Pages

Thursday, February 03, 2011

sisi gelap yang engkau benci itu..



pesan seorang teman
" bencilah kesalahannya,tapi jangan kau benci pelakunya"

dia hanya manusia biasa
sama seperti dirimu jua
maka, kadang dia akan terkhilaf dengan perlakuannya
maafkanlah
kerana engkau juga bukan manusia sempurna
yang seringkali melukai tanpa engkau sedari

berbaik sangka pada setiap salah
pujuklah hatimu.."dia tidak tahu"
dan jangan pernah berhenti untuk mendoakan dirinya
kerana dia dan dirimu itu bersaudara
punya aqidah yang sama
lalu layakkah engkau terus membenci dirinya?

teruslah berdoa dalam diam
moga suatu hari nanti dia akan menyedari segala kekhilafannya
dan tuhan itu, akan selalu mengira
setiap rintihan yang engkau panjatkan
setiap sisi hitam yang engkau pendamkan
kerana hati seorang mukmin itu tidak seharusnya sama dengan orang biasa

dan ketahuilah..
sisi gelap itu sebenarnya akan menyakiti dirinya sendiri
tak perlulah engkau menambahkannya lagi
kerana kita hakikatnya manusia yang tidak jauh berbeza..

[afni natasya]
[030211]
[0717]

0 orang yang dikasihi Allah..:

Post a Comment