Pages

Friday, May 04, 2012

Janji di usia dua.puluh.satu


..jalan yang panjang..


Bismillah..

Dulu..saya ingat lagi
Cita-cita saya hanya mahu jadi 'orang biasa 
Ye lah.. orang biasa, tak pernah terfikir pulak nak jadi orang glamer..
Yang saya tahu, saya kena belajar, lepas tu kerja, cari duit banyak3, boleh beli semua benda yang saya impikan, bahagiakan mak ayah dengan beli semua yang mereka nak..
Cukuplah dengan tu.saya rasa dengan semua itu saya akan bahagia. bukan nak jadi orang jahat ke ape, cumanya saya nak jadi orang yang menjalani rutin macam kebanyakan orang kat luar sana.

Dakwah? apekah? 
extreme lah kau ni..

tarbiyyah? alah.. cukup kot solat,puasa,zakat,sedekah sekali sekala.
cukup lah tu. tak payah nak extreme sangat..

Dulu..

Sungguh. itu dulu..

sebelum saya mendengar ayat ini..


 "...Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya."

[ali-Imran, 3:103]


Di usia dua puluh satu tahun ni, bila hari ni saya mengenal dakwah dan tarbiyyah itu apa sebenarnya, bila saya rasa yang benar-benar Allah sedang menyelamatkan saya dari tepi jurang api neraka, saya takut sangat andai satu hari nanti saya menjadi orang yang tertinggal dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni.. 

saya tahu yang jalan ini akan ada tapisan

pasti. Allah hanya akan memilih mereka yang bersungguh-sungguh

sedangkan hakikatnya..
saya masih belum all out untuk dakwah
masih compang camping hina dina 
penat saya masih belum sepenuhnya kerana dakwah dan tarbiyyah
masih banyak masa saya yang digunakan untuk bergelak ketawa bersuka ria
anak binaan saya masih terlalu sedikit. saya masih belum mampu membina mereka dengan sebaiknya
kerja saya masih belum bersungguh, lena saya masih disaluti mimpi yang indah-indah sedang umat diluar sedang meraung kesakitan
dan..
tak ada lagi cacian hinaan atau kejian buat diri ini yang seharusnya ada di dalam setiap cerita perjuangan kader-kader dakwah
saya masih belum punya cerita yang melayakkan saya untuk berdiri di pintu syurgaNya..

'cinta' ini tak menjadikan kita hanya duduk diam..


Risau..

jika sangkanya saya sudah 'bekerja' sedangkan hakikatnya saya masih tidak berbuat apa-apa

Allahu Allah..:'(


Touching kejap bila baca tulisan akhi ni

Berfikir-fikir.. betul ke jalan yang aku pilih ni?
Kalau masih ragu-ragu bermakna masih tak settle lagi lah ape yang dok faham dalam usrah selama ni..
kalau masih rasa nak jadi 'orang biasa' yang hidup riang gembira sendiri sendiri maka memang membazir amatlah masa yang dah saya bagi untuk dakwah dan tarbiyyah selama ni..

Risau sangat seandainya saya sebenarnya masih bermain-main sedangkan di hadapan ramai orang lain yang sudah berlari laju.

membayangkan mereka sedang berlari sedang saya masih merangkak-rangkak, masih keliru antara dua jalan yang hakikatnya jelas. takut-takut mata masih kabur antara cahaya dan gelap, memilih jalan kelabu yang akhirnya menyepak saya keluar dari jalan yang sebenarnya. Allah..

 
"Katakanlah, 'Inilah jalanku! Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan penuh yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.'"

[Yusuf, 12:108]

Di usia dua puluh satu tahun ini
saya yakin amat
saya mahu memilih untuk berada di sini
satu-satunya jalan yang dengannya saya harap mampu membawa saya ke syurga

saya mahu bertemu Allah..
Dia yang maha penyayang yang telah menyelamatkan saya dari tepi jurang neraka itu.. *basah*







2 orang yang dikasihi Allah..:

forensik ke? said...

la tahzan.. wake up dear!! Allah love us men!!

::afni natasya:: said...

:)

Post a Comment