Bismillah..
Malam semalam saya ke satu forum di UTM ni. kahwin muda tajuknya. hati berbelah bagi sebenarnya nak pergi. sebab dalam pemikiran saya ada satu statement yang 'sape yang pergi dengar forum ni mesti ada cita-cita nak kahwin time belajar ni'. dan yang pasti, saya mahu mengelakkan diri untuk berada dalam golongan yang akan di cop begitu..*tepuk dahi*
Oh ya, saya sebenarnya nakk sangat berjumpa ustazah fatimah syarha yang dijemput jadi ahli panel untuk forum tu. selama ni baca buku & blog dia je, so dah ade peluang ni kan.tak kan nak lepaskan peluang untuk pergi.
eh, ini betul.tak tipu. =_='
btw, bukan itu yang saya nak cerita. pastilah bab-bab begini memang ramai yang suka. see, dewan besar penuh tau semalam. selama saya duk pegi program yang islamik kat utm ni, yang saya nampak hanya program tajuk macam ni lah mampu menarik ratusan orang untuk datang. yang bukan semuanya bertudung labuh dan berjubah bagai.
Memandang ratusan orang yang memenuhi segenap dewan tu membuatkan saya berfikir-fikir
ramainya orang kat luar sana yang sebenarnya mencari-cari keindahan islam..
mungkin mereka kebanyakannya hanya nampak cantiknya islam pada perkahwinan dan aturan cinta yang Allah tetapkan, sebab tu lah tajuk macam ni je ramai yang nak pergi
sedangkan.. islam itu sebenarnya jauhhh lebih indah dari itu..
islam bukan hanya mengatur fitrah
tetapi mengubah kehidupan seseorang manusia menjadi lebih mulia
Bak kata Dr Yusuf Qardhawi , islam bukan hanya pada slogan yang kita pertahankan, tapi ia satu hakikat yang meresap ke dalam akal, menggugat perasaan dan menggerakkan kemahuan.
“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang BERTAQWA”.
(Al-Hujurat:13)
kemahuan untuk menjadi sebenar-benar hamba yang bertaqwa!
Membina manusia yang bukan sekadar pergi program semata
Selalu kita rasa gembira dengan bilangan yang ramai
Ya.. kalau target kita setakat nak capai bilangan penonton yang hadir memenuhi setiap kerusi, maka kita akan kata kita berjaya
tapi.. takkanlah hanya setakat itu nilaian kita?
Tak berjaya langsung! bahkan kita sebenarnya kita gagal..
kenapa kita beria-ia sangat nak orang kat luar sana datang program macam ni? (sampai kena buat banyak sangat forum atau ceramah yang berkaitan cinta kat UTM ni)
sebab kita nak bagi mereka sedar. yang islam ni sangat cantik aturannya.
dari sekecik-kecik perkara sehinggalah ke paling besar termasuklah tajuk bait muslim yang sibuk kita canang-canangkan ni..
ataupun..
kenapa kita susah payah nak promote orang ambil tahu isu palestin dan syria contohnya?
sebab kita nak mereka ada PERASAAN. yang isu ini ada kaitan dengan aqidah kita. yang orang mukmin itu bersaudara, sakit mereka umpama sakit kita juga sebab itulah kita kena ambil tahu. kena boikot, kena mendoakan.
tapi.. tapi.. cukup ke hanya dengan bagi mereka faham tajuk ni?
Pastilah tidak. Ini hanyalah cebisan yang terlalu kecil. kalau buat puzzle tu, mungkin hanya satu piece dari yang banyak-banyak tu.
"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.
Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"
(An-Nahl: 125)
kita ada misi yang lebih besar. kita bukan hanya mahukan orang yang ambil peduli isu palestina dan syria. bukan juga orang yang hanya memandang islam pada cantiknya bait muslim yang mereka bina
kita nak bina manusia. bina insan yang hidupnya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. kita nak bina manusia yang macam Allah sebutkan ni..
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah
orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya
dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka pada jalan Allah; mereka itulah yang orang-orang yang benar (pengakuan
imannya)"
(Al-Hujuraat:15)
untuk membina manusia seperti ini
pastilah masa yang diambil bukan sehari, seminggu mahupun sebulan
kalau nak bina satu fakulti kat UTM yang hanya bangunan itu pun memakan masa bertahun-tahun
inikan pula membina seseorang manusia
harga yang perlu dibayar pastilah lebih mahal
masa yang perlu diambil pastilah lebih lama..
Sekarang kerja kita!
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah..(Fushshilat: 33)
terima kasih kepada mereka
mereka dah buat kerja dengan menjentik hati ratusan manusia yang mungkin tak kenal pun tarbiyyah dengan ceramah cinta islamik mereka..
saya yakin. di antara ratusan itu, ada jiwa yang terusik.ada hati yang merindui untuk kembali kepada tuhanNya.
sekarang tugas kita..
tarik mereka sama-sama masuk dalam gagasan yang kita bawa..
kita nak bina individu muslim.
Muslim sejati yang bukan sekadar soleh tetapi juga musleh
yang pastinya tak akan dapat dicapai dengan hanya pergi ceramah dan forum umum semata..
Wahai Du'at.. anda memahaminya kan?
jadi, ayuhlah bekerja. Allah itu Maha Melihat!
**************************************************************************
*menurut kak fatimah syarha, kajian kata bilangan lelaki kat Malaysia sebenarnya lebih ramai dari wanita. (kat UTM ni pun saya rasa camtu jugak), jadi.. takde alasan ikhwah kata susah nak cari mad'u kat negara kita yang takde sekatan untuk pergi usrah ni. tolonglah.. ar-rijal qawwamuna a'la nisa'..