahaman tu terus diguna pakai oleh pelajar tadi dan menyebarkan pulak kat orang lain macam yang berlaku di fb sekarang.. ya tuhan..harunya!

kat sini, saya letakkan sekali persoalan dan jawapan yang saya kira cukup baik untuk menjelaskan mengenai hukum pernikahan ketika sedang hamil anak luar nikah. 

bila ditanya kenapa hukum macam ni agak memeningkan kepala, maka ustaz saya pernah cakap yang islam sangat memandang berat isu zina kerana permasalahan yang akan timbul bukannya sedikit. sebab tu lah mendekatinya pun Allah dah larang..  bila dah jadi, islam tetap ada solusinya, tapi kan dah menyusahkan semua orang..!






Soalan: Saya ada kemusykilan tentang sah atau tidak perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan. Mengikut buku teks agama tingkatan 5 dan hujah ustazah saya, perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan dikategorikan sebagai perempuan yang haram dikahwini sementara.

Betulkah sekiranya mereka berkahwin, lafaz nikah tersebut adalah tidak sah dan persetubuhan di antara pasangan mereka adalah zina? Kerana perkahwinan sebegini semakin menjadi-jadi dan kisah hidup pasangan seperti ini sering dipaparkan di dada umum, tetapi tidak ada yang menegur tentang sah atau tidak ikatan perkahwinan mereka. 


Jadi, adakah saya terlepas sesuatu? Adakah hadis dan dalil yang boleh menerangkan dengan terperinci tentang situasi tersebut?

– Remaja ingin tahu, Melaka.

Jawapan: Saudara, perkahwinan adalah benih kepada wujudnya masyarakat. Dunia tersusun daripada perkahwinan dan berumah tangga. Perkahwinan penuh dengan kasih sayang dan bekerjasama untuk membina kehidupan.

Imam al-Syaukani mengatakan, orang yang terkenal sebagai penzina sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang bukan penzina. Ini berdasarkan keterangan ayat 3 surah al-Nur. Di mana diharamkan orang mukmin berkahwin dengan penzina atau musyrik. Mereka hanya layak dikahwinkan dengan sesama penzina dan musyrik.

Namun ada satu pengecualian, bahawa jika kedua-duanya sudah bertaubat sebelum berkahwin (maksud surah al-Ma`idah ayat 5), mereka dibenarkan berkahwin. Dengan syarat taubat itu adalah taubat yang bersungguh- sungguh (nasuha). Taubat sebenar dalam maksud beristighfar, menyesal dan memang tidak lagi melakukan perbuatan keji itu.

Pendapat ini diberikan oleh Ibnu Umar seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah Jilid 2. Pandangan begini dipersetujui sama oleh beberapa imam lain seperti Ahmad, Ibn Hazam, serta diperakui oleh Ibnu Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim.

Imam Ahmad menambahkan satu lagi syarat iaitu boleh berkahwin apabila wanita itu habis tempoh edah. Ertinya, jika mengandung selepas dia bersalin.

Walau bagaimanapun ada mazhab yang lebih memberi kemudahan seperti mazhab Syafii, Hanafi dan Maliki yang mengharuskan perkahwinan si penzina lelaki dengan penzina perempuan, justeru perzinaan tidak menjadi halangan kepada berlakunya akad nikah.

Pendapat ini mentafsirkan maksud ayat dilarang berkahwin, bukan larangan pengharaman tetapi mencela perbuatan zina.

Namun mazhab Malik mahu supaya ada edah agar tidak bercampur nasab keturunan anak haram dengan anak halal nanti. Berbeza dengan mazhab Hanafi dan Syafii yang tidak mensyaratkan soal edah itu.

Murid Abu Hanifah bernama Abu Yusuf pula tetap mahu mensyaratkan edah, iaitu selepas bersalin atas alasan jangan bercampur benih daripada perzinaan. Ada pula pendapat mengatakan boleh berkahwin, tetapi tidak boleh bersetubuh kecuali selepas bersalin anak hasil zina itu.

Walau apa pun, perbuatan zina adalah perbuatan terkutuk yang menjadi dosa besar. Allah mahukan orang Islam memakan makanan yang baik dan beristeri atau bersuami dengan pasangan yang suci.

sila jadi bijak..
Berdasarkan soalan saudara, sah atau tidak perkahwinan mereka yang berzina dan mengandung, ia adalah sah jika menurut mazhab Syafii seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq.


Namun dengan penzina lelaki atau perempuan, tidak patut berlaku perkahwinan dengan mereka yang masih suci kerana tidak patut lelaki suci itu menjadi mangsa kepada penzina wanita dan sebaliknya wanita suci tidak patut menjadi mangsa penzina lelaki.

Penzina sama ada lelaki atau perempuan mempunyai jiwa yang sakit dan hodoh. Tidak sepatutnya melumurkan penyakit kejinya kepada pasangan yang bersih.


 Di dalam Islam, hukum perkahwinan adalah ingin memberikan kebahagiaan kepada manusia.


Bagaimana para penzina dapat membahagiakan orang lain justeru mereka menjadi punca penyakit berbahaya? Mereka mungkin membawa HIV dan penyakit kelamin yang kronik yang akan menjangkiti pihak pasangannya yang sihat itu.

Lebih daripada itu mungkin mereka menurunkan kepada anaknya nanti akhlak yang jahat atau jasmani yang rosak dan cacat kerana pembawaan penyakit jasmani atau jiwanya.

Oleh itu, lelaki atau perempuan yang beradab dan mengikut ajaran nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh hidup senang dan bahagia bersama penzina atau mereka yang hidup menyimpang daripada ajaran murni.

Perkahwinan sepatutnya menimbulkan kasih sayang, mawadah dan rahmat. Apakah boleh muncul kesemua itu daripada pasangan yang jahat, atau fasiq?


Wallahualam.

- Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.


p\s: cinta itu suci, tak perlukan bukti, tak perlu serah diri...

1 orang yang dikasihi Allah..:

Theye said...

sya....
terima kasih atas perkongsian..
moga kt sm2 dijauhkan perbuatan mungkar.

insyaAllah

Post a Comment